Social Icons

Pages

Wednesday, January 15, 2014

#KALIMAHALLAH !!! BILA NAK AMBIL TINDAKAN KE ATAS MEREKA YANG HINA #MAHKAMAH ???


Oktober lalu,Mahkamah Rayuan membuat keputusan melarang penerbitan majalah mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu selepas merumuskan penggunaan kalimah ‘Allah’ bukan sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian.Bagaimanapun,Pengarang majalah Herald-The Catholic Weekly,Paderi Lawrence Andrew kemudiannya secara biadab telah membuat kenyataan bahawa gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya.Kenyataan Andrew bukan sahaja menghina keputusan Mahkamah Rayuan, malahan turut bercanggah dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 14 Disember lalu.Sultan Sharafuddin antara lain menegaskan,semua rakyat,khasnya di Selangor,tanpa mengira kaum dan latar belakang,perlu akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh bukan Islam seperti yang tertakluk mengikut peruntukan Seksyen 9,Bahagian 1,Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988. 

Hari ini,kemelut kalimah ‘Allah’ menjadi semakin rumit apabila Bible Society Malaysia (BSM) pula bertindak membelakangkan mahkamah dan menderhaka titah Sultan dengan terus mengedar Bible Melayu dengan nama ‘Allah’ di dalamnya.Akibatnya,premis BSM telah diserbu oleh JAIS dan bible tersebut dirampas.Kejadian ini digunakan sepenuhnya oleh pihak Kristian untuk menimbulkan gambaran buruk terhadap JAIS,Islam dan juga kerajaan walaupun apa yang berlaku ialah pihak mereka yang sebenarnya melanggar undang-undang.Setiap negara ada undang-undang dan setiap rakyat wajib akur kepada undang- undang.  Undang-undang dibuat bagi memastikan keadaan berada dalam keadaan terkawal, selain menegakkan keadilan.  

Apabila ada pihak yang dengan sengaja melanggar dan tidak menghormati undang-undang maka keadaan akan menjadi huru- hara dan negara mampu menjadi tidak stabil.Manusia yang bertamadun tidak punya masalah untuk patuh kepada undang-undang biarpun kadangkala mereka merasakan yang ia tidak menepati citarasanya.Dalam negara demokrasi,biarpun semua golongan punya hak masing-masing,namun kehendak majoriti wajib diutamakan.Ini adalah keadilan mengikut sistem demokrasi.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

1/13/2014
Monday, January 13, 2014
Wauu......Banyaknya Duit Kak Mah!
Entahlah......
Kalau surat khabar ni tak betul, memfitnahlah aku!
Dalam keadaan rakyat nak makan susah ratusan juta belanja untuk anak buat filem
Tapi itu duit Kak Mah dari sumber yang sah.......lantaklah kan? 
Kalau bukan duit rakyat

*Anak Rosmah, Riza Aziz harumkan nama negara*
WARTAWAN SINAR HARIAN
13 Januari 2014
Riza (paling kiri) bersama penerbit Joey McFarland dan para pelakon filem The Wolf of Wall Street iaitu Margot Robbie, Leonardo DiCaprio ketika tayangan perdana filem berkenaan di Leicester, London pada 9 Januari lalu. - Foto Mstar Online
LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT. Produser filem Hollywood kelahiran Malaysia, Riza Aziz mencipta nama menerusi kejayaan filem terbitannya, The Wolf Of Wall Street yang menggondol Anugerah Golden Globes kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan mantap Leonardo DiCaprio.
"Filem yang menelan belanja RM326 juta itu didakwa hasil sumbangan kewangan daripada ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak."
Dipetik Mstar Online, Riza dikatakan enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi yang melanda filemnya itu.
Riza merupakan anak Rosmah bersama bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik.
Filem penuh kontroversi itu berdasarkan kisah benar mengenai broker saham Wall Street, Jordan Belfort lakonan DiCaprio yang dipenjarakan kerana rasuah dan jenayah perdagangan.
Filem itu turut membariskan bintang-bintang Hollywood terkenal seperti Jonah Hill, Margot Robbie and Matthew McConaughey.
Mengulas mengenai kemenangan DiCaprio, Riza akui sangat berbangga dengan bakat dan dedikasi bintang ‘superstar’ Hollywood itu.
"Saya senang bekerjasama dengan Leo. Dia seorang pelakon yang sangat profesional dan komited terhadap tugasnya.
“Leo seorang bintang filem ternama yang sangat merendah diri dan baik hati," kata Riza.
DiCaprio dikatakan bersetuju berlakon filem The Wolf Of Wall Street di atas dasar persahabatannya yang sudah terjalin dengan Riza sejak beberapa tahun yang lalu.Posted by mountdweller

Anonymous said...

Fuyyooo... Duit kak semah menabung dari kecik tu... Bagus la.... Machai semua ptt contohi... X de la hidup miskin dan harapkan duit brim je... Nasib kangkung dulu naik skrg dh turun...

 
 
Blogger Templates