Sepertimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan,harga kereta kini dijangka akan terus
turun antara 20%-30% menjelang 2018.Penurunan ini membabitkan kereta yang
dipasang di dalam negara,sekali gus menggalakan syarikat automotif membuka kilang
pemasangan di negara ini.Antara pengeluar yang terlibat dan telah pun mengurangkan harga secara berperingkat
ialah Honda Jazz iaitu penurunan sehingga 17%,Nissan Sentra 13%,Proton Saga
12% dan Perodua Alza 12%.Bagi memastikan usaha mengurangkan harga kereta
berjaya dilaksanakan dengan lebih berkesan, kerajaan bercadang untuk mengurangkan
duti eksais dan juga membenarkan pengeluar tempatan termasuk dari negara ASEAN,memohon rebat cukai.
Penurunan ini bukan sahaja bakal menjadikan lebih ramai rakyat akan mampu memiliki
kereta tetapi ia juga turut membuka peluang pekerjaan dan juga perniagaan berkaitan
automotif.Ia juga dilihat mampu membawa industri otomotif negara ke tahap yang
lebih tinggi melalui pemindahan teknologi dan pengetahuan, khususnya dalam segmen
Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).Seperti yang dijangka,langkah murni kerajaan ini hanya dipandang sinis oleh
pembangkang yang ‘perasan’ bahawa kerajaan telah menciplak idea mereka.Namun,tidak seperti saranan pembangkang,langkah penurunan harga kereta oleh
kerajaan dibuat dengan teliti setelah mengkaji dari berbagai aspek terutama kesannya
terhadap pengeluar kereta nasional.
Oleh yang demikian,kerajaan bercadang memastikan lesen pemasangan EEV hanya
diberi kepada enjin berkapasiti 1800cc ke atas dengan harga RM150,000 se-unit agar
tidak ‘mengganggu’ pasaran kereta nasional.Jelas,kerajaan cukup berhati-hati dengan mengambil tindakan secara berperingkat-
peringkat bagi memastikan matlamat sebenar untuk memudahkan pengguna dan
menjana ekonomi negara tercapai.Apa yang pasti,tindakan kerajaan menurunkan harga kereta bukanlah satu tindakan
politik untuk bersaing dengan pembangkang,tetapi merupakan satu langkah yang
memandang jauh ke hadapan serta prihatin dengan realiti kehidupan rakyat.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
3 comments:
Lu nak tipu siapa Bro? Ini adalah discount dari saleman punya harga turun Bro!!!!
alfie
Kena Bohong la machai kangkong... Menjelang PRU14 .. semuanya turun.. Yg bodoh .. Bebal ..penyokong TEGAR MACHAI PM KANGKONG.. Klu btul mau kasi turun hrga keta.. SEKARANG la... Knapa tunggu 2017-2018.. Kena kincing la machai.. Dgn PM KANGKONG... Uhuhuhuhuhuuuuuu
Bodoh ini orang... tarak otak... otak letak kat kepala takuk ko.... 2018 ape ke halnya.... lu jilat la sama itu PM Kangkung... lu apa dapat?
Post a Comment