Sebelum ini masyarakat khususnya di Selangor terkejut dengan tindakan melampau
kerajaan negeri itu untuk meluluskan usul kenaikan mendadak gaji dan elaun bulanan
untuk semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang berkuat kuasa pada 1
Januari 2013 ini.Di sebalik polemik itu,ada yang merasakan kenaikan itu sebagai umpan untuk
memancing semua Adun agar menolak sebarang cubaan menukar pucuk kepimpinan
negeri.Ini kerana umum mengetahui,sejak dipilih semula sebagai Menteri Besar,Abdul
Khalid Ibrahim sentiasa berdepan dengan pelbagai isu yang dipercayai didalangi oleh
Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali.Mungkin kerana tidak tahan dengan ‘gerakan’ Azmin yang sentiasa menjadi duri
dalam daging,Khalid baru-baru dilaporkan membuat kenyataan untuk mencabar
Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu pada Mei tahun
depan.Selain untuk mengukur kekuatan,Khalid mungkin merasakan ia adalah
merupakan medan yang terbaik untuk membunuh karier politik anak emas Anwar itu
sekali gus mengurangkan cengkaman Azmin di dalam PKR.
Malah tidak kurang juga,ada yang merasakan,kenaikan mendadak itu sebagai tanda
protes terhadap kritikan terbuka Anwar yang telah mencalarkan imejnya.Anwar
sebelum ini dilaporkan telah membuat kritikan tersebut di hadapan orang ramai dalam
forum Laporan Ketua Audit Negara di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya
(MBPJ) di Petaling Jaya,Selangor.Ketua Pembangkang itu dikatakan menempelak Khalid agar tidak lagi berbangga
dengan lebihan kewangan yang diperoleh tetapi gagal dalam membelanjakannya
dengan baik."Saya puji Lim Guan Eng yang membawa Pulau Pinang pada tahap prestasi terbaik
bagaimanapun tidak kepada Khalid kerana sudah masanya Selangor tidak lagi
berbangga dengan lebihan yang diperoleh," katanya.Paling menarik,apabila para pencacai pakatan cuba mempertahankan tindakan Khalid
itu dengan mengatakan ia adalah kerana sikap berjimat cermat Khalid yang begitu
teliti mengurus tadbir kewangan negeri.Namun apabila diteliti,sumber kewangan yang
digunakan untuk kenaikan gaji dan elaun itu adalah berpunca dari dan yang diperoleh
dari kerajaan persekutuan.
Mantan menteri besar Selangor, Dr Khir Toyo menjelaskan dana yang digunakan untuk
menaikkan gaji itu adalah sebahagian daripada peruntukan Sistem Maklumat Rekod
Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Menurutnya RM600 juta daripada rizab Selangor
adalah lebihan peruntukan MARRIS yang gagal dimanfaatkan PR negeri
itu. "ADUN Kota Anggerik,Dr Yaakob Sapari sebelum ini memberitahu lebihan dana
MARRIS dimasukkan ke dalam simpanan rizab Selangor. Daripada 2008 sampai
2012 kerajaan Persekutuan bagi kepada kerajaan negeri RM1.75 bilion.Tetapi yang
dibelanjakan hanya RM1.1 bilion.Bererti RM600 juta yang disimpan dalam rizab negeri bukan duit pendapatan kerajaan
negeri tetapi duit kerajaan Persekutuan untuk digunakan perbaiki jalan, tetapi kerajaan
negeri tidak gunakan, tapi digunakan untuk simpanan rizab," katanya.
Kesimpulannya,kenaikan tersebut bukanlah kerana Khalid hebat menguruskan
kewangan kerajaan negeri seperti yang didakwa oleh para pencacai mereka.Realitinya
ia adalah merupakan kegagalan kerajaan negeri menguruskan dana MARRIS
sehingga menyebabkan rakyat Selangor terpaksa menggunakan jalan yang tidak
diselenggarakan dengan sempurna atau dalam bahasa mudah,rakyat terpaksa menanggung kesulitan melalui jalan raya
yang rosak dan berlubang yang ada kalanya menjadi punca kemalangan jalan raya,semata-mata untuk membolehkan Khalid naik gaji.Apabila dipersoalkan,jawapan yang
paling mudah adalah meletakkan kembalikan kesalahan tersebut kepada kerajaan
persekutuan.Laporan Audit Negara 2013 sebelum ini mendedahkan 75 peratus rakyat negeri itu
merungut dengan keadaan jalan raya yang berlubang dan tidak dinaik taraf.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment