mesti pembacaca Baut rakyat hanya mampu menggelengkan kepala apabila membaca laporan demi
laporan yang disiarkan oleh media-media massa dan laman-laman sosial mengenai
diskriminasi terhadap wanita bertudung.Hari demi hari,ada sahaja yang tampil meluahkan rasa kecewa dan sedih terhadap
tindakan segelintir masyarakat khususnya keturunan Cina yang melihat tudung sebagai
punca masalah sehingga sanggup bertindak keterlaluan.Sekiranya sebelum ini kita dikejutkan dengan laporan seorang guru mualaf,Choi Yi
Shan yang dipaksa membuka tudung yang dipakainya sekiranya ingin terus mengajar.Tidak cukup dengan itu beliau yang merupakan tenaga pengajar di SJKC Nan Ya,Johor itu turut diancam sekiranya beliau enggan mematuhi arahan tersebut.Terbaru,masyarakat dikejutkan pula dengan insiden yang berlaku terhadap penyanyi
wanita,Marinatasha Isnariah Mustapar,33 yang dihina dan dihalang dari meneruskan
persembahan oleh salah seorang pengarah berketurunan Cina di syarikat Castmet Sdn
Bhd.
Hanya disebabkan beliau memakai hijab,pengarah yang dikenali sebagai Shannon
Yong itu telah memarahi dan mengarahkannya untuk turun dari pentas sekiranya
enggan membuka tudung ketika melakukan persembahan.Menurut Marina beliau
merasa sungguh kecewa dan terhina dengan tindakan melampau itu.“Sebelum turun,saya terpaksa mengemaskan buku-buku lirik di hadapan hampir
seratus orang tetamu. Mungkin anda semua dapat bayangkan perasaan saya pada
ketika itu.Saya merasa amat terhina.Sepatutnya perkara ini tidak berlaku, (tambahan) pula
kita berada di Malaysia. Saya merasa amat malu di hadapan para tetamu yang hadir,”
luahnya dengan perasaan sedih.
Menurut Marina,sebelum ini perkara itu langsung tidak dibangkitkan oleh wakil syarikat
tersebut yang turut hadir ketika sesi rehearsal (latihan) dijalankan.“Semasa saya mengadakan latihan bersama pemuzik di studio Plaza Damas
pada 16 Januari lalu,wakil Castment turut hadir bersama,mereka langsung tidak
membangkitkan sebarang isu mengenai tudung yang saya pakai. Hanya ketika majlis
berlansung, Shannon membangkitkan isu tersebut dengan alasan ia tidak sesuai,
sedangkan ada tetamu yang datang berhijab."Saya lihat tetamu tiada sebarang masalah dengan penampilan saya berhijab. Malah
Pengerusi kumpulan syarikat tersebut, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor turut meminta
saya menyanyi lagu tambahan,” jelas Marina yang akhirnya telah menyebabkannya
dimarahi oleh Shannon.
Persoalannya mengapa baru sekarang,isu wanita bertudung ini dilihat sebagai
masalah ??? Sedangkan selain merupakan tuntutan di dalam Islam,ia juga merupakan
hak asasi manusia yang dijamin di dalam perlembagaan negara.Mungkin ada yang merasakan,perkara ini adalah merupakan isu terpencil.Namun
seperti yang telah dinyatakan sebelum ini,ia bukanlah kali pertama.isu yang
melibatkan diskriminasi terhadap wanita bertudung.Contohnya media arus perdana sebelum ini pernah melaporkan mengenai sesetengah
syarikat di ibu negara yang enggan mengambil wanita bertudung bekerja.Malah dalam
beberapa kes,selain membuka tudung mereka turut diarahkan untuk memakai skirt.Tambah menghairankan ialah,NGO-NGO yang pro pembangkang hanya mampu
menjadi syaitan bisu.Di manakah Suaram,yang kononnya selama ini memperjuangkan
kebebasan dan hak asasi manusia.
Di manakah Anwar Ibrahim dan Nurul Izzah yang
sebelum ini lantang memperjuangkan hak kebebasan beragama ??? Di manakah parti
PAS yang sebelum ini mengatakan ingin memperjuangkan Islam ??? Langsung tidak kedengaran mereka mempertahankan isu ini atau setidak-tidaknya
membuat kenyataan membantah bagi membela penindasan terhadap wanita yang
memakai tudung. Sedangkan sekiranya ia melibatkan isu masyarakat bukan Islam,tidak cukup dengan bantahan,malah beberapa perhimpunan dan demonstrasi jalanan
turut diadakan.Lihat sahaja bagaimana pembangkang memperjuangkan isu yang melibatkan Teoh
Beng Hock.Kononnya atas nama perjuangan dan hak kebebasan asasi, mereka
sanggup melakukan apa sahaja, waima hadir untuk tunduk bagi memberikan
penghormatan terakhir.Bukan sekadar itu sahaja,ada di kalangan mereka yang sanggup menjadikan tarikh
kematian Beng Hock sebagai acara tahunan dengan hadir sambil membakar lilin dan
sebagainya.lagi 1 perkara bodoh yang pembangkang buat adalah post gambar di atas.apa ni ??? kenapa nak salhkan pemimpin UMNO ??? patutnya berganding bahu untuk menyelamtakan islam.lihat saja sekarang ni siapa yang berarak dan pertahan kan Kalimah Allah ??? UMNO atau PR ??? saya nak sambung cerita beng hock.Persoalannya ialah,apakah ia dilakukan semata-mata untuk menuntut
pembelaan atau hanya sekadar lakonan untuk meraih simpati dan undi masyarakat
bukan Islam ???
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
3 comments:
Saman malulah. apa nak tunggu lagi?
betol,betol SAMAN jangan TAK SAMAN. jangan takut dgan china laknat ini.
Isu penyanyi wanita berhijab, apa kata syarikat CastmetKUALA LUMPUR: Syarikat Castmet Sdn Bhd tidak pernah mendiskriminasi mana-mana bangsa atau agama seperti yang didakwa berhubung isu penyanyi wanita bertudung dihalang mengadakan persembahan.
Demikian dijelaskan Pengarah Urusan Castmet, Tan Keh Wah kepada Bernama sebagaimana laporan agensi berita itu, semalam.
"Saya menegaskan syarikat kami bukanlah rasis seperti didakwa, sebaliknya kejadian malam itu bukanlah kerana penyanyi itu bertudung tetapi dia bukan penyanyi yang dipersetujui oleh pengurusan majlis," katanya ketika dihubungi Bernama.
Tan menjelaskan perjanjian antara syarikatnya dengan sebuah syarikat pengurusan yang telah melantik kumpulan nyanyian malam itu tidak melibatkan penyanyi wanita bertudung kerana majlis malam itu ada menghidangkan minuman keras.
"Antara isi kandungan perjanjian itu juga, penyanyi kumpulan berkenaan dikehendaki berinteraksi serta menari bersama tetamu yang kebanyakannya lelaki bukan Islam, dan bagi menjaga maruah serta sensitiviti orang Islam syarikat telah bertegas untuk tidak melibatkan penyanyi yang bertudung," kata Tan.
Semalam, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dalam sidang media memberitahu, pihaknya telah menerima laporan rasmi dari seorang penyanyi profesional Marinatasha, yang telah menerima nasib malang apabila dihalang dari melakukan persembahan di satu majlis keramaian anjuran syarikat Castmet Sdn Bhd di atas alasan yang dikaitkan dengan pemakaian hijab sewaktu ingin mengadakan persembahan di pentas acara.
Post a Comment