Social Icons

Pages

Showing posts with label Mat Sabu.... Show all posts
Showing posts with label Mat Sabu.... Show all posts

Wednesday, March 29, 2017

TU DIAA !!! #WANAZIZAH #DSWA #WAWI MASUK HOSPITAL #MATSABU PULAK KUASAI MESYUARAT !!!


Walaupun Pakatan Harapan (PH) dikuasai oleh DAP,namun di meja mesyuarat mereka mendahulukan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengerusi,tetapi kelmarin segalanya berubah.Pada 27 Mac 2017,Wan Azizah telah dikejarkan ke hospital kerana tidak sihat,sebagai pengganti Presiden PAN Mohamad Sabu telah 'dimuliakan' oleh PH sebagai pengerusi mesyuarat pertama bersama-sama PPBM.Bukannya Muhyiddin,Guan Eng atau pun Mahathir.Maknanya DAP sebagai "king maker" menyuruh Mat Sabu mempengerusikan mesyuarat.DAP adalah majikan Mat Sabu.Gaji Mat Sabu dibayar oleh DAP.Mat Sabu bukan ahli parlimen atau ADUN pun.Mat Sabu adalah pekerja kepada DAP.Mat Sabu hanya terkenal sebagai seorang ahli politik yang mampu membuat lawak di atas pentas ceramah. 

Mat Sabu tiada agenda terpimpin melainkan cerita Normah semata mata.Kelmarin,Mat Sabu diangkat ganti tempat Wan Azizah.Bukannya Muhyiddin atau Mahathir.Menanglah Mat Sabu.Tidak mustahil Mat Sabu akan dilantik selepas ini menentukan hala tuju gerak kerja pembangkang dikala ketiadaan Wan Azizah di meja mesyuarat atas faktornya yang mudah menuruti arahan DAP.Bayangkanlah bagaimana DAP tidak menghiraukan bekas Perdana Menteri dan bekas Timbalan Perdana Menteri yang turut hadir dalam mesyuarat itu dengan meminta Mat Sabu menentukan segalanya.Bagi DAP,siapa anda sebelum ini tidak penting,asalkan yang boleh menuruti kehendak DAP akan diutamakan terlebih dahulu.Mat Sabu nampak sudah ada dalam liga bakal calon calon PM pakatan pembangkang.Menangislah Anwar dalam penjara.Wan Azizah sudah masuk hospital.Azmin yang diharap sudah mula bersama bapak angkatnya Mahathir.Mat Sabu tersengih jadi boneka DAP pengerusikan mesyuarat.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, November 10, 2016

TU DIAAA !!! #MATSABU KENCING ORANG KAMPUNG KAW-KAW !!!


Mohamad Sabu,seorang pemimpin pembangkang yang sentiasa membuat provokasi murahan dari kenyataan dan serangannya keatas kerajaan.Presiden Parti Amanah Negara (PAN) yang sudah tidak diterima dalam PAS kerana tiada 'value' itu baru-baru ini sekali lagi membuat serangan bodoh yang tidak berasas.Menurut Mohamad atau Mat Sabu,disebabkan ekonomi negara mengalami kegawatan,ramai orang Melayu telah memilih untuk bekerja di London.Cerita Mat Sabu itu didongengkan beliau dalam catatan akhbar Parti PAN,23-29 Oktober 2016.Bagi mereka yang bekerja di bandar semestinya tidak bersetuju bahawa punca utama orang Melayu berhijrah ke London untuk bekerja disebabkan kekangan pekerjaan dan tahap ekonomi domestik yang mengucup. Kalau ada yang Mat Sabu nampak bekerja lap cermin kereta itu sudah kantoi cerita bohong. 

Di London,mana ada pekerjaan lap cermin kereta kecuali di kedai Car Wash.Itu pun Car Wash di London dioperasikan sendiri oleh rakyat tempatan di sana kerana cuci kereta "Hand Wash" adalah £3.99 sahaja.Kadar itu tidak sesuai untuk menggaji pekerja kerana kadar upah minumum sejam di UK adalah £7.20 sejam.Kalau ada pun anak Melayu yang kerja di sana,mereka yang daripada kalangan pelajar di sana yang membuat "part time".Dengan kadar £7.20 sejam,jika mereka bekerja selama 3 atau 4 jam ianya sudah cukup untuk wang lebihan saku mereka.Mat Sabu reka cerita ini untuk tipu orang kampung sahaja.Ramai tidak tahu,penerbangan pergi ke London sudah murah sekarang sejak dipromosikan oleh MAS, hanya RM2,490.Memang nampak muka Melayu ramai di Heathrow sebab tiket sudah murah.Lagi pun kalau Mat Sabu ke kawasan Bayswater,memang di situ ramai muka Melayu kerana sudah ramai orang Melayu bermastautin di sana sejak berpuluh tahun dahulu.

Bangla yang jual "souvenir" di kawasan itu pun boleh cakap Melayu.Di kawasan itu sudah ada Berjaya Hotel,Holiday Villa dan beberapa restoren Melayu.Cerita Mat Sabu dalam akhbar PAN itu macamlah cerita perbandingan Tesco UK dengan Tesco Malaysia.Cerita rekaan untuk memperbodohkan orang kampung sahaja.Bukan senang senang UK hendak luluskan permit kerja untuk orang asing.Sedangkan peluang pekerjaan khususnya di bandar-bandar utama negara ini masih di tahap yang baik.Statistik pada Januari 2016 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan jumlah pengangguran di negara ini pada 2015 berbanding 2016 adalah menurun sebanyak 0.6 peratus. Kadar pengangguran di Malaysia adalah antara yang terendah di dunia.Pada 2015,seramai 504,300 menganggur berbanding 501,500 pada tahun semasa.Jumlah ini bukanlah kerana disebabkan ketiadaan pekerjaan di negara ini, sebaliknya mereka tidak berminat untuk bekerja walaupun disediakan pekerjaan buat mereka. Oleh demikian, tuduhan Mat Sabu yang mengatakan bahawa ramai orang Melayu terpaksa bekerja di London kerana susah untuk mencari pekerjaan di Malaysia merupakan suatu pembohongan untuk orang luar bandar,khususnya di kampung. 

Kenapa orang kampung menjadi sasaran Mat Sabu ??? Ini kerana demografi orang kampung itu sendiri yang kebanyakannya bekerja sendiri dan tidak mengetahui situasi sebenar apa berlaku di tengah bandaraya.Keduanya Mat Sabu tahu bahawa kawasan perkampungan merupakan 'kubu kuat' parti kerajaan,maka dia sengaja membawa persepsi jahat agar para penduduk di kampung terpengaruh dan tidak lagi menyokong pemerintah. Mat Sabu sudah tidak releven dalam gerakan politik di Malaysia.Terbukti setiap hujah dan serangan Mat Sabu kepada parti pemerintah hanyalah seperti tin kosong yang tiada nilainya.Kini Mat Sabu sudah menjadi 'dinasour politik' dalam pembangkang, sudah tiba masanya untuk dia bersara sahaja.Sudah sudahlah Mat Sabu,banyak pukul tong kosong daripada cerita sebenar.Hati hatilah mendengar apa yang keluar dari mulut Mat Sabu.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, June 18, 2015

BREAKING NEWS !!! VIDEO #MATSABU BERASMARA DENGAN PEREMPUAN DIDEDAHKAN !!!


tu diaaa !!! video mat sabu berasmara didedahkan.sapa perempuan tu wahai mat sabu ??? betul ke video tu ori ??? jom kita lihat video di bawah


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, February 24, 2015

KANTOI !!! VIDEO RAKAMAN AUDIO #MATSABU JATUHKAN ULAMA DIDEDAHKAN !!!


1 rakaman suara yang didakwa milik Timbalan Presiden PAS,Mohamad Sabu,yang mahu menggulingkan Presiden,Datuk Seri Abdul Hadi Awang mula dikesan beredar dalam dunia siber.Rakaman suara berdurasi 2 minit 10 saat dikesan beredar dalam laman facebook berjudul ‘Transkrip Rakaman Suara Part 1′ 

Pendedahan rakaman itu dibuat di laman,Tuc Tok Usin Ceroi (Pemburu Jebon) petang semalam sebelum menjadi tumpuan ramai.Pihak-pihak berkaitan mendakwa ucapan Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu dibuat dalam ‘satu mesyuarat rahsia’ kumpulan pemikirnya yang menyusun strategi bagi memastikan Abdul Hadi tewan dalam pemilihan jawatan Presiden PAS pada muktamar agong akan datang.

Menurut laman Facebook itu,audio yang mereka sebarkan adalah bahagian pertama daripada lebih banyak pendedahan yang mereka lakukan.Sebelum ini,laman Facebook tersebut membuat pengumuman beberapa kali untuk mendedahkan apa yang dikatakan sebagai bukti selepas demonstrasi mendakwa Dr Hatta dibuat di hadapan Pejabat Agung PAS menjelang mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan baru-baru ini.Dalam demonstrasi pimpinan Ketua Pemuda PAS Kuantan Fadhil Ahmad yang turut disertai bapa saudaranya yang juga ketua dewan ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik,Dr Hatta didakwa menjadi dalang mahu menjatuhkan Hadi.Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berjanji akan menyiasat demonstrasi dan juga kandungan memorandum itu.

LIHAT VIDEO DI BAWAH


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, September 11, 2014

TU DIAAA !!! PEMIMPIN #DAP JILAT #MATSABU KAW-KAW !!!


Demi mempertahankan amalan nepotisme Anwar Ibrahim,DAP dan PKR berterusan ‘menyerang’ Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan kenyataan Presiden Pas itu yang bertegas Wan Azizah Wan Ismail tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor.Paling biadab apabila bekas Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor dari DAP,Ronnie Liu MENJILAT dan bertindak membandingkan kebijaksanaan Abdul Hadi dengan Mohamad Sabu selain menyifatkan pihak yang menyokong Presiden Pas itu adalah sebahagian daripada elemen tidak masuk akal. 

Malah tanpa segan silu,Ronnie Liu yang sebelum ini terkenal sebagai tokoh DAP Selangor yang paling lantang menentang beberapa usaha kerajaan Selangor memerangi kemungkaran menganggap Mohamad atau lebih dikenali sebagai ‘Mat Sabu’ sebagai tokoh Pas yang jauh lebih bijak dan jujur,tidak seperti Abdul Hadi. 

“Sebelum mengucapkan selamat malam, saya percaya ramai antara kita kecewa dengan tindak-tanduk yang dilakukan oleh pihak konservatif dalam Pas. Jutaan rakyat di luar sana juga marah dengan Abdul Hadi serta pengikutnya dan wajar untuk mereka berasa begitu tetapi kena ingat, kita tidak hilang semuanya,” katanya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, June 05, 2014

HOT NEWS !!! #MATSABU BERSEDIA GANTI #HADIAWANG DAN HUDUD AKAN DIBATALKAN ???


Berita mengenai Tuan Guru Hadi Awang,Presiden PAS yang dimasukkan ke hospital di Turki baru-baru ini bagaikan memujuk hati DAP yang hancur dek keputusan PRK Teluk Intan yang memalukan parti itu.Umum sedia maklum bahawa kekalahan DAP di Teluk Intan bukan sahaja terletak kepada calon yang salah,tidak berkredibiliti,tidak berpengalaman serta pembohong tetapi apa yang lebih penting ialah kegusaran pengundi Cina terhadap ‘bangsa’ calon tersebut yang dikhuatiri mampu ‘menyambut’ laungan hudud PAS.Walaupun Hadi Awang pernah menyatakan bahawa hudud hanyalah 0.0001% dari tuntutan Islam,tetapi Presiden PAS itu sering menukar fikiran mengikut arus dan suasana.Memandangkan hudud menjadi topik hangat hari ini berikutan cadangan Kerajaan Kelantan untuk melaksanakannya,maka Hadi Awang memilih untuk menyokong hudud dengan harapan dapat meraih kembali sokongan masyarakat Melayu yang semakin hilang dari PAS.Apatah lagi dengan UMNO mengambil sikap terbuka mengenainya, menyebabkan Hadi semakin terdesak menunjukkan yang beliau lebih Islam dari UMNO. 

Pendirian Hadi Awang hari adalah berbeza dengan Timbalannya sendiri,Mat Sabu.Mat Sabu terkenal sebagai ‘agen DAP’ dan tidak pernah menjanjikan perlaksanaan hudud kepada sesiapa.Mat Sabu selama ini dilihat lebih selesa memperjuangkan komunis dan juga liberalis yang jauh bertentangan dengan prinsip PAS.Lebih dahsyat lagi,Mat Sabu juga dikaitkan dengan Syiah secara langsung.Justeru,Mat Sabu bukanlah personaliti yang diharap-harapkan untuk mengganti Hadi Awang bagi akar umbi PAS.Rata-rata akar umbi PAS masih lagi mendambakan kepimpinan ‘ulama’ atau personaliti yang bergelar ulama sebagai peneraju parti itu.Namun,malang bagi akar umbi PAS ini kerana mereka mungkin terpaksa menerima seorang Presiden yang bukan Ulama dan bukan juga golongan Professional, tetapi balaci DAP yang penuh skandal dan kontroversi.Adalah difahamkan bahawa akar umbi PAS lebih mengharapkan Datuk Mustafa Ali sebagai pengganti Hadi Awang bila tiba masanya. Menurut mereka,Mustafa Ali adalah dari golongan Ulama dan lebih layak dari Mat Sabu.Apa yang menarik ialah,walaupun Mustafa dianggap dari golongan Ulama tetapi beliau turut terjebak dalam skandal seks lengkap dengan bukti video berbanding skandal Mat Sabu yang hanya dilengkapi bukti rakaman suara. 

Lebih ironi lagi,kedua-dua Datuk Mustafa Ali dan Mat Sabu sama-sama telah didapati bersalah memfitnah Datuk Wan Ahmad Omar,bekas Timbalan Pengerusi SPR berhubung Projek IC Sabah.Kedua-dua mereka diarah membayar ganti rugi RM200,000 kepada Datuk Wan Ahmad pada Mac lalu.Pun begitu,Mat Sabu dilihat mempunyai peluang lebih cerah untuk menggantikan Hadi Awang sebagai Presiden PAS kerana Mat Sabu turut mendapat sokongan dari DAP dan PKR manakala Mustafa hanya mendapat sokongan akar umbi PAS.Walaupun DAP dan PKR tidak boleh mengundi dalam Muktamar PAS tetapi Mat Sabu telah berjaya menjadi Timbalan Presiden PAS melalui sokongan mereka,maka tidak mustahil beliau juga akan berajaya menjadi Presiden nanti.Justeru,penyokong-penyokong PAS perlu bersedia menerima pembaharuan di dalam PAS sekiranya apa yang dijangka ini menjadi nyata.saya tidak pasti ke mana Mat Sabu akan membawa PAS iaitu ke arah Syiah,komunisme,liberalisme atau kesemuanya sekali.Namun,apa yang harus penyokong PAS ingat ialah kepimpinan Mat Sabu bererti kepimpinan DAP.Bayangkan,sebuah parti Islam berada di bawah telunjuk kafir harbi.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, April 25, 2014

KURANG AJAR !!! #MATSABU KATA #TUNMAHATHIR HINA HUKUM #HUDUD !!!


Nama Karpal Singh amat sinonim dengan hudud disebabkan kenyataan tegas beliau menolak hudud dengan mencabar agar mayatnya dilangkah jika ingin melaksanakannya.Justeru,pemergian Karpal Singh seharusnya membuka lembaran baru kepada PAS dalam isu hudud.Kebetulan pemergian Karpal secara tiba-tiba berlaku pada ketika isu hudud sedang hangat berikutan cadangan pembentangannya di parlimen oleh kerajaan PAS Kelantan.PAS merancang melaksanakan hudud secepat mungkin atau selewat-lewatnya tahun hadapan sekiranya berjaya mendapatkan sokongan di parlimen.Jika sebelum ini Karpal dijadikan sebagai ‘benteng’ hadapan dalam menentang hudud untuk ditempelak oleh PAS,kini PAS tidak lagi dapat memberi alasan bagi pihak DAP kononnya penolakan Karpal adalah atas kapasiti peribadi.Kali ini,PAS perlu menerima hakikat bahawa DAP secara keseluruhannya menolak hudud,begitu juga PKR.Apa yang menarik ialah,walaupun PAS tidak lagi mampu menipu penyokong mereka bahawa DAP telah menerima hudud,tetapi PAS masih lagi ingin menyalahkan UMNO. 

Kenyataan Mat Sabu di Malaysian Insider baru-baru ini menunjukkan yang PAS masih lagi ingin berdolak dalih mengenai hudud.Menurut Mat Sabu,bukan Karpal Singh yang menghina hudud,tetapi Tun Mahathir,seolah-olah ia mampu menjadi justifikasi sekiranya PAS tidak melaksanakan hudud.Mat Sabu nampaknya ingin menyatakan bahawa UMNO yang lebih memusuhi hudud,berbanding DAP.Hakikatnya,yang menghina hudud bukan Tun Mahathir dan bukan juga Karpal Singh,tetapi PAS sendiri.Ini kerana PAS telah membentangkan hudud yang tidak lengkap,serta mempunyai banyak kelemahan tetapi mempertahankannya sebagai hukum Islam sebenar.Tindakan Tun Mahathir menolak hudud PAS adalah bertujuan untuk mengelak ketidakadilan berlaku sekali gus,mengelak daripada Islam dipandang serong.Sekiranya,PAS mampu merangka undang-undang hudud yang lengkap dan adil,saya pasti bukan sahaja Tun Mahathir akan terima,malah mendiang Karpal Singh juga tidak mampu berkata apa-apa.Malangnya,PAS enggan mengkaji hudud secara mendalam serta meletakkan ‘undang-undang’ itu sendiri mengatasi ‘keadilan’ sepertimana yang dituntut oleh Islam. 

Kemudiannya,PAS menuduh sesiapa sahaja yang mempersoal undang-undang yang dirangka mereka itu sebagai menolak dan menghina Islam atau kafir.Apa yang lebih dikesalkan lagi ialah sikap penyokong PAS yang menerima apa saja hujah pemimpin mereka secara membuta tuli.Apabila Hadi Awang menuduh mereka yang tidak menerima pendapat PAS sebagai kafir, maka penyokong PAS pun melolong-lolong mengulang kata-kata Hadi Awang.Apabila Hadi Awang berkata yang hudud hanya 0.0001% dari Islam pada tahun 1999,penyokong PAS pun tersentak diam enggan mengulas lanjut.Tetapi apabila pemimpin PAS terus membangkitkan soal hudud sehingga kini, penyokong mereka bingkas memperjuangkan hudud seolah-olah ia merupakan sebahagian Rukun Islam dan Rukun Iman.PAS telah banyak menghina Islam dengan sikap,pemikiran dan tindakan yang bertentangan dengan Islam.Namun,saban hari PAS menuding jari pada semua orang kononnya orang lain yang menghina Islam. 

Sedarkah PAS atau Mat Sabu,bahawa Tun Mahathir yang dikatakan menghina hudud itu adalah seorang yang begitu tegar dan tegas mempertahankan dan membela Islam dan umat Islam ??? Tun Mahathir telah membuka mata dunia barat bahawa Islam bukan berkenaan keganasan tetapi keadilan.Islam bukan berkisar pada kemarahan tetapi ketenangan.Islam bukan mundur,tetapi maju.Islam bukan sekali-kali agama yang tidak adil sepertimana yang digambarkan melalui hudud PAS. Kerana ketegasan beliau memperjuangkan Islam yang benar,maka Tun Mahathir dijadikan sasaran utama Yahudi dan juga DAP.Sebaliknya,Mat Sabu pula bukan sahaja bersahabat dengan DAP tetapi turut berjuang di belakang pihak yang menerima dana Yahudi.Jelas,Mat Sabu bukan sahaja menghina hudud dan Islam,tetapi sememangnya seorang yang hina.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, April 22, 2014

#HIMPUNAN #ANTIGST #GST501 !!! #MATSABU BERDEGIL !!! @PDRMSIA LIHAT APA YANG TERJADI NANTI !!!


Nampak gayanya perhimpunan haram tetap diteruskan oleh puak pembangkang,apa pun ini sudah memang jadi stail puak pembangkang.Apa saja yang hendak diberi itulah yang ditolak.Macam tak syok kalau tidak bikin kontroversi.Jadi tidak menghairankan bila Timbalan Presiden PAS Mat Sabu tunjuk keras kepala nak buat juga Himpunan 1 Mei untuk membantah GST di Dataran Merdeka. Sebaliknya Ketua Polis daerah Dang Wangi Kuala Lumpur ACP Zainuddin Ahmad telah mencadangkan mereka buat di Stadium Merdeka kerana Dewan Bandaraya (DBKL) sedang buat pengubahsuaian di Dataran Merdeka. 

Mat Sabtu bersama beberapa pemimpin PR telah mengadakan pertemuan selama sejam dengan para pegawai polis IPD Dang Wangi kelmarin.Beliau yang ditemui wartawan selepas pertemuan itu kata lokasi mereka nak adakan perhimpunan di Dataran merdeka tidak berubah.Katanya ada bahagian di Dataran Merdeka tidak diubahsuai dan mereka akan berhimpun di situ.kepada pihak berkuasa tolong ambil tindakan sewajarnya.boleh kerr mereka ikut syarat polis ??? saya rasa semua itu mustahil.lihat sendiri apa yang terjadi pada malam ambang tahun baru,semuanya musnah kerana puak pembangkang !!! sekali lagi malaysia dipandang sinis oleh rakyat luar negara.kenapa ??? semuanya kerana puak-puak PR yang memalukan malaysia di mata dunia

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Saturday, December 28, 2013

EKSKLUSIF !!! LAGI VIDEO TERBARU BUKTI #MATSABU PENGANUT #SYIAH DIDEDAHKAN !!!


tu dia,bertalu-talu video yang membuktikan mat sabu adalah penganut syiah didedahkan.mana puak PAS yang kata mat sabu bukan penganut syiah ??? saksikan video di bawah.Ustaz Ashiq Elahi Md Desa merupakan pengasas Pondok Kobah Pendang dan merupakan Timbalan Pengerusi Gabungan Institusi Pondok,Maahad Tahfiz dan Ilmuan Sunni (GIPTIS).Pernah menjawat beberapa jawatan dalam PAS sebelum ini dan termasuklah pernah menjadi jawatankuasa Majlis Syura Ulama PAS Kedah.




TUNGGU VIDEO SETERUSNYA !!!

COMING SOON !!!

APA KATA ANDA ???


RENUNG-RENUNGKAN

Friday, December 27, 2013

EKSKLUSIF !!! VIDEO PENUH BUKTI #MATSABU PENGANUT #SYIAH DIDEDAHKAN !!!


ramai yang mengatakan mat sabu bukan penganut syiah.habis tu bukti dibawah apa cerita ??? lain kali jangan nak kencing rakyat.kan semua dah terdedah.mari kita lihat semua bukti yang didedahkan oleh ahli PAS sendiri





APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, December 25, 2013

KANTOI !!! AHLI PAS MENGAKU #MATSABU BERFAHAMAN SYIAH !!! VIDEO INSIDE !!!


Polemik mengenai isu Syiah yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden Pas,Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu itu seperti tiada penghujungnya.Terbaru,perkara itu telah di dedahkan oleh Ustaz Ashiq Ilahi,seorang mudir dari Al- Maahad Al-Fathoni atau lebih dikenali sebagai Pondok Bukit Kobah.Beliau yang merupakan ahli Pas itu,menjelaskan pendedahan yang dilakukan itu adalah hasil siasatan yang dilakukannya sejak sekian lama.Menurutnya melalui temubual yang dilakukan terhadap rakan-rakan karib Mat Sabu dan guru-guru beliau,majoriti mengatakan Timbalan Presiden Pas itu adalah merupakan seorang penganut fahaman Syiah.

“Sekiranya kita bertanya kepada ahli-ahli agama yang berfahaman Ahli Sunah Wal Jemaah (khususnya) di dalam Pas sendiri,semua akan mengatakan bahawa Mat Sabu ini memang (berfahaman) Syiah.Contohnya,Tok Guru Hj Salleh di Sik (juga merupakan salah seorang pengikut tegar Pas) sendiri turut mengetahui mengenai fahaman Syiah Mat Sabu ini,malah (beliau) banyak kali berpesan kepada ahli-ahli kuliahnya agar berhati-hati dengan Mat Sabu” katanya.

Menurut Ustaz Ashiq lagi,baru-baru ini seorang rakannya ada menziarahi Tok Guru Hj Salleh di kediamannya. Antara pesan yang disampaikan kepadanya ialah meminta agar Mat Sabu kalah dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden.

“Seperti yang didedahkan oleh KDN sebelum ini, antara 10 bukti yang mengatakan Mat Sabu menganut fahaman Syiah disebutkan oleh Tok Guru Hj Abdul Rahim Rahman,daripada Pondok Sungai Jagung.Menurutnya (Tok Guru Abdul Rahim) lagi,beliau pernah ternampak Mat Sabu bersembahyang dengan ciri-ciri Syiah di dalam ibadatnya” jelas Ustaz Ashiq.

Di dalam isu yang lain,Mat Sabu turut ditempelak oleh Ketua Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang,Mohamed Hafiz Mohamed Nordin yang mempertikaikan perlantikannya sebagai Pesuruhjaya Negeri yang baru bagi menggantikan Mohd Salleh Man yang telah digugurkan.Menurut Hafis,sebelum ini Mat Sabu pernah menolak cadangan untuk memintanya menerajui kepimpinan Pas negeri. Yang menjadi persoalannya ialah,dia bukan setakat menolak cadangan tersebut namun turut mencadangkan agar jawatan tersebut diberikan kepada Mohd Salleh.

“Sebelum ini kami kepimpinan Pas negeri mahukan Mat Sabu terus menjadi Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang tetapi beliau menolak dan mencadangkan Mohd. Salleh.Walau bagaimanapun kini beliau menerima pula sedangkan dirinya terpalit dengan pelbagai kontroversi termasuk didakwa dikaitkan dengan Syiah," katanya kepada pihak media sebelum ini.

Menurutnya perlantikan Mat Sabu itu seperti ada yang tidak kena dan dilihat wujud satu agenda yang tersirat.Selasa lalu,Setiausaha Agung Pas,Datuk Mustafa Ali mengumumkan pelantikan Mat Sabu sebagai Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang dalam satu sidang akhbar di Pejabat Agung parti itu di ibu negara.Kesimpulannya semua kenyataan ini adalah merupakan bukti,bahawa Umno/BN langsung tidak terlibat dalam serangan dan gerakan terhadap Mat Sabu ini.Apa yang jelas,ramai di kalangan pengikut dan ahli Pas sendiri sebenarnya tidak senang dengan perlantikan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden parti dan Pesuruhjaya Pas negeri. Pada mereka,Mat Sabu hanya layak dijadikan ‘kuda tunggangan’ di atas pentas-pentas ceramah sahaja.Ini kerana selain mampu mengumpulkan jumlah hadirin yang ramai, Mat Sabu juga dilihat boleh memberikan ‘pulangan’ yang memberangsangkan hasil dari kutipan derma yang dijalankan.

LIHAT VIDEO DI BAWAH


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, December 24, 2013

EKSKLUSIF !!! BUKTI #MATSABU DIDEDAHKAN !!! VIDEO INSIDE !!!


bukti mat sabu syiah didedahkan.apa lagi mat sabu nak kata ??? nak pusing kata bukan syiah ??? mana bukti mat sabu bukan penganut syiah ??? ada kerr ??? jom lihat video di bawah


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, December 23, 2013

HOT NEWS !!! SYIAH !!! MAT SABU DISARAN MELAFAZ SUMPAH !!! ADA BERANI ???


Timbalan Presiden Pas,Mohamad Sabu disaran melafazkan sumpah di masjid bagi membersihkan namanya daripada tuduhan mengamal dan memegang ajaran Syiah.Pengerusi Biro Antarabangsa,Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM),Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, keadaan dikhuatiri bertambah buruk sekiranya Mohamad mengheret isu itu ke mahkamah. 

"Saya ingin mencadangkan kepada Mohamad agar melafazkan sumpah tersebut di masjid bagi menyelesaikan kemelut ini agar tidak dipolitikkan.Sebagai umat Islam, kita wajib memelihara hubungan dengan Allah SWT dan sesama manusia," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Sebelum ini,Mohamad  sabu menyatakan akan membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaan mengaitkan beliau dengan ajaran Syiah sebelum memfailkan saman fitnah.Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO sebelum ini mendedahkan,seorang pemimpin kanan Pas adalah pengikut Syiah ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam Perhimpunan Agung UMNO, baru-baru ini. 

Dalam perkembangan sama,Fakhrul Azman memberitahu, Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mengakui tentang bahaya ajaran Syiah. "Jadi, adalah lebih baik sekiranya UMNO dan Pas duduk berbincang bagi menyelesaikan kemelut ini demi perpaduan umat Islam serta orang Melayu," ujarnya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, December 20, 2013

BONGKAR !!! #MATSABU AKAN TUNDUK SEGALA KEHENDAK #DAP ??? WAJIB BACA !!!


Perlantikan Timbalan Presiden Pas,Mohamad Sabu sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri Pulau Pinang yang baru bagi mengantikan Salleh Man telah menimbulkan banyak spekulasi khususnya di kalangan para pemimpin Pas Pulau Pinang di peringkat kawasan dan cawangan.Ada yang berpendapat ia adalah merupakan perkara biasa,namun tidak kurang juga yang merasakan ia adalah merupakan ‘hukuman’ kepada Salleh Man yang disifatkan gagal mengawal anak buahnya sehingga menimbulkan kemarahan DAP khususnya Ketua Menterinya,Lim Guan Eng.Malah andaian tersebut turut disokong oleh beberapa pemerhati politik yang merasakan pelucutan jawatan Salleh Man sebagai Pesuruhjaya Pas negeri mungkin disebabkan tekanan yang diberikan oleh DAP kepada Pas.Ia disebabkan ramai dikalangan pimpinan Pas negeri yang dikatakan tidak bersetuju dengan pendekatan yang diambil oleh kerajaan pimpinan DAP sehingga menimbulkan kemarahan mereka.Malah sikap DAP yang dikatakan mengamalkan pemerintahan ala ‘kuku besi’ dan ‘diktator’ terhadap Pas,dilihat sebagai kemuncak kepada rasa tidak puas hati mereka sehingga ramai yang mula bangkit dan mengistiharkan perang terhadap parti ultra kiasu itu.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Perwakilan Pas Pulau Pinang,Mohd. Raduan Ramli ketika menjelaskan kewajaran tindakan Pas negeri memberi kata dua kepada kepimpinan Guan Eng ketika sesi perbahasan muktamar Dewan Pemuda baru-baru ini.Menurutnya DAP dilihat cuba menjadikan Pas hanya sebagai boneka sehingga menyebabkan hubungan antara keduanya menjadi retak.Tidak cukup dengan itu,Raduan turut menyelar sikap segelintir pemimpin Pas yang mudah melatah sehingga sanggup meletakkan kesalahn tersebut kepada Pas Pulau Pinang,Ini kerana menurutnya tindakan itu dibuat demi maruah parti dan bukannya gila kuasa seperti mana didakwa golongan tidak bertanggungjawab.Selain Raduan,wakil Pas Wilayah Persekutuan,Kamaruzaman Mohamad turut membangkitkan isu yang sama dengan menyifatkan parti itu hanya dianggap sebagai ‘barua' DAP dan pembonceng kepada pakatan pembangkang.Sejurus selepas membangkitkan isu tersebut,dia turut mendesak agar pucuk pimpinan parti segera menyelesaikan perkara tersebut.Terdahulu Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang,Mohd. Fauzi Yusof mengejutkan banyak pihak dalam pakatan apabila dengan beraninya memberikan kata dua kepada kerajaan DAP agar berhenti campur tangan dalam hal ehwal dan pengurusan agama Islam. 

Selain itu,dia juga menuntut kerajaan negeri pimpinan Guan Eng agar melantik lebih ramai pemimpin Pas sebagai ahli majlis negeri.Ekoran itu,Guan Eng dan pimpinan DAP negeri dikatakan marah dan mula panas punggung kerana merasakan tembelangnya mula terdedah kepada umum.Malah paling menyakitkan hati apabila perkara itu didedahkan sendiri oleh pimpinan Pas negeri yang merupakan rakan sekutu mereka di dalam pakatan.Disebabkan itu,DAP dikatakan mula memberikan tekanan kepada Pas agar melucutkan jawatan Salleh Man yang dianggap GAGAL mengawal tindak tanduk anak-anak buahnya.Tidak kurang juga ada dikalangan mereka yang menuduh Salleh Man sebagai dalang utama namun cuba berselindung dengan mengunakan Fauzi sebagai ‘kambing hitam’.Bagi mengelakkan ‘pisang berbuah dua kali’ mereka perlu melakukan sesuatu dan jalan penyelesaian terbaik dengan meminta Pas pusat agar melantik Mat Sabu sebagai Pesuruhaya Negeri yang baru.Tambahan pula mereka amat yakin Mat Sabu akan mampu mengawal keadaan sekaligus terus memberikan ‘taat dan setia’ kepada DAP.Kesimpulannya ialah walau apapun kisah disebalik kemelut itu, diharapkan ahli dan penyokong Pas segera bangkit dari lena.Ini kerana sikap DAP yang sering bermuka- muka bukanlah jalan yang terbaik untuk memperjuangan Islam.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Saturday, December 14, 2013

KANTOI !!! #MATSABU PANIK !!! #HADIAWANG DAH BERSUARA PASAL #SYIAH !!!


Pendedahan terbaru yang dilakukan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri,Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi pasti membuatkan tidur Timbalan Presiden Pas,Mohamad Sabu semakin tidak lena.Ini kerana pendedahan tersebut dilakukan berdasarkan penelitian,siasatan yng dijalankan,kenyataan serta tindakan Mat Sabu sebelum ini yang jelas mencurigakan.Dalam satu sidang media di Putrajaya,Abdul Rahim berkata kenyataan itu adalah berdasarkan 10 fakta dan maklumat yang dikumpul oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) termasuk keterangan daripada Mat Sabu sendiri.Antaranya beliau pernah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeni melalui tulisannya bertajuk "Teladan Pemerintahan Nabi Yusof, Khomeni" dalam ruangan Fikrah yang terbit dalam akhbar Harakah pada 5 hingga 15 Julai 2008."Berdasarkan temuramah yang dilakukan Ustaz Zamihan Mat Zain,pegawai KDN bersama Dr Abdul Aziz Hanafi menjelaskan bahawa Mat Sabu pernah melafazkan selawat sebagaimana yang diamalkan penganut Syiah pada satu sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah,Arau Perlis pada tahun 2005," kata Abdul Rahim. 

Selain itu Mat Sabu juga menyatakan kekaguman dengan kepimpinan dan perjuangan pemimpin Revolusi Iran 1979,Imam Ruhollah Khomeini yang mana banyak mencorak pemikiran beliau dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden Pas pada 13 Julai 2011.Beliau juga secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan iaitu Sayyid Hassan Nasrallah dan mengaku beliau dan isteri kerap bertemu dengan pemimpin berkenaan lebih daripada empat hingga lima kali.Berdasarkan maklumat,beliau juga didapati membuat lawatan ke sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar Wilayah Satun Selatan Thailand serta melakukan kunjungan ke atas pemimpin Syiah di sana pada tahun 2011.Mat Sabu turut didapati beberapa kali menghadiri kelas pengajian yang dikendalikan ustaz fahaman Syiah pada 2011 di Bukit Merah,Semanggol,Perak.Selain itu terdapat saksi seorang Tok guru yang melihat Mat Sabu sendiri menunaikan solat dengan menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujudnya, yang merupakan amalan sinonim dengan golongan Syiah sekaligus membuktikan Mat Sabu merupakan salah seorang penganut Syiah. 

Ketika sesi penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2013 sebelum ini, Menterinya,Datuk Seri Dr Ahmad Zahidmendedahkan pihak KDN mempunyai maklumat dan bukti berhubung kewujudan pemimpin Pas yang menyokong gerakan Syiah.Malah Zahid turut menuntut keberanian serta komitmen politik daripada Pas agar menolak pemimpin terbabit malah turut melahirkan rasa hairan,bagaimana pengamal ajaran Syiah boleh diangkat sebagai pemimpin tertinggi parti itu. Paling menarik, ekoran kenyataan tersebut ramai pemimpin pakatan pembangkang khususnya Pas segera tampil membuat kenyataan membela Mat Sabu,sedangkan ketika pendedahan itu dilakukan,Zahid langsung tidak menyebut mana-mana nama individu.Malah ketika diminta mengulas mengenainya,Mat Sabu dengan pantas mengatakan akan mengambil tindakan terhadap Zahid ekoran kenyataan tersebut. Mungkin kerana menyedari akan kesilapan yang dilakukan itu,Mat Sabu dengan segera membuat kenyataan balas mengatakan dia tidak pasti sama ada kenyataan Zahid itu merujuk kepada dirinya atau sebaliknya.Selain pihak KDN,ramai di kalangan pimpinan Pas turut mengaitkan Mat Sabu dengan Syiah apabila isu mengenai fahaman sesat itu dibangkitkan. 

Malah ia turut diakui sendiri Mat Sabu ketika siri kempen pemilihan yang diadakan oleh parti itu baru-baru ini.Beberapa hari sebelum berlangsung muktamar,Mat Sabu dilaporkan bertemu dengan beberapa orang kenalannya untuk menyuarakan kebimbangannya.Dia mengeluh kerana kurang senang dengan gaya dan bentuk kempen keterlaluan yang dijalankan oleh para pengikut dan penyokong Pas. "Aku dituduh Syiah!” begitulah antara katanya ketika bercakap dengan salah seorang rakan yang ditemui itu dengan nada sedih dan kecewa."Apa Syiah buktikan dulu.Aku hanya mengambil semangat revolusi Iran untuk menghadapi Umno.Apakah kerana pernah ke Iran maka dituduh Syiah…” katanya lagi.Disebabkan pendedahan yang dilakukan kelmarin,Presiden Pas,Haji Abdul Hadi Awang terpaksa menulis kenyataan yang panjang lebar di dalam ruangan portal pembangkang,bagi membela Mat Sabu.Namun apabila diteliti semula artikel tersebut ada ayat-ayatnya yang seakan ingin memberi tekanan kepada Mat Sabu.“Fasal 7(1) Perlembagaan PAS menetapkan bahawa hukum tertinggi kepada PAS ialah Al "Quran,Hadis, Ijma' Ulama dan Qiyas yang nyata.inilah sumber hukum para Ahli Sunnah wal Jama'ah. Ini dengan sendirinya memberi makna bahawa setiap ahli Pas WAJIB menganut mazhab Ahli Sunnah wal Jama'ah dan tidak diizinkan mazhab yang lain di luar dari Ahlus Sunnah wal Jama'ah dalam Pas” katanya. 

Menurutnya lagi,parti itu bersedia mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli yang jelas telah terpesong dari fahaman Ahli Sunnah wal Jama'ah.'Pas juga memahami betapa Revolusi Islam Syi'ah di Iran tidak sesuai bagi masyarakat Malaysia dan Pas dapat menangani ahlinya yang terpengaruh dengan perkembangan yang tidak setimpal dengan masyarakat setempat.Pas tetap mendukung demokrasi dan bersedia menghadapi penipuannya dan ahlinya yang didapati terkeluar daripada landasannya.Sama ada terkeluar dengan sendirinya daripada Pas atau diambil tindakan setelah terbukti dengan adil tanpa menjejaskan dasar dan konsep perjuangan Islam Mazhab Ahli Sunnah yang didukung oleh Pas secara istiqamah dan muhasabah” tegasnya lagi. 

Parti itu sebelum ini sering bercanggah pendapat berhubung dasar parti,tiap kali isu Syiah dibangkitkan.Sebagai contoh Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat,Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sebelum ini dilaporkan berkata tidak seorang pun pemimpin parti it yang terlibat dengan Syiah. “Berdasarkan pemantauan,tiada seorang pemimpin Pas terlibat dengan Syiah dan kami telah pun membuat penafian berhubung perkara ini.Ia hanya spekulasi pihak luar yang khabar angin untuk mereka dan juga Umno sahaja.Jika KDN ada bukti,sila buktikan, jangan hanya bermain politik sebegini” katanya.Namun yang menghairankan ialah,dia yang pada mulanya meminta pihak KDN agar mengeluarkan bukti bagi menyokong dakwaan tersebut mengatakan parti itu akan tetap mempertikaikannya. "Jika beliau berjaya membuktikan ada pemimpin Pas yang mengikut fahaman Syiah, Pas tetap mempertikaikannya. Kami hanya akan mengambil tindakan apabila kami sendiri melihat serta mengkaji bukti tersebut," katanya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, December 13, 2013

EKSKLUSIF !!! 10 BUKTI MAT SABU CENDERUNG FAHAMAN SYIAH DIDEDAHKAN !!! TAPI SAIFUDDIN BUAT HAL LAH !!!


Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamd Radzi hari ini mendedahkan sepuluh maklumat lanjutan daripada kenyataan Menterinya,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mengaitkan pemimpin nombor dua Pas yang cenderung dengan fahaman Syiah.Menurut Abdul Rahim,penama yang menjadi subjek dalam kenyataan Ahmad Zahid adalah merujuk kepada Timbalan Presiden Pas,Mohamad Sabu yang lebih dikenali dengan Mat Sabu.

ANDA NAK LAGI ???


UNTUK SELANJUTNYA 

LIHAT VIDEO PENUH DI BAWAH


TAPI ADA YANG SAYA TAK PUAS HATI !!!

INI BERKAITAN DENGAN KEYATAAN SAIFUDDIN ABDULLAH !!!

LIHAT GAMBAR DI BAWAH


10 alasan yang diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri berhubung kegiatan Timbalan Presiden PAS,Mat Sabu yang mengesahkan dia adalah penganut agama Syiah,telah digunakan oleh Saifuddin Abdullah yang sebelum ini juga cukup terkenal dengan politik liberal yang berpaksikan Anwar Ibrahim dengan jenama NEW POLITIC,untuk menunjukkan dia sangat hebat.

Kata Saifuddin Abdullah di dalam Twitternya,kekagumannya kepada Khomeini dan beberapa nama lain,tidak menjadikan dia Syiah,Yahudi,Kristian mahupun komunis.Ternyata penolakan terhadap calon Parlimen Temerloh yang merupakan penyandang pada PRU13 oleh pengundi-pengundi di Temerloh,merupakan tindakan yang bijak.

Biarpun terkenal dengan NEW POLITIC yang dibangga-banggakannya,Saifuddin tidak faham apa sebenarnya yang membuatkan Mat Sabu dipandang salah.Kekaguman tidak menjadi satu kesalahan kepada sesiapa pun.Sesiapa pun boleh kagum dengan mana-mana individu.contohnya kalau saya kagum dengan barack obama,adakah saya penganut kristian ??? jawapan tentu tak !!! betul tak pembaca Badut Rakyat ???

Yang menjadi kesalahan adalah AMALAN !!! Takkanlah benda semudah itu pun,bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu tidak cukup otak untuk memahaminya ??? kenapa tak jawab jawapan number 7,9 dan 10 tu ???

NAMPAK TAK PERMAINAN SAIFUDDIN ABDULLAH DI SITU ???

SAYA NAK SAIFUDDIN JAWAB JAWAPAN DI BAWAH 

7 - Beliau telah beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah,Semanggol,Perak pada tahun 2011 yang dikendalikan oleh dua orang ustaz berfahaman Syiah.

9 - Mat Sabu pernah melafazkan selawat sebagaimana yang diamalkan oleh penganut Syiah pada satu ceramah di Madrasah Diniah,Arau,Perlis pada 2005 dan 

10 - Tuan Guru Haji Abd. Rahim dari Sungai Jagung,Pendang,Kedah menjelaskan Mat Sabu dilihat menunaikan solat dengan menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujud yang merupakan ajaran sinonim dengan fahaman Syiah.

BOLEH JAWAB TAK SAIFUDDIN ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, December 11, 2013

HOT NEWS !!! ISU SYIAH !!! MAT SABU PERLU SAMAN PEMIMPIN PAS !!! BUKAN DS @ZAHID_HAMIDI !!!


Pendedahan Naib Presiden Umno,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid mengenai isu Syiah yang melibatkan parti politik tertentu,telah menyebabkan segelintir mereka yang dikaitkan dengan fahaman sesat itu seperti cacing yang kepanasan.Ekoran pendedahan tersebut,Timbalan Presiden Pas,Mohamad Sabu berkata dia sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Zahid yang mendakwanya mengamalkan ajaran Syiah.Dia yang terkenal dengan panggilan manja ‘Mat Sabu atau Abang Mat’ itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan menyifatkan Zahid cuba membuat tuduhan jahat. “Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi kena bincang dengan peguam dulu.Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah,seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," katanya lagi.Terdahulu, ketika sesi penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2013,Zahid mendedahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempunyai maklumat dan bukti berhubung kewujudan pemimpin Pas yang menyokong gerakan Syiah. 

Malah Zahid turut menuntut keberanian serta komitmen politik daripada Pas agar menolak pemimpin terbabit malah turut melahirkan rasa hairan,bagaimana pengamal ajaran Syiah boleh diangkat sebagai pemimpin tertinggi parti itu.Paling menarik apabila Pas,seolah-olah cuba ‘cuci tangan’ bagi mengelakkan isu Mat Sabu itu dikaitkan secara langsung dengan parti itu.Menurut Setiausaha Agung parti itu Mustafa Ali,dakwaan terhadap Mat Sabu adalah merupakan serangan peribadi dan tidak ada kena mengena dengan parti."Itu adalah serangan peribadi,Mat Sabu perlu buat sesuatu.Kita tak akan masuk campur” katanya.Namun,apa yang menghairankan ialah,apabila diteliti ucapan yang disampaikan oleh Zahid itu,beliau langsung tidak menyentuh atau menyebut nama,mana-mana individu yang dikaitkan dengan fahaman Syiah itu.Yang menyebut nama Mat Sabu secara khusus adalah Mustafa Ali sendiri.Apakah ini bermaksud Pas memang telah lama menghidu dan mengetahui penglibatan Mat Sabu dengan Syiah ??? Malah sekiranya dilihat daripada kenyataan Mat Sabu ketika kempen sebelum Muktamar Pas baru-baru ini,dia turut mengakui ‘diserang’ oleh ahli dan pengikut dengan cara yang paling kotor.

''Sepanjang 35 tahun saya berada dalam Pas iaitu sejak 1978,inilah kempen paling teruk pernah saya lihat.'' Ketika sesi wawancara bersama salah sebuah portal pembangkang sebelum ini,Mat Sabu menjelaskan pelbagai kempen ‘kotor’ telah dijalankan oleh ahli Pas termasuk dengan cara menyerang dan melabelkan pihak yang tidak dipersetujui dengan menjadikan Facebook,SMS dan blog sebagai medan utama.Untuk menjatuhkan seseorang pemimpin Pas,pelbagai label diberikan.Paling popular ialah Syiah dan yang kedua liberal,'' katanya.Ini bermaksud,ahli dan penyokong Pas telah terlebih dahulu melabelkan Mat Sabu sebagai pemimpin berfahaman Syiah dan bukannya Umno.Patutlah Mustafa Ali siang-siang dah buat kenyataan cuci tangan dan terus mengaitkan Mat Sabu dengan pendedahan Zahid itu.Oleh itu sekiranya benar Mat Sabu ingin mengambil tindakan undang-undang,ada baiknya ia dilakukan terhadap ‘musuh-musuhnya’ di dalam Pas terlebih dahulu.

Zahid ketika diminta mengulas lanjut mengenai isu ini berkata pihaknya mempunyai bukti bagi menyokong pendedahan yang dilakukan sebelum ini. "Kementerian Dalam Negeri mempunyai semua bukti pembabitan pemimpin tertinggi Pas dalam gerakan Syiah dan menyedari fahaman ini jika tidak ditangani memberi ancaman kepada keselamatan negara.Lebih bahaya kerana Syiah sudah merebak ke dalam parti politik seperti Pas sedangkan Islam di Malaysia bertunjangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya. Malah beliau turut menegaskan akan mengadakan satu sidang akhbar khas untuk menunjukkan bukti tersebut.Katanya,sidang akhbar itu akan menunjukkan pelbagai bukti termasuk bahan bergambar yang dapat membuktikan pemimpin pembangkang itu sebagai pengikut Syiah.Kepada Mat Sabu,apa kata tunggu sidang akhbar tersebut sebelum meloncat tidak tentu fasal.Atau Mat Sabu sememangnya sedar,tembelang dan pendekatan ‘taqiyyah’ (berpura-pura) telah mula terbongkar dan tidak mampu untuk diselindungkan lagi.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, December 10, 2013

HOT NEWS !!! ISU SYIAH !!! SAH !!! MAT SABU 'CABUT' KE LUAR NEGARA !!!



Sejurus Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa memberikan kebenaran dan bantuan kepada JAKIM untuk menangkap SYIAH di dalam PAS,MAT SABU didapati telah 'cabut' ke luar negara.Ini berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Astro Awani. 

Berdasarkan petikan berkenaan,Mat Sabu dihubungi dalam perjalanan ke KLIA untuk meninggalkan negara / keluar negara.Soalnya...Mat Sabu pergi ke luar negara kemana ??? Sebab apa ??? Adakah pergi Iran sebab nak mengadu kat Ayatussyaitan kat sana ??? - PM 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, August 06, 2013

HOT NEWS !!! PENGIKUT SYIAH MENCECAH 250,000 ORANG TERMASUK MAT SABU ??? RAMAINYA !!!


Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengesan terdapat 250,000 pengikut Syiah di negara ini dengan 10 kumpulan dikenal pasti bergerak aktif.Ketua Setiausaha KDN,Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata,jika 10 tahun dahulu mereka cuma terdiri komuniti kecil dan mempunyai tiga buah markas sahaja,tetapi kini markas mereka hampir di seluruh negeri.

“Perkembangan teknolgi maklumat antara faktor memudahkan pergerakan kumpulan berkenaan menyebarkan fahaman apatah lagi orang ramai mudah untuk akses kepada pelbagai bentuk laman sosial dan media sosial,” katanya di sini hari ini.Syiah diwartakan haram oleh Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 5 Mei 1996.Penularan fahaman Syiah kian membimbangkan kerana ia boleh membawa kepada perpecahan di kalangan umat Islam. Abdul Rahim berkata, usaha untuk memerangi dan membanteras pergerakan Syiah secara total perlu dilaksanakan secara bersepadu dan tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada satu agensi sahaja.“Di pihak KDN misalnya dari segi keselamatan menerusi Polis Diraja Malaysia,Pendaftar Pertubuhan (ROS),kawalan bahan penerbitan menerusi Akta Percetakan dan Penerbitan, pengeluaran cakera padat (CD) dan Cakera Padat Digital (DVD) menerusi Lembaga Penapisan Filem sementara kemasukan pihak luar menerusi Jabatan Imigresen,” katanya. 

Daripada aspek akidah pula,Abdul Rahim berkata ia di bawah bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),media sosial (Kementerian Komunikasi dan Multimedia),hubungan luar (Kementerian Luar) dan institusi pengajian tinggi (Kementerian Pendidikan).Berhubung tangkapan,beliau berkata dua tangkapan pernah dibuat sebelum ini iaitu pada 1996 di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) dan pada 2012 oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).“Dalam tangkapan oleh JAIS itu seramai 200 pengikut ditahan,namun dibebaskan apabila terdapat masalah teknikal dari segi perundangan ketika pendakwaan dijalankan,” katanya.Mengenai tindakan mengharamkan buku dan bahan penerbitan pula,katanya,setakat ini sepuluh judul buku telah diharamkan antaranya Pengantar Ilmu-Ilmu Islam,Dialog Sunnah Syiah dan Tafsir Sufi Al Fatihah Mukadimah yang didapati mengandungi bahan-bahan bercanggah dengan ajaran dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. 

Buku Tokoh-Tokoh Terkemuka Ahlul Bait Nabi (Jilid tiga dan Jilid empat),yang antara kandungannya mendakwa Saidina sebagai penerus syariah selepas wafat Rasulullah yang berhubung dengan konsep Imamiah dalam fahaman Syiah.Ditanya sama ada kumpulan itu dipergunakan sesetengah pihak untuk mewujudkan keadaan tidak tenang,beliau tidak menolak kemungkinan tersebut kerana sudah menjadi satu kelaziman bila sesuatu isu atau masalah berlaku ada pihak yang cuba ‘menangguk di air keruh’ atau mengambil kesempatan. Namun, katanya, KDN senantiasa memantau keadaan termasuk kemungkinan terdapat pengikut kumpulan tersebut yang terbabit dengan kegiatan militan. Mengenai status warta mengenai ajaran Syiah dan Pengharaman (Enakmen Anti-Syariah) di negeri-negeri, beliau berkata setakat ini 10 negeri telah mewartakan ajaran Syiah bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, manakala empat negeri (Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak) masih dalam proses pewartaan. – Bernama

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Saturday, August 03, 2013

BONGKAR !!! MAT SABU DARI GOLONGAN SYIAH MANA SATU ??? APA DAH JADI PADA PAS ??? WAJIB BACA !!!


Mengikut Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia,hanya dua golongan Mazhab Syiah yang diterima untuk diamalkan di Malaysia iaitu Al – Zaidiyah dan Jaafariah.Namun,secara dasarnya umat Islam di Malaysia hendaklah mengikut ajaran Islam yang berasaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah,Syariah dan Akhlak.Walaupun terdapat penetapan mengenai Syiah oleh Majlis Fatwa,malangnya,kita sukar sekali untuk mengenalpasti golongan Syiah yang manakah yang diamalkan oleh kelompok-kelompok Syiah di negara ini.Namun,kita anggapkan mereka mengamalkan ajaran Syiah yang diharamkan berdasarkan pendekatan mereka yang berselindung sebelum ini serta cara mereka beramal yang jelas bertentangan dengan AlQuran.Kesimpulan ini didapati dari beberapa rencana serta rakaman video yang tersebar luas di internet.saya dapati,selain solat berbeza,puak-puak Syiah juga ada yang menambah nama imam mereka di dalam syahadah. 

Ini tentu sekali bertentangan dengan AlQuran.Itu belum lagi disiasat sama ada mereka turut mengamalkan muta’ah,liwat serta mencerca sahabat dan isteri Rasulullah SAW sepertimana Syiah di Iran.Apa yang membimbangkan ialah akhir-akhir ini,Syiah di Malaysia semakin berani menyerlahkan diri.Antara individu yang telah diketahui umum sebagai pengamal Syiah ialah Faizal Tehrani,seorang karyawan,Khalid Ismat anak muda separuh masak penyokong PKR tegar yang ‘membina nama melalui demonstrasi ganas’ serta Mat Sabu iaitu Naib Presiden PAS.Mungkin kita boleh ketepikan saja Khalid Ismat yang tidak membawa apa-apa signifikan kepada masyarakat,tetapi Faizal Tehrani dan Mat Sabu wajar diberi perhatian oleh pihak berkuasa agama di negara ini.Faizal Tehrani didapati sering memasukkan ideologi Syiah dalam karyanya secara nyata dengan mengetengahkan nama-nama pemimpin Syiah serta 12 imam-imam yang disanjung mereka.Manakala Mat Sabu pula tidak pernah mengakui yang beliau berpegang kepada fahaman Syiah. 

Bagaimanapun,ramai di kalangan PAS sendiri yang telah mendedahkan serta mempersoalkan pendirian Mat Sabu mengenai Syiah memandangkan beliau sering memuji-muji tokoh Syiah serta kerap berulang-alik ke Iran berjumpa dengan puak Syiah di sana.Malah,dalam beberapa demonstrasi sebelum ini, Mat Sabu pernah membawa anak-anak muda yang turut mengangkat poster tokoh-tokoh Syiah.Justeru,ramai di kalangan PAS yang mengesahkan bahawa Mat Sabu adalah Syiah dan kurang senang dengan beliau.Malangnya,pemimpin PAS hanya memekakkan telinga dan memejamkan mata.Walaupun mulut mereka lantang menghentam Syiah dan mengharamkannya di dalam PAS,namun mereka tidak pernah ‘menyoal-siasat’ Mat Sabu.PAS sanggup membiarkan Mat Sabu menjadi orang nombor dua parti itu walaupun fahamannya diragui. Mungkin juga alasannya ialah Mat Sabu berpegang kepada ajaran Syiah Al – Zaidiyah atau Jaafariah. Namun, bagaimana kita boleh memastikannya jika tiada siasatan dilakukan ??? 

Sekiranya Mat Sabu benar-benar pengamal Syiah yang haram di Malaysia,PAS wajib memecatnya sepertimana pendirian rasmi parti.Jika tidak PAS akan dilihat sebagai munafik.Lebih dari itu,membiarkan Mat Sabu berada di jawatannya meletakkan PAS dalam risiko dipimpin ke arah kesesatan yang pasti.Namun,saya tidak hairan jika PAS mengambil remeh soal kesesatan Syiah kerana PAS juga mengambil remeh soal murtad.Malah,PAS juga melebihkan kafir harbi dari saudara Islam sendiri. Pelik sekali kerana PAS meremehkan soal sesat dan murtad tetapi lebih berminat untuk menghukum mereka yang dianggap jahil. Selagi PAS tidak mampu mengenalpasti mana yang lebih berat antara murtad,sesat dan jahil, selagi itulah PAS sendiri berada dalam kesesatan.

RENUNG-RENUNGKAN
 
 
Blogger Templates