Pemuda Umno menemplak pakatan pembangkang yang disifatkan menipu rakyat kononnya mengamalkan pentadbiran yang berhemah dan berjimat-cermat namun dimasa yang sama menaikkan gaji Adun Selangor sehingga 373 peratus.Ketuanya,Khairy Jamaluddin menyfatkan ia sebagai tembelang pakatan yang semakin terdedah hari demi hari.
“… mereka pukul canang,Selangor paling hebat dalam mengamalkan pentadbiran berhemah dan berjimat-cermat, kini tindakan kerajaan Selangor menaikkan gaji Speaker,Timbalan Speaker dan Ahli Dewan Undangan Negeri mereka sehingga ratusan peratus,apa pula ceritanya ??? Takkan itu juga demi rakyat?.Matematik saya senang saja, kalau gaji Speaker Selangor RM22,500 sebulan,bermakna setahun RM270,000.DUN Selangor pula bersidang kira-kira 30 hari (purata) dalam setahun.Malahan tahun lalu,persidangan DUN Selangor hanya sebanyak 21 hari sahaja.Dengan sehari saja speaker bertugas,sudah dapat RM9,000.Gaji Menteri Besar usah cerita,lagi banyak daripada gaji Perdana Menteri yang menjaga satu negara.Pihak pembangkang ini macam bunga dedap,sungguh merah berbau tidak”, katanya dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Pemuda 2013.
Menurut Khairy lagi,ego dan keceluparan pakatan pembangkang seolah tiada batasnya.Malah semakin lama berkuasa semakin angkuh dan bongkak.
“DAP apabila tak kena gaya, mereka tak teragak-agak untuk memanggil penjawat awam atau sesiapa saja “anjing” atau “kucing kurap”. Bila minta maaf pun nampak sangat tak ikhlas” katanya lagi.
Tidak cukup dengan itu,Khairy turut membangkitkan keceluparan Pengerusi DAP,Karpal Singh yang mahu mengharamkan parti politik berasaskan kaum dan agama baru-baru ini. Menurutnya disebabkan kenyataan itu, Dewan Pemuda Pas terus naik angin kerana semakin sedar dan melihat sendiri belang sebenar parti ultra kiasu itu.Disebabkan isu itu juga,Pas dlihat mula membangkitkan isu untuk bermuzakarah dengan Umno.
“Pemuda Umno tidak menolak apa-apa kebarangkalian, cuma harapnya janganlah idea muzakarah itu sekadar untuk menggertak DAP,tetapi lahir ikhlas dari hati Pas.sendiri.Bagi Pemuda Umno,ia satu langkah yang murni ke arah impian menyatupadukan orang Melayu,demi kelangsungan survival ummah, bangsa dan agama,” tegas beliau.
Disamping itu,beliau turut meminta agar Tenaga Nasional Berhad (TNB) lebih prihatin terhadap masalah rakyat dan komuniti perniagaan yang mula mengeluh tentang tarif elektrik yang akan naik awal tahun depan.Ketua Pemuda,Khairy Jamaluddin menegaskan TNB perlu lebih prihatin kepada rakyat dan tidak boleh bermotifkan keuntungan semata-mata.
“…Kita difahamkan bahawa peningkatan tarif elektrik ini bukan sekadar untuk menampung peningkatan harga bahan api,tetapi juga bagi menambahkan laba keuntungan TNB yang sudah berbilion ringgit jumlahnya.Bagi Pemuda,kenaikan tarif yang tidak setara dengan peningkatan kos bahan api dan hanya menguntungkan TNB yang tampak mementingkan kantung pemegang saham dan bukannya rakyat jelata.Kepada TNB dan juga GLC-GLC yang lain Pemuda mendesak janganlah terlalu mementingkan prestasi kewangan semata,tanggungjawab kepada rakyat jangan sesekali dilupa,” katanya.
Menteri Tenaga,Teknologi Hijau dan Air,Datuk Seri Maximus Ongkili sebelum ini mengumumkan berkuat kuasa 1 Januari 2014,kadar purata tarif elektrik di Semenanjung akan dinaikkan sebanyak 4.99 sen/kWj atau peningkatan sebanyak 14.89 peratus daripada kadar purata semasa 33.54 sen/kWj kepada 38.53 sen/kWj.Manakala di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, kadar purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 5.00 sen kWj (peningkatan sebanyak 16.9 peratus) daripada kadar semasa iaitu 29.52 sen/kWj kepada 34.52 sen.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
Walau macam mana "sedap" pun bunyi nya kenyataan dari Ketua Pemuda - kesimpulan nya ULAR adalah makhlok yang lansung tidak boleh dipercayai walau pun ular itu sendiri dari spesis yang cerdik.
Post a Comment