Social Icons

Pages

Wednesday, February 04, 2015

FAKTA !!! ADAKAH INI GERAKAN IMPIAN #KELANTAN ATAU IMPIAN #DAP ??? WAJIB BACA !!!


anda lihat gambar di atas.gambar diatas mempunyai 1000 cerita.ini kisah rancangan pasukan DAP untuk membantu Kelantan selepas lebih sebulan banjir besar melanda negeri itu.malangnya,semua pemimpin PAS yang memegang jawatan di peringkat negeri itu memilih tidak hadir ke majlis 'gilang gemilang' DAP di Dewan Perniagaan China,Kota Bharu baru-baru ini.ia merupakan pelancaran Gabungan Impian Kelantan (GIK) sebuah NGO yang ‘tidak direstui’ kerajaan negeri Kelantan pimpinan parti PAS.Majlis pelancaran di Dewan Perniagaan China,Kota Bharu itu dihadiri oleh pemimpin kanan DAP,Lim Kit Siang, Liew Siew Fook,teresa Kok,Anthiny Loke disamping Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu,Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa,bekas Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Wan Rahim Wan Abdullah dan pemimpin NGO seperti Datuk S. Ambiga dan Datuk A. Samad Said.

Rata-rata pemimpin PAS yang hadir merupakan pemimpin yang tidak mempunyai tempat dalam kerajaan negeri Kelantan ataupun dari luar Kelantan.Sedangkan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah barisan exconya serta penyokong dan loyalis PAS tidak hadir.Untuk program di Kota Bahru biasanya senang-senang kumpul lima ribu ahli PAS kerana ia merupakan pusat bandar negeri yang ditadbir PAS sejak 25 tahun lalu.Tapi majlis anjuran DAP tersebut hanya dihadiri tak sampai 500 orang.Pagi Ahad lepas,sahabat media,Agendadaily mencari Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob di majlis Misi Bantuan Banjir dan Gotong Royong di Sekolah Menengah Ugama (SMU) Sulaimiah Bunut Payong,Kota Bharu untuk beri komen.Semasa diminta mengulas kemunculan GIK dan ketiadaan beliau dimajlis tersebut,Datuk Ahmad berkata, “tak payahlah,saya tidak mahu memanjangkan...” Ditanya kenapa program itu seolah-olah mengenepikan kerajaan negeri,beliau berkata, “saya tak mahu komen”. 

Ahmad juga enggan menjawab samada program itu diketahuinya atau tidak.Sementara itu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang turut hadir di majlis bersama MB Kelantan menjelaskan bahawa GIK adalah NGO untuk membantu mangsa banjir di Kelantan.Mengulas tentang majlis itu tidak diketahui oleh kerajaan Kelantan,Mohamad berkata, “itu kena tanya MBlah,saya tak boleh komen.Saya dijemput untuk hadir NGO nak bantu Kelantan,saya bantulah” Beliau juga memberitahu Datuk Husam Musa dan Datuk Wan Rahim Wan Abdullah adalah pelopor GIK. GIK adalah manisfestasi semangat ‘Impian Malaysia’ yang dipelopori oleh DAP untuk berkongsi usaha dan bergerak bersama rakyat melalui pelbagai kegiatan kemasyarakatan. Program-program Impian Malaysia bermula sejak 2013 dengan pelancaran Impian Sarawak.Sebelum ini Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Kelantan Datuk Takiyussin Hassan menyifatkan penubuhan GIK yang diwakili pemimpin-pemimpin politik dari dalam parti itu sendiri serta sekutunya DAP mempunyai 'agenda tersembunyi'.

Menurutnya,majlis pelancaran GIK tidak pernah dimaklumkan kepada kerajaan negeri terlebih dahulu malah tujuan penubuhan juga masih belum jelas.Takiyuddin berkata,perkara itu menimbulkan tanda tanya sedangkan usaha untuk membantu mangsa banjir harus dilakukan melalui kerajaan negeri serta merentasi semapadan politik. “Sebagaimana dihebahkan melalui poster-poster yang dipasang di bandar ini, ia mengambarkan satu program besar yang melibatkan pimpinan PAS Pusat dan pemimpin-pemimpin pembangkang lain.Kami (PAS negeri) tidak dimaklumkan secara terperinci apa tujuannya. Tidak maklum sepatah apa pun pada tuan rumah,” tambah beliau.Sementara itu,Timbalan Menteri Besar,Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah juga dipetik berkata pihaknya tidak tahu tujuan sebenar penubuhan gabungan tersebut memandangkan ia masih tidak dimaklumkan secara rasmi. 

"Kita tidak terlibat dan tidak tahu siapa penganjur sebenar. Sepatutnya ia perlu melalui prosedur betul.Kita juga ada menubuhkan urusetia yang berperanan menyelaraskan sumbangan dan bantuan-bantuan daripada NGO yang ingin membantu mangsa banjir di negeri ini," katanya.Husam dan Wan Rahim dia pemimpin yang tidak lagi berada dalam saf kepimpinan PAS Kelantan atau memegang jawatan utama di peringkat negeri.Selepas PRU13 lalu, Husam yang kalah bertanding di Parlimen Putrajaya tetapi menang DUN Salor di Kelantan tidak dilantik ke jawatan Exco yang disandangnya sebelum ini.Dalam pemilihan PAS selepas itu,Husam nyaris kalah merebut tiga jawatan Naib Presiden dengan Mahfuz Omar namun wujud kompromi selepas kiraan semula undi dan Husam disiytiharkan menang.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates