Social Icons

Pages

Friday, January 17, 2014

HOT NEWS !!! SPRM DI MINTA SIASAT PENJUALAN SINDIKET HARAM ANUGERAH GELARAN KEBESARAN '#NANING' !!! VIDEO INSIDE !!!


1 laporan di buat oleh YM Dato' Seri Panglima Irwan bin Mohd Nor,Panglima Tertinggi kepada Kebawah Kaus YAM Orang Kaya Seri Raja Merah Dato' Undang Wilayah Naning Ke-19 mengenai Sindiket Haram penjualan Anugerah Kebesaran Naning yang palsu pada 15 januari yang lalu.ikuti kenyataan media di bawah

Kenyataan media ini dibuat untuk menjelaskan perkara dan kedudukan sebenar perihal berkaitan dengan Laporan Rasmi Istana Nan Panjang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM pada hari ini 15 Januari 2014.Kebawah Kaus Yang Amat Mulia Orang Kaya Sri Raja Merah Dato’ Undang Wilayah Naning Ke-19 yang begitu prihatin terhadap kesinambungan amalan Struktur Sosial Suku Naning merasa amat gembira dengan perkembangan ini.

Bersama Majlis Dato’ - Dato’ Wilayah Naning,Yang Amat Mulia akan mengambil beberapa langkah strategik bagi mengembalikan kegemilangan Istana Nan Panjang pada tahun 2014 ini.Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana telah,dengan secara rasminya, menerima laporan beserta bukti-bukti mengenai Sindikit Haram penjualan Anugerah Kebesaran Naning yang palsu.

Saya meminta agar semua pihak membantu dan bersatu memerangi Pengkhianat Institusi Melayu Naning ini.Ini adalah selari dengan permintaan Yang Amat Mulia yang mahukan Majlis Dato’-Dato’ Wilayah Naning mengambil beberapa langkah pro-aktif 'Membersihkan Arang Di Muka',antaranya membuat Laporan Rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Akhir sekali,bagi pihak Yang Amat Mulia,saya menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat hingga tertangkapnya Ketua Sindiket Haram tersebut,agar tampil segera beserta dengan bukti-bukti, dengan Tawaran Ganjaran sebanyak RM19,19,19.

Sekian, terima kasih.

YM Dato' Seri Panglima Irwan bin Mohd Nor,
Panglima Tertinggi kepada Kebawah Kaus YAM Orang Kaya Seri Raja Merah Dato' Undang Wilayah Naning Ke-19.


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates