Social Icons

Pages

Thursday, December 26, 2013

KANTOI !!! #RAFIZIRAMLI KENCING RAKYAT MALAYSIA !!! WAJIB BACA !!!


Penjelasan terhadap kenyataan Mengenai Penjualan Aset Kerajaan dan Pensekuritian Hutang Kerajaan

PEN:16/2013/12 Kewangan 

Kementerian Kewangan telah mengeluarkan kenyataan berikut : 

SIARAN MEDIA 
MEDIA RELEASE 
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA 
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA 

Penjelasan terhadap kenyataan Mengenai Penjualan Aset Kerajaan dan Pensekuritian Hutang Kerajaan 

Kenyataan Ahli Parlimen Pandan,YB Rafizi Ramli mengenai maklumat di atas adalah berdasarkan Laporan Malaysia Economic Monitor (MEM, December 2013) yang dikeluarkan oleh World Bank (WB) pada 1 Disember 2013. Untuk makluman,sumber maklumat di dalam penerbitan MEM tersebut diperolehi daripada Laporan Ekonomi 2013/2014 dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2013/2014 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.Kedua-dua laporan tersebut telahpun dibentang di Parlimen pada 25 Oktober 2013.Oleh itu,cadangan untuk mengadakan satu sidang Parlimen tergempar seperti yang diwar-warkan di dalam media bagi membincangkan isu ini adalah tidak berbangkit.Pengewangan Aset Kerajaan (Monetization of Assets) 

Untuk makluman,penjualan tanah adalah di bawah inisiatif pengewangan aset Kerajaan (monetization of assets) bertujuan bagi memajukan tanah berkenaan serta membangunkan kawasan sekitarnya.Inisiatif pengewangan aset Kerajaan ini telah dilaksanakan sejak tahun 2008.Langkah ini telah merangsang lebih banyak penglibatan agensi-agensi Kerajaan,Syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs) dan sektor swasta di dalam memacu pertumbuhan ekonomi Negara. Aset tersebut dipindah milik pada harga pasaran dengan penilaian dilakukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah (JPPH).Sebelum sebarang penjualan tanah dilaksanakan,pandangan dan persetujuan daripada agensi pengguna akan diperolehi terlebih dahulu mengenai perancangan penggunaan tanah tersebut.Penjualan tanah ini tidak akan dilaksanakan sekiranya agensi tersebut tidak bersetuju atau mereka mempunyai perancangan untuk membangunkan tanah tersebut. Pengewangan aset adalah aktiviti yang biasa dilaksanakan oleh mana-mana Kerajaan bagi menjana aktiviti ekonomi. 

Sebagai contoh,tanah Kerajaan UK di Canary Wharf,London yang dijual kepada sektor swasta untuk dibangunkan sebagai hub kewangan antarabangsa.Langkah yang sama juga dilaksanakan oleh Kerajaan Singapura dan Hong Kong.Pensekuritian Hutang Kerajaan Pensekuritian hutang Kerajaan dilaksanakan bagi mewujudkan modal pembiayaan tambahan untuk pinjaman perumahan penjawat awam.Hasil pensekuritian hutang Kerajaan bukan merupakan sumber utama hasil Kerajaan Persekutuan kerana ia hanya mencakupi 1.9% daripada jumlah hasil Kerajaan Persekutuan.Pensekuritian hutang adalah satu aktiviti yang biasa dilaksanakan oleh bank-bank komersil sebagai satu strategi pembiayaan.

Kesimpulan Dalam RMK-10, Kerajaan komited untuk mengurangkan paras defisit fiskal daripada 5.4% pada tahun 2010 kepada 3.0% pada tahun 2015 dan seterusnya mencapai bajet berimbang pada tahun 2020. Sasaran ini penting bagi mengukuhkan kedudukan kewangan Kerajaan.Pencapaian sasaran ini bukan bergantung kepada penjualan aset Kerajaan dan pensekuritian hutang Kerajaan, tetapi dirancang menerusi konsolidasi fiskal Kerajaan.

Oleh itu,semua pihak dinasihatkan meneliti laporan yang dibentangkan di Parlimen sebelum membuat tuduhan yang tidak berasas, demi kebaikan bersama. Kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli adalah tidak bertanggungjawab kerana dengan sengaja telah memutarkan isi kandungan laporan tersebut bagi kepentingan politik. 

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
PUTRAJAYA

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

13 comments:

Anonymous said...

Hello macai.... Kalau x betul... Kenpa x heret je yb Rafizi ke muka pengadilan
.... Ini bkn isu kecik macai... Tp takut nnt.. Bila naik mahkamah hbs terlondeh menteri2 macai semua...

Anonymous said...

Bank Dunia dedahkan Putrajaya jual aset negara untuk capai sasaran defisit? 
PKR mendakwa Putrajaya menjual aset negara untuk mencapai sasaran mengurangkan hutang negara tetapi rakyat pula terpaksa berdepan dengan tekanan kos barang yang naik mendadak. 

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa langkah tersebut diambil bertujuan menurunkan defisit ke paras 4% daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang ditetapkan pentabdiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

"Lebih memeranjatkan, perdana menteri dilaporkan akan mengambil jalan menjual aset negara dan menerbitkan lebih banyak sekuriti hutang daripada aset negara semata-mata untuk menutup kegagalan pentadbiran ekonomi beliau mencapai sasaran defisit yang beliau sendiri tetapkan," katanya. 

Rafizi berkata, pendedahan tersebut boleh diperoleh dalam laporan terkini Bank Dunia, "Malaysia Economic Monitor: December 2013" yang dikeluarkan baru-baru ini. 

Laporan Bank Dunia mendedahkan pendapatan kerajaan Malaysia akan dijana termasuk RM1.4 bilion daripada aktiviti penjualan aset dan RM4.2 bilion daripada sekuriti hutang daripada aset-aset negara (securitization of government mortgages). 

"Ini adalah pendedahan yang cukup mengejutkan kerana pentabiran Najib sudah sampai ke peringkat menjual aset negara dan mencagarkan harta negara melalui securitization of government mortgages untuk menampung keborosan pembaziran kerajaannya. 

"Saya syak rancangan menjual aset negara ini sudah pun berlaku kerana ia bertujuan mencapai sasaran defisit 4% bagi 2013 yang sebenarnya gagal," katanya. 

http://my.news.yahoo.com/putrajaya-j...050027648.html
 
Laughing 

Anonymous said...

Klu x pun saman sekali bank dunia ... Ada berani....

Anonymous said...

sebenarnya orang melayu ni bodoh serba serbi. orang macam rafizi ni pun nak percaya. dah banyak kali dia buat serkup pun nak percaya. mula mula kes anak nazri katanya pakai hummer. buat pc kata ada bukti tapi bila tunjuk video gambar hummer tapi anak nazri takde. bila wartawan tanya dia kata kat wartawan aku bagi tau je kalau hangpa nak bukti hangpa cari sendiri. satu lagi dia tuduh siapa ke ada asset di hong kong kata nya. bila wartawan tanya dia kata suruh orang berkenaan bagi no akaun bank keluarganya di luar negara baru dia boleh check. aku pun heran orang macam ni pun leh jadi yb. kita kalau nak jadi seseorang yang dihormati dan berwibawa cari bukti dan selidik abih abih baru buat kenyataan. baru ada kredibeliti. tapi tak pe sal kita kat malaysia. orang malaysia ini cakap ape pun tak pe kalau lembu kata kuda pun ada orang percaya. sambil geleng kepala aku tersenyum memikirkan situasi ini...... ha. ha. ha.

Anonymous said...

Habis tu dia belajar dari yahudi, timbulkan persepsi buruk. Dalam ramai rakyat Malaysia tak percaya kata dia, cukup ler sikit yang percaya. Yang sikit ni ler yang akan hebahkan 1 malaysia.

Anonymous said...

Hallo anon December 26, 2013 at 1:15 PM..sapa macai..otak lembuuu...

Kementerian Kewangan dah bagi penjelasan awat hang x faham2 lgi kaa?? Hang la macai tahap otak penuh taik...percaya ckp si Rafizi lembu tu..Rafizi tu sapa? pakar ekonomi ka? Taik la...

Sembang deras mcm juak2 dia jer pandai..padahal otak bergelumang taik...puiiii la..dasar puak kera hangpa ni PR..ptuuiihhh...

Anonymous said...

ORG MELAYU NI MEMANG MUDAH KENA TIPU....PADAN MUKA SEMUA...HAHAHHA...SEMUA MAIN AMBIK AJE APA ORG CKP TAK RETI NAK SELIDIK....OOOPPPPSSSS AKU LUPA ORG MELAYU KAN DAH BIASA KENA SUAP....DARIPA KECIK SPAI MATI DAPAD SUBSIDI....KENA SUAP AJE SO TAK HERANLAH....HEHEHHEHEHEHE

Anonymous said...

Hai.. Macai anjng kurap.. Setakat kelentong rakyat malaysia boleh la... Ckp banyak x payah .... Pg la saman bank dunia dgn yb Rafizi... Woiit... macai bodoh ... Statement ni dikeluarkan oelh bank dunia la bodoh...

Anonymous said...

Saman je yb Rafizi dgn bank dunia... Apa susah.. Bodoh punya olang... Tp ada berani ke... Uhuhuhuhuuuhuhu

Anonymous said...

Nak tau siapa Rafizi Ramli .. Nah amik kau... Cuba cari di wikipedia... Klu dia nk dibandingkan dgn kau... Kau tu cuma anjing kurap je... Hampas... Hak phuiii...

Rafizi Ramli dilahirkan pada 14 September 1977 di Besut
, Terengganu
 tetapi membesar di Kemaman
 dan Kuala Kangsar
. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989) ; Kolej Melayu Kuala Kangsar
 (1990 – 1994) . Semasa di MCKK beliau menerima Anugerah Carey/Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan , Pingat Emas Presiden Kesatuan Pelajar Anugerah Pelajar Terbaik SPM 1994 (Fizik, Bahasa Melayu), Anugerah Pelajar Terbaik SRP 1992 Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh,Pembahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh. Beliau juga Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993.
Ketika di sekolah, Rafizi aktif dalam persatuan dan menjadi Presiden, Badan Revolusi Agama; Presiden, Pancaragam Tentera ;Presiden, Persatuan Bahasa Melayu;Ketua Pengarang, The Malay College Magazine. Oleh itu Rafizi Ramli dianugerahkan biasiswa Petronas untuk melanjutkan pelajaran jurusan Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik dan daripada ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan.
Rafizi Ramli sambung belajar di Morrison’s Academy, Scotland
 (1995 – 1996). Di sana beliau menerima Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996 ; Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996 dan Pengawas Orkestra Morrison’s Academy.
Kemudian Rafizi Ramli melanjutkan pelajaran di University of Leeds
 , England
(1996 – 1999). Ketika ini beliau menerima Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik ;Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua) dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik.KerjayaSunting

Selepas belajar ,Rafizi bekerja di firma Jeffreys Henry Chartered Accountants,London
 (1999 – 2003). Beliau lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa 2 tahun dan diterima sebagai ahli ICAEW pada 2003.
Selepas tamat tempoh minima latihan di firma perakaunan , beliau diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia.
Seterusnya Rafizi bekerja di Petronas
 / MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005) dan menjadi Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant .Beliau menjadi Pengurus termuda semasa dilantik Petronas di Pejabat Naib Presiden, Urusniaga Petrokimia (2005 – 2007).
Kerjaya beliau menapak ke Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia) dan menjadi Pengurus Kanan termuda semasa dilantik. Beliau dipertangungjawabkan menguruskan kumpulan urusniaga petrokimia Petronas dengan aset melebihi RM30 bilion.
Semasa di Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009), beliau menjadi Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa) .Ketika ini beliau menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak-anak syarikat Petronas Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20 bilion.
Pada 2009 beliau pindah ke Pharmaniaga Berhad dan kini menjadi ketua eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor (2009 – 2012)PolitikDebat Sinar: Rafizi vs Khairy 2012Isu dan kontroversiPautan luar

Anonymous said...

Agak2 la kan ada ke mana menteri yg ada atau menyamai pencapaian Yb Rafizi... Baik dr akidemik atau pekerjaan... Uhuuuhuhuuu..

Anonymous said...

Tu la da terlebih pndai jdi bangang...hahahahaa

Anonymous said...

Jgn berGADUH2 dah org melayu kite..org kite ketinggalan byk dr org cina..SEDARLAH..org kite mniaga pun terpakse merempat di tepi jalan dan celah2 bangunan milik cine..org cine dok sibuk buat bangunan commercial dr johor sampai ke kedah.same je..org melayu kite asik ckp benda yg sia2..RENUNG2KAN...

 
 
Blogger Templates