Social Icons

Pages

Friday, December 27, 2013

EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR BAGAIMANA #KERAJAANNEGERI #SELANGOR SAMUN #DUITRAKYAT DIDEDAHKAN !!!


Setelah masuk penggal kedua mentadbir Selangor,pembangkang sudah sedar bahawa banyak daripada dasar serta program pembangunan yang mereka laksanakan sebenarkan merugikan kerajaan negeri.Dap yang merupakan sekutu PKR dan Pas sudah mula melihat sesetengah dasar yang diperkenalkan pada tahun 2008 ketika pembangkang mula menguasai Selangor sudah ketinggalan zaman atau 'outdated'.Lantas Naib Pengerusi DAP negeri,Teng Chang Khim membidas kerajaan negeri pimpinan Abdul Khalid Ibrahim supaya menilai semula program-program seperti pemberian air percuma.Air percuma sebanyak 20 meter padu merupakan program teras pembangkang yang diperkenalkan pada peringkat awal untuk menambat hati rakyat dan menarik sokongan kepada kerajaan negeri yang baru.Pembangkang heboh sekampung pertama kali mereka melancarkan program tersebut kerana pada mereka itulah satu-satunya ide paling hebat yang mereka fikir telah berjaya dijana oleh pemikiran pakar strategik mereka. Sejumlah RM382 juta telah dibelanjakan bagi program air percuma 20 meter padu dari tahun 2008 hingga 2011.Kalau diambil purata ini bermakna sepanjang tempoh tiga tahun kerajaan negeri Selangor telah memperuntukkan kira-kira RM127 setahun untuk program tersebut.Jika nilai purata itu dijumlahkan sehingga tahun 2013, ini bermakna kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR,Pas dan Dap telah meleburkan duit kerajaan yang dikutip dari pembayar cukai sebanyak RM635. 

Bayangkan pembangkang dengan mudah sekali membazir lebih daripada setengah bilion ringgit duit rakyat bagi tujuan politik yang akhirnya mengancam kedudukan kewangan negeri itu sendiri.Wang sebanyak RM635 boleh digunakan untuk membaik pulih aset-aset berkaitan kepunyaan negeri seperti loji pembersihan, ampangan dan sebagai yang banyak daripada amat memerlukan penyelenggaraan.Tapi sebaliknya Selangor memilih jalan mudah untuk jolikan wang RM635 itu untuk kepentingan politik mereka dan tidak memberi keuntungan kepada semua rakyat negeri itu.Isu penduduk pangsapuri yang berkongsi meter air induk masih belum diselelsaikan sehingga kini.Dikatakan hampir 300,000 penduduk negeri itu yang menghuni kediaman jenis pangpuri atau flet masih tidak menerima setitik pun air percuma yang digembar gemburkan itu.Jadi di mana keadilan sosial dan merakyatkan ekonomi yang begitu gah disebut-sebut dalam setiap ceramah politik mereka.Ini bukan merakyatkan ekonomi namanya tapi meranakan rakyat! Mungkin sebab itu Chang Kim mengingatkan menteri besar supaya mengkaji semula dasar populis tersebut. Ganjil bunyinya apabila pembangkang sendiri yang menggunakan istilah 'populis' terhadap pentadbiran mereka sendiri . 

Sebelum ini pembangkang menuduh kerajaan Barisan Nasional mengamalkan dasar populis tapi kini ludah yang mereka sembur ke langit jatuh bertempek ke muka mereka sendiri.Satu lagi dasar yang dikritik oleh bekas speaker itu ialah kegagalan 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor menggunakan peruntukan yang diberi untuk tujuan pembangunan.Katanya setelah lima tahun memerintah,hanya antara empat dan 10 peratus sahaja bajet untuk kesemua 12 PBT tersebut telah berjaya digunakan.Adakah PBT juga turut mengikut pe'el menteri bersar yang dikatakan tangkai jering dan tidak mahu menggunakan peruntukan negeri untuk kebajikan rakyat. Mungkin PBT di Selangor juga berfikiran sedemikian bahawa wang yang diperuntukkan lebih baik disimpan di dalam bank untuk menjana faedah daripada dibelanjakan untuk pembangunan bagi kebaikan rakyat. 

Apa pun Selangor tidak lagi boleh mendabik dada segala program atau dasar yang diperkenalkan benar- benar mensejahterakan rakyatnya.Lebih-lebih lagi Anwar Ibrahim selaku penasihat ekonomi negeri bergaji RM1 telah juga gagal untuk membawa Selangor ke tahap pembangunan ekonomi yang hebat dan cemerlang.Apa yang dinikmati di Selangor ketika ini adalah penat lelah dan jerih penat selama 50 tahun membangunakan negeri itu.Pembangkang hanya datang,tadbir dan nikmati segala apa yang ada sambil melaungkan kepada seluruh rakyat bahawa semua itu adalah hasil kerja mereka.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

8 comments:

Anonymous said...

hoi krajaan Khalid, kamu tau tak banjir di rawang baru ni sebab kamu tak suruh orang kamu buat kerja,longkang penuh sampah,parit penuh sampah, rumput lalang panjang berjela, kamu tengok di bangi, jalan reko banjir kilat kat simpang ke bbb, jalan rumput tak berjaga, buat jalan seciput depan niosh dah nak masuk tahun baru tak siap, cukuplah makan duit rakyat, turun padang baiki hidup rakyat.. perut ko orang tu semua buncit sebab makan duit rakyat yang tak dibenarkan.. buat kerjalah wakil rakyat Selangor..Selangor semakin kotor..

Anonymous said...

Bukan aje rawang, bbb, petaling jaya, kelana , subang jaya pun sama. Cakap aje lebih baik khalid baik hannah yeoh baik nik nazmi. Semua sama.

Anonymous said...

jalan reko kat simpang bbb tu banjir sebab longkang tak cukup besar, kan sebelah tu ada longkang concrete tersadai tak tahu bila nak di pasang,.agaknya longkang tu legasi kerajaan dulu, bila PR take over, kerja terbengkalai...hoi buat kerja lah, kereta aku lalu kat situ bila banjir kilat sangkutlah, kereta tua, air dalam kereta tak lepas..Selangor apa nak jadi dengar PR, penasihat buat apa, tak cukup gaji seringgit ke..

Anonymous said...

Ini lg kisah benar...

HEBOH SATU DUNIA ANAK ROSMAH MANSOR BELI KONDO BERHARGA RM110 JUTA DI NEW YORK!!!!!


*Rakyat di negara ini nak beli rumah mampu milik berharga bawah RM100,000 pun perit dan sakit tapi anak Rosmah Mansor isteri Presiden UMNO sap sap suey!!!!!*

*Anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berusia 36 tahun dilaporkan membeli satu unit kondominium berharga USD33.5 juta (RM110 juta) di New York.

Riza Shahriz Abdul Aziz, anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor daripada perkahwinan terdahulu, membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York, menurut Sarawak Report.

Laporan itu memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal, yang menyatakan Riza membeli hartanah dengan tujuh bilik itu pada 19 November tahun lepas.

Satu laporan New York Timesmenyebut unit megapuri (penthouse) itu yang terletak di Central Park West, dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali sebagai Park Laurel Acquisition.

Riza, menurut laporan Sarawak Report lagi, memulakan kerjaya perbankannya sebaik sahaja tamat pengajian di London School of Economics pada 2000.

Laporan itu menyebut Riza pernah bekerja dengan firma perunding KPMG sehingga 2002 dan kemudian di HSBC London sehingga krisis kewangan pada 2008.*

Anonymous said...

Ni msti ikut jejak langkah kak semah menabung dr kecik.. Klu x ..x kan kak semah pun blh beli cincin berlian 24juta usd...uhuhuuuhuhuhhhm..

Anonymous said...

Saranan Mahathir Bukti Najib Mengurus Negara Secara Salah
Selepas beberapa pihak tampil menyatakan kebimbangan terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga barang dan perkhidmatan sejak kebelakangan, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad akhirnya turut bersuara dengan nada yang serupa.
Dalam tulisan di blognya, Mahathir berkata, dalam menangani beban kewangan negara dan keperluan menambah sumber pendapatan, kerajaan sepatutnya mengurangkan kos pengeluaran dan bukannya menaikkan harga barangan yang tentunya akan memberi kesan kepada kehidupan rakyat.
Mengenai kenaikan tarif letrik sebanyak 15 peratus yang diputuskan kerajaaan pula, beliau berkata, kenaikan itu seharusnya dilakukan secara berperingkat-peringkat dan bukannya secara mendadak kerana ia akan membebankan pengguna domestik, selain memberi kesan kepada kos pengeluaran industri.
Pandangan dan saranan Mahathir ini jelas bertentangan dengan pendekatan Najib dalam mengurus negara selama ini yang lebih melihat instrumen cukai dan subsidi sebagai sumber menambah pendapatan negara. Beberapa cukai bakal dinaikkan manakala subsidi pula dalam perancangan untuk dihapuskan sama-sekali dengan alasan ia tidak baik untuk perkembangan ekonomi secara keseluruhannya.
Semua pendekatan Najib ini lebih menjurus kepada meningkatnya harga barangan pengguna.
Dalam masa yang sama, dalam usaha menghapus subsidi dan mahu penghapusannya diterima, hanya susbsidi yang melibatkan rakyat mahu dihapuskan sedangkan subsidi yang turut diterima oleh syarikat-syarikat besar dan kroni, tidak terlihat pula mahu diusik. Kalau dipotong pun, barangkali merupakan langkah terakhir sekali.
Sepanjang Najib mempertahankan apa yang dilakukannya, tidak pernah sekali pun tergambar iltizam mahu mengurangkan kos, mengambil langkah jimat-cermat serta mengurangkan ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan. Semua beban hanya mahu diletakkan di bahu rakyat semata-mata.
Dengan saranan Mahathir agar kerajaan mengurangkan kos pengeluaran, walaupun gambarannya bersifat analogi, tetapi adalah jelas ianya bermaksud agar kerajaan menunjukkan teladan yang baik terlebih dahulu sebelum mahu mengambil lebih banyak daripada saku rakyat dan menaikkan kos kehidupan mereka.
Sebagai sebuah kerajaan, seharusnya itulah yang patut dilakukan oleh Najib kerana terus-terusan membebankan kehidupan rakyat dah kemudian mencipta pelbagai alasan untuk menghalalkannya, bukanlah tindakan yang bijak dan terpuji. Kerajaan yang sebegini adalah kerajaan yang cacat dan sudah hilang upaya dalam pemikiran dan kebijaksanaannya.
Melalui saranan Mahathir ini juga, ia dengan sendirinya menolak hujah Pengerusi Felda, Isa Samad bahawa kenaikan harga barang bukanlah salah UMNO tetapi merupakan fenomena yang berlaku di seluruh dunia dan tidak dapat dielakkan oleh mana-mana kerajaan.
Ini kerana, dengan mengurangkan kos, tahu berjimat-cermat dan mengawal ketirisan, tiada sebab barangan tidak boleh dijual dengan harga yang sama atau lebih rendah lagi. Jika kos tidak mahu dikurangkan dan langkah berjimat tidak diusahakan sedangkan sebagai sebuah kerajaan ianya boleh dilakukan oleh UMNO melalui iltizan para pemimpinnya, sudah tentulah memang salah UMNO jika harga barangan terus meningkat.
Dalam hal ini, Mahathir telah menunjukkan jalan yang mudah dan praktikal untuk dilakukan oleh Najib iaitu kurangkan kos, berjimat-cermat, kawal ketirisan dan naikkan sesuatu secara berperingkat-peringkat agar rakyat tidak terasa bebannya.
Persoalannya, selama ini dimanakah peranan Pemandu, Idris Jala, Omar Ong, puluhan pegawai dan penasihat Perdana Menteri, con-sultan dan con-setan yang direkodkan telah dibayar sebanyak RM7.2 bilion oleh kerajaan sepanjang lima tahun yang lalu serta penasihat kiri dan kanan dalam menasihati Najib supaya menguruskan negara ini dengan cara yang betul?
Nampaknya Najib dan kerajaan perlu terus disekolahkan dalam mentadbir negara ini!! (SH 27/12/2013) 

Anonymous said...

Apa kt macai umngok sekalian.. Tun m dh bersuara tu.. Sbb tu la tun m kata ..org bodoh shj yg masih tinggal dlm umno... Uhuhuuhhuhuhuu...

Anonymous said...

Sy bkn la pengundi be end atau penyokong umngok.. Tp apa yg dikatakan tun m.. Tu sy sokong 100%.. Klu smpi thp ni pun macai umngok x blh berfikir x tau la apa nk kata lg.. Baik jgn jd manusia.. Sbb manusia diberi ALLAH SWT utk berfikir... Klu binatang ya.. X guna akal utk berfikir..

 
 
Blogger Templates