Social Icons

Pages

Wednesday, January 29, 2014

KANTOI !!! SUARA #ANWARIBRAHIM DAH TAK LAKU LAGI DALAM #PR ??? WAJIB BACA !!!


PR sering menghentam Datuk Seri Najib sebagai lemah dan tidak mampu mengawal atau mentadbir negara.Kata mereka,Datuk Seri Najib dan Menteri-menteri semua bodoh,sering mengeluarkan kenyataan merepek serta tidak berpijak di bumi nyata selain korup dan boros.Justeru itu,kata mereka,BN perlu ditumbangkan dan diganti dengan PR.Apa yang mereka terlepas pandang ialah,sekurang-kurangnya,kedudukan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti adalah jelas di mana semua urusan dan permasalahan parti dan negara tetap dirujuk dan dipikul olehnya.Sedangkan,di dalam PR kita masih keliru siapakah ketuanya.Katanya,Anwar Ibrahim adalah Ketua Pembangkang tetapi dari apa yang saya lihat,yang tiada siapa pun mengendahkan kata-kata Anwar di dalam PR. 

Dalam menentukan calon PRU juga,suara Anwar diketepikan dan calon pilihan Anwar ditolak atau dimalukan.Anwar juga tidak mampu menangani sekecil-kecil masalah seperti perbalahan dalaman PKR antara Azmin dan Khalid Ibrahim.Anwar berada dalam kedudukan tersekat antara orang kepercayaan isteri dengan orang kepercayaannya.Malah,Anwar sendiri menyeret dirinya ke dalam perbalahan mereka dengan memihak kepada Azmin tetapi di masa yang sama tidak mampu bertegas ke atas Khalid.Sebagai Ketua Pembangkang,Anwar sepatutnya bukan sahaja bertanggungjawab terhadap PKR, tetapi juga PAS dan DAP.Namun,pemimpin PAS dan DAP langsung tidak hormat kepada Anwar.Mereka langsung tidak merujuk kepadanya tentang kemelut yang melanda parti masing-masing seolah-olah tidak mengiktiraf beliau sebagai Ketua Pembangkang dan bakal Perdana Menteri.Pada hari ini,jawatankuasa pusat DAP masih belum lagi disahkan walaupun telah menjangkau setahun sejak pemilihan diadakan.Rata-rata ahli DAP terus merungut namun rungutan mereka bagai mencurah air ke daun keladi.   

Memandangkan masalah terus berlarutan tanpa penyelesaian,Anwar seharusnya memanggil pemimpin DAP bertemunya,memberi kata dua  kepada mereka atau menunjukkan jalan penyelesaian kepada parti itu.Ini hak Anwar sebagai Ketua.Malangnya,jangankan memanggil pemimpin DAP berbincang,membuat kenyataan tegas agar DAP menyelesaikan masalah mereka segera pun Anwar tidak berani.Anwar juga membuktikan bahawa beliau bukanlah seorang Ketua yang prihatin,tidak matang dan tidak bertanggungjawab apabila tidak hadir di Majlis Pengebumian pemimpin besar dari parti sekutunya iaitu Allahyarham Datuk Seri Azizan Razak dan Datuk Harun Taib.Kita faham yang Anwar ‘tidak sebulu’ dengan Ulama-ulama ini,namun kita sangkakan sekurang-kurangnya,sebagai Ketua,Anwar mampu bersikap professional dan hadir juga sebagai tanda hormat atau setidak-tidaknya, Anwar boleh berlakon berpura-pura prihatin dengan hadir ke pengkebumian mereka walaupun sekejap cuma.    

Namun, itu tidak berlaku kerana Anwar hanya mampu berlakon prihatin jika kematian itu berpotensi membawa sedikit keuntungan politik kepadanya,sepertimana dalam kes Teoh Beng Hock.Berdasarkan fakta di atas,saya tertanya-tanya,siapa atau apakah kedudukan Anwar di dalam PR ??? Benarkah beliau seorang Ketua atau hanya ketua di atas kertas sahaja ??? Apa yang saya lihat,tiada siapapun yang menghormatinya mahupun merujuk dan meminta pendapatnya baik dari parti sekutu mahupun parti sendiri.Anwar mungkin dikatakan mempunyai gaya dan karisma sebagai ketua namun Anwar tidak punya sifat kepimpinan untuk menjadikannya seorang ketua yang sebenar-benarnya.Penyokong PR mungkin ‘meminati’ Anwar tetapi mereka jelas tidak menghormatinya.Bayangkan bagaimana Anwar boleh menjadi seorang Perdana Menteri yang berkesan jika beliau tidak mampu meraih penghormatan dari partinya sendiri

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates