Social Icons

Pages

Monday, December 23, 2013

HOT NEWS !!! SYIAH !!! MAT SABU DISARAN MELAFAZ SUMPAH !!! ADA BERANI ???


Timbalan Presiden Pas,Mohamad Sabu disaran melafazkan sumpah di masjid bagi membersihkan namanya daripada tuduhan mengamal dan memegang ajaran Syiah.Pengerusi Biro Antarabangsa,Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM),Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, keadaan dikhuatiri bertambah buruk sekiranya Mohamad mengheret isu itu ke mahkamah. 

"Saya ingin mencadangkan kepada Mohamad agar melafazkan sumpah tersebut di masjid bagi menyelesaikan kemelut ini agar tidak dipolitikkan.Sebagai umat Islam, kita wajib memelihara hubungan dengan Allah SWT dan sesama manusia," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Sebelum ini,Mohamad  sabu menyatakan akan membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaan mengaitkan beliau dengan ajaran Syiah sebelum memfailkan saman fitnah.Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO sebelum ini mendedahkan,seorang pemimpin kanan Pas adalah pengikut Syiah ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam Perhimpunan Agung UMNO, baru-baru ini. 

Dalam perkembangan sama,Fakhrul Azman memberitahu, Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mengakui tentang bahaya ajaran Syiah. "Jadi, adalah lebih baik sekiranya UMNO dan Pas duduk berbincang bagi menyelesaikan kemelut ini demi perpaduan umat Islam serta orang Melayu," ujarnya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

5 comments:

Anonymous said...

pas dan umno susah nak berdamai sebab ada orang yang menghalang perdamaian ini, untu berdamai, buang orang ni dulu, jika sakit kita makan ubat, bukan makan racun,,sekarang melayu sedang sakit, dan banyak racun racun yang di tawarkan... kita kena tolak tacun ini dan makan ubat yang mujarab untuk sembuh perpaduan melayu... jangan pandai bercakap bersatu kita teguh bercerai kita roboh... semua orang tau..tengok satu kaum tu boleh bersatu mengyinkir bn pru 13 dulu... mereka yang bersatu, kita berpecah.

Anonymous said...

Bro menurut ulamak besar syiah Ibnu Babawali Al Qummi meyakinkan Taqiyah adalah wajib.Sesiapa yng meninggalkanya samalah seperti meninggalkn solat.(Al Itiqadat hal 114)

Bekata ulamak besar syiah Abu Ja'afar Ath Thursi
"taqiyqh adalah agamaku,agama nenek moyngku
tidak beragama barang siapa yng meninggalkan Taqiyah.

TAQIYAH:ia itu orng2 syiah mengatakan atau melakukan(sesuatu) berlainan dgn apa yng di yakininya untuk menolak bahaya terhadap dirinya
dan hartanya atau untuk menjaga kehormatanya.

Kesimpulanya syiah memandang TAQIYAH sebagai fardhu yng wajib!

Tahukah kita menurut ulamak2 besar syiah seperti Yusof Al Bahrani,Abu Ja'far ath Thursi
Muhammad bin Ali Babawaihi Al Qummi dan ramai lagi mendoktrin kpd pengikut mereka bahawa ahli sunnah waljamaah itu sesat!

Jadi apa relevanya sekiranya Mohamad Sabu bersumpah di masjid seandainya beliau yakin dgn syiah?
Mahu tahu keyakinan mereka rujuklah facebook " l love syiah Malaysia" sebagai bahan pengetahuan.

Perkara ini akan menjadi semakin kacau bilau!

Anonymous said...

knp x tangkap ketua syiah kedah tu?lg terang sang.....

Anonymous said...

syiah je yg sesat yg lain masuk syurga betulke. yg lain2 x buat salahke

Anonymous said...

Kena banyak baca jgn baca cerca.

 
 
Blogger Templates