Social Icons

Pages

Sunday, January 05, 2014

HOT NEWS !!! #KALIMAHALLAH !!! JAIS DIKECAM !!! MANA SUARA PAS YANG INGIN MEMBELA ISLAM ???


Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang melakukan serbuan dan merampas sebanyak 300 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah dalam serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing di sini kira-kira pukul 2 petang benar-benar memeranjatkan banyak pihak khususnya masyarakat Islam.Ini kerana,hasil dari tindakan itu,ia secara tidak langsung membuktikan bahawa pihak gereja masih berdegil dengan keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan mana- mana pihak mengunakan kalimah Allah selain masyarakat Islam di negara ini.Dalam serbuan tersebut,pasukan penguat kuasa JAIS yang diiringi anggota polis turut menahan dua individu iaitu Presiden Persatuan Bible Malaysia,Lee Min Choon dan pengurus premis itu,Sinclair Wong.Menurut sumber,kedua-dua mereka ditahan di bawah Seksyen 9,Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 kerana menerbitkan dengan menulis kalimah Allah untuk kegunaan orang bukan Islam. 

Ekoran tindakan tersebut juga,Jais dan pihak kerajaan menerima pelbagai kecaman khususnya dari penganut agama Kristian yang jelas tidak berpuas hati.Pelbagai kata- kata kesat dilemparkan melalui media-media sosial seperti Facebook dan Twitter antaranya melabelkan Jais sebagai anjing dan sebagainya.Malah pengarang mingguan The Herald,Paderi Lawrence Andrew,dalam kenyataannya sebelum ini yang disiarkan di laman sebuah portal pada 27 Disember lalu,pernah menyatakan pihaknya akan tetap menggunakan kalimah Allah di semua gereja di Selangor.Sedangkan Ia jelas bertentangan dengan titah Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan bahawa penggunaan kalimah Allah hanya tertakluk kepada umat Islam sahaja mengikut peruntukan di dalam Jadual kepada Seksyen 9 Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang diwartakan pada 1988. 

Namun apa yang menghairankan ialah,langsung tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh para pemimpin PAS berhubung insiden ini.Ada yang mengatakan pasti yang mendakwa ingin memperjuangkan Islam itu masih belum membuat sebarang keputusan berhubung tindakan tersebut.Malah ada juga yang mendakwa mereka ingin mengambil pendekatan tunggu dan lihat,bagi mengelakkan tindakan yang bakal merugikan parti.Pada 14 Oktober lalu,Mahkamah Rayuan memberi kemenangan kepada orang Islam apabila membuat keputusan tidak membenarkan majalah mingguan,The Herald menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu.Keputusan itu merupakan isyarat jelas kepada semua pihak bahawa kalimah Allah adalah milik agama Islam kerana penggunaannya dalam agama lain dilihat boleh mengeruhkan keharmonian di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

6 comments:

hassan said...

orang PAS ada dalam SYIAH......orang SYIAH ada dalam PAS

Tadika Photoshop WKK said...

Harun Din senyap jugak ke?

Anonymous said...

Harun din ulamak terompah. Dah byk kesesatan dan kemungkaran dlm pas pon senyap membatu. Bodoh!

Anonymous said...

Mujur Yang Datang Bawa Bunga Itu Marina Mahathir, Jika Nurul Izzah....

D*ijangka kemarahan tetapi yang datang Muslim dengan bunga*

Hampir 1,000 orang menyertai himpunan hari Ahad di Gereja Katolik Our Lady of Lourdes Klang di pagi yang dijangka bakal menghadapi beberapa kumpulan Islam yang marah dengan mereka, tetapi dengan tidak disangka sekumpulan Islam datang membawa bunga untuk mereka. 

Antaranya yang datang adalah aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahthir, yang mebawa sejambak bunga dan menjadi sebahagian daripada yang datang untuk memberikan sokongan moral kepada penganut Kristian. 

Namun di Padang Kelab Sultan Sulaiman, sekumpulan kumpulan konservatif Islam berhimpun bagi membantah penggunaan nama Allah oleh Kristian. 

Mereka juga menyokong serbuan yang dibuat oleh Jais terhadap Persatuan Bible Malaysia di Damansara Kim yang merampas kira-kira 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban serta menahan dua pemimpinnya. 

"Saya di sini atas nama peribadi..ramai di sini adalah Muslim tetapi apa yang kami mahu katakan adalah Islam agama keamanan," kata Marina di depan Gereja Katolik Our Lady of Lourdes Klang sambil memegang bunga di tangan yang dikhaskannya untuk penganut Kristian di situ. 

"Kami bukan pencetus peperangan seperti sangkaan sesetengah pihak," tambahnya. 

Menyifatkan protes adalah hak setiap individu namun, "tidaklah wajar berlebihan sehingga memasuki rumah ibadat pihak lain." 

Beliau menyifatkan serbuan Jais sangat mencurigakan dan kesal dengan tindakan mendiamkan diri pihak kerajaan. 

Marina dan rakannya Nik Elin kemudiannya pergi menemui penganut Kristian di situ dan memberikan bunga untuk mereka dengan diringi sorakan daripada orang ramai. 

Suasana berbeza di Padang Kelab Sultan Sulaiman apabila sekumpulan umat Islam membantah pengarang Herald, Father Lawrence Andrew yang berkata akan menggunakan terus nama Allah dalam urusan mereka di gereja. Bantahan ini dijangka dibuat di gereja tetapi dipindahkan ke sana hari ini. 

Peserta perhimpunan bertanya, apakah Kristian akan hilang kehebatan mereka jika tidak menggunakan perkataan Allah dalam sembahyang mereka. 

Ustaz Mohd Kamal Husin, pengerusi bersama Persatuan Solidariti Muslim Klang menegaskan Allah adalah Allah adalah nama khas untuk Muslim dan bukan terjemahan god dalam Kristian. 

"Kami terkejut dengan kamu kerana kenyataan bahawa Kristian akan terus menggunakan nama Allah dalam sembayang berbasaha Melayunya satu tindakan yang menghasut. 


*ULASAN GB*

Pertama-tama GB ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Marina Mahathir yang (sekurang-kurangnya) berusaha untuk mewujudkan keharmonian rakyat Islam-Kristian yang hubungan baik kedua komuniti ini telah diporak-perandakan dengan isu kalimah Allah.

Mujur yang datang membawa bunga itu Marina, bukan mana-mana pemimpin wanita dari PKR atau PAS. Katakanlah yang datang itu Nurul Izzah atau Dr.Mariah, sudah pasti gegak gempita media massa arus perdana dan sekalian para macai UMNO memainkan isu berkenaan.... semnggu dibuatkan liputan khusus mengutuk senario berkenaan.

UMNO menjadikan isu "kalimah Allah" ini sebagai talian hayat terakhir untuk survivalnya di dalam arena politik negara sebelum ia terus pupus. Di dalam dunia ini, hanya kerajaan UMNO yang memutuskan penggunaan kalimah Allah hanya untuk umat Islam. Tiada nas atau dalil dari Al-Quran mahupun hadith yang melarang penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam. Yang ada cuma ledakan emosi dan prasangka.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Kalimah Allah bukan milik UMNO, bukan milik Melayu. Semua orang berhak menggunakannya. Kita semua milik Allah bukan seperti pendirian UMNO yang berpendirian disebaliknya, Allah milik kita.

Tentang penggunaan Allah di dalam gereja, tiada siapa pun dapat menghalangnya kerana Al-Quran sendiri menjelaskan .

Anonymous said...

Terbaik dari mantan Ustaz Roby Tandang

Siri 1 : http://www.youtube.com/watch?v=OEon8805UOs

Siri 2 : http://www.youtube.com/watch?v=GD-47PrulMI

perbezaan antara umat islam bukan melayu dan islam melayu pendokong umno. Hanya melalak dengan kalimah Allah

Anonymous said...

syabas anon January 6, 2014 at 7:09 PM dengan ulasan anda! kita hanya tahu beremosi tetapi tak cekap berstrategi untuk berdakwah!

 
 
Blogger Templates