Social Icons

Pages

Showing posts with label PAS-DAP.... Show all posts
Showing posts with label PAS-DAP.... Show all posts

Friday, March 17, 2017

TU DIAAA !!! #PAS #SELANGOR MULA SERANG #DAP MENJELANG #PRU14


Demi survival politik dan mungkin kerana sudah lama bersabar melihat keceluparan DAP,PAS Selangor akhirnya dilihat secara terbuka mula menyerang DAP menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.Walaupun kedua-dua parti itu masih bergabung atas nama Kerajaan Negeri Selangor.Nampaknya PAS Selangor sudah mula ikut dasar PAS Pusat terhadap DAP.Semalam,PAS menyerang DAP dengan mempertahankan tindakan kerajaan menghantar guru Pendidikan Islam dari Semenanjung ke Sarawak yang mendapat tentangan daripada Ahli Parlimen DAP-Bandar Kuching,Chong Chieng Jen.Dengan niat menjejaskan keharmonian agama,Chong berkata tindakan kerajaan menghantar guru mata pelajaran berkenaan akan mengganggu keharmonian antara kaum di negeri Bumi Kenyalang itu.Guru Pendidikan Islam sudah pasti akan mengajar subjek yang ditugaskan dan tidak akan mengganggu subjek lain ataupun pelajar lain yang bukan beragama Islam. 

Di Semenanjung Malaysia pun begitu dan ia tidak ada masalah.Guru-guru berkenaan dihantar ke sana untuk mengisi kekurangan guru Pendidikan Islam sahaja,bukannya menggangu agama lain.Setiausaha PAS Selangor,Mohd Khairuddin Osman berkata kenyataan yang dibuat oleh Chong yang juga Pengerusi DAP Sarawak adalah biadab.Katanya,jika DAP diberi peluang menguasai Putrajaya selepas pilihan raya umum nanti, perbalahan agama boleh tercetus."Dan kita yakin semua masyarakat termasuk Tionghua tidak bersetuju dengan provokasi DAP ini," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Wakil rakyat DAP itu juga berkata guru Pendidikan Islam di Semenanjung mempunyai falsafah dan pemikiran sempit."Amatlah tidak sesuai untuk kerajaan menghantar guru-guru pendidikan Islam dari Semenanjung ke Sarawak.Janganlah mencemarkan pemikiran anak muda generasi baru Sawarak, janganlah membawa falsafah dan pemikiran yang sempit atas agama ini dari Semenajung ke Sarawak. Biarlah kita mengekalkan keharmonoian antara kaum di Sarawak," katanya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong,Sultan Muhammad V.Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat sudah mula merencanakan strategi untuk memastikan PAS menyerang sikap kurang ajar DAP terhadap agama Islam pada masa sama memastikan PAS terus bertapak di Selangor.Sehari sebelum itu PAS mengumumkan sudah menghentikan sebarang rundingan dengan PPBM dan kini menumpukan usaha dan kerja untuk memantapkan parti berkenaan.PAS Selangor dilihat menerima tekanan dari DAP. Dilayan sebagai "kelas ketiga" selepas PAN dan PKR sedangkan PAS miliki kerusi yang banyak di Selangor. 

Sejak kebelakangan ini,DAP banyak menempelak PAS dengan mendakwa parti Islam itu berpakat dengan UMNO dan membantu parti berkenaan untuk menang dalam PRU nanti biarpun sebenarnya PAS masih tidak sepenuhnya menerima UMNO sebagai rakan politik.Pakatan Harapan yang baru sudah menidakkan peluang PAS bertanding di Selangor.Calon PAS tiada dalam senarai calon pakatan pembangkang itu. Jika PAS tidak serang DAP, mereka sendiri akan pupus di Selangor.Perbalahan ini akan menjadi lebih besar menjelang PRU14 ini.Apa tidaknya,PAN sudah berkerjasama dengan DAP dan PPBM untuk ambil alih semua kerusi PAS.Putih mata lah PAS kalau jadi begitu.Pergaduhan ini akan merebak dan terus merebak. Azmin Ali sendiri tidak akan mampu bendung perkara ini.Hilang jentera PAS, kalahlah PKR. Kekuatan PKR sebenarnya adalah pada PAS. Di Selangor,PKR hendak berpihak kepada siapa ??? DAP atau PAS ??? Pergaduhan peringkat akar umbi akan jadi lebih parah kerana persoalan ini. Pakatan Harapan sudah retak menanti belah di Selangor.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, February 01, 2017

TU DIAAA !!! #DAP TAKUT BILA #PAS NAK TANDING 40 KERUSI #PARLIMEN ???


Amat pelik juga perangai parti DAP.Mungkin kerana parti DAP berteraskan penipuan maka mereka tidak gusar kepada pembohongan dan juga peradaban.Undian pemilihan CEC parti mereka pun mereka boleh menipu,yang lain itu tentu tiada nilai lagi kepada mereka.Jika ikut adab,seseorang yang memerlukan sesuatu seharusnya akan meminta dan berkomunikasi dengan penuh hormat, tetapi bagi parti tidak bertamadun seperti DAP,sifat ini tidak wujud.DAP juga amat kurang ajar kepada budaya penganut agama lain,seperti Islam dan Budhha,mereka menghina dan memperlekehkan acara agama orang lain seperti pada ucapan Tahun Baru Cina atau pun Hari Raya umat Islam.Ini berkemungkinan kerana majoriti kepimpinan DAP ada "agenda missionari" yang lain.Ramai ahli DAP tidak sedar "agenda missionari" pemimpin mereka ini. Amat pelik bila difikirkan jika DAP sangat memerlukan PAS, kenapa tidak sujud dan hormati PAS ??? 

PAN dan PPBM tidak sekuat PAS untuk tarik undi Melayu.Fakta itu DAP kena akui.Dua minggu lepas,DAP tanpa segan dan silu mahu bertemu dengan PAS untuk rundingan bekerjasama.Ini berkemungkinan kerana jika PAS terus berkeras bertanding kesemua kerusi kerusi yang biasa ditandinginya, maka Pakatan Harapan akan hancur musnah.Di kerusi manakah parti seperti PAN dan PPBM mahu menyelitkan diri dan mendapat slot dalam perkongsian kerusi jika PAS masih ada ??? Apakah PAS mahu serah kerusinya dengan begitu mudah ??? Baru baru ini wakil dari PPBM menyatakan pertemuan akan tetap di adakan bersama parti PAS pada bulan Februari ini walaupun PAS telah menghina Pengerusi PPBM.Sebenarnya,PAS tidak menghina kerana apa yang PAS nyatakan adalah kebenaran.Umum mengetahui ahli PPBM terutama yang muda muda tidak faham apa maksud kebenaran.Ramai yang masih menghisap puting susu botol ketika isu BMF dna Forex.Adakah saranan PAS supaya kes BMF dan FOREX dibuka untuk siasatan dan Mahathir dipanggil untuk menjawab itu satu penghinaan ??? Dikatakan PPBM mahu dengar apa yang PAS boleh tawarkan. Ini jelas menunjukkan sikap tidak matang wakil PPBM,kerana mereka lupa,mereka mewakili sebuah parti yang “zero seat”. 

Yakni tidak mewakili apa apa kerusi selain yang dimenangi oleh Muhyiddin dan Mukhriz atas tiket UMNO dulu. Tetapi itulah hakikatnya apabila telah bersekongkol dengan Mahathir.Orang yang gila pun perasan dirinya seperti hebat.Namun sebagai “power broker” di dalam Pakatan Harapan,DAP sangat takut akan kehancuran dan perkelahian sesama komponen dalam Pakatan Harapan. Bibit bibit kehancuran ke arah itu sudah ada.Bayangkan,mahukah PAS serahkan kawasannya kepada salah satu parti ini iaitu PAN dan PPBM ??? Apa guna PAS mahu berpakat dengan Pakatan Harapan jika merugikan mereka.Itulah ketakutan DAP kerana jika PAS tidak bersama mereka kemungkinan pertandingan tiga penjuru dan ulangan dua PRK lalu akan menjadi kenyataan dan ini adalah mimpi ngeri DAP. Sambil itu jika PAS masuk ke dalam Pakatan,kerusi siapa pula akan jadi korban memandangkan ada dua parti baru iaitu PAN dan PPBM.Inilah dilema,bahkan boleh dikatakan juga sebagai bala menerima PPBM ke dalam Pakatan Harapan.Selain Pengerusi PPBM mahu besar kepala dalam banyak hal seperti pembahagian kerusi, bahkan penentuan dasar juga dia yang umumkan sebelum berunding dengan mana mana pemimpin dalam Pakatan Harapan. 

Pemimpin PAN tidak setaraf pemimpin DAP dan PPBM kerana PAN adalah hamba DAP.Akhirnya semua kembali kepada asalnya, bak lirik lagu “wal hasil balik asal , itu pasal tak hasil’.DAP pada minggu ini sibuk serang PAS.Hadi Awang dianggap tidak kredibiliti dan tidak lagi hijau oleh Guan Eng dan PAN. Kenapa DAP bertubi tubi serang PAS ??? Sebab takut bila PAS umum hendak tanding 40 kerusi parlimen.Kini PAS ada 14 kerusi parlimen,6 jadi PAN dan satu lompat masuk PKR.Jika PAS tanding di 40 kawasan ini,harapan PAS untuk kalahkan semua calon PAN dan parti bunga adalah cerah.Sekurang kurang PAS akan dapat balik 7 kerusi itu dari PAN dan PKR. Di tempat tempat lain, PAS akan dapat "Naib Johan" undi terbanyak di belakang BN.PAN dan PPBM hanya akan gigit jari di tempat ketiga sahaja. Ini yang DAP takut.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, July 19, 2016

#PAS KUDA TUNGANGAN #DAP ??? TU DIA !!! USTAZ #NORMANTOHA DAH BERSUARA !!!


Bekas Setiausaha Pas Selangor,Norman Toha berkata adalah lebih baik Pas menjalinkan kerjasama dengan kerajaan pusat dalam perkara yang membabitkan kepentingan rakyat,khususnya umat Islam daripada kembali menjadi kuda tunggangan Dap,sekiranya parti tersebut kembali menjalinkan kerjasama dengan blok pakatan harapan pembangkang.Menurut beliau, keputusan Pas untuk bergerak bersendirian dengan memutuskan tahaluf siyasi mereka bersama pakatan harapan merupakan langkah terbaik bagi parti tersebut. 

“Saya kira adalah lebih baik Pas menjalinkan kerjasama dengan kerajaan pusat dalam hal-hal yang membabitkan kepentingan rakyat dan negara, khususnya umat Islam daripada merela kembali menjalinkan kerjasama dengan pakatan harapan.Ini memandangkan selama Pas menjalinkan tahaluf siyasi dengan pakatan pembangkang, parti ini sentiasa menghadapi tentangan daripada Dap khususnya dalam hal-hal yang berhubjng dengan agenda Islam dan yang berkaitan dengannya.Namun dalam perkembangan hari ini kita boleh lihat bagaimana agenda perundangan Islam yang diperjuangkan oleh Pas dapat diterima oleh kerajaan pusat yang diterajui oleh UMNO contohnya seperti pembentangan RUU yang berjaya di bawa ke parlimen baru-baru ini,”ujarnya kepada UMNO Online di sini hari ini. 

Tambah beliau,jalinan kerjasama Pas dan kerajaan pusat juga dilihat dapat memberikan peluang yang lebih cerah kepada parti tersebut untuk melaksanakan agenda Islam dengan sokongan kerajaan pusat yang diterajui oleh UMNO pada hari ini.“Pembentangan RUU dalam usaha untuk memperkasakan mahkamah syariah baru-baru ini memperlihatkan bahawa wujudnya persefahaman diantara kerajaan pusat dalam hal ehwal Islam bagi menambah baik pelaksanaan perundangan Islam di negara ini.Jika Pas kembali menjalinkan hubungan mesra dengan blok pakatan harapan, sudah pastinya segala usaha parti tersebut untuk memperkasakan undang-undang dan pelaksanaan Islam di negara ini akan mendapat tentangan yang hebat terutamanya dari Dap.Saya fikir Pas sepatutnya mengambil iktibar daripada sejarah mereka dalam bertahaluf siyasi dengan pakatan pembangkang, terutamanya dengan Dap tidak akan membawa sebarang kebaikan terhadap agenda Islam dan matlamat perjuangan parti itu sendiri,” tegasnya..

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, November 02, 2015

KANTOI !!! #PAS DEDAH RANCANGAN JAHAT #DAP !!!


PAS menyifatkan keinginan DAP bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dimenangi parti itu merupakan sebahagian ‘perancangan besar’ untuk mendominasi kuasa politik Malaysia yang selama ini berpusat kepada orang Melayu.Serentak dengan itu,Pas yang ketika ini terhimpit sejak terkuburnya pakatan pembangkang terdahulu melontarkan persoalan kepada pengundi Melayu dan umat Islam,apakah mereka bersedia menggantikan kerajaan dikuasai Barisan Nasional (BN) dengan DAP. 

“Persoalan menarik untuk difikir,bersediakah rakyat khususnya orang Melayu untuk mendapat pemerintahan baharu menggantikan BN dengan kerajaan yang didominasi DAP di negara ini,” soal Pusat Penyelidikan Pas menerusi laman Facebook Pas Selangor.Terdahulu,Pengerusi DAP Selangor,Tony Pua,dalam sidang akhbarnya memberitahu,DAP akan bertanding di lapan kerusi yang dimenangi Pas dalam pilihan raya umum akan datang,selain menegaskan bahawa parti berkenaan sudah bersedia ke arah itu.Beliau yang juga Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan berkata,lapan kerusi DUN tersebut adalah Taman Templer,Lembah Jaya,Paya Jaras,Sri Serdang,Meru,Cempaka,Dusun Tua dan Tanjung Sepat.

“Inilah lapan kerusi yang kami percaya mempunyai pengaruh ketara dan boleh menang.Kerusi ini dipilih kerana kami percaya jika pertembungan tiga penjuru, kami menang, Ia tidak menjejaskan cita-cita pakatan membentuk kerajaan di Selangor,” kata Pua.Menurut Pusat Penyelidikan Pas lagi,perancangan DAP untuk mengacau kerusi milik parti itu juga merupakan strategi bersifat serampang dua mata menerusi pertandingan tiga penjuru,iaitu bagi ‘membunuh’ UMNO dan Pas selaku parti terbesar orang Melayu.“Ini juga merupakan langkah DAP untuk memastikan Pas tidak lagi menjadi sebahagian daripada kerajaan di Selangor,tidak cukup sudah berkuasa di Pulau Pinang,DAP berusaha pula untuk menjadi pemacu utama kuasa Kerajaan Negeri Selangor,” dakwa Pas.

TOLAK DAP TOLAK PAKATAN HARAPAN

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, March 30, 2015

HUKUM #HUDUD !!! SIAPA YANG TERSEPIT ??? PM DS @NAJIBRAZAK ATAU #MAHFUZOMAR ATAU #PAKATAN #PEMBANGKANG ???


Siapa yang tersepit dan siapa terkepit si Mahfuz Omar pasti tahu kerana hudud telah lulus di DUN kelantan.yang tersepit telah di tentang oleh dua rakan kongsi pakatan dan yang terkepit adalah Tuan Guru Hj Hadi yang mana di pinggir oleh DAP tetapi tidak memutuskan hubungan PAS.jadi mahfuz ke mana hala tuju ??? adakah kepada ulamak @ anwarinas @ pasma semua Jawapan ada pada anda

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, March 27, 2015

BREAKING NEWS !!! #HUKUMHUDUD !!! KENAPA #PAS TAKUT NAK BERCERAI DENGAN DAP ???


itu lah persoalan yang dibangkitkan mengenai pendirian puak-puak PAS tu pada ketika ini.Ianya bangkit apabila pemimpin parti itu dilihat masih lagi enggan mengambil tindakan tegas terhadap DAP.yang saya hairan,kenapa PAS bermati-matian mahu mengekalkan kuasa dengan Pakatan Haramjadah tu termasuk dikalangan DAP sendiri sedangkan mereka teruk dimaki hamun ??? Kenapa sehingga hari ini PAS masih lagi cuba bertolak ansur dan dilihat seolah-olah dalam mod untuk memujuk DAP agar menarik balik Penghinaan yang telah dilemparkan terhadap mereka. 

Sekarang,bila DAP dan PKR jelas menentang dasar perjuangan yang dijunjung dan dipertahankan oleh pemimpin sejak awal penubuhan parti itu,kenapa PAS takut nak ambik tindakan ??? Bayangkan,Selama hari ini PAS seringkali memusuhi UMNO kerana mendakwa kononnya parti itu menolak perlaksanaan Hukum Hudud yang menjadi asas kepada perjuangan parti mereka.Bahkan,ada dikalangan pemimpin PAS juga sanggup melabelkan UMNO sebagai parti Kafir kerana menolak agenda tersebut.Maka sebab itu sehingga hari ini,PAS masih enggan bekerjasama dengan UMNO.Tapi,bila puak - puak DAP menentang Hukum Hudud dan menghina PAS dengan menggelarkan mereka sebagai Pengkhianat,kenapa PAS masih lagi mahu kekalkan Tahaluf Siyasi dengan DAP ??? 

Tidakkah tindakan puak-puak PAS tu membuktikan bahawa mereka sendiri tidak konsisten dalam memperjuangkan dasar parti mereka sendiri ??? kerana apa semua itu berlaku ??? Kemungkinan tindakan PAS tu ada kaitan dengan kuasa mereka di Selangor.Sekiranya mereka memilih untuk meninggalkan Pakatan,maka sudah pasti mereka akan kehilangan kuasa di negeri tersebut.Kalau diperhatikan komposisi PAS di Selangor,kedudukan mereka memang tidak menguntungkan walaupun mereka bergabung dengan UMNO bagi membentuk sebuah Kerajaan.Pada ketika ini,PAS hanya mempunyai 15 kerusi DUN manakala UMNO pula hanya ada 12 kerusi sahaja.Sebaliknya,PKR dan DAP mempunyai jumlah kerusi sebanyak 28 secara gabungan.Jika pun Si Khalid Ibrahim yang kini menjadi ADUN BEBAS menyokong PAS,namun itu belum dapat membuatkan gabungan diantara PAS dan UMNO layak untuk memerintah Selangor. 

Ianya disebabkan kedudukan 50 - 50 diantara gabungan PAS+UMNO+BEBAS dengan Pakatan yang terdiri dari kalangan puak-puak PKR serta DAP pada ketika ini tidak akan menguntungkan sesiapa.Maka atas dasar itulah PAS dilihat masih lagi TAKUT nak bertindak tegas terhadap DAP dan mengambil langkah bermaruah untuk meninggalkan Pakatan Haramjadah tu.Mereka lebih sanggup dimaki hamun dan dihina hanya kerana mahu mengekalkan kuasa Politik !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, February 04, 2015

FAKTA !!! ADAKAH INI GERAKAN IMPIAN #KELANTAN ATAU IMPIAN #DAP ??? WAJIB BACA !!!


anda lihat gambar di atas.gambar diatas mempunyai 1000 cerita.ini kisah rancangan pasukan DAP untuk membantu Kelantan selepas lebih sebulan banjir besar melanda negeri itu.malangnya,semua pemimpin PAS yang memegang jawatan di peringkat negeri itu memilih tidak hadir ke majlis 'gilang gemilang' DAP di Dewan Perniagaan China,Kota Bharu baru-baru ini.ia merupakan pelancaran Gabungan Impian Kelantan (GIK) sebuah NGO yang ‘tidak direstui’ kerajaan negeri Kelantan pimpinan parti PAS.Majlis pelancaran di Dewan Perniagaan China,Kota Bharu itu dihadiri oleh pemimpin kanan DAP,Lim Kit Siang, Liew Siew Fook,teresa Kok,Anthiny Loke disamping Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu,Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa,bekas Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Wan Rahim Wan Abdullah dan pemimpin NGO seperti Datuk S. Ambiga dan Datuk A. Samad Said.

Rata-rata pemimpin PAS yang hadir merupakan pemimpin yang tidak mempunyai tempat dalam kerajaan negeri Kelantan ataupun dari luar Kelantan.Sedangkan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah barisan exconya serta penyokong dan loyalis PAS tidak hadir.Untuk program di Kota Bahru biasanya senang-senang kumpul lima ribu ahli PAS kerana ia merupakan pusat bandar negeri yang ditadbir PAS sejak 25 tahun lalu.Tapi majlis anjuran DAP tersebut hanya dihadiri tak sampai 500 orang.Pagi Ahad lepas,sahabat media,Agendadaily mencari Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob di majlis Misi Bantuan Banjir dan Gotong Royong di Sekolah Menengah Ugama (SMU) Sulaimiah Bunut Payong,Kota Bharu untuk beri komen.Semasa diminta mengulas kemunculan GIK dan ketiadaan beliau dimajlis tersebut,Datuk Ahmad berkata, “tak payahlah,saya tidak mahu memanjangkan...” Ditanya kenapa program itu seolah-olah mengenepikan kerajaan negeri,beliau berkata, “saya tak mahu komen”. 

Ahmad juga enggan menjawab samada program itu diketahuinya atau tidak.Sementara itu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang turut hadir di majlis bersama MB Kelantan menjelaskan bahawa GIK adalah NGO untuk membantu mangsa banjir di Kelantan.Mengulas tentang majlis itu tidak diketahui oleh kerajaan Kelantan,Mohamad berkata, “itu kena tanya MBlah,saya tak boleh komen.Saya dijemput untuk hadir NGO nak bantu Kelantan,saya bantulah” Beliau juga memberitahu Datuk Husam Musa dan Datuk Wan Rahim Wan Abdullah adalah pelopor GIK. GIK adalah manisfestasi semangat ‘Impian Malaysia’ yang dipelopori oleh DAP untuk berkongsi usaha dan bergerak bersama rakyat melalui pelbagai kegiatan kemasyarakatan. Program-program Impian Malaysia bermula sejak 2013 dengan pelancaran Impian Sarawak.Sebelum ini Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Kelantan Datuk Takiyussin Hassan menyifatkan penubuhan GIK yang diwakili pemimpin-pemimpin politik dari dalam parti itu sendiri serta sekutunya DAP mempunyai 'agenda tersembunyi'.

Menurutnya,majlis pelancaran GIK tidak pernah dimaklumkan kepada kerajaan negeri terlebih dahulu malah tujuan penubuhan juga masih belum jelas.Takiyuddin berkata,perkara itu menimbulkan tanda tanya sedangkan usaha untuk membantu mangsa banjir harus dilakukan melalui kerajaan negeri serta merentasi semapadan politik. “Sebagaimana dihebahkan melalui poster-poster yang dipasang di bandar ini, ia mengambarkan satu program besar yang melibatkan pimpinan PAS Pusat dan pemimpin-pemimpin pembangkang lain.Kami (PAS negeri) tidak dimaklumkan secara terperinci apa tujuannya. Tidak maklum sepatah apa pun pada tuan rumah,” tambah beliau.Sementara itu,Timbalan Menteri Besar,Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah juga dipetik berkata pihaknya tidak tahu tujuan sebenar penubuhan gabungan tersebut memandangkan ia masih tidak dimaklumkan secara rasmi. 

"Kita tidak terlibat dan tidak tahu siapa penganjur sebenar. Sepatutnya ia perlu melalui prosedur betul.Kita juga ada menubuhkan urusetia yang berperanan menyelaraskan sumbangan dan bantuan-bantuan daripada NGO yang ingin membantu mangsa banjir di negeri ini," katanya.Husam dan Wan Rahim dia pemimpin yang tidak lagi berada dalam saf kepimpinan PAS Kelantan atau memegang jawatan utama di peringkat negeri.Selepas PRU13 lalu, Husam yang kalah bertanding di Parlimen Putrajaya tetapi menang DUN Salor di Kelantan tidak dilantik ke jawatan Exco yang disandangnya sebelum ini.Dalam pemilihan PAS selepas itu,Husam nyaris kalah merebut tiga jawatan Naib Presiden dengan Mahfuz Omar namun wujud kompromi selepas kiraan semula undi dan Husam disiytiharkan menang.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, December 24, 2014

EKSKLUSIF !!! HUBUNGAN #CHINPENG DAN PEMIMPIN #PAS DAN #DAP PERAK DIDEDAHKAN !!!


diatas adalah gambar salasilah siapa Chin Peng dan apa hubungan dengan pemimpin PAS dan DAP di Perak.Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua,adalah bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya yang diharamkan.chin Peng adalah bapa saudara kepada Pengerusi DAP Perak,Ngeh Koo Ham.adakah anda tahu apa hubungan Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming ??? Mereka adalah sepupu yg tentunya berkongsi bapa saudara yang sama iaitu Chin Peng.tahukah anda apa hubungan Nizar Jamaludin,bekas MB Perak ??? Ibu Nizar Jamaludin adalah ibu saudara kepada Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming.ini bermakna Nizar Jamaludin,Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming adalah sepupu.Manakala ibu Nizar juga adalah sepupu kepada Chin Peng.Apa pula kaitan mereka dengan Mat Sabu yg menganggap pengganas komunis tu adalah pejuang kemerdekaan yang sebenar ???

apakah alasan Mat Sabu dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah dalam Pihak Bekalan Air Pulau Pinang dengan elaun sebanyak RM15,000 sebulan ??? Jawapanya tidak lain dan tidak bukan adalah Mat Sabu diumpan wang ringgit oleh DAP utk menjadi ayam jantan berkokok untuk cuba membersihkan imej ganas Chin Peng dan Parti Komunis Malaya di mata rakyat Malaysia dengan cuba mewujudkan gambaran bahawa mereka adalah pejuang kemerdekaan negara yang sebenar

tujuan mereka mudah,mereka ingin membawa balik Chin Peng dan bekas anggota PKM pulang ke Malaysia tanpa tentangan rakyat.Bukalah mata wahai orang-orang Melayu PR,terutamanya PAS bagaimana pemimpin anda digunakan oleh cina DAP bagi menjayakan agenda mereka.adakah ini yang dikatakan parti membela rakyat ???? saya bukan menghasut tetapi ini adalah kenyataan sebenar.tak percaya ??? buka balik salasilah mereka

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, December 18, 2014

FAKTA !!! KEPADA #PAS !!! TOLONG JANGAN JADI BARUA #DAP !!!


masihkah anda ingat peristiwa yang lepas dimana DAP meminta tolong dengan PAS berkenaan CEC ??? bukan main lagi merayu dengan PAS.bila senang DAP sanggup pijak PAS berhubung isu Hudud.kepada PAS jangan jadi barua DAP,teruskan niatmu.kalau nak buat hukum Hudud tu buatla.kalau asyik kena tekan jerr dengan DAP baik keluar PR,itu lahh penyelesaiannya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, December 17, 2014

BREAKING NEWS !!! HUKUM #HUDUD !!! #PAS MEMBELASAH #DAP KAW-KAW !!!


Ahli Jawatankuasa Pas Pusat,Nasruddin Hassan menegaskan penolakan hukum hudud oleh DAP akan menyebabkan tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang terbatal kerana jika Pas mengabaikan dasar itu,hukumnya adalah haram.Menurut beliau,tahaluf siyasi bukanlah sebuah parti yang mempunyai satu ideologi sebaliknya kerjasama itu adalah berkait dengan tindakan politik yang dipersetujui bersama tanpa mengganggu hak dan dasar perjuangan masing-masing.Katanya,kerjasama tersebut hanyalah dalam urusan kepentingan bersama membabitkan aspek politik untuk menolak kezaliman,penindasan,rasuah,penyelewengan,salah guna kuasa dan pelbagai lagi tanpa melepasi dasar perjuangan parti. 

“Jika DAP buat syarat pakatan pembangkang mestilah tanpa pelaksanaan Islam dan syariatnya dan menegaskan bahawa Pas tidak boleh melaksanakan syariat Islam termasuk hudud,maka pada saya,syarat dan penegasan yang DAP buat itu membatalkan syarat tahaluf, tiada ertinya lagi tahaluf siyasi ini.Jika dasar parti terhalang untuk ditunai dan dilaksana dengan kerjasama ini, maka tahaluf ini batal. Malah tidak keterlaluan kalau saya nyatakan hukumnya adalah haram,” katanya dalam wawancara yang dipetik daripada portal Malaysia Transform hari ini.Beliau yang berada di Mekah mengulas perkembangan terkini dalam pakatan pembangkang berikutan beberapa siri serangan terbuka oleh pemimpin DAP termasuk daripada Lim Guan Eng sendiri,khususnya berhubung isu hudud dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2014 kelmarin. 

Guan Eng dalam nada kerasnya mendesak pakatan agar memuktamadkan pendirian untuk tidak melaksanakan hukum hudud jika pembangkang berjaya memenangi pilihan raya umum akan datang,kononnya perkara itu adalah aspirasi daripada penyokong pembangkang.Persidangan tersebut yang dihadiri 938 perwakilan juga sebulat suara meluluskan resolusi menolak pelaksanaan hudud sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan sekiranya pakatan pembangkang berjaya mentadbir Putrajaya.Mengulas lanjut,Nasruddin berkata,Pas tidak akan sama sekali mengabaikan dasar perjuangan demi pakatan pembangkang,justeru DAP tidak sepatutnya menghalang pelaksanaan hukum hudud jika tidak mahu gabungan tersebut berpecah.

Dalam wawancara itu,Nasruddin turut mengakui bahawa kedudukan pakatan pembangkang kini semakin sukar kerana kesemua pihak belum ‘menemui lantai untuk sama-sama bersila menyelesaikan masalah yang dihadapi’.Meskipun begitu tegasnya,Pas akan tetap mempertahankan dasar tersebut dalam apa juga cara dan menyifatkan pihak yang menolak hukum hudud sebagai penghalang kepada perjuangan Islam.“Pas akan tetap berjuang untuk melaksanakan Islam dan syariatnya. Hudud adalah sebahagian daripadanya.Ia adalah kewajipan agama yang ditetapkan syarak,tiada siapa yang boleh halang, kalau mereka halang bererti mereka menjadi penghalang kepada perjuangan Islam.Kepada mereka yang meng­halang kerana dendam, benci, ang­kuh dan semangat menentang Islam, maka akan didepani dengan sebijaknya dan sesuai dengan penentangan yang dihadapi. Hujah dengan hujah, saraf dengan saraf, senjata dengan senjata,” tegas beliau.

KITA LIHAT APA YANG AKAN JADI TAHUN HADAPAN !!!

SIAPA YANG PIJAK SIAPA !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, December 12, 2014

KURANG AJAR !!! #ISLAM TERUS DIPERLEKEH DAN DIHINA OLEH PEMIMPIN #DAP !!! MANA ULAMA #PAS ???


Mana dia Ulama PAS yang kononnya pewaris Nabi Muhammad ataupun pejuang-pejuang yang mengelar dan mengangkat diri mereka sebagai ahli syurga ??? Kenapa DAP yang cukup dasyat menghina ayat ALQURAN pun masih mahu dibantu dan dilindungi.bukankah meraka yang mendusta ayat AlQURAN adalah golongan yang akan DIBENCI oleh ALLAH ???Kepada Ulama PAS,tolong ajar sikit pemimpin DAP ni !!! jangan bagi mereka pijak kepala !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, October 02, 2014

BREAKING NEWS !!! 25 KAMPUNG #MELAYU YANG LENYAP DI #PULAUPINANG DIDEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!!


Apakah wujud satu diskriminasi terhadap pemimpin PAS dalam pakatan pembangkang selepas peristiwa wakil parti itu dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Iszuree Ibrahim dipecat kerana menyuarakan isu rakyat.Apakah ia diskriminasi atau satu provokasi untuk menaikkan kemarahan ahli PAS dan meninggalkan pakatan pembangkang ??? Iszuree disingkitkan sebagai semua jawatankuasa tetap MPPP selepas mengkritik dasar kerajaan Pulau Pinang berhubung pemilikan rumah mampu milik dalam kalangan penduduk negeri ini.Sedangkan menurut Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah,Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat,Mazlan Aliman tindakan Iszuree membawa usul mengenai kepentingan rakyat itu dalam Muktamar PAS adalah wajar supaya satu mekanisme dapat diambil dalam memperkukuhkan integriti kerajaan negeri.Malah,tegasnya,dalam Perhimpunan Agung Tahunan DAP dan PKR sebelum ini,wakil yang bangkit membahaskan usul juga bebas membawakan isu-isu mengenai kepentingan rakyat. 

"Kalau sahabat-sahabat kita (perwakilan DAP,PKR) boleh membawa isu kepentingan rakyat dalam perhimpunan tahunan mereka,adakah salah bagi PAS membangkitkan isu sama demi kebajikan rakyat ??? Apatah lagi usaha untuk membincangkan perkara yang dibangkitkan Iszuree secara dalaman telah dibuat,namun sehingga kini kami masih tidak mendapat maklum balas terhadap permohonan berjumpa Guan Eng biarpun telah menghantar surat pada Julai tahun lalu," katanya dalam satu sidang media khas yang turut dihadiri Iszuree di Pulau Pinang pada Selasa lepas.Menurut Maslan,PAS Pusat mahu Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng menarik semula tindakan menyingkirkan Iszuree yang juga merupakan Bendahari PAS negeri.Katanya,Guan Eng sepatutnya meneliti isi-isi dilontarkan Iszuree ketika Muktamar Tahunan PAS Ke-60 di Batu Pahat, Johor pada 19 September lalu.

"Apa yang disampaikan Iszuree itu adalah wajar memandangkan segala ruang dan prosedur untuk menyampaikan suara rakyat berhubung masalah berkaitan pengambilan tanah ini secara dalaman telah dilakukan sebelum ini.Saya sendiri ketika berucap dalam Muktamar Pas baru-baru ini menyatakan sokongan terhadap apa yang dibangkitkan Iszuree, jadi saya minta kerajaan negeri menarik balik tindakan yang dikenakan ke atas Iszuree dengan serta-merta," katanya.Sementara itu,Iszuree menyifatkan tindakan kerajaan DAP negeri itu menyingkirkan beliau daripada semua Jawatankuasa Tetap MPPP seolah-olah cuba menutup mulutnya."Apa yang dilakukan terhadap saya ini seolah-olah cuba menutup mulut saya yang jelas bukan cara terbaik dalam amalan demokrasi.Perkara yang dibangkitkan adalah demi rakyat dan bukan niat saya untuk menimbulkan provokasi kepada kerajaan negeri,'' katanya. 

Manakala Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri,Fadzil Kemi berkata,kerjaan negeri sepatutnya lebih terbuka dalam menerima cadangan yang disampaikan Iszuree.Katanya,apa yang dinyatakan itu adalah suara PAS negeri yang mahu melihat nasib rakyat khususnya mereka yang terlibat dalam isu pengambilan tanah untuk tujuan pembangunan terus terbela."Sehingga kini sebanyak 25 buah kampung telah menjadi mangsa kepada pembangunan,jadi sudah sampai masanya satu mekanisme dirangka bagi menangani masalah pengusiran penduduk kampung di negeri ini dari terus berlaku."Siapa yang akan bertanggungjawab terhadap nasib penduduk kampung yang diusir ini ??? Kita kalau tiada bekalan elektrik sehari pun sudah kalut, ini pula kehilangan rumah," katanya.Tambah beliau, pemecatan Iszuree itu tidak sepatutnya dijadikan isu kerana yang lebih penting adalah isi usul yang dibawa dalam menjamin kepentingan rakyat negeri ini. 

Katanya,PAS negeri hanya merupakan suara minoriti dalam MPPP memandangkan daripada 24 ahli majlis yang dilantik hanya dua diwakili parti itu termasuk Iszuree.Malah katanya,PAS juga tiada wakil dalam Exco kerajaan negeri. 

BERIKUT DAKWAAN KAMPUNG-KAMPUNG MELAYU YANG LENYAP DI PULAU PINANG :

1. Kg Permatang Tok Subuh
2. Kg Buah Pala 
3. Kg Pokok Assam,Jelutong 
4. Kg Dodol
5. Kg Binjal 
6. Kg Batu Uban 
7. Kg Tanjung Tokong 
8. Kg Bagan Dalam 
9. Kg Permatang Tepi Laut 
10.Batu Maung 
11.Kg Pulau Jelutong 
12.Kg Lima Kongsi,Sungai Bakap 
13. Kg Teluk Kumbar 
14.Kg Dalca 
15.Kg Sungai Nibong Kechil 
16.Kg Tengah Jelutong 
17.Kg Terang Balik Pulau 
18.Kg Genting,Balik Pulau 
19.Kg Pondok Upeh, Balik Pulau 
20.Kg Padang Benggali, Permatang Pauh 
21.Teluk Air Tawar 
22.Kg Gagah, Bagan 
23.Kg Nelayan, Teluk Kumbar 
24.Kg Selut Sg Pinang 
25.Kg Siam, Pulau Tikus.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, December 06, 2013

KANTOI !!! #PAU2013 @KHAIRYKJ !!! AKHIRNYA PAS SEDAR DAN MELIHAT TEMBELANG DAP YANG SEBENAR !!!


Pemuda Umno menemplak pakatan pembangkang yang disifatkan menipu rakyat kononnya mengamalkan pentadbiran yang berhemah dan berjimat-cermat namun dimasa yang sama menaikkan gaji Adun Selangor sehingga 373 peratus.Ketuanya,Khairy Jamaluddin menyfatkan ia sebagai tembelang pakatan yang semakin terdedah hari demi hari. 

“… mereka pukul canang,Selangor paling hebat dalam mengamalkan pentadbiran berhemah dan berjimat-cermat, kini tindakan kerajaan Selangor menaikkan gaji Speaker,Timbalan Speaker dan Ahli Dewan Undangan Negeri mereka sehingga ratusan peratus,apa pula ceritanya ??? Takkan itu juga demi rakyat?.Matematik saya senang saja, kalau gaji Speaker Selangor RM22,500 sebulan,bermakna setahun RM270,000.DUN Selangor pula bersidang kira-kira 30 hari (purata) dalam setahun.Malahan tahun lalu,persidangan DUN Selangor hanya sebanyak 21 hari sahaja.Dengan sehari saja speaker bertugas,sudah dapat RM9,000.Gaji Menteri Besar usah cerita,lagi banyak daripada gaji Perdana Menteri yang menjaga satu negara.Pihak pembangkang ini macam bunga dedap,sungguh merah berbau tidak”, katanya dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Pemuda 2013. 

Menurut Khairy lagi,ego dan keceluparan pakatan pembangkang seolah tiada batasnya.Malah semakin lama berkuasa semakin angkuh dan bongkak.

“DAP apabila tak kena gaya, mereka tak teragak-agak untuk memanggil penjawat awam atau sesiapa saja “anjing” atau “kucing kurap”. Bila minta maaf pun nampak sangat tak ikhlas” katanya lagi. 

Tidak cukup dengan itu,Khairy turut membangkitkan keceluparan Pengerusi DAP,Karpal Singh yang mahu mengharamkan parti politik berasaskan kaum dan agama baru-baru ini. Menurutnya disebabkan kenyataan itu, Dewan Pemuda Pas terus naik angin kerana semakin sedar dan melihat sendiri belang sebenar parti ultra kiasu itu.Disebabkan isu itu juga,Pas dlihat mula membangkitkan isu untuk bermuzakarah dengan Umno. 

“Pemuda Umno tidak menolak apa-apa kebarangkalian, cuma harapnya janganlah idea muzakarah itu sekadar untuk menggertak DAP,tetapi lahir ikhlas dari hati Pas.sendiri.Bagi Pemuda Umno,ia satu langkah yang murni ke arah impian menyatupadukan orang Melayu,demi kelangsungan survival ummah, bangsa dan agama,” tegas beliau. 

Disamping itu,beliau turut meminta agar Tenaga Nasional Berhad (TNB) lebih prihatin terhadap masalah rakyat dan komuniti perniagaan yang mula mengeluh tentang tarif elektrik yang akan naik awal tahun depan.Ketua Pemuda,Khairy Jamaluddin menegaskan TNB perlu lebih prihatin kepada rakyat dan tidak boleh bermotifkan keuntungan semata-mata. 

“…Kita difahamkan bahawa peningkatan tarif elektrik ini bukan sekadar untuk menampung peningkatan harga bahan api,tetapi juga bagi menambahkan laba keuntungan TNB yang sudah berbilion ringgit jumlahnya.Bagi Pemuda,kenaikan tarif yang tidak setara dengan peningkatan kos bahan api dan hanya menguntungkan TNB yang tampak mementingkan kantung pemegang saham dan bukannya rakyat jelata.Kepada TNB dan juga GLC-GLC yang lain Pemuda mendesak janganlah terlalu mementingkan prestasi kewangan semata,tanggungjawab kepada rakyat jangan sesekali dilupa,” katanya. 

Menteri Tenaga,Teknologi Hijau dan Air,Datuk Seri Maximus Ongkili sebelum ini mengumumkan berkuat kuasa 1 Januari 2014,kadar purata tarif elektrik di Semenanjung akan dinaikkan sebanyak 4.99 sen/kWj atau peningkatan sebanyak 14.89 peratus daripada kadar purata semasa 33.54 sen/kWj kepada 38.53 sen/kWj.Manakala di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, kadar purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 5.00 sen kWj (peningkatan sebanyak 16.9 peratus) daripada kadar semasa iaitu 29.52 sen/kWj kepada 34.52 sen.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, November 26, 2013

KANTOI !!! #MUKTAMARPAS59 !!! AKHIRNYA AHLI PAS MENGAKU PAS BARUA KEPADA DAP !!!


Sekiranya sebelum ini,apabila ada yang mengatakan Pas hanyalah kuda tunggangan DAP ramai yang mengatakan ia merupakan propaganda Umno.Mereka mendakwa,kononnnya secara realiti hubungan Pas dan DAP tidak seperti yang di dakwa itu.Namun apabila ada para perwakilan Pas yang membangkitkan isu tersebut,ia telah mengejutkan ramai pihak.Ini kerana ternyata semua yang di katakan itu ada asasnya dan bukanlah merupakan propaganda Umno seperti yang di dakwa.Di dalam Muktamar Pas baru-baru ini parti itu seakan ‘mati kutu’ dengan amukan para perwakilan yang jelas tidak berpuas hati dengan pendekatan ‘tahluf siaysi’ parti itu dengan DAP.Sebagai contoh Wakil Pas Wilayah Persekutuan,Kamaruzaman Mohamad ketika membahaskaan ucapan Presiden iu membangkitkan isu tersebut yang mendesak barisan kepimpinan parti wajar menangani kedua-dua isu tersebut dengan segera.Menurut beliau,jika perkara itu tidak diselesaikan, ahli-ahli Pas berhak menukar kepimpinan yang sedia ada. “Kedua-dua isu ini sangat kritikal dan sangat besar kesannya.Oleh itu jika Pas gagal selesaikannya menjelang Pilihan Raya ke 14 (PRU-14) kita akan gagal ke Putrajaya,” katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan Kamaruzaman turut mengingatkan kepada semua perwakilan bahawa Pas tidak boleh meninggalkan asas perjuangannya iaitu menegakkan syariat Islam. “Jangan kita lupakan perjuangan menegakkan Islam hanya semata-mata kita mahu ke Putrajaya.Jangan kita tinggalkan syariat Islam di pintu pagar ke Putrajaya.Kita sebenarnya amat bertanggungjawab dalam menegakkan Islam di tengah-tengah masyarakat. Kita juga bertanggungjawab menunjukkan keadilan Islam kepada setiap rakyat,” ujarnya.Selain itu,beliau turut menegaskan bahawa Pas bukan sebuah parti yang berjuang atas sebab isu tetapi berdasarkan kepada perintah agama.

Sementara itu,wakil Pulau Pinang,Mohd. Nor Haron berkata,segala jasa dan pengorbanan Pas Pulau Pinang telah diketepikan begitu sahaja oleh rakan pakatan pembangkang sebaik sahaja negeri itu dimenangi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).Malah tegas beliau,kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP telah meletakkan Pas sebagai rakan kongsi utama pakatan dalam kedudukan lebih rendah dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Menurut Mohd. Nor, pihaknya tidak berhasrat membawa perkara itu kepada media namun segala saluran rasmi yang digunakan langsung tidak diendahkan oleh kerajaan negeri. “Pas hanya diberi kerusi sebagai ahli majlis PBT (pihak berkuasa tempatan) tetapi empat kerusi diberikan NGO, adakah ini batu nisan yang hendak diberikan kepada Pas?,” katanya. Tegasnya, sebagai rakan kongsi utama pakatan, Pas sewajarnya diberi peranan besar sebagai pembuat dasar bersama tetapi yang berlaku adalah sikap ‘double standard’ kerajaan negeri dan berlakunya campur tangan. “Tetapi bila hendak hampir PRU-13, mereka berjumpa kita terangkan manifesto, tetapi bila berdepan dengan kemenangan, kita disingkirkan, apakah Pas telah menjadi musuh lagi besar daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya.Namun disebalik semua kecaman yang diberikan Timbalan Presiden Pas,Mohammad Sabu masih cuba mempertahankan hubungan parti itu dengan DAP dan PKR.Ketika menggulung perbahasan pada Muktamar Pas Ke-59 beliau berkata tanpa bantuan DAP dan PKR,Pas hanya mampu aktif di Kelantan dan Terengganu.“Kekuatan Pas adalah bersama Pakatan Rakyat. Kalau Pas berjuang secara sendirian,sudah tentunya jajahan kita tidak lebih daripada Rantau Panjang (Kelantan) sehingga Kemaman (Terengganu).Di bawah Pakatan Rakyat, jajahan kita melebar sehingga ke Selangor dan InsyaAllah sampai ke Johor. Kalau Johor kita dapat tawan, nadi Umno akan tamat di Malaysia,” katanya. 

Kesimpulannya,Pas tidak ubah seperti resam anjing yang sentiasa menurut perintah tuannya,ini kerana itulah analogy mudah yang boleh diberikan apabila kita membicarakan hubungan haram dua parti pembangkang tersebut.Malah Sasterawan Negara,Shahnon Ahmad yang juga bekas Ahli Parlimen Pas Sik,Kedah sebelum ini turut mengesahkan perubahan ketara yang sedang menghantui Pas.Katanya secara realitinya Pas telah gagal memimpin PR sebaliknya kedudukannya kini lebih tertakluk pada kehendak DAP. Menurut Shahnon,“apa yang dilakukan oleh Pas sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana PAS sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam”.Kenyataan ahli seumur hidup Pas memang terbukti kebenarannya malah tak keterlaluan jika dikatakan status parti itu semenjak menjalin kerjasama dengan DAP sama sahaja macam anjing peliharaan layaknya,terpaksa dipimpin tali oleh tuannya dan taat mengikut sahaja perintah si tuan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! SAH !!! #CECDAP DAN #MUKTAMARPAS59 SAMA !!! NAK TAHU KENAPA ??? WAJIB BACA !!!


Kemelut Pemilihan CEC DAP masih belum selesai walaupun telah hampir setahun berlalu.Masalah perwakilan ‘hilang’ terus menghantui parti itu termasuk dalam pemilihan semula.Diimbas kembali pemilihan parti PKR yang lalu turut menyaksikan keadaan huru-hara yang sama atau mungkin lebih teruk lagi.Dalam pemilihan PKR terdapat 160 aduan serta beberapa perletakan jawatan,tidak termasuk pergaduhan sehingga membawa kecederaan.Kini,Muktamar PAS pula kecoh dengan berbagai-bagai ‘kejadian pelik’ seperti kelibat calon di bilik penyimpanan peti undi dan juga pengiraan yang memakan masa semalaman.Jika DAP pada mulanya menyalahkan komputer dan kemudiannya menyalahkan ROS dan UMNO,PAS pula sehingga setakat ini,masih lagi terpinga-pinga dan belum memutuskan siapa untuk disalahkan.Dalam pemilihan CEC,DAP hanya perlu mengira 1,823 undi.Dalam Muktamar PAS pula,PAS hanya perlu mengira 1,086 undi.Walaupun jumlah undi begitu sedikit dan melibatkan kepentingan ahli-ahli sendiri,pengiraan undi dilihat sebagai amat sukar sekali selain dibayangi manipulasi.Keadaan yang sama juga jelas berlaku dalam pemilihan PKR. 

Bayangkan jika DAP,PAS dan PKR menjadi pemerintah dan perlu menangani proses pilihanraya yang melibatkan 13.3 undi.Bayangkan,jika ahli parti sendiri juga dimanipulasi,apakah jaminan yang mereka tidak akan memanipulasi rakyat ??? Kalaupun mereka tidak pernah memanipulasi undi,apakah jaminan yang mereka benar-benar tahu mengira ??? Sedangkan mengira undi tidak sampai dua ribu pun huru-hara jadinya.Kesimpulannya,rakyat tidak perlu melihat jauh untuk menilai kredibiliti dan integriti PR.Tidak perlu bersusah payah menganalisa manifesto mereka atau menghalusi isu-isu yang mereka bangkitkan.Cukuplah dengan mengambil proses pemilihan ketiga-tiga parti itu sebagai panduan.Apakah sebuah parti yang tidak tahu mengira dan sanggup memanipulasi ahli sendiri mampu menjadi sebuah kerajaan yang berkesan ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
 
 
Blogger Templates