Ahad lalu, jiran kita iaitu Singapura yang menjadi kiblat masyarakat Cina di Malaysia
menyaksikan rusuhan terburuk dalam sejarahnya.Kira-kira 400 perusuh telah membuat
kacau memusnahkan harta awam serta membakar kenderaan di kawasan Little
India.Ia berpunca dari seorang lelaki India berusia 33 tahun telah mati dilanggar oleh
sebuah bas ketika melintas jalan.Pihak berkuasa negara itu mengerahkan lebih 300 anggota keselamatan untuk
meleraikan rusuhan.Sehingga kini 27 orang telah ditangkap manakala 18 orang
termasuk polis dan juga pemandu dan konduktor bas, telah cedera dalam rusuhan
tersebut.Bagi sebuah negara kecil iaitu 714.3 km/p dengan populasi lebih kurang 5 juta,rusuhan yang melibatkan 400 perusuh dan kemusnahan yang berlaku pada Ahad lalu,bukanlah besar,tetapi bukan juga kecil.
Apatah lagi bagi sebuah negara yang sering
mendabik dada sebagai lebih bijak dari kebanyakan negara di dunia,yang meletakkan
kedudukannya sebagai setaraf dengan negara maju di barat dan memandang rendah
pada rakan-rakan Asianya.Rusuhan yang buruk dalam negara ini yang turut terkenal dengan undang-undang yang
ketat tentunya merupakan satu berita hangat.Namun,pelik sekali apabila media barat,terutamanya CNN tidak pula memberi liputan
meluas mengenainya.Sedangkan selama ini CNN cukup berminat dengan berita
sebegitu.Malah,rusuhan kecil juga sering diperbesar-besarkan,diulang-ulang dan
dibincang berkali-kali dalam program-program mereka.Demonstrasi BERSIH atau Blackout atau Himpunan Kebangkitan Rakyat di Malaysia,misalnya,sering mendapat liputan meluas di CNN walaupun tidaklah seburuk
mana.
Benar,jumlah pendemonstrasi lebih ramai dari Singapura tetapi perlu diingatkan
bahawa Malaysia juga lebih besar dari Singapura dengan jumlah penduduk 23 juta iaitu
hampir 4 kali ganda.Pun begitu,kesannya tidak seburuk yang berlaku di Singapura.Dalam setiap demonstrasi di Malaysia kita boleh melihat bagaimana sebahagian dari
mereka yang berada di tempat kejadian bukannya turut berdemonstrasi,tetapi sekadar
ingin melihat sendiri kekecohan itu,tanpa sedikit pun merasa takut.Jelas,rakyat
negara ini cukup yakin dengan kecekapan polis menangani manusia-manusia tidak
bertamadun yang menjadikan demonstrasi sebagai hobi.Bagaimanapun,demonstrasi di Malaysia pasti menarik minat media barat.Beberapa
pemimpin barat turut memberi perhatian sehingga ada yang membuat kenyataan
seolah-olah ingin mengajar,kalau pun tidak memberi tekanan kepada Malaysia.Media barat juga sedaya upaya cuba menggambarkan seolah-olah Malaysia tidak lagi
selamat.Walhal,rakyat Malaysia sendiri hanya memandang demonstrasi itu dengan
sinis sahaja tanpa sedikit pun merasa terancam kerana tahu bahawa ia dilancarkan
tanpa sebab yang konkrit tetapi sekadar untuk mencari publisiti di media asing.
Berbeza dengan demonstrasi di Singapura,rakyat dan kerajaan negara itu jelas
terlepas pandang akan sesuatu yang telah lama terpendam di hati manusia yang
menduduki negara itu.Sesuatu rusuhan seganas itu tidak mungkin tercetus hanya kerana satu insiden seperti
kemalangan.Rusuhan ganas adalah kemuncak dari rangkaian keadaan atau peristiwa
yang menyebabkan ketidakpuasan hati dan kemarahan terpendam lama.Memandangkan yang terlibat adalah warga asing yang kebanyakannya dari India dan
Bangladesh,maka kemungkinan besar rusuhan ini berkait rapat dengan cara Singapura
melayan pekerja asing di peringkat bawahan atau buruh kasar.Tahun lepas,warga
asing dari China yang menjadi pemandu bas di negara itu juga telah melancarkan
mogok kerana tidak puas hati terhadap layanan dan gaji yang diterima mereka.Ini menguatkan persepsi mengenai trend menindas golongan bawahan di Kota Singa
itu.Persepsi ini amat menepati sikap kiasu kaum Cina yang mendominasi negara itu.
bagaimanapun,sepertimana CNN tidak begitu berminat dengan rusuhan ganas di
Singapura,begitu jugalah kumpulan-kumpulan pejuang hak asasi manusia di barat
tidak begitu berminat dengan golongan yang tertindas di Singapura.Nampaknya,Singapura mendapat layanan istimewa dari barat.Segala keburukan
negara itu tidak akan dihebahkan dan sebaliknya hanya kebaikannya sahaja yang
ditonjolkan.Ini mengukuhkan anggapan ramai bahawa Singapura merupakan ‘adik’
kepada Amerika Syarikat atau lebih tepat kumpulan Neo-con yang sedang
bermaharajalela di seluruh dunia melalui operasi pertukaran rejimnya.Justeru,tidak hairanlah apabila CNN hanya memberi liputan ‘melepas batuk di tangga’
mengenai rusuhan di Singapura kerana imej negara itu perlu dijaga agar ia dapat terus
menjadi mata,telinga ataupun ‘alat’ Amerika Syarikat di Asia Tenggara,dalam usaha
kuasa besar itu untuk menguasai dunia.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment