Isu pergolakan dalaman yang melanda DAP Johor,bukanlah merupakan satu rahsia,ini
kerana rata-rata penganalisis politik memang menyedari akan perkara itu.Ketika pilihan
raya umum yang lalu,media melaporkan tiga pemimpin kanan parti itu mengambil
keputusan drastik dengan meletakan jawatan ekoran marah dengan campur tangan
melampau Penasihat parti,Lim Kit Siang dan anaknya,Lim Guan Eng dalam pemilihan
calon di negeri itu.Mereka yang meletakkan jawatan itu adalah Pengerusi DAP Johor,Dr. Boo Chen Hau,Timbalannya Norman Fernandez dan Setiausahanya,Tan Chen Choon.Sejurus selepas berakhirnya pilihan raya umum,isu itu dilihat sedikit reda apabila
semua pimpinan DAP dilihat agak sibuk menguruskan pemilihan semula CEC parti
ekoran aduan yang dibuat oleh ahli parti itu yang mendakwa berlakunya salah guna
kuasa dan penipuan dalam proses pemilihan yang dilakukan sebelum ini.Namun isu pergolakan itu kembali hangat apabila baru-baru ini,penyokong dan ahli
DAP dikejutkan dengan gesaan yang dibuat oleh Naib Pengerusi DAP Johor,Ong Kow
Meng dan bekas Adun Bentayan,Gwee Tong Hiang.Mereka antara lainnya mendesak
agar pimpinan DAP negeri yang diterajui oleh Cheng Hau ditukarkan kepada pemimpin
yang lain.
Mereka juga turut menamakan ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong dan ahli Parlimen
Kulai,Teo Nie Ching diangkat sebagai pemimpin yang baru.Ini kerana selain masih
muda,mereka juga mendakwa Chin Tong dan Nie Ching mampu dan lebih layak
memimpin berbanding Cheng Hau.Walaupun secara dasarnya kenyataan tersebut adalah merupakan perkara biasa
dalam proses demokrasi, namun ramai yang merasakan ia dilakukan ekoran dari
arahan pemimpin ‘atasan’ yang mahu menyingkirkan Cheng Hau ekoran tindakannya
sebelum ini yang dilihat jelas menentang Kit Siang.Tambahan pula,Kow Meng dan Tong Hiang sememangnya diketahui tidak mempunyai
hubungan baik dengan Dr Boo,semenjak mereka digugurkan daripada menjadi calon
parti itu dalam pilihanraya yang lalu.Pemilihan pimpinan DAP Johor dijadualkan
berlangsung pada 12 Januari depan.Cheng Hau sebenarnya tidak begitu digemari oleh dinasti Lim dan puak-puak
mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini.Khususnya apabila dia dilihat begitu
lantang mengkritik kepimpinan Lim.Perkara ini sudah berlaku sebelum pilihan raya umum ke-13 lagi.Oleh demikian,terdapat dakwaan daripada ahli DAP bahawa dinasti Lim sengaja membuat
keputusan untuk bertanding di beberapa kawasan yang rata-rata mempunyai undi Cina
yang tinggi sekali gus membelakangkan Cheng Hau bersama pengikut- pengikut lain,
yang selama ini telah bertungkus-lumus membangunkan DAP Johor.
Cheng Hau merupakan tunjang utama yang berpengaruh dalam membawa sokongan
masyarakat Cina secara khusus dan lain-lain bangsa kepada DAP.Cheng Hau juga
mempunyai barisan kepimpinan tertinggi negeri yang setia kepada beliau sehinggalah
munculnya Kit Siang di Gelang Patah.Tidak cukup dengan itu,pemilihan Chin Tong dari Pulau Pinang (Bukit Bendera) dan
Teo Nie Ching dari Selangor (Serdang) untuk bertanding di Johor juga dilihat sebagai
satu usaha untuk mengukuhkan kedudukannya Kit Siang.Kedua-dua mereka ini
memang diketahui sebagai orang kuat dinasti Lim.
Malah, dengan kehadiran pemimpin luar di Johor,ia sebenarnya untuk memastikan
kuasa dan pengaruh Cheng Hau berkurangan.
Sebagai orang nombor satu dalam DAP Johor,Cheng Hau sebelum ini bermati-
matian mempertahankan kuota kerusi untuk parti itu sehingga sanggup bergaduh
sakan dengan Pengerusi PKR negeri, Chua Jui Meng.Namun,setelah berjaya
mempertahankan kerusi untuk DAP,dia akhirnya terpaksa akur dengan keputusan
DAP pusat yang mahu membawa masuk ‘pemimpin pilihan‘ Dinasti Lim itu bagi
dijadikan calon parti itu bertanding di Johor.
Sebagai tanda protes,Cheng Hau akhirnya mengambil keputusan untuk meletakkan
jawatan bagi memberikan mesej yang jelas kepada Kit Siang.Ini kerana peletakan
jawatan itu dilakukan ketika proses pilihanraya umum sedang dijalankan, sekaligus
bakal menyebabkan gerak kerja dan kempen parti menjadi tidak tersusun dan kelam
kabut.Bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk terjadi,Kit Siang dan anaknya Guan
Eng terpaksa ‘tunduk’ dengan beberapa permintaan Cheng Hau yang mahu
agar ‘orang-orangnya’ turut diberikan tempat untuk bertanding dan menyingkirkan
beberapa nama calon yang merupakan penyokong setia ‘Dinasti Lim’.Kesimpulannya,walaupun Kit Siang sering menuduh kerajaan sebagai zalim dan
tidak demokrasi namun pada hakikatnya dia dan anaknya tidak pernah mengamalkan
demokrasi dalam erti kata sebenar sepanjang pemerintahan mereka di dalam DAP.
Pada mereka siapa sahaja yang menjadi musuh,harus dihapuskan.Nampaknya benarlah seperti dakwaan sesetengah pihak,Kit Siang dan Guan Eng
sebenarnya merupakan pemimpin yang mengamalkan kuku besi dan diktator.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment