Social Icons

Pages

Saturday, January 04, 2014

HOT NEWS !!! #MUJAHIDYUSSOFRAWA !!! NAMA YANG INDAH TAPI AKAL KAT KEPALA LUTUT !!!


Nama Mujahid diberi oleh bekas Presiden Parti Islam se-Malaysia (PAS),Allahyarham Yussof Rawa,kepada anak lelakinya dengan harapan anaknya itu akan menjadi pejuang Islam yang sejati.Malangnya,cita-cita dan hasrat bekas Presiden Pas paling sederhana ini tidak tercapai.Alhamdulillah beliau tidak berada di muka bumi ini lagi untuk melihat kerosakan yang sedang dilakukan oleh anaknya.Penulis tidak berniat untuk membicarakan lagi isu wajar atau tidak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas Bible yang menggantikan perkataan Tuhan dengan Allah.

Sudah banyak ditulis dan dibicarakan,lalu kita pun tahu,majoriti dalam Pas kata boleh,UMNO kata tidak boleh,PKR kata aku peduli apa,Melayu elit kata ini hak asasi manusia.Memang sudah ditakdirkan mungkin umat Islam di negara ini menuju perpecahan,kehancuran dan kemusnahan sebagaimana umat-umat Islam terdahulu selepas beberapa lama menikmati kegemilangan.Apa yang hendak penulis katakan hari ini ialah tindakan Mujahid,yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar,menyeru “Putrajaya segera mengambil langkah menghalang badan agama Islam seperti Jais dari melakukan serbuan atau percubaan menguatkuasakan undang-undang negeri ke atas pertubuhan bukan Muslim,sambil memberi amaran tindakan tersebut boleh mengeruhkan lagi hubungan antara agama di negara ini ;" sangat bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia,Pembahagian Kuasa Antara Negeri dan Persekutuan.


Ini masalah kita apabila rakyat memilih wakil mereka dari kalangan yang tidak mempunyai ilmu pengetahun,malas membaca dan pagi,petang,siang,malam asyik berceramah sahaja.Jika Mujahid tidak berpuas hati dengan tindakan Jais,beliau harus meminta kerajaan Negeri Selangor mengambil tindakan kerana bidang kuasa agama Islam adalah di bawah pentadbiran negeri.Tindakan Mujahid menghalakan serangan ke Putrajaya atas tindakan Jais bukan sahaja nampak bodoh,malah jelas menunjukkan Mujahid ingin menyelamatkan hubungan Pas,DAP dan PKR dengan gereja-gereja Kristian Khatolik di Semenanjung.Menteri Besar yang berkuasa ke atas Jais bernama Khalid bin Ibrahim,seorang Islam dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).Exco Hal-Ehwal Islam Selangor pula ialah Ustaz Sallehen Mukhyi dari Pas. Justeru gila apakah Mujahid menggesa Putrajaya mengambil mengawal tindakan Jais ??? 

Inilah yang diagung-agungkan sebagai pejuang Islam ??? Inikah yang dianggap oleh sebahagian elit Melayu sebagai “intelektual Islam” ??? Sebenarnya,nasib Mujahid baik kerana allahyarham bapanya menamakan beliau dengan nama yang indah baik maknanya. Kalaulah nama beliau Khimar atau Albab,nescaya tiada apa lagi yang berguna kehidupan beliau sebagai manusia.Hakikatnya,Mujahid membuktikan beliau hanya pada nama,tapi akal di kepala lutut

ANDA NAK LIHAT BUKTI JELAS PERLEMBAGAAN MALAYSIA ???


UNTUK SELANJUTNYA

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

6 comments:

Xpas said...

Pelik sungguh ! Isu agama, isu aqidah, ilmuan agama, anak ilmuan agama, memihak kafir, menyanggahi sesama Islam (bahkan pihak berkuasa agama).
Bila menyebut kalimah "Allah" tak terasakah di hati, sekelian Malaikat memerhati dan Allah swt melihat, apakah akan diredhai, ataukah dimurkai ? Allah swt dipersekutukan disyirikkan, mrk membela. Hak kafir dibela, hak Allah swt dan umat Islam dicabar, diperlekeh.
Sesungguhnya Allah swt itu As Sabbur, mudah mudahan dgn As Sabbur Allah swt itu memberi kesempatan utk kita semua bertaubat dan memperbaiki diri, sebelum didatangkanNya hukuman dan pembalasan, na'uzubillah !

Anonymous said...


JAIS jelas di bawah Kerajaan Negeri Selangor bukan Puterajaya. Tetapi Mujahid mahu Puterajaya langgar undang-undang dengan campur tangan hal-hal yang jelas di bawah kuasa Kerajaan Negeri Selangor. Saya sokong Puterajaya bertindak bukan terhadap JAIS tetapi kepada Kerajaan Selangor yang gagal bertindak terhadap badan mereka sendiri. Kalau Mujahid dah bagi kebenaran kepada Puterajaya untuk bertindak, lebih baik tindakan itu diambil terhadap Kerajaan Negeri Selangor di atas kegagalan mereka bertindak.Saya minta Puterajaya langgar undang-undang dengan memecat Kerajaan Selangor he he he

Anonymous said...

Nak pancing Undi !! Konon nya pas ni liberal laaa sangaattt !! Hikpokrit !

Anonymous said...

kena Tanya mamat ni, apa mamat ni buat untuk islam, adakah membesar mengagungkan islam atau menghancurkan islam di Malaysia, apa jadi islam di timur tengah patut jadi bahan kajian mamat phd ni, undang undang islam di Malaysia untuk menjaga kemulian islam dimalaysia, peduli apa lain Negara nak bebas guna allah untuk ugama lain, undang undang Malaysia untuk Malaysia, don't be too liberal that this mamat think that he can sell allah and be a champion..must remember what is the objectives of this kafir using allah, why now that this group is so bloody interested to turn and twist the word of allah..mamat plslook back... you are not that smart..

Anonymous said...

kepada mamat mujahid ni, kena Tanya, kamu sayang tak ugama kamu, kalau kamu saying kenapa nak bagi orang lain guna allah cara mereka,,,Tanya lagi, kamu sayang tak anak bini kamu, kalau sayang sanggup ke kamu bagi orang lain pakai anak bini kamu...jangan lah liberal sangat..fikir untuk long term

Anonymous said...

IMAN TAK DAPAT DIWARISI DARI SEORANG AYAH YANG BERTAQWA......itulah bait bait senikata lagu nasyid RAIHAN. RENUNGKANLAH SEJENAK.....BEGITULAH SENARIO YANG BERLAKU PADA MUJAHID, ANAK SEORANG ULAMA ULUNG PAS @ YUSSOF RAWA.....BELIAU SENDIRI YANG MELETAKKAN DIRI NYA SAMA TARAF DENGAN HAIWAN YANG MELATA.....GAGAL GUNA AKAL KURNIAAN ALLAH PADA TEMPAT SEPATUTNYA, GAGAL BERFIKIR DENGAN WARAS SEBAGAIMANA INSAN LAIN YANG SEBAYA DAN SEAGAMA.....KETAKSUBAN MELAMPAU PADA PARTI SYAITAN @ PAS MENYEBABKAN BELIAU HILANG PERTIMBANGAN DAN AKAL.....GAGAL UNTUK BERFIKIR SEBAGAIMANA SEORANG TUA YANG MATANG DAN CERDIK.....SEBALIKNYA FIKIRAN BELIAU SETARAF DENGAN BUDAK-BUDAK HINGUSAN....ALANGKAH MALANGNYA UMMAH KERANA MEMPUNYAI MANUSIA SEKEJI DAN SEDANGKAL INI.........yang benar MAT JU JELI KELANTAN.

 
 
Blogger Templates