Social Icons

Pages

Sunday, December 15, 2013

EKSKLUSIF !!! KEPADA YANG MENGHENTAM #PROTON !!! TOLONG BACA JAWAPAN JURUTERA INI !!!


Apabila Proton mengumumkan model terbaru Perdana,ramai yang respon dengan negatif terhadap rupa bentuk model tersebut yang mirip Honda Accord.Seperti biasa,cemuhan demi cemuhan dilemparkan kepada Proton di atas pengeluaran model ini.Saya suka untuk memberi pandangan berdasarkan beberapa fakta berikut : 

1 - Saya kurang senang mendengar kritikan serta cemuhan terhadap Proton ini, tatkala pada masa yang sama apabila Kia mengeluarkan model seakan Audi,ramai yang memuji,juga tatkala Honda mengeluarkan model Accord 2011 yang seakan Audi,ramai juga yang memuji dan membelinya.Bahkan Mazda 6 tahun 2013 juga mirip Lexus,tiada pula yang mencemuh.Mentaliti sebegini wujud sifat dualisma,di mana berlakunya tindakan pilih kasih dalam kritikan. 

2 - Proton Suprima S adalah satu contoh model yang direka sendiri.Tidak meniru hasil orang lain.Namun bagaimanakah prestasi jualannya ??? Tidak memberangsangkan.Pengkritik tetap membandingkan Proton dengan Honda,Kia Rio dan seumpamanya.Tapi apabila model yang dikeluarkan mirip Honda,mereka mengutuk pula.Perkara ini saya membuatkan saya tidak faham. 

3 - Ramai pengkritik tidak memahami hakikat industri automotif yang ‘super-kompetetif’.Kilang Mitsubishi di Australia pada tahun 2006 pernah ditutup selama empat minggu kerana tiada permintaan.Majikan lama saya,Ford Australia di Geelong baru-baru ini telah mengisytiharkan mereka akan menutup kilang mereka mulai tahun 2016 kerana mengalami kerugian yang cukup besar,di mana mereka telah mengumpul kerugian sebanyak AUD$600 juta sejak 5 tahun kebelakangan ini.Ford telah bertapak di Australia selama 90 tahun,jadi bagaimanakah pula agaknya Proton yang hanya 1/3 usia berbanding Ford Australia berdepan dengan cabaran ini ??? 

 4 - “Rebadging” atau penjenamaan semula bukanlah sesuatu yang aib dalam industri automotif.Pengeluar kereta terbesar dunia,General Motors (GM),telah melakukan strategi ini terhadap puluhan model kenderaan mereka.Cuba bandingkan Chevrolet Tahoe dengan Cadillac Escalade dan Chevrolet Lumina dengan Holden Redline,kita akan nampak jelas bahawa perbezaannya hanya pada lambang jenama dan hiasan dalaman.Benar,jenama-jenama ini di bawah satu syarikat yang sama iaitu GM,namun dari sudut strategi, tidak ada bezanya antara kedua ini.

Bahkan kritikan yang sama tidak pula diberikan kepada Perodua di atas strategi mereka “rebadging” model Myvi dan Daihatsu/Toyota,hanya kerana mereka ada kerjasama rasmi dengan Toyota.Model Perdana yang baru ada kerjasama dengan Honda bahkan Saga yang pertama dahulu pun ada kerjasama dengan Mitsubishi.Kritikan yang “pilih kasih” menyebabkan Proton menjadi ibarat “punching bag”.Buat apa pun dikira salah. 

 5 - Mungkin yang terbaik ialah tutup sahaja Proton,agar tidak ada lagi “punching bag” tempat melepas geram dan kemarahan.Mungkin yang terbaik ialah rakyat Malaysia hidup seperti negara Timur Tengah yang hanya menjadi pelanggan kepada jenama-jenama kereta terbaik dunia.Tak payah susah-susah buat kereta sendiri.Namun saya rasa seandainya Proton ditutup,akan wujud laungan kemarahan yang baru iaitu “Mengapa Malaysia tidak ada kereta sendiri ???” 

Akhir kata,saya mengharapkan satu perubahan dalam mentaliti sesetengah rakyat Malaysia.Buat pengetahuan semua,saya sendiri tidak pernah membeli Proton,tetapi saya mengambil sikap berpada-pada dalam kritikan dengan mengetahui besarnya cabaran syarikat kecil Proton dalam persaingan industri automotif dunia.Dengan cabaran masa kini,Proton tak “bungkus” pun dah kira mujur. 

Ya betul,jika anda tidak menyukai Proton atau merasakan Proton tidak sesuai dengan gaya hidup anda,tak perlulah membelinya.Tindakan anda tidak membeli Proton telah pun memberi mesej jelas “Saya tak suka Proton”.Namun,yang saya kecewa ialah sikap sesetengah insan yang sudahlah tidak membeli Proton,malah melemparkan cemuhan dan kebencian yang amat kepada Proton,sehinggakan orang yang asalnya ingin membeli Proton pun tak jadi membelinya.Ini ibarat mencurah cuka ke dalam luka. 

Engr. Hj Norzafry B Norhalim 
Mantan Presiden Pembina.

Norzafry adalah seorang jurutera muslim berjiwa besar, merupakan graduan kejuruteraan di sebuah universiti di Australia. Kini berkhidmat di salah sebuah syarikat besar di Arab Saudi. Pernah menjadi Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina)

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

19 comments:

Anonymous said...

Isu ni mudah je... kalau tak suka proton, jangan beli proton... kalau rasa harga tak berbaloi dgn kualiti, beli je kereta import... tak perlu la nak hentam proton... takde sape nak paksa beli proton....

Anonymous said...

Mentaliti orang msia ni mcm tu... Suka agung2kan barang luar. Tak suka, diam.. Itu lebih baik.. Nak kata org umno/bn byk dlm proton, raranya ramai lg org pr..

usin said...

memang susah untuk memenuhi selera ikut tembolok setiap orang. dengan honda accord sendiri takde pulak perlekeh macam2. bila honda accord tu di'rebadging' menjadi proton perdana, berguni kondem melantun-lantun. tak pernah tahu agaknya bagaimana kompeni2 kereta 'rebadging' model kereta atas faktor-faktor tertentu. accord itu sendiri adalah antara model kelas A dari honda. kenapa bila dijenamakan semula terus mendapat reputasi buruk? ia mungkin kompetatif dari segi teknologi dan harga. tunggu dan lihat. belumpun dikeluarkan untuk pasaran umum. nak kata apa lagi jika produk oleh pengeluar kereta malaysia dikutuk oleh orang malaysia sendiri. agaknya jika ferrari dijenamakan sebagai model proton, ada rakyat malaysia yang mati kerana terlebih ketawa.

Anonymous said...

pedulikan ajer kutuk2kan tu.
saya bangga negara punya kereta buatan sendiri.
currently performance proton is better then toyota.
yg duk kutuk tu macai pakatan retard jer...lol

Anonymous said...

Toyota ae86 baru ngan subaru brz.....takde pon kecoh2.
Btw...syabas proton.bler nak kuar kan model 4wd?

Anonymous said...

berdekat dah proton dikutuk oleh orang malaysia sendiri.

saya masih ingat lagi kutukan pertama keatas proton ialah kereta tin sadin bila ianya mula-mula mengeluarkan kereta pada tahun 80an.

hakikatnya proton antara jenama yg menguasai jalanraya malaysia.

Anonymous said...

203bangga dengan proton walaupun kereta proton saya telah menjangkau usia 1/4 abad masih elok lagi.

pemilik proton model 80an

Anonymous said...

Assalamu'alaikum;

Walaupun dah 56 merdeka,
MINDA oang2 Mesia nih masih lagi diJAJAH dari luar (imported)!
Apa yang imported mestilah bagus(?) walhal, mrk LUPA menda2 imported ke sini utk diJUAL demi PROFIT.

Awal tahun 70an dolu, saya masih ingat lagik kete2 Toyota & Honda yg baru mula masok sini dikatakan diperbuat dari tin SARDIN...la nih...

Samalah ngan kemedekaan, oang Mesia ada yg bangga ngan cara negara lain merdeka, "merdeka melalui darah, nanah, kahak & kencin & ingus".
Sape bangga melalui kemedekaan tanpa menitikkan darah d.l.l. apalagi cara nego/diplomacy??

Natural Mineral said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Hmmph... Korang mungkin xtau info. Dekat2 30tahun proton dianak emaskn oleh org msia. Kenapa?
1st harga dlm msia lg mahal dari export
2nd power window smpi skrg issue
3rd kenapa kualiti export x same mcm dlm m'sia?
4th sbb proton harga kete import cukai up to 300%
5th sbb proton m'sia kedudukan 2nd runner up utk harga kereta
6th bayar mcm kereta merc (kalau banding 1st world country tp kalau nk banding dgn indon, indon la kite jadi) tp dapat perdana yg problem ngan gearbox(duit lg)
7th sbb proton ade gak orang buat duit atas angin pasal AP(kalau x paham google)
8th org dh x percaya proton so orang switch to myvi.
9th nak rebadge patut ada same or better improvement mcm toyota passo. Tapi jadi Wa-Lan
10th korang mesti dah meluat baca post ni tapi ape yg point2 kt sini mmg x leh nafi. SO PROTON TETAP DGN IMEJ "ala biase la... Proton" yg sedihnye, x semua mampu nk beli kete elok.

Anonymous said...

Part ni kau silap. Kalau x paksa beli nape kete import kene tax up to 300%? So better pakai perodua. Sbb perodua is much better. At least xde la masalah cm proton

Anonymous said...

Haha aku setuju. Pernah tngk kete ferrari xleh turun tingkap usha awek sbb power window rosak? Kalau ferra-ton boleh berlaku XD

Anonymous said...

Power window sihat lg? Bape kali repaor dh? Ke amik toll bukak pintu je ehee

Anonymous said...

Yeke, kau sure dgn statement kau buat tu? Ko pernah denga pasal cerita Hyundai? Cmne dia kene halang dgn kerajaan, cmne dia start dgn buat bilah kipas kapal, cmne dia boleh tembus international market in less than 20 years? Cmne dia dahulukan org korea dgn bagi premium standard pd orang korea bukan mcm proton bagi lineup yg x lepas utk import. Do you know how Korean cherish Hyundai today? No you love proton with unconditional love

Anonymous said...

yang protes itu, tak boleh tengok malaysia maju.

Anonymous said...

yg mengata proton tak bagus ni dah pakai ka kereta2 jenama yg lain ka...atau hanya dengar cakap org aje....aku dah pakai 6 brand kereta baru tetap mengatakan proton antara yg terbaik.....yg kata tak bagus tu lantak hangpa la....sendiri punya duit sendiri pilih apa kereta yg hangpa nK beli....jgn dengar cakap org...yg nak bayar hutang bulan2 bukanya sahabat handai tapi diri sendiri.

Anonymous said...

org melayu sudah ilang jati diri dan semangat cintakan tanahair. tidak tahu dgn beli keye import akan menyebabkan aliran duit kita keluar dan aliran duit masuk kurang. usaha menguatkan semgt cintakan negara dan apa shj yg boleh menguatkan ekon negara mesti dilakukan.

Anonymous said...

Salam Bro,aku tetap menghargai Proton.Orang nak kata apa lantaklah asalkan aku bahagia dengan hasil usaha anak-anak melayu kita.

Azman said...

Ada 2 perkara yang saya nak kongsikan.
1. Proton dan kerajaan harus mengeluarkan mission statement baru, dimana semua model kereta Proton menepati piawaian antarabangsa dan semua kereta yang di pasarkan di Malaysia menepati atau melebihi kualiti yang ditetapkan. Kita harus utamakan kualiti untuk raayat tempatan dan juga beraspirasi menaik taraf gaya hidup kita sesuai dengan apa Korea Selatan dan Australia telah lakukan untuk raayat mereka.
2. Mungkin Proton sudah melakukan tranformasi menaik taraf kualiti kereta mereka dan proses pengeluaran mereka. Saya rasa Proton harus memperhebatkan promosi dan strategi pemasaran melalui media secara meluas dan memperuntukan wang memperbaiki imej dan produk dengan membuka kaunter menyenaraikan bahagian kereta yang rosak [sebab faktor kualiti dan rekabentuk] yang boleh diganti dengan percuma. Ini haruslan didasarkan dengan maklum balas dari pengguna dan juga standard industri.
3. Kereta atau produk Proton harus utamakan kualiti
salam

 
 
Blogger Templates