Selepas pilihanraya ke 13,rakyat Malaysia menjadi marah akibat daripada tuduhan demi
tuduhan yang belum lagi terjawab.Walaubagaimanapun,hari demi hari,rakyat Malaysia telah
dikejutkan dengan realiti bahawa cerita fiksyen kononya “Rakyat Malaysia akan hidup dengan
lebih gembira jika Pakatan Rakyat menang” telah lama hancur.Sememangnya kebenaran itu menyakitkan apabila segala macam propaganda dan terma
demokrasi telah digunakan di dalam alam maya untuk mewujudkan satu realiti yang
sememangnya tidak boleh diwujudkan jika PR memerintah Malaysia.Walaupun
banyak kelemahan,keinginan rakyat untuk melihat Barisan Nasional menang di dalam
pilihan raya umum adalah lebih selamat daripada PR yang tiada siapa pun tahu
keupayaannya.Komponen parti PR bersatu dan berpecah mengikut isu yang mereka terpaksa
hadapi.Mereka tidak konsisten di dalam perjuangan mereka dan inilah yang menjadi tanda
aras kepada keupayaan merek.Dalam kontroversi terbaru dimana Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dihalang dari memasuki
Jepun,hanya Lim Kit Siang sahaja yang membuat kenyataan diatas kapasiti beliau sebagai
penasihat parti DAP.
Parti komponen lain seperti PAS dan DAP tidak mengeluarkan apa-apa
kenyataan.Sehingga hari ini,Anwar Ibrahim masih enggan
memohon maaf diatas tindakan penyokong beliau yang telah memijak dan membakar bendera
Jepun,ini adalah tindakan yang sangat tidak baik untuk hubungan antarabangsa.Pada 24 Januari 2013,akhbar nasional berbahasa Inggeris,The Star telah melaporkan bahawa
prinsip Pakatan Rakyat terhadap penggunaan kalimah “Allah” masih tidak berubah walaupun
Majlis Syura PAS telah mengambil keputusan bahawa ianya tidak boleh digunakan oleh mana-
mana penerbitan agama selain Islam.Walaubagaimanapun,prinsip tersebut hanyalah untu
gimik pra pilihanraya umum ke 13.Sungguhpun PR telah diberikan mandat untuk
memerintah Negeri Selangor Darul Ehsan, mereka telah menunjukkan sifat sebenar mereka
pada awal bulan Januari apabila mereka tidak mampu untuk menangani isu kalimah “Allah”.
Adakah ini boleh dikira sebagai pemerintahan yang bertanggungjawab oleh Kerajaan Negeri
Selangor?
Nampaknya mereka tidak dapat menjalankan tugas secara efektif dan lebih mudah
bagi mereka untuk menyalahkan orang lain dan mengharapkan setiap isu yang timbul akan
selesai dengan sendirinya.Jika PR tidak mampu untuk menguruskan isu mudah
seperti ini,bagaimana jika mereka memerintah Malaysia ???
Ramai yang tidak menyedari bahawa dengan mengundi Pakatan Rakyat pada pilihan raya
umum yang ke 12 dan 13,kini terdapat kekurangan wakil bangsa Cina,India dan pelbagai
lagi golongan etnik di dalam kerajaan.Kelemahan parti etnik yang berlainan di dalam Barisan
Nasional telah menyebabkan kejatuhan sokongan kepada parti tersebut.Namun begitu,siapa
yang benar-benar rugi di dalam perkara ini ??? Sudah semestinya rakyat Malaysia.Mereka terlalu
asyik untuk menundukkan kerajaan persekutuan sehingga mereka lupa akan kehancuran yang
mereka bawakan untuk bangsa mereka sendiri. Jika terdapat golongan yang bermasalah seperti pelajar dan sebagainya,siapakah yang
membantu mereka ??? Adakah PR yang mampu menolong golongan ini ??? Dengan
tidak memperolehi majority di dalam pilihanrayayang lepas mereka tidak boleh membantu untuk
membuat apa-apa pun.Bekas pemimpin BN yang kalah bertanding juga tidak mampu membuat
apa-apa kerana mandat telah diberikan kepada Pakatan Rakyat, perkara ini terjadi terutamanya
di negeri Pulau Pinang dan Selangor. Terlalu ramai pemimpin di dalam PR yang
sehingga kini belum lagi membuktikan keupayaan mereka untuk menjadi pemimpin.
Paling
teruk ialah,PR sendiri yang sibuk meniup api perkauman yang semakin lama
semakin memisahkan rakyat Malaysia.Kepemimpinan PR telah mengadakan perjumpaan di Ibupejabat PAS di Kuala
Lumpur pada hari Rabu,22 Januari 2014 untuk memberikan sokongan penuh kepada PR Johor dalam objektif mereka untuk menjayakan Johor Dream supaya Johor akan
dijadikan negeri barisan hadapan apabila Pakatan Rakyat bergerak untuk kempen pada PRU
ke 14 akan datang.Mereka masih lagi mengimpikan untuk menawan Putrajaya.Mereka masih
belum lagi mencadangkan apa-apa proposal yang konstruktif contohnya di dalam bidang
pendidikan atau menyelesaikan isu JAIS yang semakin meruncing di dalam negara ini. Apa
yang mereka berjaya lakukan adalah menipu dan terus menipu rakyat dalam usaha mereka
menakluki Putrajaya.Sebelum PRU13,Anwar asyik bercakap tentang kabinet bayangan dan buku Jingga yang
menjadi kebangaan Pakatan Rakyat.Fakta sebenarnya,PR sendiri tidak faham
dan setuju dengan apa yang mereka katakan sebagai polisi pendidikan mereka.Terlalu banyak
isu utama yang mereka tidak selesaikan di dalam 5 tahun yang lepas, adakah mereka rasa
mereka sudah cukup mampu untuk memerintah negara ini?
Barisan Nasional bukanlah sempurna dalam segala-galanya tetapi semua pemimpin BN faham
akan mekanisma pemerintahan yang baik.
Semua pemimpin Barisan Nasional adalah terdiri
dari mereka yang berpengalaman dan ini juga dengan dibantu oleh pegawai-pegawai kerajaan
yang amat terlatih.Hakikatnya BN jauh lebih baik dari Pakatan Rakyat.Apakah akan dilakukan
oleh Pakatan Rakyat sekiranya mereka memegang tampuk pemerintahan sekiranya mereka
memenangi PRU-14 akan datang ???
Masyarakat Segera
Rakyat Malaysia adalah masyarakat segera.Mereka mahu Barisan Nasional menyediakan
penyelesaian segera apabila Barisan Nasional sudah menampilkan sesuatu polisi.Mereka
mahu segalanya segera.Tetapi mereka sanggup menutup sebelah mata apabila sesuatu polisi
yang dibuat oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat mengubah-ubah pendirian mereka.Dalam keadaan tidak stabil yang telah disebabkan oleh Pakatan Rakyat akibat dari kelemahan
mereka,tidak mustahil akan terjadi satu perubahan besar pada PRU-14 akan datang.Kemungkinan Barisan Nasional akan menang dengan lebih besar lagi.Rakyat Malaysia perlu
mempraktikkan kebolehan akal fikiran mereka untuk memilih satu kumpulan yang lebih baik
iaitu Barisan Nasional daripada PR.Adalah lebih baik untuk memilih syaitan yang
dikenali (akibat daripada fitnah Pakatan Rakyat) daripada jatuh kedalam lautan ketidakpastian
apabila Pakatan Rakyat memegang tampuk pemerintahan.Apa yang pasti adalah,angin perubahan yang ditiupkan adalah tidak sama seperti selalu.
Ada angin yang menjadi taufan yang akhirnya akan menghancurkan,ada pula angin sepoi-
sepoi bahasa yang menyegarkan.
Oleh itu rakyat Malaysia perlu memilih angin mana yang
bersesuaian dengan mereka,janganlah memilih angin yang bakal menghancurkan apa yang
selama ini telah dibina oleh nenek moyang kita.Barisan Nasional masih lagi pilihan untuk kestabilan,pembangunan dan perpaduan sekalipun
para musuh sedang bekerja keras ingin memastikan kejatuhan kerajaan Barisan Nasional
dan Perdana Menteri Malaysia.Tidak kira apapun penipuan yang dijual oleh PR,kebenaran pasti akan menang.Selepas PRU-14,Perdana Menteri Malaysia akan menikmati pemerintahan yang gangguan
dimana ketika itu segala menifesto akan dijalankan dengan lancar.Malaysia bukan sahaja
sebuah masyarakat segera tetapi juga kurang sabar.Lagi radikal sesuatu menifesto untuk
perubahan yang tidak terancang,lagi kuat penolakkan yang akan dapat kita lihat daripada
rakyat Malaysia kepada PR.Keputusannya adalah semakin positif kerana Perdana Menteri Malaysia mempunyai keberanian
untuk mengarahkan perubahan secara berperingkat untuk memajukan Malaysia.Ini adalah
lambang pemerintahan yang berjaya dan berani kerana walaupun disaat beliau diserang hebat
dengan isu-isu hebat dan juga remah (seperti isu kangkung) beliau masih lagi boleh berdiri dan
melakukan perkara yang benar.Sudah tiba masanya rakyat malaysia memberikan sokongan penuh kepada Kerajaan Malaysia
dan bukannya menghina kerajaan dan pemimpinnya, jangan diikutkan sangat permainan
pembangkang. Dengan sokongan padu yang diberikan kepada kerajaan persekutuan,perjalanan pemerintahan negara ini boleh diangkat dengan penuh dedikasi dan kebijaksanaan
oleh kita semua.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment