Apabila Amerika memperkenalkan gaji minimum lebih kurang 50 tahun dahulu,negara
itu telah menyaksikan pengangguran yang meningkat secara drastik.Bagaimanapun,pada hari ini,apabila jurang tahap pendidikan rakyat telah diatasi dan kualiti lepasan
sekolah tingginya mencapai tahap kelayakan yang sesuai bagi gaji minima yang
ditetapkan,penetapan gaji minimum bukanlah satu masalah lagi bagi Amerika.Teruja untuk menjadi negara berpendapatan tinggi,pada tahun 2012,MTUC telah
mendesak kerajaan agar melaksanakan gaji minimum RM900.Tanpa mengambil kira
pengarajan dari Amerika,pada tahun yang sama,PR turut mendesak
perkara sama tetapi meletakkan tangga minima gaji lebih tinggi iaitu RM1,100.Desakan ini mendapat kritikan ramai termasuklah Datuk Seri Chua Soi Lek yang
menyatakan bahawa cadangan itu bakal membawa lebih banyak masalah lain.Ini
berdasarkan jurang tahap pendidikan yang begitu besar di kalangan masyarakat,kualiti
lepasan sekolah dan universiti yang kurang memuaskan, masalah pendatang asing dan
juga masalah perkauman yang berkait rapat dengan jurang tahap pendidikan dan juga
kualiti graduan atau lepasan sekolah.
Bagaimanapun, kerajaan nampaknya akur dengan desakan MTUC dan
seolah-olah terdesak untuk menyaingi PR lalu bersetuju dengan gaji minimum
RM900.
Sehubungan dengan itu,pada November lalu,kerajaan telah mengumumkan
perlaksanaan gaji minima bermula Januari 2014.Sekali lagi kritikan lantang terdengar di kalangan blogger,pemerhati politik dan juga
negarawan ulung Tun Mahathir yang tidak bersetuju dengan keputusan itu.Kerajaan
diingatkan bahawa tindakan itu bakal membawa kesan berantai yang tidak baik bagi
ekonomi negara.Peringatan itu nampaknya menjadi nyata apabila para peniaga mula menaikkan
harga barangan sebagai persediaan untuk menanggung kos gaji pekerja yang
meningkat.Dengan perlaksanaan gaji minima,gaji pekerja bawahan (tanpa
kelulusan) yang mungkin sebelumnya RM600 perlu ditingkatkan kepada RM900.Ini
menjadikan pekerja lepasan SPM yang mungkin menerima RM850 perlu ditingkatkan
sekurang-kurangnya kepada RM1150 bagi menyaingi peningkatan pekerja bawahan
tadi. Justeru, gaji pemegang diploma dan ijazah tentulah perlu ditingkatkan juga.Peningkatan gaji pekerja-pekerja ini membawa kepada peningkatan yang drastik dalam
kos pengurusan.Itu belum lagi diambil kira kos pembelian stok dari pembekal yang
pastinya turut meningkat kerana pembekal itu juga perlu menangani peningkatan kos
pengurusan perniagaannya.
Perlu diingatkan juga bahawa semua peningkatan ini belum lagi termasuk kos utiliti di
mana tariff elektrik juga telah meningkat.
Oleh kerana matlamat perniagaan adalah keuntungan,maka peniaga perlu
memindahkan kos utiliti,operasi dan pengurusan yang meningkat itu ke atas bahu
pelanggan bagi memastikan matlamat tercapai.Justeru,akhirnya, kesemua kos ini akan ditanggung oleh pengguna,iaitu rakyat
marhaen.Mereka yang paling terjejas pastinya golongan menengah di bandar yang tidak dapat
mengelak atau mencari alternatif lain bagi meneruskan kelangsungan hidup.Kalaupun
mereka mempunyai majikan yang prihatin dan menaikkan gaji mereka selaras dengan
perlaksanaan gaji minima,ia amat sukar untuk mengimbangi kos Taska,Tadika, bas
sekolah,makanan dan keperluan lain yang meningkat berkali ganda.Peniaga pula akan berada dalam keadaan dilema untuk mengimbangi antara skop kerja
dengan jumlah gaji yang wajar diberikan kepada pekerjanya.Semakin ramai peniaga
lebih selesa untuk mengambil pekerja asing dengan gaji RM900 daripada warga
Malaysia lepasan SPM yang tentunya inginkan gaji lebih tinggi dari itu. Lebih teruk lagi
sekiranya pemegang diploma atau ijazah pula tidak menunjukkan kebolehan setara
untuk diberikan gaji mengikut kelayakan mereka.apa yang berlaku akan menyebabkan masalah pendatang asing dan juga
pengangguran di kalangan rakyat Malaysia turut meningkat.
Ini adalah kesan rantaian yang seharusnya dikaji terlebih dahulu sebelum sebarang
pengumuman dibuat dan sebelum tunduk kepada desakan mana-mana pihak.Kesan
rantaian ekonomi adalah pengetahuan asas yang seharusnya difahami oleh pihak
pencadang dan perancang dasar kerajaan.Oleh itu,inilah disarankan agar
makmal atau bengkel atau apa saja badan untuk mengkaji sebarang keputusan, perlu
diwujudkan sebelum pengumuman dibuat dan bukannya selepas diseranah oleh
rakyat.Bertitik-tolak dari itu, inilah disarankan agar perkara utama yang perlu diatasi terlebih
dahulu oleh kepimpinan ialah masalah ‘tidak mengkaji dan tidak faham ekonomi asas’ di
kalangan para penasihat atau perunding yang membentangkan cadangan dan
membuat keputusan untuk kerajaan.Walaupun pahit untuk ditelan,namun hakikatnya,rakyat tertanya-tanya, apakah mereka ini langsung tidak punya pengalaman dan
pengetahuan tentang apa yang mereka lakukan ??? Sedangkan,pengurusan ekonomi
negara tidak boleh menggunapakai strategi ‘trial and error’ atau ‘guess and check’.
Kita tidak mahu melihat sebarang tindakan atau kenyataan ‘flip-flop’ lagi dari kerajaan
yang mampu membuka ruang kecaman sekali gus menimbulkan ketidakyakinan
rakyat.Malaysia tidak mampu membiarkan kerajaan sedia ada terus lemah dan
semakin lemah. Sedarlah bahawa kekukuhan ekonomi negara bukan lagi jaminan
kekuatan parti memerintah.Kadangkala,kedudukan ekonomi negara yang baik belum
tentu menjamin rakyat hidup sejahtera.Sejarah Britain di bawah pemerintahan Margaret Thatcher wajar dijadikan
pengajaran di mana ketika ekonomi negara itu dikatakan pulih dan semakin kukuh,rakyat terus mengecam dan menentang dasarnya.Kerajaan Thatcher dikatakan
mengutamakan ‘majikan’ dari ‘pekerja’ atau ‘peniaga’ dari ‘pengguna’.Akhirnya,Thatcher menjadi sasaran kutukan rakyat dan liabiliti kepada partinya.Sudah tentu kita tidak mahu perkara yang sama berlaku pada Malaysia.saya yakin semua perunding,penasihat dan pegawai-pegawai yang terlibat dalam
merangka dasar kerajaan cukup arif tentang sejarah kepimpinan Thatcher.Justeru itu,inilah diseru agar semua yang terlibat mengambil pengajaran dari sejarah
dan jika perlu, rujuklah kepada yang berpengalmaan.Kesimpulannya,dalam isu gaji
minima ini,wajarlah kerajaan memikirkan semula dengan lebih mendalam sebelum
meneruskannya.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
Kepala bapak kau la admin .. Makan taik.. Sial ... laknatullah.. Yahudi..
Mampos la kau dgn keluarga kau binatang..
Post a Comment