1 rakaman suara yang didakwa milik Timbalan Presiden PAS,Mohamad Sabu,yang mahu menggulingkan Presiden,Datuk Seri Abdul Hadi Awang mula dikesan beredar dalam dunia siber.Rakaman suara berdurasi 2 minit 10 saat dikesan beredar dalam laman facebook berjudul ‘Transkrip Rakaman Suara Part 1′
Pendedahan rakaman itu dibuat di laman,Tuc Tok Usin Ceroi (Pemburu Jebon) petang semalam sebelum menjadi tumpuan ramai.Pihak-pihak berkaitan mendakwa ucapan Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu dibuat dalam ‘satu mesyuarat rahsia’ kumpulan pemikirnya yang menyusun strategi bagi memastikan Abdul Hadi tewan dalam pemilihan jawatan Presiden PAS pada muktamar agong akan datang.
Menurut laman Facebook itu,audio yang mereka sebarkan adalah bahagian pertama daripada lebih banyak pendedahan yang mereka lakukan.Sebelum ini,laman Facebook tersebut membuat pengumuman beberapa kali untuk mendedahkan apa yang dikatakan sebagai bukti selepas demonstrasi mendakwa Dr Hatta dibuat di hadapan Pejabat Agung PAS menjelang mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan baru-baru ini.Dalam demonstrasi pimpinan Ketua Pemuda PAS Kuantan Fadhil Ahmad yang turut disertai bapa saudaranya yang juga ketua dewan ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik,Dr Hatta didakwa menjadi dalang mahu menjatuhkan Hadi.Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berjanji akan menyiasat demonstrasi dan juga kandungan memorandum itu.
LIHAT VIDEO DI BAWAH
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
Tak de kes pun.
Betullah tak boleh jadikan Presiden macam tu.
Patutlah Melayu terutama Melayu kampung terus mundur. Tak faham apa yang orang kata.
Post a Comment