Social Icons

Pages

Wednesday, January 29, 2014

KANTOI !!! PENIPUAN #SAIFUDDINNASUTION DIDEDAHKAN !!!


Bagi mereka yang mengikut perkembangan politik Selangor pasti masih ingat kenyataan ‘cover line’ Setiausaha Agung PKR,Saifuddin Nasution Ismail beberapa hari lalu.Menurut Saifuddin,isu tersebut TIDAK dibincangkan pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang diadakan pada 15 Januari lalu.   

"Mesyuarat itu tidak membuat keputusan yang bersetuju untuk menggantikan beliau (Khalid).Kami memandang serius isi kandungan dan anggapan laporan akhbar itu," katanya pada sidang media khas di ibu pejabat PKR baru-baru ini.   

selain daripada itu,Saifuddin dengan yakin dan lantang mengatakan,walaupun terdapat desakan 'keras'agar Khalid dipecat.Namun katanya desakan 'keras' itu bukanlah usul dan mesyuarat MPP PKR tidak membuat sebarang keputusan untuk memecat Abdul Khalid.   

"Mesyuarat MPP tidak buat keputusan untuk pecat Khalid seperti yang didakwa.Daripada 50 hingga 55 ahli MPP yang hadir,hanya ada tiga atau empat ahli yang menyatakan pandangan keras seumpama itu (pecat Abdul Khalid).Tapi kita tidak membuat keputusan menyatakan persetujuan terhadap pandangan itu," katanya sebelum ini.   

Namun apabila diteliti semula,ternyata Saifuddin adalah merupakan ‘PENIPU BESAR’.Paling menarik,apabila penipuan tersebut didedahkan sendiri oleh portal pro-pembangkang melalui laporannya yang bertajuk ‘Anwar Akan Bertanding Di Kajang?'.Portal tersebut ketika melaporkan kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor,Iskandar Samad berhubung isu pergolakan di Selangor telah mendedahkan penipuan yang dilakukan oleh Saifuddin itu.   

Ketika menjawab soalan yang dibangkitkan,Iskandar mengatakan dia hanya mengetahui pengunduran itu melalui media dan difahamkan bahawa PKR akan meminta Menteri Besar,Khalid Ibrahim berundur dan Anwar akan bertanding dalam pilihan raya kecil.“Saya hanya dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution semalam bahawa PKR akan meminta Tan Sri Khalid berundur dan Anwar akan bertanding pada satu pilihan raya kecil,” katanya.   

Paling menarik,Saiffudin yang ditemui bersama Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim di mahkamah tinggi.sekali lagi KANTOI MENIPU dengan mengatakan Anwar tidak akan menggantikan tempat Khalid. “Abdul Khalid akan tetap meneruskan tugasnya sebagai menteri besar,” katanya.   

Persoalannya sekiranya benar perkara tersebut tidak dibincangkan di dalam mesyuarat yang diadakan oleh PKR sebelum ini,bagaimana Saifuddin boleh memaklumkan kepada Iskandar mengenai perkara itu ??? Sekiranya keputusan untuk memecat Khalid tidak dibincangkan melalui mesyuarat MPP,ini bermaksud PKR sedang melakukan gerakan rahsia untuk menggantikan Menteri Besar Selangor itu.   

Kesimpulannya sekiranya Saifuddin merasakan kenyataan Iskandar itu hanyalah cerita rekaan yang sengaja diadakan,dia perlu meminta pemimpin Pas dan portal Malaysiakini menarik kembali artikel yang disiarkan.Sekiranya GAGAL,Saifuddin perlu segera menyaman keduanya seperti yang sering dilakukan terhadap media pro-kerajaan sebelum ini.Kegagalan Saifuddin untuk mengambil sebarang tindakan akan membuktikan bahawa dia adalah merupakan seorang PENIPU BESAR.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

Ini dikatakan MELAYU TIPU MELAYU..kah..kah..kah... TAK salah ANWAR jadi MB Selangor.....PAs ni macam budak suruhan..kenapa PAS tidak menghalang Lim Guan Eng dari jadi CM Pulau Pinang? Bukankah Lim Guan Eng Jadi MP dan jugan ADU N dan juga CM Pulau Pinang? Berapa Bnayak gaji dia sebulan campur elaun? itu gaji politik..bagaimana pulak dengan gaji dengan Pengerusi PDC, PBA dan lain lagi???? PAS PIS PUS...hampa semua sama-sama jadi PENIPU BESAR...

 
 
Blogger Templates