PR sering menghentam Datuk Seri Najib sebagai lemah dan tidak mampu mengawal
atau mentadbir negara.Kata mereka,Datuk Seri Najib dan Menteri-menteri semua
bodoh,sering mengeluarkan kenyataan merepek serta tidak berpijak di bumi nyata
selain korup dan boros.Justeru itu,kata mereka,BN perlu ditumbangkan dan diganti dengan PR.Apa yang mereka terlepas pandang ialah,sekurang-kurangnya,kedudukan Datuk Seri
Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti adalah jelas di mana semua urusan
dan permasalahan parti dan negara tetap dirujuk dan dipikul olehnya.Sedangkan,di dalam PR kita masih keliru siapakah ketuanya.Katanya,Anwar Ibrahim
adalah Ketua Pembangkang tetapi dari apa yang saya lihat,yang tiada siapa pun
mengendahkan kata-kata Anwar di dalam PR.
Dalam menentukan calon PRU juga,suara Anwar diketepikan dan calon pilihan Anwar ditolak atau dimalukan.Anwar juga tidak mampu menangani sekecil-kecil masalah seperti perbalahan dalaman
PKR antara Azmin dan Khalid Ibrahim.Anwar berada dalam kedudukan tersekat
antara orang kepercayaan isteri dengan orang kepercayaannya.Malah,Anwar sendiri
menyeret dirinya ke dalam perbalahan mereka dengan memihak kepada Azmin tetapi di
masa yang sama tidak mampu bertegas ke atas Khalid.Sebagai Ketua Pembangkang,Anwar sepatutnya bukan sahaja bertanggungjawab
terhadap PKR, tetapi juga PAS dan DAP.Namun,pemimpin PAS dan DAP langsung
tidak hormat kepada Anwar.Mereka langsung tidak merujuk kepadanya tentang
kemelut yang melanda parti masing-masing seolah-olah tidak mengiktiraf beliau
sebagai Ketua Pembangkang dan bakal Perdana Menteri.Pada hari ini,jawatankuasa pusat DAP masih belum lagi disahkan walaupun telah
menjangkau setahun sejak pemilihan diadakan.Rata-rata ahli DAP terus merungut
namun rungutan mereka bagai mencurah air ke daun keladi.
Memandangkan masalah terus berlarutan tanpa penyelesaian,Anwar seharusnya
memanggil pemimpin DAP bertemunya,memberi kata dua kepada mereka atau
menunjukkan jalan penyelesaian kepada parti itu.Ini hak Anwar sebagai Ketua.Malangnya,jangankan memanggil pemimpin DAP berbincang,membuat kenyataan
tegas agar DAP menyelesaikan masalah mereka segera pun Anwar tidak berani.Anwar juga membuktikan bahawa beliau bukanlah seorang Ketua yang prihatin,tidak matang dan tidak bertanggungjawab apabila tidak hadir di Majlis Pengebumian
pemimpin besar dari parti sekutunya iaitu Allahyarham Datuk Seri Azizan Razak dan
Datuk Harun Taib.Kita faham yang Anwar ‘tidak sebulu’ dengan Ulama-ulama ini,namun kita sangkakan sekurang-kurangnya,sebagai Ketua,Anwar mampu bersikap
professional dan hadir juga sebagai tanda hormat atau setidak-tidaknya, Anwar
boleh berlakon berpura-pura prihatin dengan hadir ke pengkebumian mereka walaupun
sekejap cuma.
Namun, itu tidak berlaku kerana Anwar hanya mampu berlakon prihatin jika kematian
itu berpotensi membawa sedikit keuntungan politik kepadanya,sepertimana dalam kes
Teoh Beng Hock.Berdasarkan fakta di atas,saya tertanya-tanya,siapa atau apakah kedudukan Anwar di
dalam PR ??? Benarkah beliau seorang Ketua atau hanya ketua di atas kertas sahaja ??? Apa yang saya lihat,tiada siapapun yang menghormatinya mahupun merujuk dan
meminta pendapatnya baik dari parti sekutu mahupun parti sendiri.Anwar mungkin
dikatakan mempunyai gaya dan karisma sebagai ketua namun Anwar tidak punya sifat
kepimpinan untuk menjadikannya seorang ketua yang sebenar-benarnya.Penyokong
PR mungkin ‘meminati’ Anwar tetapi mereka jelas tidak menghormatinya.Bayangkan bagaimana Anwar boleh menjadi seorang Perdana Menteri yang berkesan
jika beliau tidak mampu meraih penghormatan dari partinya sendiri
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
PR mana pernah berdaftar sebagai satu organisasi politik yg rasmi....so ikut suka bapak diorang la nak cakap apa pun....DAP ada bapak dia, PAS ada bapak dia....so,, buat apa nak dengar cakap Nuar ni.??? infact, dlm PKR pun ada EMAK sendiri..
Anuar jer yg perasaan dia BAPAK rasmi PR.....ketua de facto yg perasan....
ANWAR IBRAHIM
Sah. Datuk Seri Anwar Ibrahim (DS Anwar) dicalonkan bertanding di Pilihanraya kecil Kecil (PRK) DUN Kajang selepas ADUN Kajang YB Lee Chin Cheh meletakkan jawatan semalam Isnin 27 Januari. Besar kemungkinan,DS Anwar akan diangkat menjadi Menteri Besar Selangor yang baru jika beliau menang PRK tersebut. Mengapa DS Anwar Ibrahim berhasrat menjadi Menteri Besar Selangor?
TV3 memberitakan DAP dan PAS tidak tahu menahu mengenai tindakan dan rancangan PKR yang merencanakan perletakan jawatan ADUN Kajang dan pencalonan DS Anwar Ibrahim serta ura ura diangkat menjadi MB Selangor. Setiausaha Agong DAP mengatakan beliau dan DAP tidak dimaklumkan perkembangan politik di Selangor tetapi bapanya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah hadir di Majlis Pengumuman Calon di IbuPejabat PKR.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam juga menyuarakan tiada maklumat mengenai `kemelut dan rencana PKR’ tetapi kelihatan Dr Hatta Ramli berdiri di barisan belakang para pemimpin pembangkang. Rupa rupanya Selangor di tadbir bersama oleh PAS (15 kerusi DUN) DAP (15 kerusi DUN) dan PKR (13 kerusi DUN). Ada cerita belakang yang PAS akan mengemukakan nama nama yang boleh dilantik menjadi MB Selangor.
Penulis anggap ia adalah strategi bijak PKR dan Pakatan Rakyat untuk `kill 3 birds with one stone’. Mungkin lebih daripada 3 ekor burung. Ia dilakukan untuk :-
1. menyelesaikan masalah perebutan kuasa atau krisis di antara YB Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR merangkap Pengerusi PKR Selangor dengan Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Penasihat PKR mengambil jalan tengah dengan tidak melantik kedua dua mereka yang berkrisis menjadi MB Selangor.
2. Mengambil kesempatan untuk `cement and convert’ sentimen kemarahan rakyat mengenai kenaikan harga barang, kepada undi Pakatan Pembangkang.
3. Mempromosi imej dan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR, yang kurang `exposure’ ketika menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang berbanding menjawat Menteri Besar Selangor. Exposure kepada rakyat, kakitangan kerajaan dan ahli perniagaan serta pelabur luar akan lebih besar.
selanjutnya di nasirwise.blogspot.com
Post a Comment