Hari ini Mahkamah Rayuan akan menentukan sama ada Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah akan mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat yang melibatkan “lelaki Y” atau tidak.Ini adalah kerana Anwar sebelum ini mahu mahkamah menggugurkan nama Shafee dari pasukan pendakwaan bagi kes itu.Dalam perkembangan berkaitan,Anwar dikatakan memperguna bekas pengarah siasatan jenayah,Md Zain Ibrahim,bagi memburuk-burukkan kreadibiliti Shafee melalui satu pengakuan bersumpah yang kononnya ketua pasukan pendakwaan itu tahu tentang “jenayah” yang dilakukan Peguam Negara,Tan Sri Ghani Patail.
Dalam menyangkal dakwaan Md Zain yang dipercayai berpakat dengan Anwar itu,Shafee mengemukakan hujah bahawa Md Zain sebenarnya telah diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi dan mungkin ditawarkan sesuatu yang menarik,maka Md Zain sedia mereka-reka cerita palsu di dalam akuan bersumpah tersebut.Tambahan pula,Shafee difahamkan mendakwa Md Zain mempunyai muslihat apabila menyembunyikan nombor kad pengenalan dan alamat di dalam akuan bersumpah tersebut.
Selain itu,Mad Zain juga dikatakan memfailkan saman “main-main” bernilai RM30 juta sedangkan ia tidak pernah dibicarakan meskipun mahkamah pernah mengeluarkan 3 pucuk surat tunjuk sebab.Lebih mengejutkan, akuan bersumpah Md Zain itu dibuat berasaskan dengan hanya “dengar cakap-cakap” saja.Boleh terimakah akuan bersumpah jenis “dengar cakap-cakap orang” saja? Bagaimana jika saya buat akuan bersumpah mengatakan “saya dengar orang kata khabarnya Anwar Ibrahim peliwat tegar dan agen Yahudi”? Boleh diterima di mahkamah,kah?
Saya tertanya-tanya,kenapa Anwar takut sangat pada Shafee? “Lelaki Y” itu menang dalam perbicaraannya di Mahkamah Tinggi sebelum ini.Kini kes tersebut yang ilatnya pada soal teknikal yang “seciput” itu di bawa ke Mahkamah Rayuan.Susah sangatkah nak tamatkan kes dan bersihkan nama baik sendiri? Mengapa takut sangat berdepan dengan Shafee? Apakah Shafee jenis “orang makan orang”? Shafee bukan “zombie”.Atau Anwar sengaja mahu melengah-lengahkan kes rayuan itu? Takut sekiranya Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi dan mendapati dia sememangnya “lelaki Y” yang meliwat Saiful Bukhari Azlan dalam keadaan “paksa rela”? Saya yakin,Saiful Bukhari sehingga hari ini tidak sabar-sabar mahu menamatkan segala kekusutan kes yang sangat memalukan ini.Saya yakin dia punya harga diri yang perlu dibayar oleh Ketua Pembangkang itu dengan “mahar” yang sangat mahal.Dan sudah tentulah Saiful mahu dirinya terbela dengan adil.
Maklumlah,Anwar sebelum ini hanya dilepaskan hanya kerana cara memproses bukti air mani Anwar yang kononnya tidak mengikut standard “pakar dari Australia”.Kalau ikut standard yang ditetapkan “pakar” yang diimport Anwar,hanya Anwar saja yang boleh lolos dari dijatuhkan hukuman liwat.Maksud saya,kalau orang lain yang dituduh meliwat dan air maninya diproses jabatan kimia seperti amalan standard di negara kita, sudah tentu peliwat itu akan merengkok dalam penjara.Tapi oleh kerana negara kita perlu ikut standard “pakar Anwar”,maka Anwar boleh terlepas dengan begitu mudah.Maklumlah,jabatan kimia kita mana ada standard…kan?
Sebenarnya,saya tidak ambil pusing sangat sama ada Anwar bersalah atau tidak dalam kes liwat II di Mahkamah Rayuan kali ini. Kalau Anwar didapati bersalah, maka Najib juga yang salah.Kalau Anwar didapati tidak bersalah,Kerajaan pimpinan Najib juga akan dipersalahkan.Pendek kata,semua salah kerajaan Najib.
Misalnya,cuba tengok ketika Mahkamah Tinggi jatuhkan hukum pada kes itu buat pertama kali.Anwar dikatakan tidak bersalah.Ramai pulak pihak yang salahkan hakim,mahkamah,pasukan pendakwaraya,saksi dan tak semena-mena Najib pun terpalit dipersalahkan..bukan?
Lantaklah sama ada Anwar salah atau tidak.Pada saya,mahkamah di dunia ini tidak sempurna dan kadang-kala kurang adil terhadap sesuatu yang dibicarakan.Bukanlah saya menyanggah sistem keadilan negara.Cuma pada saya,mahkamah Allah lebih adil berbanding mahkamah di akhirat.Saya faham berapa ramai penjenayah dan tukang buat dosa terlepas di mahkamah dunia hanya disebabkan mereka kaya raya dan mampu membayar peguam yang handal.Tapi di akhirat kelak,mereka tahulah nasib mereka… - MYKMU
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
4 comments:
Saya kata boleh! Anwar PELIWAT TEGAR!
Ni macai umporno Mamak kutty kerala keturunan tun m.. Ni macai umporno mmg suka.. Kena plk tun m dh kata macai dlm umporno adalah org bodoh.. Pun tepuk tangan.. Mamak kutty tun m kata melayu mudah lupa pn sorak bertepuk tangan.. Mamak kutty kerala tun m kata melayu haprak pun macai tetkinja2 sorak gembira macam kebinatangan..huhhuhuhuhu.. Bodoh macam lembu kak ijat nfc bela dlm kondom...hahhahahaha.. Dasar pencacai najisb...
Biasanya macai umporno je yg perangai....x nk berlebih kurang.. Suka tnjuk lagak.. Tamak.. Bodoh dan hodoh... Macai2 umporno ni nk tnjuk yg diorg ikut apa je prti be end diorg buat.. Smpai jd bodoh mengalahkan lembu.. Pakatan dh twr kan.. Pendidikan hingga ke universiti percuma x nk.. Toll dihapuskan x nk.. Turun harga kereta x nak.. Minyak turun pun x nak. .. Apalah punya bodoh bangsat pengundi be end.. X boleh nak cakap... Aku x halal kan setiap sen duit yg aku keluar utk apa yg disebabkan kebodohan dan kebangsatan... Bodoh tahap pencacai najisb pn x layak.. Jenis manusia bangsat macai umno ni..
Kesimpulannya macai-macai PKR dan Pakatan bau taik.
Kalau dah Ketua Umum bau taik habis semua suku sakat tercalit sama.
Taik walau pun disorok dalam tong pewangi namun busuk tetap busuk.
Post a Comment