Penyanyi nasyid tersohor tanah air,Hafiz Hamidun menyelar para pengguna
media sosial yang begitu ghairah menggunakan isu #kangkung ketika memuatnaik
status di laman media sosial seperti Facebook,Twitter dan Instagram mereka.Beliau yang juga merupakan bekas anggota kumpulan nasyid UNIC,itu melahirkan
rasa kesal di atas sikap segelintir masyarakat yang sengaja menggunakan isu remeh
itu,berbanding cerita mengenai kelahiran junjungan besar umat Islam Nabi Muhammad
SAW.
“Nampaknya kita lebih gemar ‘share’ cerita kangkung dari cerita Maulidur Rasul. Salam
Maulidur Rasul” luahnya di laman Twitter miliknya.Paling menarik,status tersebut turut dikongsikan hampir 400 orang peminatnya sebagai
tanda bersetuju dengan kenyataan tersebut dan seramai 139 orang telah menjadikan
status tersebut sebagai ‘favourite’.Apabila beliau menggunakan status yang sama
di laman facebook miliknya,seramai 18,386 orang telah menekan butang ‘like’
dan dikongsi oleh 1,082 orang.
Isu #kangkung mula menjadi hangat apabila segelintir penyokong pembangkang cuba
memutar-belitkan dan menggunakan kenyataan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib ketika majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman.Tidak ketinggalan media dan portal pembangkang juga turut menggunakan isu ini,bagi menghangatkan suasana dengan pelbagai andaian,kononnya kerajaan Barisan
Nasional begitu berbangga dapat menurunkan harga #kangkung.Sedangkan secara realitinya #kangkung hanya digunakan sebagai contoh untuk
membuktikan bahasa pembangkang hanya pandai menyalahkan kerajaan dalam isu
kenaikan harga barang.Dalam erti kata mudah,perkataan kangkung hanyalah sebagai
analogi mudah untuk menerangkan kepada rakyat,bahawa kerajaan hanya mengawal
sebilangan barangan keperluan asas seperti beras,gula,minyak dan sebagainya.
Selebihnya yang tidak termasuk dalam harga kawalan,ia ditetapkan oleh pengilang,pengedar,pemborong,penjual dan sebagainya.Oleh itu sebagai pengguna,rakyat
seharusnya turut memainkan peranan apabila ada di kalangan mereka yang sengaja
mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan keperluan.Malah ada sesetengah pendapat yang mengatakan kenaikan harga barang di pasaran
ini berkemungkinan sengaja dilakukan oleh mereka-mereka yang ingin memastikan
rakyat terbeban, sekali gus menyalahkan kerajaan.Berbalik kepada isu yang dibincangkan,walaupun pembangkang cuba menjadikan
#kangkung sebagai pendekatan mewujudkan persepsi negatif masyarakat terhadap
kerajaan.
Masih ada di kalangan mereka yang merasakan ia hanyalah strategi
pembangkang untuk mengalihkan tumpuan masyarakat terhadap isu yang lebih besar.Selain mengalihkan perhatian masyarakat Islam terhadap hari kelahiran Nabi
Muhammad SAW,ada di kalangan pengguna media sosial merasakan banyak lagi isu
besar yang cuba ditutup oleh pembangkang.Contoh polemik penggunaan kalimah Allah,perebutan kuasa di Selangor antara Azmin
Ali dan Khalid Ibrahim,penutupan pusat Giat Mara dan sebagainya.
Berikut adalah
antara komen pengguna media sosial berhubung isu #kangkung :
Mega Sutera isu kangkung lebih menarik perhatian dari isu penutupan giat
mara...adakah ini kejayaan kacang merah?
Saikopen Saiko Kaum cina rileks aje... yang bising...kenapa kita SPIN isu nie... cari
maksudnya bukan ayatnya...
Saikopen Saiko cuba lihat sekeliling... bising bab KANGKUNG ... Kita diam
dalam bab TUTUPNYA PUSAT LATIHAN GIAT MARA...bila tutupnya pusat itu..
bermakna TUTUPNYA SALAH SATU PENDIDIKAN ISLAM.... lihat betapa cerdiknya
Orang Kristian PERBODOHKAN ORANG ISLAM.... TUMBANGNYA INSTITUSI
ISLAM... GELAK GELAK GELAK.. AKHIRNYA KITA JUGA BERSAMA DENGAN
GOLONGAN TERSEBUT... WALLAHUALAM..
Polong Al TMx Bodoh ker khalid nak tutup giat mara yg dah jd darah daging kaum
melayu selama nie hakhak melaikan isu untk tutup isu besar yg lain...fikir2 hakhak
Samuel Hashim Sayur sayuran dan kangkong je jadi contoh permulaan projek utk
10,000 perserta he he he..apa pun saya nampak kerajaan mahu menggalakan
bumiputera berusaha berniaga dlm semua perniagaan..dan bermaufakat dlm semua
perniagaan dari ahli2 dari akaq umbi sampai keatas party umno BN.Pemimpin dan
ahli2 akar umbi menghuluran perbagai bantuan hal2 isu yg tahu tentang keperluan
hidup bumiputera.Harap2 semua ahli mainkan peranan menjayakan hasrat pasaran
perniagaan hal2 keperluan hidup supaya tidak di monopoli satu kaum saja..amin.
Firdaus Azil The level of intelligence around here is worrying. Feeling suffocated
reading these unfunny jokes and trolls about kangkung.Are you considering yourself as
funny? Its nowhere near funny. It is silly
FarEast Roslan nk buat mcm mana,kt Malaysia ramai sgt taksub bpolitik...x kira la kalau
najib sebut apa pun..tetap kena balik kt dia sbb bila hati dah benci kt org..kata la apa
pun,tetap org pusing..
Nur Arisyah bodonye......pm kate ttg kangkung sbb ape sblm ni?? npe lA bodo bangang
sgt. pastu puak korg slps tu abs sindir gile kangkung, x ke bodo nmenye tu
Aisyah Haziq Haiqal Apa ada pada kangkung...cuma sekadar sayur...nak jd isu
sangat watpe...manusia2 yg suka mengaib dan mengajuk org lain...Selebihnya
biar Allah yg tentukan.kita bkan sesiapa..nabi bkan..malaikat apalagi...kita cuma
manusia biasa..xda sempurnanya.gunakan pendekatan menegur secara sopan..bkan
menghina. .muhasabah diri lebih baik..yg baik dtg dari Allah,dan yg buruk sebenarnya
dari kita sendiri.salam maulidur rasul....
Kesimpulannya walaupun,para penyokong pembangkang dan tidak ketinggalan para
macai mengatakan isu #kangkung menjadi satu topik perbualan hangat kononnya
rakyat marah adalah merupakan sebahagian dari strategik mereka.Sedangkan masih
ramai lagi yang bijak dan faham maksud sebenar yang ingin disampaikan.
Salam Maulidur Rasul buat semua
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
Kangkung dulu naik skrg dh turun.. Kangkung dulu naik skrg dh turun..
Kangkung dulu naik skrg dh turun..
Najisb dh kantoi mengkangkung kan diri sndri..
Yg ini pun salah DSAI dan Pakatan Rakyat juga kot... Huhuhuhuhu.. Machai.. Bodoh.. Samseng.. Fitnah dan sewaktu dgnnya berpisah tiada..
Yang ini admin badut lahanat x nak share ke kisahnya..
Apa kata anda..
Renung-renungkan lah ya...
13/01/14Macha MIC kena tumbuk dgn Machai Umno
Macha kena tibai dengan Machai!ayoyo amma.... !!
Kesian....
Tapi tak apa disini ada petua untuk hilangkan kesan kesan tumbukan dari macai umno itu ..
Hanya perlu sepucuk kangkung digosok sikit dengan air liur kemudian sapu terus dekat leher,inshaallah baik lah sakitnya tuuuuu.
kah kah kah...
Ubat paling mujarab ketika ini !!!!****
MIC mahu ahli Umno diambil tindakan kerana tumbuk timbalan menteri
MIC hari ini menggesa tindakan diambil ke atas ahli Umno yang menumbuk Timbalan Menteri Pendidikan II P. Kamalanathan (gambar) dalam satu mesyuarat di Hulu Selangor pada Ahad lalu.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pemuda MIC Selangor Shanker Raj Ayanger meluahkan kekesalan yang amat sangat terhadap tindakan biadap ahli Pemuda Umno Hulu Selangor dan menggesa polis campurtangan untuk mengambil tindakan.
“Lelaki ini telah mengundang malu kepada seluruh sayap pemuda Barisan Nasional (BN) dengan apa yang telah dilakukannya. Kepimpinan Umno mesti campurtangan dan mengambil tindakan terhadap ahli tersebut.
“Dia juga mesti diarahkan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Kamalanathan,” katanya.
Insiden tersebut dilaporkan berlaku dalam satu mesyuarat cawangan Umno di Hulu Selangor pada Ahad yang mana Kamalanathan selaku Ahli Parlimen Hulu Selangor turut menghadiri mesyuarat itu.
Timbalan menteri itu dilaporkan dikasari selepas lelaki berkenaan berang kerana Kamalanathan tidak mengendahkan permintaan pertukaran anaknya yang juga merupakan seorang guru dari Johor ke Hulu Selangor.
Ketua Polis Hulu Selangor Supritendan Shukri Yaacob berkata Kamalanathan membuat laporan polis selepas kejadian itu dan polis masih menyiasat.
Post a Comment