Terdesak dengan ahli parti dan pemimpin mereka keluar meninggalkan parti menyebabkan ahli parlimen PKR mencari jalan untuk teruk menipu rakyat dan cuba menunjukkan bahawa mereka masih gah di mata rakyat.Terbaru seorang ahli parlimen PKR kononnya menyatakan,ahli Umno kecewa kerana diabaikan dalam bantuan banjir menyebabkan mereka keluar parti dan menyertai parti aljub.Padahal mereka diumpan dengan wang bantuan banjir dan disuruh isi borang keahlian.Inilah tindakan puak-puak haprak yang ingin menunjukkan bahawa mereka masih berbisa dan menjuarai rakyat.Ia berbeza dengan pendekatan kerajaan,Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob telah mengumumkan bantuan khas kerajaan negeri berjumlah RM250 kepada mangsa banjir di negeri ini.
Beliau berkata,bantuan itu diberikan kepada setiap rumah yang terbabit banjir tanpa membezakan fahaman politik.Dianggarkan lebih 13,000 rumah terbabit dalam banjir buruk di Pahang.Menteri Besar berkata,bantuan itu akan diberikan bersama-sama bantuan khas banjir RM500 kerajaan pusat sepertimana yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib sebelum ini.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Negeri.
Adnan juga berkata,Anggota Dewan Undangan Negeri dan pejabat daerah akan membuat bancian terhadap rumah yang musnah keseluruhannya seperti di kawasan perkampungan Sungai Isap di Kuantan,untuk diberikan bantuan tertentu yang bentuknya akan ditentukan kemudian.Selain itu,beliau berkata kerajaan negeri juga akan memberikan rebet bil air kepada mereka yang terbabit banjir dan jumlahnya akan ditentukan kemudian.Ditanya jumlah kerugian akibat banjir kali ini, Menteri Besar berkata dianggarkan lebih 13,000 rumah terbabit banjir dengan setiap rumah dianggarkan mengalami kerugian sehingga mencecah RM30,000.
KEPADA PKR !!!'
HENTIKAN LAKONAN ANDA !!!
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
PKR lebih pandai, lebih fokus dan pakar strategi... ingat selepas ini, rakyat bandar masih nak undi BN diPRU akan datang? Ingat cina, ingat pembelot...
PKR hidup di malaysia ini atas dasar KENCING JER....mana yg suka dgn kencingnya, sokong la....
Post a Comment