Keputusan Pas Kelantan untuk tidak menghantar wakil atau penyokong ke demonstrasi
jalanan yang akan diadakan pada malam sambutan tahun baru ini pasti akan
mengejutkan ramai pihak khususnya mereka yang begitu taksub dan fanatik dengan
fahaman revolusi.Paling menarik apabila,keputusan tersebut dibuat dengan sebulat suara melalui
mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan yang dipengerusikan oleh Dato Ahmad Yaakob
di Bangunan Pas Jalan Dato Pati, Kota Baharu.Menurut Menteri Besar Kelantan itu, Pas Kelantan memutuskan untuk tidak akan
menghantar wakil atau penyokong ke demonstrasi pada tengah malam 31 Disember
2013 dengan alasan,TIDAK BERSETUJU DENGAN SLOGAN, 'GULINGKAN
KERAJAAN'.
Ekoran keputusan yang dibuat itu juga, beberapa Pas kawasan di Kelantan yang
sebelum ini merancang untuk turut mengikuti demonstrasi jalanan itu telah bertindak
untuk membatalkan penyertaan mereka.Masyarakat sebelum ini dikejutkan dengan laporan beberapa media dan portal
pembangkang yang bertindak menyebarkan poster dan risalah mengenai perhimpunan
pada malam 31 Disember ini.Walaupun mereka mendakwa himpunan yang diadakan itu bagi mendesak dan
memberi amaran kepada kerajaan berhubung isu kenaikan kos sara hidup. Namun
di dalam poster dan risalah yang disebarkan jelas tertera perkataan ‘Himpunan
Guling Kerajaan : 31 Disember 2013'.
Pihak polis sebelum ini dilaporkan turut memburu beberapa individu yang dipercayai
menjadi dalang dan penganjur program tersebut dan beberapa langkah proaktif turut
diambil bagi menjaga kepentingan dan keselamatan pihak awam.Ketua Polis Negara,Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mereka yang terlibat boleh
dikenakan tindakan di bawah Seksyen 124 C,Kanun Keseksaan kerana melakukan
aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen. Menurutnya, siasatan juga akan
dibuat mengikut prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012
Sosma kerana ia melibatkan kesalahan keselamatan.Manakala Pas Terengganu ketika diminta mengulas mengenai perkara yang sama
menjelaskan pihaknya langsung tidak tahu menahu kerana tidak mendapat maklumat
mengenainya.
"Saya tiada maklumat mengenai perkara itu (himpunan guling kerajaan) dan tidak tahu
pula sama ada perkara itu disebarkan melalui laman sosial kerana maklumat itu pun
tidak sampai,” kata Pesuruhjaya Pas negeri, Satiful Bahri Mamat
Berbalik kepada isu yang dibangkitkan,disebabkan keputusan yang dibuat itu Pas
Kelantan telah dikecam oleh beberapa individu melalui laman sosial Facebook.”Menteri Besar Kelantan jadi dayus suruhan Najib Altantunya setelah
bersalam dengan Najib! Leher Amat Yaakob dah menjadi seperti kura-kura
masuk dalam cengkerang!” kata salah seorang penguna Facebook di laman
sosial itu.
Kesimpulannya walaupun Pas secara dasarnya menyokong himpunan yang bakal
diadakan itu,namun masih ada segelintir di kalangan mereka yang jelas tidak bersetuju
dengan pendekatan radikal sesetengah pihak yang terlalu kemaruk inginkan kuasa.Ini kerana,mereka sedar percubaan untuk menggulingkan kerajaan melalui kekerasan
hanya akan menyebabkan negara menjadi huru-hara sekali gus merugikan rakyat.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment