Social Icons

Pages

Friday, December 27, 2013

KANTOI !!! HIMPUNAN GULING KERAJAAN !!! #RAFIZIRAMLI TERPIJAK #TAHI SENDIRI !!!


Kalau tak kerana ada si bengong yang jadi penyokong Pakatan Rakyat teruja dan mula berkempen untuk menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi dengan mengambil contoh Mesir dan Libya,pastilah sekarang ini Pakatan Rakyat,khususnya PKR akan mendabik dada yang mereka adalah juara memperjuangkan rakyat dan menentang sebarang kenaikan kos.Malangnya,pendedahan menunjukkan yang memulakan kempen berkenaan adalah golongan muda yang tegar menyokong Pakatan Rakyat.Antara mereka termasuklah seorang aktivis yang menuntut Royalti Petroleum Terengganu,Syed Husain Solahuddin bin Syed Hasan.Dia merupakan ahli PAS yang cukup aktif memberikan ceramah serta terlibat dalam pelbagai aktiviti parti berkenaan selain mengendalikan blognya sendiri.Kempen-kempen yang dijalankan menerusi Facebook,terutama sekali di laman-laman pro Pakatan seperti KERAJAAN RAKYAT,sememangnya tidak dapat dinafikan membabitkan Pakatan Rakyat secara tidak langsung,memandangkan kesemua mereka adalah penyokong tegar Pakatan. 

Namun sedar tentang implikasi yang timbul selain kes Lahad Datu yang belum selesai-selesai,para pemimpin Pakatan,khususnya PKR mula menafikan demonstrasi yang dirancang pada tengah malam 31 Disember 2013 di Dataran Merdeka nanti,bukan kerja Pakatan Rakyat dan bukan kerja PKR.Sedangkan berdasarkan kepada aturcara,antara yang akan berucap adalah Anwar Ibrahim dan beberapa orang pemimpin penting PKR.Rafizi Ramli yang terkantoi dalam kes kerajaan jual aset negara,cuba mengalihkan perhatian kepada demonstrasi berkenaan.Dia cuba menimbulkan persepsi bahawa demonstrasi tersebut adalah gerakan kemarahan rakyat,bukannya yang dianjurkan oleh PKR dalam usaha menghasut rakyat agar melakukan rusuhan untuk menunjukkan kemarahan sekaligus menumbangkan kerajaan sedia ada menerusi gerakan berkenaan.Dalam keadaan ini,siapa sebenarnya yang akan mendapat manfaat daripada demonstrasi besar-besaran yang kemudian menggoyahkan keutuhan sesebuah kerajaan ??? Mana mungkin PKR tidak terlibat sekiranya,dalam ucapan berapi-api yang bertujuan menghasut rakyat agar turun ke jalanan, para pemimpinnya sentiasa memberikan bayangan bahawa ‘KEZALIMAN INI HARUS DIHENTIKAN’ dan ‘KUASA HARUS DIKEMBALIKAN KEPADA RAKYAT’.Siapa yang zalim dan siapa pula rakyat yang dimaksudkan ??? Apakah kerajaan yang ada sekarang ini bukan Kerajaan yang dinaikkan oleh rakyat menerusi proses demokrasi ??? Apakah kerana undi popular kerajaan sekarang pada 47% berbanding Pakatan Rakyat 53% menjadikan ini bukan kerajaan rakyat ??? 

Bagaimana pula dengan penguasaan 133 Kerusi Parlimen yang dimiliki oleh Kerajaan sekarang berbanding pembangkang ??? Setiap demonstrasi yang melibatkan penentangan kepada kerajaan, pasti akan ada tangan-tangan Pakatan Rakyat.Walaupun yang menjadi pemimpin demonstrasi itu adalah pemimpin-pemimpin kecil Pakatan Rakyat yang berselindung di sebalik NGO seperti SAMM,hakikatnya kepala besar demonstrasi itu adalah orang yang sangat bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri dan merampas Putrajaya.Penafian yang dibuat oleh Rafizi Ramli sebenarnya hanyalah penafian kosong. PKR yang sedang kemaruk untuk mendapatkan isu,selagi boleh mahu melibatkan diri sepenuhnya dalam gerakan massa ini.Apatah lagi,masalah kenaikan harga di Selangor yang dikuasai oleh PKR,semakin disedari oleh rakyat Selangor dan bakal mencetuskan masalah yang lebih besar.Untuk lari daripada masalah tersebut,PKR perlu mencipta polemik terlebih dahulu dengan Kerajaan Persekutuan.Perhatian rakyat dan segala kemarahan perlu dihamburkan kepada Kerajaan Persekutuan yang ditunjangi oleh UMNO. 

Sebarang kenaikan harga,perlu dikaitkan dengan UMNO dengan sebarang cara walaupun di Selangor,yang melakukannya adalah PKR dan Pakatan Rakyat.Sehingga kini,kita tidak mendengar sebarang keluhan atau bantahan daripada PKR tentang kenaikan beratus peratus yang telah diputuskan oleh kepimpinan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat.Yang mereka sibukkan hanyalah ura-ura kenaikan harga dan tarif yang belum lagi berlaku tetapi telah disuarakan oleh Kerajaan Persekutuan.Paling menarik,bagaimana Rafizi Ramli hendak menafikan pembabitan PKR dalam penganjuran demonstrasi tersebut apabila nama-nama penting yang terlibat menganjurkannya merupakan pemimpin PKR sendiri ??? - MYKMU

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

6 comments:

Anonymous said...

oleh kerana rafizi ni ada otak setaraf otak lembu, maka di minta semua rakyat Malaysia yg rasa rasanya ada otak setaraf lembu utk turun berdemo malam 31 nanti....jemput semua lembu lembu sekelian....!!!!!

Anonymous said...

Saranan Mahathir Bukti Najib Mengurus Negara Secara Salah
Selepas beberapa pihak tampil menyatakan kebimbangan terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga barang dan perkhidmatan sejak kebelakangan, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad akhirnya turut bersuara dengan nada yang serupa.
Dalam tulisan di blognya, Mahathir berkata, dalam menangani beban kewangan negara dan keperluan menambah sumber pendapatan, kerajaan sepatutnya mengurangkan kos pengeluaran dan bukannya menaikkan harga barangan yang tentunya akan memberi kesan kepada kehidupan rakyat.
Mengenai kenaikan tarif letrik sebanyak 15 peratus yang diputuskan kerajaaan pula, beliau berkata, kenaikan itu seharusnya dilakukan secara berperingkat-peringkat dan bukannya secara mendadak kerana ia akan membebankan pengguna domestik, selain memberi kesan kepada kos pengeluaran industri.
Pandangan dan saranan Mahathir ini jelas bertentangan dengan pendekatan Najib dalam mengurus negara selama ini yang lebih melihat instrumen cukai dan subsidi sebagai sumber menambah pendapatan negara. Beberapa cukai bakal dinaikkan manakala subsidi pula dalam perancangan untuk dihapuskan sama-sekali dengan alasan ia tidak baik untuk perkembangan ekonomi secara keseluruhannya.
Semua pendekatan Najib ini lebih menjurus kepada meningkatnya harga barangan pengguna.
Dalam masa yang sama, dalam usaha menghapus subsidi dan mahu penghapusannya diterima, hanya susbsidi yang melibatkan rakyat mahu dihapuskan sedangkan subsidi yang turut diterima oleh syarikat-syarikat besar dan kroni, tidak terlihat pula mahu diusik. Kalau dipotong pun, barangkali merupakan langkah terakhir sekali.
Sepanjang Najib mempertahankan apa yang dilakukannya, tidak pernah sekali pun tergambar iltizam mahu mengurangkan kos, mengambil langkah jimat-cermat serta mengurangkan ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan. Semua beban hanya mahu diletakkan di bahu rakyat semata-mata.
Dengan saranan Mahathir agar kerajaan mengurangkan kos pengeluaran, walaupun gambarannya bersifat analogi, tetapi adalah jelas ianya bermaksud agar kerajaan menunjukkan teladan yang baik terlebih dahulu sebelum mahu mengambil lebih banyak daripada saku rakyat dan menaikkan kos kehidupan mereka.
Sebagai sebuah kerajaan, seharusnya itulah yang patut dilakukan oleh Najib kerana terus-terusan membebankan kehidupan rakyat dah kemudian mencipta pelbagai alasan untuk menghalalkannya, bukanlah tindakan yang bijak dan terpuji. Kerajaan yang sebegini adalah kerajaan yang cacat dan sudah hilang upaya dalam pemikiran dan kebijaksanaannya.
Melalui saranan Mahathir ini juga, ia dengan sendirinya menolak hujah Pengerusi Felda, Isa Samad bahawa kenaikan harga barang bukanlah salah UMNO tetapi merupakan fenomena yang berlaku di seluruh dunia dan tidak dapat dielakkan oleh mana-mana kerajaan.
Ini kerana, dengan mengurangkan kos, tahu berjimat-cermat dan mengawal ketirisan, tiada sebab barangan tidak boleh dijual dengan harga yang sama atau lebih rendah lagi. Jika kos tidak mahu dikurangkan dan langkah berjimat tidak diusahakan sedangkan sebagai sebuah kerajaan ianya boleh dilakukan oleh UMNO melalui iltizan para pemimpinnya, sudah tentulah memang salah UMNO jika harga barangan terus meningkat.
Dalam hal ini, Mahathir telah menunjukkan jalan yang mudah dan praktikal untuk dilakukan oleh Najib iaitu kurangkan kos, berjimat-cermat, kawal ketirisan dan naikkan sesuatu secara berperingkat-peringkat agar rakyat tidak terasa bebannya.
Persoalannya, selama ini dimanakah peranan Pemandu, Idris Jala, Omar Ong, puluhan pegawai dan penasihat Perdana Menteri, con-sultan dan con-setan yang direkodkan telah dibayar sebanyak RM7.2 bilion oleh kerajaan sepanjang lima tahun yang lalu serta penasihat kiri dan kanan dalam menasihati Najib supaya menguruskan negara ini dengan cara yang betul?
Nampaknya Najib dan kerajaan perlu terus disekolahkan dalam mentadbir negara ini!! (SH 27/12/2013) 

Anonymous said...

Kau tu anjing kurap umngok... Bodoh punya orang...

Anonymous said...

Latar belakang peribadi dan pendidikanSunting

Rafizi Ramli dilahirkan pada 14 September 1977 di Besut
, Terengganu
 tetapi membesar di Kemaman
 dan Kuala Kangsar
. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989) ; Kolej Melayu Kuala Kangsar
 (1990 – 1994) . Semasa di MCKK beliau menerima Anugerah Carey/Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan , Pingat Emas Presiden Kesatuan Pelajar Anugerah Pelajar Terbaik SPM 1994 (Fizik, Bahasa Melayu), Anugerah Pelajar Terbaik SRP 1992 Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh,Pembahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh. Beliau juga Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993.
Ketika di sekolah, Rafizi aktif dalam persatuan dan menjadi Presiden, Badan Revolusi Agama; Presiden, Pancaragam Tentera ;Presiden, Persatuan Bahasa Melayu;Ketua Pengarang, The Malay College Magazine. Oleh itu Rafizi Ramli dianugerahkan biasiswa Petronas untuk melanjutkan pelajaran jurusan Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik dan daripada ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan.
Rafizi Ramli sambung belajar di Morrison’s Academy, Scotland
 (1995 – 1996). Di sana beliau menerima Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996 ; Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996 dan Pengawas Orkestra Morrison’s Academy.
Kemudian Rafizi Ramli melanjutkan pelajaran di University of Leeds
 , England
(1996 – 1999). Ketika ini beliau menerima Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik ;Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua) dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik.KerjayaSunting

Selepas belajar ,Rafizi bekerja di firma Jeffreys Henry Chartered Accountants,London
 (1999 – 2003). Beliau lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa 2 tahun dan diterima sebagai ahli ICAEW pada 2003.
Selepas tamat tempoh minima latihan di firma perakaunan , beliau diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia.
Seterusnya Rafizi bekerja di Petronas
 / MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005) dan menjadi Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant .Beliau menjadi Pengurus termuda semasa dilantik Petronas di Pejabat Naib Presiden, Urusniaga Petrokimia (2005 – 2007).
Kerjaya beliau menapak ke Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia) dan menjadi Pengurus Kanan termuda semasa dilantik. Beliau dipertangungjawabkan menguruskan kumpulan urusniaga petrokimia Petronas dengan aset melebihi RM30 bilion.
Semasa di Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009), beliau menjadi Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa) .Ketika ini beliau menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak-anak syarikat Petronas Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20 bilion.
Pada 2009 beliau pindah ke Pharmaniaga Berhad dan kini menjadi ketua eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor (2009 – 2012)

Anonymous said...

ko tu yg badut

Anonymous said...

tahun 77, budak ni baru lahir, bapak penipu mula menipu budak u tahun 74, dia tipu dia kata org Kedah mati makan ubi...dia kata kerajaan negeri Selangor masa tu banyak tak betoi... macam macam lagi budak u kena tipu, budak u suka kena tahan dilokap di pusat latihan polis jln gurney, dl lokap lokap lain...pak penipu cabut lari masa budak budak kena tahan di padang merdeka,..pak penipu gunakan pelajar untuk kepentingan dia, sekarang dia ulang lagi, guna pelajar guna ngo,,apa yang dapat dari mogok ni,..pak penipu rasa puas hati dapat menipu rakyat..dah jelas apa dia tipu, lagi mau tipu kasi huru hara Negara ke,,tangkap, sumbat dalam lokap macam tahun 74 dulu, kemudian bicarakan.. kena tahan 24 jam dalam lokap baru manusia manusia lembu ini paham,,apa itu undeng undeng,,

 
 
Blogger Templates