Social Icons

Pages

Wednesday, December 25, 2013

KANTOI !!! AHLI PAS MENGAKU #MATSABU BERFAHAMAN SYIAH !!! VIDEO INSIDE !!!


Polemik mengenai isu Syiah yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden Pas,Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu itu seperti tiada penghujungnya.Terbaru,perkara itu telah di dedahkan oleh Ustaz Ashiq Ilahi,seorang mudir dari Al- Maahad Al-Fathoni atau lebih dikenali sebagai Pondok Bukit Kobah.Beliau yang merupakan ahli Pas itu,menjelaskan pendedahan yang dilakukan itu adalah hasil siasatan yang dilakukannya sejak sekian lama.Menurutnya melalui temubual yang dilakukan terhadap rakan-rakan karib Mat Sabu dan guru-guru beliau,majoriti mengatakan Timbalan Presiden Pas itu adalah merupakan seorang penganut fahaman Syiah.

“Sekiranya kita bertanya kepada ahli-ahli agama yang berfahaman Ahli Sunah Wal Jemaah (khususnya) di dalam Pas sendiri,semua akan mengatakan bahawa Mat Sabu ini memang (berfahaman) Syiah.Contohnya,Tok Guru Hj Salleh di Sik (juga merupakan salah seorang pengikut tegar Pas) sendiri turut mengetahui mengenai fahaman Syiah Mat Sabu ini,malah (beliau) banyak kali berpesan kepada ahli-ahli kuliahnya agar berhati-hati dengan Mat Sabu” katanya.

Menurut Ustaz Ashiq lagi,baru-baru ini seorang rakannya ada menziarahi Tok Guru Hj Salleh di kediamannya. Antara pesan yang disampaikan kepadanya ialah meminta agar Mat Sabu kalah dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden.

“Seperti yang didedahkan oleh KDN sebelum ini, antara 10 bukti yang mengatakan Mat Sabu menganut fahaman Syiah disebutkan oleh Tok Guru Hj Abdul Rahim Rahman,daripada Pondok Sungai Jagung.Menurutnya (Tok Guru Abdul Rahim) lagi,beliau pernah ternampak Mat Sabu bersembahyang dengan ciri-ciri Syiah di dalam ibadatnya” jelas Ustaz Ashiq.

Di dalam isu yang lain,Mat Sabu turut ditempelak oleh Ketua Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang,Mohamed Hafiz Mohamed Nordin yang mempertikaikan perlantikannya sebagai Pesuruhjaya Negeri yang baru bagi menggantikan Mohd Salleh Man yang telah digugurkan.Menurut Hafis,sebelum ini Mat Sabu pernah menolak cadangan untuk memintanya menerajui kepimpinan Pas negeri. Yang menjadi persoalannya ialah,dia bukan setakat menolak cadangan tersebut namun turut mencadangkan agar jawatan tersebut diberikan kepada Mohd Salleh.

“Sebelum ini kami kepimpinan Pas negeri mahukan Mat Sabu terus menjadi Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang tetapi beliau menolak dan mencadangkan Mohd. Salleh.Walau bagaimanapun kini beliau menerima pula sedangkan dirinya terpalit dengan pelbagai kontroversi termasuk didakwa dikaitkan dengan Syiah," katanya kepada pihak media sebelum ini.

Menurutnya perlantikan Mat Sabu itu seperti ada yang tidak kena dan dilihat wujud satu agenda yang tersirat.Selasa lalu,Setiausaha Agung Pas,Datuk Mustafa Ali mengumumkan pelantikan Mat Sabu sebagai Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang dalam satu sidang akhbar di Pejabat Agung parti itu di ibu negara.Kesimpulannya semua kenyataan ini adalah merupakan bukti,bahawa Umno/BN langsung tidak terlibat dalam serangan dan gerakan terhadap Mat Sabu ini.Apa yang jelas,ramai di kalangan pengikut dan ahli Pas sendiri sebenarnya tidak senang dengan perlantikan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden parti dan Pesuruhjaya Pas negeri. Pada mereka,Mat Sabu hanya layak dijadikan ‘kuda tunggangan’ di atas pentas-pentas ceramah sahaja.Ini kerana selain mampu mengumpulkan jumlah hadirin yang ramai, Mat Sabu juga dilihat boleh memberikan ‘pulangan’ yang memberangsangkan hasil dari kutipan derma yang dijalankan.

LIHAT VIDEO DI BAWAH


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates