Entah kenapa saya tidak terkejut dengan pendedahan Ustaz Nasharuddin yang
dimuatnaik oleh blog the Unspinners mengenai taktik kotor COMANGO untuk
memerangkap gabungan NGO Islam ketika di Geneva.Menurut Ustaz Nasha,kumpulan NGO Islam telah diberi amaran oleh pegawai kerajaan
di sana agar berhati-hati kerana COMANGO telah terlebih dahulu menyebarkan
khabar di kalangan kedutaan asing bahawa gabungan NGO Islam itu adalah
pengganas.Mungkin,niat COMANGO adalah untuk membiarkan wakil NGO Islam
ditangkap agar mereka boleh mengemukakan tuntutan tanpa halangan.Nampaknya,para peneraju COMANGO bukanlah terdiri dari manusia-manusia yang
punya integriti.Mereka sanggup berbuat apa saja untuk mencapai matlamat serta
enggan akur kepada peraturan.Mungkin bermain kotor juga merupakan antara ‘hak asasi’ yang diperjuangkan
mereka.
Mungkin bagi COMANGO,undang-undang dan peraturan serta perdebatan
ilmiah yang berfakta adalah menyusahkan.Ini kerana bagi mereka,manusia tidak
harus menggunakan akal, tetapi hanya menggunakan nafsu untuk menentukan cara
hidup masing-masing.Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh COMANGO sebagai ‘hak
asasi’ manusia.Sikap COMANGO bermain kotor menunjukkan yang mereka sebenarnya takut
berhadapan dengan pihak NGO Islam.Sekali gus membuktikan bahawa mereka cukup
sedar bahawa mereka tidak mampu berdiri atas hujah yang bernas dalam menuntut
perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam dan undang-undang negara ini.
Sepatutnya,COMANGO berhadapan dengan NGO Islam secara baik dengan
mengemukakan hujah masing-masing secara rasional.Tindakan memburukkan imej
dan cuba mengenakan NGO Islam di Geneva,dengan sendirinya menyerlahkan
kejahatan COMANGO.Tidak kira apa jua perjuangan kita,pada ketika kita terpaksa bermain kotor untuk
mencapai matlamat maka kita wajar mempersoalkan kembali apakah kita di pihak yang
benar atau salah.Apatah lagi bagi gabungan seperti COMANGO yang kononnya berdiri atas niat yang
murni demi keadilan sejagat dan hak asasi manusia, maka tentulah ia perlu berjuang
dengan jalan yang bersih dan berlandaskan undang-undang.
Lebih-lebih lagi apabila gabungan itu menganggap penentangnya, iaitu NGO Islam
sebagai pihak yang kolot, bodoh dan ketinggalan dan mereka pula sebagai pihak yang
maju dan bertamadun.
Namun, apa yang berlaku menunjukkan bahawa COMANGO hanyalah terdiri dari
manusia gasar yang tidak mahu mengikut undang-undang.Sudahlah memperjuangkan
perkara yang haram,pertubuhan itu sendiri juga haram dan kini terbukti pula suka
bermain kotor.Ini memberikan kita alasan yang lebih kukuh untuk menolak COMANGO kerana jelas
gabungan itu membawa fahaman,budaya dan pemikiran jahiliah yang tidak sesuai bagi
manusia moden.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment