Dalam Konvensyen DAP yang berlangsung Ahad lalu,Lim Guan Eng membuat ucapan
yang membuatkan saya tersengih-sengih mendengarnya.Kata Guan Eng,beliau
berjanji sekiranya PR dapat memenangi Putrajaya maka masalah banjir di Pahang akan
diselesaikan dalam masa satu penggal sahaja.Mungkin reaksi paling tepat terhadap ucapan Guan Eng ialah dengan memberikan
beliau gambar-gambar banjir di Pulau Pinang bersama dengan cermin.Masalah banjir di Pahang mungkin merupakan sesuatu yang biasa kita dengar
walaupun tidak seburuk tahun ini.Tetapi,masalah banjir terburuk di Pulau Pinang yang
berlaku pada 2011 dan berulang lagi pada 2013 bukanlah perkara biasa.Sedar atau
tidak,negeri itu hanya mengalami banjir yang buruk sejak diperintah oleh DAP.Kita tidak perlu menjadi pakar dalam bidang geologi untuk memahami kenapa bencana
ini terjadi di Pulau Pinang.
Cukup dengan melihat dengan mata kasar kerakusan
kerajaan DAP membuat pembangunan tanpa menghiraukan kesannya kepada alam
sekitar.Apa yang menarik ialah Guan Eng hampir langsung tidak membuat kenyataan
mengenai banjir di Pulau Pinang ketika masalah itu berlaku di sana.Malah,akhbar
milik DAP,Roketkini juga bagai segan-segan untuk menyentuh mengenai masalah
itu.Tidak salah dikatakan bahawa kerajaan Pulau Pinang lebih ‘selesa’ membiarkan
pihak lain untuk membantu mangsa-mangsa banjir.Justeru,tentulah jelek sekali apabila dengan tidak semena-mena,Guan Eng
menyatakan ‘minat’ untuk menyelesaikan masalah banjir di negeri lain di kala beliau
mengabaikan masalah di negeri sendiri.Sedangkan,di Pulau Pinang Guan Eng tidak
perlu menunggu untuk mendapat kuasa untuk berbuat sesuatu kerana beliau telah pun
berkuasa.Inikan pula untuk menunggu mendapat kuasa dahulu di Putrajaya untuk
menangani masalah Pahang.Jelas,janji-janji DAP mengenai menyelesaikan masalah banjir hanyalah satu lagi
produk dalam siri ‘Impian’ parti itu.Sebelum ini,DAP telah menjual Impian Sabah dan
juga Impian Sarawak.
Bagaimanapun,saya percaya tidak ada sesiapa yang akan terpedaya dengan promosi
mimpi DAP setelah melihat apa yang terjadi di Pulau Pinang.Jangankan DAP
menyelesaikan apa-apa,tetapi DAP lah yang menjadi punca masalah banjir buruk di
negeri itu.Sekiranya berkuasa,saya pasti DAP tidak akan membiarkan walau sekangkang kera
tanah yang tidak dibangunkan di negara ini.Jika perlu dirampas secara paksa atau
dibina bangunan secara haram juga DAP akan tetap membangunkan setiap inci tanah
demi apa yang dipanggil mereka ‘keuntungan’.Oleh itu,sekiranya DAP berjaya merampas Putrajaya,maka bersedialah kita semua
untuk menghadapi banjir yang jauh lebih besar lagi di seluruh Malaysia.DAP pula akan
menjaja bencana itu sebagai ‘keuntungan negara’.Sesungguhnya,keuntungan bagi kerajaan DAP dan pemaju merupakan kerugian
kepada rakyat marhaen dan juga alam sekitar.Bagaimanapun,memandangkan masalah CEC DAP masih belum selesai sepenuhnya,maka kita bolehlah menganggap yang ucapan Guan Eng itu dibuat dalam Konvensyen
yang berlangsung dalam ‘mimpi’ nya sahaja.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment