Portal yang menjadi lidah rasmi Pas,Harakah Daily pada begitu hebat
mempromosikan kematian Ketua Dewan Ulama,Allahyarham Datuk Harun Taib.Tidak cukup dengan itu,ada di kalangan mereka turut memberikan pelbagai gelaran
kepadanya kononnya sebagai mengenang jasa yang telah dicurahkan selama ini
seperti satu kehilangan yang besar, seorang pejuang Islam,tokoh
ulama tersohor dan sebagainya.Tidak ketinggalan,Mursyidul Am Pas,Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyifatkan
Allahyarham Harun Taib sebagai seorang yang degil kerana tetap mahu menghadiri
mesyuarat yang diadakan walaupun sedang uzur.
"Almarhum (Harun) dan Ustaz Azizan kedua-duanya saya kenal sebagai orang yang
sangat degil.Degil melawan kesakitan untuk terus datang mesyuarat sekalipun dalam
situasi yang sangat uzur," ujarnya menerusi laman sosial Facebook miliknya.Secara jujur,Umno tidak pernah mempersoalkan kredibiliti Ustaz Harun,tambahan pula
beliau memang terkenal sebagai seorang ahli agama yang berpendirian tegas terutama
dalam berhadapan dengan tekanan dari rakan sekutu di dalam pakatan pembangkang.
Namun persoalan yang ingin dibangkitkan ialah mengenai sikap bermuka-muka para
pemimpin dan penyokong Pas yang sering berselindung di sebalik jubah dan serban.Ini kerana pada hayatnya Ustaz Taib turut menerima nasib yang sama seperti bekas
Menteri Besar Kedah,Allahyarham Ustaz Azizan Abdul Razak.
Contohnya beberapa
kenyataan Ustaz Taib sebelum ini telah menyebabkan beliau diserang kerana dilihat
tidak selari dengan keputusan dan pendirian pimpinan pakatan pembangkang.Percaya atau tidak,nama Ustaz Harun yang begitu ‘harum’ ketika ini pernah dilihat
sebagai ‘trojan horse’ dan dianggap ingin menjadikan Pas sebagai pembangkang
sehingga kiamat.Malah orang yang dikatakan sebagai ‘tokoh ulama tersohor’ ini juga
pernah di label sebagai ‘Taliban Malaysia’ dan sebagainya.Tidak cukup dengan itu semasa hayatnya,laporan berita mengenai Ustaz Harun Taib
ini juga hampir tidak kelihatan di paparkan di dalam Harakah,kalau adapun boleh dikira
dengan jari.Berbanding pimpinan puak Endorgan dan Liberal Pas yang hampir setiap
masa memenuhi ruang di dalam portal yang kononnya memperjuangkan Islam itu.
Ia bukanlah fitnah mahupun sangkaan buruk,tetapi turut diakui oleh ahli dan
penyokong Pas yang membangkitkan mengenainya ketika persidangan muktamar yang
lalu.
Malah sejurus selepas berita pemergian Ustaz Harun Taib dihebahkan secara rasmi,portal pro-pembangkang,Malaysian Insider menyifatkannya sebagai “Penentang
Kepada Bukan Islam Yang Ingin Menggunakan Kalimah Allah”.Namun mungkin kerana
desakan pihak-pihak tertentu,tajuk laporan tersebut akhirnya ditukar.Paling menarik,ketika pengebumian Allahyarham Ustaz Harun,langsung tidak
kelihatan wajah-wajah pimpinan pakatan pembangkang seperti Anwar Ibrahim,Lim Kit
Siang,Lim Guan Eng dan sebagainya.Ternyata walaupun Ustaz Harun adalah rakan
sekutu di dalam pakatan,kehadiran langsung tiada nilai.
AL-FATIHAH...
Berikut adalah antara kenyataan dan pandangan Ustaz Harun Taib yang menyebabkan
beliau dihina oleh penyokong dan ahli pakatan pembangkang :
1) ISU KALIMAH ALLAH : ”Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan
Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam
majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga,”
2) ISU KALIMAH ALLAH : “Saya tidak bersetuju dengan pendapat Mohd. Asri, sebagai
orang Islam, saya tetap tegaskan bahawa kalimah Allah hanya hak agama dan umat
Islam, bukan Islam tiada hak menggunakan kalimah suci itu,”
3) ISU KALIMAH ALLAH : “Majlis Syura Ulama PAS tidak akan menarik balik atau
berbincang apa-apa lagi mengenai isu ini. Ia melibat kan akidah, bukan sesuatu yang
boleh mendapat kelonggaran,”
4) HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR : ”Manakala di pihak Majlis Syura Ulama pula,hendaklah meneliti kembali Tahaluf Siyasi bersama PKR dikaji semula setelah berlaku
perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam
Tahaluf Siyasi,”
5) HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR : ”Saya mengharapkan agar PAS Pusat segera
menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan
sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta menilai kembali Tahaluf Siyasi
terutamanya dengan PKR sejauh mana ia menguntungkan PAS,”
6) MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH : “Secara umumnya bahawa bukan sahaja
hudud tapi syariat Islam itu dilaksanakan selepas berjaya mendapat keyakinan rakyat
untuk memimpin Malaysia”.
7) MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH : “Kita menegaskan bahawa pihak kami
tidak bersetuju tindakan Pengerusi DAP,YB Karpal Singh yang dilihat mencampuri
urusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah diputuskan secara kolektif,”
8) HIMPUNAN BLACK505 : “Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengulangi
bahawa parti itu tidak secara sukarela menganjur atau mengambil bahagian dalam
perhimpunan itu (Black 505) kerana telah menerima keputusan pilihan raya umum ke-
13,”
9) HIMPUNAN BLACK505 : “Saya tidak berminat untuk berbuat demikian kerana untuk
membantah keputusan pilihan raya itu dan saya tidak tahu kenapa mereka membantah
itu (keputusan pilihan raya),”
10) HIMPUNAN BLACK505 : “Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran
adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum,”.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment