Pendedahan terbaru yang dilakukan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam
Negeri,Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi pasti membuatkan tidur
Timbalan Presiden Pas,Mohamad Sabu semakin tidak lena.Ini kerana pendedahan
tersebut dilakukan berdasarkan penelitian,siasatan yng dijalankan,kenyataan serta
tindakan Mat Sabu sebelum ini yang jelas mencurigakan.Dalam satu sidang media di Putrajaya,Abdul Rahim berkata kenyataan itu
adalah berdasarkan 10 fakta dan maklumat yang dikumpul oleh Kementerian Dalam
Negeri (KDN) termasuk keterangan daripada Mat Sabu sendiri.Antaranya beliau pernah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam
berdasarkan cara Imam Khomeni melalui tulisannya bertajuk "Teladan Pemerintahan
Nabi Yusof, Khomeni" dalam ruangan Fikrah yang terbit dalam akhbar Harakah pada 5
hingga 15 Julai 2008."Berdasarkan temuramah yang dilakukan Ustaz Zamihan Mat Zain,pegawai KDN
bersama Dr Abdul Aziz Hanafi menjelaskan bahawa Mat Sabu pernah melafazkan
selawat sebagaimana yang diamalkan penganut Syiah pada satu sesi ceramah PAS di
Madrasah Diniah,Arau Perlis pada tahun 2005," kata Abdul Rahim.
Selain itu Mat Sabu juga menyatakan kekaguman dengan kepimpinan dan perjuangan
pemimpin Revolusi Iran 1979,Imam Ruhollah Khomeini yang mana banyak mencorak
pemikiran beliau dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden Pas pada 13 Julai 2011.Beliau juga secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan iaitu
Sayyid Hassan Nasrallah dan mengaku beliau dan isteri kerap bertemu dengan
pemimpin berkenaan lebih daripada empat hingga lima kali.Berdasarkan maklumat,beliau juga didapati membuat lawatan ke sebuah masjid Syiah
di Kampung Aluar Wilayah Satun Selatan Thailand serta melakukan kunjungan ke atas
pemimpin Syiah di sana pada tahun 2011.Mat Sabu turut didapati beberapa kali menghadiri kelas pengajian yang dikendalikan
ustaz fahaman Syiah pada 2011 di Bukit Merah,Semanggol,Perak.Selain itu terdapat saksi seorang Tok guru yang melihat Mat Sabu sendiri menunaikan
solat dengan menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujudnya, yang merupakan
amalan sinonim dengan golongan Syiah sekaligus membuktikan Mat Sabu merupakan
salah seorang penganut Syiah.
Ketika sesi penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2013 sebelum ini,
Menterinya,Datuk Seri Dr Ahmad Zahidmendedahkan pihak KDN mempunyai
maklumat dan bukti berhubung kewujudan pemimpin Pas yang menyokong gerakan
Syiah.Malah Zahid turut menuntut keberanian serta komitmen politik daripada Pas agar
menolak pemimpin terbabit malah turut melahirkan rasa hairan,bagaimana pengamal
ajaran Syiah boleh diangkat sebagai pemimpin tertinggi parti itu.
Paling menarik, ekoran kenyataan tersebut ramai pemimpin pakatan pembangkang
khususnya Pas segera tampil membuat kenyataan membela Mat Sabu,sedangkan
ketika pendedahan itu dilakukan,Zahid langsung tidak menyebut mana-mana nama
individu.Malah ketika diminta mengulas mengenainya,Mat Sabu dengan pantas
mengatakan akan mengambil tindakan terhadap Zahid ekoran kenyataan tersebut.
Mungkin kerana menyedari akan kesilapan yang dilakukan itu,Mat Sabu dengan
segera membuat kenyataan balas mengatakan dia tidak pasti sama ada kenyataan
Zahid itu merujuk kepada dirinya atau sebaliknya.Selain pihak KDN,ramai di kalangan pimpinan Pas turut mengaitkan Mat Sabu dengan
Syiah apabila isu mengenai fahaman sesat itu dibangkitkan.
Malah ia turut diakui
sendiri Mat Sabu ketika siri kempen pemilihan yang diadakan oleh parti itu baru-baru
ini.Beberapa hari sebelum berlangsung muktamar,Mat Sabu dilaporkan bertemu dengan
beberapa orang kenalannya untuk menyuarakan kebimbangannya.Dia mengeluh
kerana kurang senang dengan gaya dan bentuk kempen keterlaluan yang dijalankan
oleh para pengikut dan penyokong Pas.
"Aku dituduh Syiah!” begitulah antara katanya ketika bercakap dengan salah seorang
rakan yang ditemui itu dengan nada sedih dan kecewa."Apa Syiah buktikan dulu.Aku hanya mengambil semangat revolusi Iran untuk
menghadapi Umno.Apakah kerana pernah ke Iran maka dituduh Syiah…” katanya lagi.Disebabkan pendedahan yang dilakukan kelmarin,Presiden Pas,Haji Abdul Hadi
Awang terpaksa menulis kenyataan yang panjang lebar di dalam ruangan portal
pembangkang,bagi membela Mat Sabu.Namun apabila diteliti semula artikel tersebut
ada ayat-ayatnya yang seakan ingin memberi tekanan kepada Mat Sabu.“Fasal 7(1) Perlembagaan PAS menetapkan bahawa hukum tertinggi kepada PAS ialah
Al "Quran,Hadis, Ijma' Ulama dan Qiyas yang nyata.inilah sumber hukum para Ahli
Sunnah wal Jama'ah. Ini dengan sendirinya memberi makna bahawa setiap ahli Pas
WAJIB menganut mazhab Ahli Sunnah wal Jama'ah dan tidak diizinkan mazhab yang
lain di luar dari Ahlus Sunnah wal Jama'ah dalam Pas” katanya.
Menurutnya lagi,parti itu bersedia mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli yang
jelas telah terpesong dari fahaman Ahli Sunnah wal Jama'ah.'Pas juga memahami betapa Revolusi Islam Syi'ah di Iran tidak sesuai bagi masyarakat
Malaysia dan Pas dapat menangani ahlinya yang terpengaruh dengan perkembangan
yang tidak setimpal dengan masyarakat setempat.Pas tetap mendukung demokrasi
dan bersedia menghadapi penipuannya dan ahlinya yang didapati terkeluar daripada
landasannya.Sama ada terkeluar dengan sendirinya daripada Pas atau diambil tindakan setelah
terbukti dengan adil tanpa menjejaskan dasar dan konsep perjuangan Islam Mazhab
Ahli Sunnah yang didukung oleh Pas secara istiqamah dan muhasabah” tegasnya lagi.
Parti itu sebelum ini sering bercanggah pendapat berhubung dasar parti,tiap kali isu
Syiah dibangkitkan.Sebagai contoh Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat,Nik
Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sebelum ini dilaporkan berkata tidak seorang pun
pemimpin parti it yang terlibat dengan Syiah.
“Berdasarkan pemantauan,tiada seorang pemimpin Pas terlibat dengan Syiah dan
kami telah pun membuat penafian berhubung perkara ini.Ia hanya spekulasi pihak
luar yang khabar angin untuk mereka dan juga Umno sahaja.Jika KDN ada bukti,sila
buktikan, jangan hanya bermain politik sebegini” katanya.Namun yang menghairankan ialah,dia yang pada mulanya meminta pihak KDN agar
mengeluarkan bukti bagi menyokong dakwaan tersebut mengatakan parti itu akan tetap
mempertikaikannya.
"Jika beliau berjaya membuktikan ada pemimpin Pas yang mengikut fahaman Syiah,
Pas tetap mempertikaikannya. Kami hanya akan mengambil tindakan apabila kami
sendiri melihat serta mengkaji bukti tersebut," katanya.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment