Social Icons

Pages

Friday, January 17, 2014

EKSKLUSIF !!! SAMBUTAN #MAULIDURRASUL TIRU #KRISTIAN ??? INI JAWAPAN USTAZ KAZIM ELIAS #UKE !!!


Penceramah bebas,Mohammad Kazim Elias menyelar tindakan pihak tertentu yang menyifatkan sambutan Maulidur Rasul yang diraikan setiap tahun bagi menghayati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW adalah bidaah serta meniru agama Kristian.Beliau berkata,berdasarkan pandangan ulama,sambutan Maulidur Rasul bukan amalan bidaah iaitu menokok tambah dalam bidang agama atau ibadat,sebaliknya memberi manfaat dalam banyak aspek,terutama memupuk perpaduan dalam kalangan ummah dan mengingatkan kembali terutama generasi muda tentang sirah Rasulullah.Tegas Mohammad Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim,perbuatan meraikan sambutan itu juga membuktikan rasa cinta dan sayang kepada junjungan besar tersebut yang wajib dilakukan semua umat Islam. 

"Harus hukumnya kita meraikan sambutan Maulidur Rasul,namun ada pula tok guru mana entah kata kita sambut Maulidur Rasul macam orang Kristian sambut Nabi Isa dan amalan bidaah.Maka,apabila kita pergi negeri dia tak ada sambutan Maulidur Rasul sedangkan semua negeri lain dari Sabah sampai ke Perlis menyambutnya.Macam mana dia kata tiru orang Kristian sedangkan 25 Disember itu mereka sambut bagi meraikan kematian Nabi Isa yang kemudiannya diangkat ke langit sedangkan dalam Islam kita tak kata begitu, kita kata Nabi Isa diangkat ke langit oleh Allah sebab mereka (Kristian) nak bunuh Nabi Isa. "Adakah sama kita dengan Kristian, tidak sama sekali," katanya ketika menyampaikan ceramah dalam sambutan Maulidur Rasul Peringkat RISDA Negeri Perak kelmarin. 

turut hadir Timbalan Pengarah RISDA Perak,Mohd. Hussin Yusoff. Jelas Mohammad Kazim,orang Kristian juga menganggap Nabi Isa adalah anak tuhan manakala dalam sambutan Maulidur Rasul tidak langsung membawa maksud Nabi Muhammad SAW dianggap sedemikian.Tambahnya,begitu juga dalam hal kematian Nabi Isa apabila golongan itu menganggap perbuatan tersebut bagi menghapuskan dosa Nabi Adam serta anak-anaknya yang telah berbuat salah.

''Adakah Islam pula mempercayai kewafatan Nabi Muhammad SAW atau kelahiran baginda dapat menghapuskan dosa-dosa yang telah kita lakukan.Tidak sama sekali,setiap dosa yang kita lakukan akan mendapat balasan begitu juga pahala hasil kebaikan yang dilakukan semuanya atas diri masing-masing.Jadi mana yang kata kita meniru agama Kristian.Orang Kristian menyambut Krismas menjadikan mereka itu syirik kepada Allah,sedangkan kita pula menyambut Maulidur Rasul mendatangkan kasih sayang pada Rasullullah dan perbuatan itu wajib kita lakukan dan berdosa jika kita ingkar,'' katanya

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

kampong lad said...

'Macam mana dia kata tiru orang Kristian sedangkan 25 Disember itu mereka sambut bagi meraikan kematian Nabi Isa'

25 dis ialah hari lahir nabi isa.

Anonymous said...

25 Disember dipercayai oleh Kristian sebagai hari lahir Nabi Isa. Tapi itu bukanlah tarikh lahir nabi isa, malah hari perayaan pagan yang menyambut winter solstis, sambutan hari lahir mithra, dan perayaan matahari roman... tetapi telah ditukar ke hari Christmas oleh Constantine. Oleh itu technically, Christian bukanlah menyambut hari lahir Isa sebagai Christmas, cuma perayaan pagan telah di re-branding menjadi perayaan agama Christian, kononnya menyambut kelahiran Jesus.

Anonymous said...

Rebranding ka apa ka.....krismas ialah sambutan hari lahir dewa mithra......tetap juga syiriknya....

 
 
Blogger Templates