Bagi mereka yang mengikut perkembangan politik Selangor pasti masih ingat
kenyataan ‘cover line’ Setiausaha Agung PKR,Saifuddin Nasution Ismail beberapa
hari lalu.Menurut Saifuddin,isu tersebut TIDAK dibincangkan pada mesyuarat
Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang diadakan pada 15 Januari lalu.
"Mesyuarat itu tidak membuat keputusan yang bersetuju untuk menggantikan beliau
(Khalid).Kami memandang serius isi kandungan dan anggapan laporan akhbar itu,"
katanya pada sidang media khas di ibu pejabat PKR baru-baru ini.
selain daripada itu,Saifuddin dengan yakin dan lantang mengatakan,walaupun terdapat desakan 'keras'agar Khalid dipecat.Namun katanya
desakan 'keras' itu bukanlah usul dan mesyuarat MPP PKR tidak membuat sebarang
keputusan untuk memecat Abdul Khalid.
"Mesyuarat MPP tidak buat keputusan untuk pecat Khalid seperti yang didakwa.Daripada 50 hingga 55 ahli MPP yang hadir,hanya ada tiga atau empat ahli yang
menyatakan pandangan keras seumpama itu (pecat Abdul Khalid).Tapi kita tidak
membuat keputusan menyatakan persetujuan terhadap pandangan itu," katanya
sebelum ini.
Namun apabila diteliti semula,ternyata Saifuddin adalah merupakan ‘PENIPU
BESAR’.Paling menarik,apabila penipuan tersebut didedahkan sendiri oleh portal
pro-pembangkang melalui laporannya yang bertajuk ‘Anwar Akan Bertanding Di
Kajang?'.Portal tersebut ketika melaporkan kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor,Iskandar
Samad berhubung isu pergolakan di Selangor telah mendedahkan penipuan yang
dilakukan oleh Saifuddin itu.
Ketika menjawab soalan yang dibangkitkan,Iskandar mengatakan dia hanya
mengetahui pengunduran itu melalui media dan difahamkan bahawa PKR akan
meminta Menteri Besar,Khalid Ibrahim berundur dan Anwar akan bertanding dalam
pilihan raya kecil.“Saya hanya dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution semalam
bahawa PKR akan meminta Tan Sri Khalid berundur dan Anwar akan bertanding pada
satu pilihan raya kecil,” katanya.
Paling menarik,Saiffudin yang ditemui bersama Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim di
mahkamah tinggi.sekali lagi KANTOI MENIPU dengan mengatakan Anwar
tidak akan menggantikan tempat Khalid.
“Abdul Khalid akan tetap meneruskan tugasnya sebagai menteri besar,” katanya.
Persoalannya sekiranya benar perkara tersebut tidak dibincangkan di dalam mesyuarat
yang diadakan oleh PKR sebelum ini,bagaimana Saifuddin boleh memaklumkan
kepada Iskandar mengenai perkara itu ???
Sekiranya keputusan untuk memecat Khalid tidak dibincangkan melalui mesyuarat
MPP,ini bermaksud PKR sedang melakukan gerakan rahsia untuk menggantikan
Menteri Besar Selangor itu.
Kesimpulannya sekiranya Saifuddin merasakan kenyataan Iskandar itu hanyalah
cerita rekaan yang sengaja diadakan,dia perlu meminta pemimpin Pas dan portal
Malaysiakini menarik kembali artikel yang disiarkan.Sekiranya GAGAL,Saifuddin perlu segera menyaman keduanya seperti yang sering
dilakukan terhadap media pro-kerajaan sebelum ini.Kegagalan Saifuddin untuk
mengambil sebarang tindakan akan membuktikan bahawa dia adalah merupakan
seorang PENIPU BESAR.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
Ini dikatakan MELAYU TIPU MELAYU..kah..kah..kah... TAK salah ANWAR jadi MB Selangor.....PAs ni macam budak suruhan..kenapa PAS tidak menghalang Lim Guan Eng dari jadi CM Pulau Pinang? Bukankah Lim Guan Eng Jadi MP dan jugan ADU N dan juga CM Pulau Pinang? Berapa Bnayak gaji dia sebulan campur elaun? itu gaji politik..bagaimana pulak dengan gaji dengan Pengerusi PDC, PBA dan lain lagi???? PAS PIS PUS...hampa semua sama-sama jadi PENIPU BESAR...
Post a Comment