Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang melakukan serbuan dan
merampas sebanyak 300 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang
mengandungi kalimah Allah dalam serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan
Gasing di sini kira-kira pukul 2 petang benar-benar memeranjatkan banyak
pihak khususnya masyarakat Islam.Ini kerana,hasil dari tindakan itu,ia secara tidak langsung membuktikan bahawa pihak
gereja masih berdegil dengan keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan mana-
mana pihak mengunakan kalimah Allah selain masyarakat Islam di negara ini.Dalam serbuan tersebut,pasukan penguat kuasa JAIS yang diiringi anggota polis turut
menahan dua individu iaitu Presiden Persatuan Bible Malaysia,Lee Min Choon dan
pengurus premis itu,Sinclair Wong.Menurut sumber,kedua-dua mereka ditahan di bawah Seksyen 9,Enakmen Agama
Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 kerana
menerbitkan dengan menulis kalimah Allah untuk kegunaan orang bukan Islam.
Ekoran tindakan tersebut juga,Jais dan pihak kerajaan menerima pelbagai kecaman
khususnya dari penganut agama Kristian yang jelas tidak berpuas hati.Pelbagai kata-
kata kesat dilemparkan melalui media-media sosial seperti Facebook dan Twitter
antaranya melabelkan Jais sebagai anjing dan sebagainya.Malah pengarang mingguan The Herald,Paderi Lawrence Andrew,dalam
kenyataannya sebelum ini yang disiarkan di laman sebuah portal pada 27 Disember
lalu,pernah menyatakan pihaknya akan tetap menggunakan kalimah Allah di semua
gereja di Selangor.Sedangkan
Ia jelas bertentangan dengan titah Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah yang
menitahkan bahawa penggunaan kalimah Allah hanya tertakluk kepada umat Islam
sahaja mengikut peruntukan di dalam Jadual kepada Seksyen 9 Bahagian 1 Enakmen
Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang
diwartakan pada 1988.
Namun apa yang menghairankan ialah,langsung tiada sebarang kenyataan yang
dikeluarkan oleh para pemimpin PAS berhubung insiden ini.Ada yang mengatakan
pasti yang mendakwa ingin memperjuangkan Islam itu masih belum membuat sebarang
keputusan berhubung tindakan tersebut.Malah ada juga yang mendakwa mereka
ingin mengambil pendekatan tunggu dan lihat,bagi mengelakkan tindakan yang bakal
merugikan parti.Pada 14 Oktober lalu,Mahkamah Rayuan memberi kemenangan kepada orang
Islam apabila membuat keputusan tidak membenarkan majalah mingguan,The
Herald menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu.Keputusan itu merupakan isyarat jelas kepada semua pihak bahawa kalimah Allah
adalah milik agama Islam kerana penggunaannya dalam agama lain dilihat boleh
mengeruhkan keharmonian di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
6 comments:
orang PAS ada dalam SYIAH......orang SYIAH ada dalam PAS
Harun Din senyap jugak ke?
Harun din ulamak terompah. Dah byk kesesatan dan kemungkaran dlm pas pon senyap membatu. Bodoh!
Mujur Yang Datang Bawa Bunga Itu Marina Mahathir, Jika Nurul Izzah....
D*ijangka kemarahan tetapi yang datang Muslim dengan bunga*
Hampir 1,000 orang menyertai himpunan hari Ahad di Gereja Katolik Our Lady of Lourdes Klang di pagi yang dijangka bakal menghadapi beberapa kumpulan Islam yang marah dengan mereka, tetapi dengan tidak disangka sekumpulan Islam datang membawa bunga untuk mereka.
Antaranya yang datang adalah aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahthir, yang mebawa sejambak bunga dan menjadi sebahagian daripada yang datang untuk memberikan sokongan moral kepada penganut Kristian.
Namun di Padang Kelab Sultan Sulaiman, sekumpulan kumpulan konservatif Islam berhimpun bagi membantah penggunaan nama Allah oleh Kristian.
Mereka juga menyokong serbuan yang dibuat oleh Jais terhadap Persatuan Bible Malaysia di Damansara Kim yang merampas kira-kira 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban serta menahan dua pemimpinnya.
"Saya di sini atas nama peribadi..ramai di sini adalah Muslim tetapi apa yang kami mahu katakan adalah Islam agama keamanan," kata Marina di depan Gereja Katolik Our Lady of Lourdes Klang sambil memegang bunga di tangan yang dikhaskannya untuk penganut Kristian di situ.
"Kami bukan pencetus peperangan seperti sangkaan sesetengah pihak," tambahnya.
Menyifatkan protes adalah hak setiap individu namun, "tidaklah wajar berlebihan sehingga memasuki rumah ibadat pihak lain."
Beliau menyifatkan serbuan Jais sangat mencurigakan dan kesal dengan tindakan mendiamkan diri pihak kerajaan.
Marina dan rakannya Nik Elin kemudiannya pergi menemui penganut Kristian di situ dan memberikan bunga untuk mereka dengan diringi sorakan daripada orang ramai.
Suasana berbeza di Padang Kelab Sultan Sulaiman apabila sekumpulan umat Islam membantah pengarang Herald, Father Lawrence Andrew yang berkata akan menggunakan terus nama Allah dalam urusan mereka di gereja. Bantahan ini dijangka dibuat di gereja tetapi dipindahkan ke sana hari ini.
Peserta perhimpunan bertanya, apakah Kristian akan hilang kehebatan mereka jika tidak menggunakan perkataan Allah dalam sembahyang mereka.
Ustaz Mohd Kamal Husin, pengerusi bersama Persatuan Solidariti Muslim Klang menegaskan Allah adalah Allah adalah nama khas untuk Muslim dan bukan terjemahan god dalam Kristian.
"Kami terkejut dengan kamu kerana kenyataan bahawa Kristian akan terus menggunakan nama Allah dalam sembayang berbasaha Melayunya satu tindakan yang menghasut.
*ULASAN GB*
Pertama-tama GB ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Marina Mahathir yang (sekurang-kurangnya) berusaha untuk mewujudkan keharmonian rakyat Islam-Kristian yang hubungan baik kedua komuniti ini telah diporak-perandakan dengan isu kalimah Allah.
Mujur yang datang membawa bunga itu Marina, bukan mana-mana pemimpin wanita dari PKR atau PAS. Katakanlah yang datang itu Nurul Izzah atau Dr.Mariah, sudah pasti gegak gempita media massa arus perdana dan sekalian para macai UMNO memainkan isu berkenaan.... semnggu dibuatkan liputan khusus mengutuk senario berkenaan.
UMNO menjadikan isu "kalimah Allah" ini sebagai talian hayat terakhir untuk survivalnya di dalam arena politik negara sebelum ia terus pupus. Di dalam dunia ini, hanya kerajaan UMNO yang memutuskan penggunaan kalimah Allah hanya untuk umat Islam. Tiada nas atau dalil dari Al-Quran mahupun hadith yang melarang penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam. Yang ada cuma ledakan emosi dan prasangka.
Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Kalimah Allah bukan milik UMNO, bukan milik Melayu. Semua orang berhak menggunakannya. Kita semua milik Allah bukan seperti pendirian UMNO yang berpendirian disebaliknya, Allah milik kita.
Tentang penggunaan Allah di dalam gereja, tiada siapa pun dapat menghalangnya kerana Al-Quran sendiri menjelaskan .
Terbaik dari mantan Ustaz Roby Tandang
Siri 1 : http://www.youtube.com/watch?v=OEon8805UOs
Siri 2 : http://www.youtube.com/watch?v=GD-47PrulMI
perbezaan antara umat islam bukan melayu dan islam melayu pendokong umno. Hanya melalak dengan kalimah Allah
syabas anon January 6, 2014 at 7:09 PM dengan ulasan anda! kita hanya tahu beremosi tetapi tak cekap berstrategi untuk berdakwah!
Post a Comment