Episod demonstrasi pembangkang ini tiada kesudahan.Penyokong kerajaan boleh bising 24 jam sehari pun,ada lebih 1000 laporan polis,ada peniaga yang merayu agar perhimpunan yang dirancang malam esko di Dataran Merdeka tidak diadakan,namun tengok pada gaya,semua sudah set,langgar tetap langgar.Hakikatnya,walaupun pedih untuk diakui,penyokong kerajaan yang mewakili majoriti rakyat Malaysia tak boleh buat apa-apa untuk halang pembangkang nak tunjuk kuat.Mereka adalah minoriti yang bersuara dan bertindak.Seperti kata Pemimpin Besar Perancis Napoleon Bonaparte,10 tentera yang bercakap (buat bising),akan lebih didengari dari 10,000 tentera yang diam.Kita (penyokong kerajaan) menjadi kumpulan yang banyak,tapi diam,terikat dengan undang-undang, displin,tata etika memimpin dan segala macam lagi melawan kumpulan pembangkang yang bebas bertindak melakukan apa saja.
Inilah hakikatnya,yang perlu diakui mengapa sejak beberapa tahun kebelakangan ini,seiring dengan pembangkang kononnya mereka mengatakan mereka kuat,demonstrasi pun semakin subur,ada yang besar yang disertai ribuan orang,ada yang kecik,yang disertai puluhan orang kononnya.Ia menjadi trend,di bandar-bandar,bukan di Kuala Lumpur saja.Manakala instrumen kerajaan yang sepatutnya menguatkuasakan undang-undang pula,juga terikat itu ini,ini zaman hak asasi jadi agama baru,sehinggakan,semua tindakan penguatkuasaan hanyalah acuh tidak acuh atau sekadar melepas batuk ditangga.Sebab itu,saya menjangkakan,malam esok,di Dataran Merdeka,hanyalah pengulangan,kepada yang sudah-sudah,dalam situasi paling baik,aktivis pembangkang akan bersurai selepas penat berdemo atau paling buruk,mereka akan berkampung,pacak khemah dan duduk di situ berhari-hari.Mereka memang sudah lama teringin untuk sit-in macam aktivis-aktivis anti kerajaan di seluruh dunia buat.Cuma sebelum ini mereka tidak mempunyai kekuatan.Apakah malam esok,dengan segala isu yang menyelubungi kerajaan,seperti kenaikan kos hidup dan segala macam lagi.pembangkang akan mendapat momentum baru ???
Sesuatu yang menarik untuk diperhatikan,sejak perhimpunan Bersih 2 dan yang seterusnya,tidak ada seorangpun,penyokong pembangkang yang dipenjara kerana melanggar undang-undang.Ada yang dibicarakan,kes tertangguh-tangguh,tapi tak pernah sesiapa di Malaysia dipenjarakan kerana menyertai demonstrasi 'mengugat keselamatan dalam negeri' yang melanggar undang-undang.Persoalannya bagi orang kebanyakkan,adalah apakah demonstrasi mereka itu benar-benar melanggar undang-undang atau itu hanyalah propaganda bagi menghalang orang ramai menyertainya.Kerana jika benar melanggar undang-undang.mana hukumannya,siapa pesalahnya ???
Media asing khabarnya sudah buat kira-kira,perhimpunan malam 31 Disember,akan jadi kayu ukur,apakah tahun 2014,akan jadi tahun demonstrasi macam kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Sebab itu,pada saya yang pesimis,kita hanya boleh bising kat media baru mahupun tradisional,tapi kita tak ada kuasa mencegah,yang ada kuasa mencegah,adalah polis,jika demo tersebut benar-benar mengancam keselamatan negara,mereka lah yang patut bertindaklah menghalangnya.Macam mana hendak bertindak,itu mereka tahulah,bukan kah mereka dibayar gaji untuk menjaga keselamatan negara ???
Yang pasti,jika mereka bertindak,dengan lebih 1000 laporan polis seluruh negara dan rayuan peniaga kecik,pakcik bawa teksi,keluarga yang nak bawa anak-anak berhibur malam tahun baru,pasti akan sokong.Saya sokong,keluarga saya sokong,kawan-kawan saya sokong.yang penting,polis kena buat apa yang sepatutnya mereka buat dan kami (majoriti yang diam) akan menghargainya.syaa tak mahu,tiap kali perhimpunan pembangkang,kita bising,benda sama juga.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
3 comments:
kelakarlah lu!!!!!haha.....Barisan Nazak........
Betul3.... Will "be end" soon... Insha Allah..
Betui tu...pasni bole la idup mcm org di mesir..iraq...libya dll
Post a Comment