Social Icons

Pages

Monday, November 02, 2015

KANTOI !!! #PAS DEDAH RANCANGAN JAHAT #DAP !!!


PAS menyifatkan keinginan DAP bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dimenangi parti itu merupakan sebahagian ‘perancangan besar’ untuk mendominasi kuasa politik Malaysia yang selama ini berpusat kepada orang Melayu.Serentak dengan itu,Pas yang ketika ini terhimpit sejak terkuburnya pakatan pembangkang terdahulu melontarkan persoalan kepada pengundi Melayu dan umat Islam,apakah mereka bersedia menggantikan kerajaan dikuasai Barisan Nasional (BN) dengan DAP. 

“Persoalan menarik untuk difikir,bersediakah rakyat khususnya orang Melayu untuk mendapat pemerintahan baharu menggantikan BN dengan kerajaan yang didominasi DAP di negara ini,” soal Pusat Penyelidikan Pas menerusi laman Facebook Pas Selangor.Terdahulu,Pengerusi DAP Selangor,Tony Pua,dalam sidang akhbarnya memberitahu,DAP akan bertanding di lapan kerusi yang dimenangi Pas dalam pilihan raya umum akan datang,selain menegaskan bahawa parti berkenaan sudah bersedia ke arah itu.Beliau yang juga Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan berkata,lapan kerusi DUN tersebut adalah Taman Templer,Lembah Jaya,Paya Jaras,Sri Serdang,Meru,Cempaka,Dusun Tua dan Tanjung Sepat.

“Inilah lapan kerusi yang kami percaya mempunyai pengaruh ketara dan boleh menang.Kerusi ini dipilih kerana kami percaya jika pertembungan tiga penjuru, kami menang, Ia tidak menjejaskan cita-cita pakatan membentuk kerajaan di Selangor,” kata Pua.Menurut Pusat Penyelidikan Pas lagi,perancangan DAP untuk mengacau kerusi milik parti itu juga merupakan strategi bersifat serampang dua mata menerusi pertandingan tiga penjuru,iaitu bagi ‘membunuh’ UMNO dan Pas selaku parti terbesar orang Melayu.“Ini juga merupakan langkah DAP untuk memastikan Pas tidak lagi menjadi sebahagian daripada kerajaan di Selangor,tidak cukup sudah berkuasa di Pulau Pinang,DAP berusaha pula untuk menjadi pemacu utama kuasa Kerajaan Negeri Selangor,” dakwa Pas.

TOLAK DAP TOLAK PAKATAN HARAPAN

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates