Social Icons

Pages

Tuesday, January 21, 2014

FAKTA !!! TUTUP PUSAT #GIATMARA !!! BUKTI AGENDA ANTI MELAYU #PEMBANGKANG DIDEDAHKAN !!!


Agenda anti-Melayu PR PKR,PAS dan DAP di Selangor semakin terserlah dengan ura-ura sebuah Pusat Giatmara akan dirobohkan hanya atas teknikal yang kecil.Setelah masuk penggal kedua memerintah Selangor,pakatan pembangkang sudah menyusun strategi yang lebih rapi untuk memghalalkan tindakan mereka menghapuskan satu persatu hak-hak orang Melayu di negeri itu.Satu ketika dahulu,kerajaan negeri juga pernah menghalang pembinaan kampus UiTM di Serendah pada 2010 sehingga memaksa rancangan itu dipindahkan ke Melaka.Pembinaan kampus di UiTM adalah bagi menampung jumlah pelajar Melayu yang semakin bertambah di Selangor tetapi pembangkang hanya mementingkan agenda politik mereka tanpa menghiraukan nasib anak bangsa.Mungkin inilah kesan yang diterima oleh rakyat Selangor apabila mempunyai Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi dan memilih pembangkang mentadbir negeri itu. 

Janji-janji manis yang ditaburkan semasa kempen pilihan raya kini sudah bertukar menjadi masam dan lain pula kerenah mereka sekarang.Jikapun Pusat Giatmara di Sabak Bernam yang ingin di tutup oelh Exco Selangor dari Dap, tidakkah boleh perkara ini diselesaikan dengan baik ??? Isi di sini ialah dasar Giatmara untuk memberi peluang kepada remaja Melayu yang sesetengahnya tercicir dalam pelajaran diberi masa depan yang lebih cerah melalui latihan teknikal.Kebanyakan Pusat Giatmara yang dibina diseluruh negara adalah bersihat komuniti iaitu ia lebih memberi fokus kepada pemgambilan pelatih dari kawasan setempat di mana ia berada.Menutupnya atas alasan tanah di mana pusat itu dibina adalah milik kerajaan negeri bukan suatu yang boleh diterima akal. Ia hanyalah masalah pentadbiran yang perlu diuruskan antara kerajaan negeri, pejabat tanah, majlis daerah dan Giatmara sendiri.Keadaan yang sama juga berlaku apabila kerajaan negeri melengah-lengahkan kelulusan tanah bagi pembinaan kampus Universiti Perdana di Serdang.Atas mainan politik kotor pembangkang juga rancangan untuk mewujudkan universiti perubatan yang melibatkan kerjasama Sekolah Perubatan Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat terbantut. Sekali lagi pembangkang menghalang apa sahaja pembangunan yang boleh meningkatkan daya saing dan tahap keupayaan rakyat negara ini untuk terus maju di dalam bidang pendidikan. 

Walaupun sudah dirasmikan oleh Perdana Menteri pada September 2011,alasan yang sama digunakan iaitu tanah tersebut adalah milik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Serdang yang dijual kepada universiti tersebut sebelum ini.Kerajaan negeri sebenarnya menyalahkan kuasa untuk memberi kelulusan bukan atas alasan yang munasabah tetapi beralaskan muslihat politik.Ketiga-tiga kes yang menjadi contoh adalah bukti bahawa apa yang dilakukan pembangkang bukanlah suatu kebetulan tetapi perancangan yang rapi.Apa sahaja pembangunan yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri Barisan Nasional di masa lalu, mereka akan mengambil kredit dan mengatakan kepada dunia bahawa itulah adalah semua titik peluh mereka.Tetapi apabila kerajaan pusat ingin terus membawa pembangunan ke Selangor tanpa menghirau perbezaan politik, tindakan ini akan digagalkan. Ini kerana mereka tahu jika projek-projek pembangunan di negeri itu adalah usaha kerajaan pusat dan bukannya kerajaan negeri maka rakyat boleh membuat perhitungan pada pilihan raya akan datang. 

Pada pembangkang agenda politik mereka lebih utama daripada pendidikan dan latihan untuk rakyat.Malah rakyat Selangor akan lebih banyak menanggung kerugian jika projek-projek yang sepatutnya dilaksanakan di negeri itu terpaksa dipindahkan ke tempat lain hanya kerana PKR,Pas dan Dap tidak bersetuju.Ada gelanggangnya hendak bersilat politik tetapi apabila kepentingan rakyat terjejas, politik bukan lagi menjadi alat untuk kebaikan tetapi telah bertukar sebagai senjata memakan tuan. Rakyat Selangor kini harus sedar,tidak ada satu projek yang benar-benar yang boleh dibanggakan oleh pembangkang selama lebih lima tahun mereka mentadbir negeri itu.Selangor harus terus mengorak maju sebagai negeri terkaya dan paling membangun tetapi jika ia terus berada di bawah pembangkang,masa depannya tidak lagi terjamin malah bertambah kelam.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

4 comments:

Anonymous said...

AYOH! MELAYU BANGKIT DARI TIDOR. AYOH MELAYU JANGAN CAKAP AJEE!. BANGUN, BERARAK DI-JALANAN.BANGUN,BANGUN.

Anonymous said...

Kalu seluruh Malaysia ni duk dalam tangan depa, agak-agak lagu mana jadi dengan orang kita?

Anonymous said...

... TV3suku duk canang pasal penutupan GIAT MARA Selayang yang dikaitkan dengan Kerajaan Negeri Selangor. Tak kurang juga cerita karut marut blogger2 UMNO-BN yang sebenarnya dah lari dari topik. Ramai yang tertanya tanya apa sebenarnya yg berlaku.. Aku cerita sedikit lah.. 

Masalahnya Giatmara mengguna premis sebagai pejabat untuk UMNO bergerak. Didapati bendera UMNO banyak digantung di premis tersebut. Jadi apabila orang awam membuat aduan, pihak Kerajaan Negeri membuat siasatan dan mendapati tanah tersebut adalah milik Kerajaan Negeri. Pusat Giat Mara telah dibangunkan di atas tanah Kerajaan Negeri Selangor dan berstatus Lesen Menduduki Sementara (TOL) 

Giatmara tidak pernah membuat apa-apa bayaran untuk penggunaan premis tersebut, sama ada bayaran sewa, cukai dan sebagainya. Lagu duk buat port untuk UMNO adalah!!! Maka dengan menggunakan kuasa undang undang yang SAH, Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah untuk mengelak dari salahguna premis tersebut oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. 

Jadi tak payahlah juak juak penjilat dan media lidah biawak UMNO-BN nak spin cerita bagai.. Isunya JELAS dan NYATA!!! Ikut surat rasmi, cuma ditutup premis. Tak disebut apa yg akan dibuat. Diberi masa 12 bulan utk pindah. Sama gak ngan beberapa Pusat Giat Mara lain. Di Sabak Bernam ditutup atas arahan sama manakala Pusat Giat Mara Kapar sedang menunggu hari je.. 

Anonymous said...

Kisah sebenar Giatmara Selayang. Wajib baca.
Menyentuh berkaitan isu Pusat Giat Mara Selayang yang heboh diperkatakan akan ditutup oleh kerajaan negeri, suka saya nyatakan bahawa kunjungan Exco kerajaan negeri selangor bersama wakil SSIC tempoh hari adalah merupakan siri-siri lawatan kerajaan negeri mengenal pasti tanah-tanah kerajaan yang diduduki secara tidak sah didalam negeri Selangor termasuklah Pusat Giat Mara Selayang.

Saya berkesempatan melawat ke Pusat Giat Mara Selayang pada pagi tadi, yang disambut mesra oleh pihak pengurusan dan guru-guru yang bertugas, dan juga kelihatan beberapa pelajar yang sedang membuat latihan amali berkaitan elektrik dan pelajar lain sedang rehat tengahari. 

Difahamkan pusat ini berkapasiti pelajar lebih kurang 100 orang termasuk yang sedang melakukan latihan industri diluar, dengan dua sessi pengambilan setiap tahun bagi kursus elektrik dalam tempoh 2 tahun. 

Setelah dibawa melawat sekitar Pusat Giat Mara ini, saya dapati keadaan infrastruktur banggunan memang amat perlu dinaik taraf untuk keselesaan pelajar khususnya dewan kuliah yang ditempatkan dalam kabin dua tingkat yang serba kekurangan begitu juga keadaan sekitaran yang sangat sempit dan tidak selesa. Ianya difahamkan bahawa banggunan ini adalah diubah suai dari dewan orang ramai yang terbiar sebelum ini. 

Pandangan saya sepatutnya pihak kerajaan persekutuan dan Giat Mara perlu lebih perihatin dengan memastikan kebajikan dan keselesaan pelajar agar mampu menimba ilmu dan latihan dengan baik

Saya ingin ucapkan terima kasih atas keperihatian kerajaan negeri Selangor, dimana setelah mendapati Pusat Giat Mara ini berada di atas tanah kerajaan negeri secara tidak sah status dan tanpa izin ini masih beroperasi menawarkan bantuan kewangan sekiranya pihak Giat Mara tidak mampu untuk membaik pulih infrastruktur banggunan tersebut ketahap yang sesuai dan mencapai piawai sebagai sebuah institusi latihan dalam tempoh yang diberikan, dan kerajaan negeri juga akan menawarkan tempat yang lebih sesuai sekiranya Pusat Giat Mara ini ingin berpindah memandangkan sekarang ianya berada di tengah kawasan perumahan yang sempit.

Saya selaku ADN Taman Templer akan berbincang dengan kerajaan negeri kearah memastikan agar Pusat Giat Mara ini dapat dikekalkan untuk kemudahan belia-belia Selayang mendapat latian teknikal dan dalam masa yang sama mengharapkan agar Giat Mara dapat bekerjasama dgn kerajaan negeri untuk menaiktaraf Pusat Giat Mara ini di kepada yang lebih baik. sekiranya memang kawasan itu tidak sesuai, saya akan membantu untuk mengenal pasti tempat yang lebih sesuai disekitar Selayang.

Dalam masa yang sama, saya juga merasa mual dengan sikap UMNO yang seolah-olahnya jaguh orang Melayu tetapi hipokrik dengan sekian lama membiarkan pusat latihan Giat Mara yang memberi latihan kepada anak bangsa dalam keadaan tidak sah status tanah dan juga keadaan banggunan dan kemudahan yang serba kekurangan. Saya minta kepada UMNO supaya berhenti hipokrik dalam memperjuangkan bangsa dan agama seperti mana yang mereka laung-laungkan tetapi buktikanlah dengan tindakan walaupun saya memang meragui akan keikhlasan dan keupayaan mereka.

Yb Hj. Zaidy bin Abdul Talib
ADN Taman Templer
Ketua Penerangan PAS Selangor

 
 
Blogger Templates