Polemik perbalahan antara Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali dan Menteri Besar
Selangor,Abdul Khalid Ibrahim seperti tiada penghujungnya.Terbaru Khalid
memaklumkan isu pemecatan Azmin sebagai ahli lembaga pengarah,Perbadanan
Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kekal sehingga siasatan lanjutan mengenai
diselesaikan.Khalid melalui kenyataan medianya seperti cuba untuk ‘lepas
tangan’ apabila mengatakan pemecatan Azmin pada 8 Januari lalu telah dilakukan
tanpa pengetahuannya.Bagi menguatkan lagi dakwaan tersebut,Khalid turut memaklumkan Pengurus
Besar Datuk Othman Omar dan Setiausaha Eksekutif PKNS Norita Mohd Sidek telah
dipindahkan ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi
dengan serta-merta.Tindakan itu diambil kononnya untuk membolehkan siasatan dijalankan sekali gus
mengelakkan wujud sebarang campur tangan yang mungkin boleh mengganggu
siasatan.
Paling menarik,Azmin sebelum ini ketika menjawab tweet yang dihantar oleh salah
seorang pengikutnya menyifatkan Khalid sebagai ‘Mr U-Turn’. “Hanya Mr. U Turn boleh kata begitu” jelas Azmin ketika menjawab persoalan
berhubung pemecatannya sebagai ahli lembaga pengarah.Malah apabila ada salah seorang pengikutnya mengatakan “hanya di Selangor,Pengurus Besar boleh pecat ahli lembaga pengarah” dia yang juga merupakan
Pengerusi PKR Selangor dengan segera menjawab “Mr U-turn”.Ia sekali gus
menguatkan lagi andaian bahawa pemecatan dari PKNS adalah merupakan sandiwara
Khalid.Tidak cukup dengan itu,Azmin turut dilihat menyerang Khalid dengan melabelkan nya
sebagai ‘orang tua’ dan bekas Setiausaha Politknya,Faekah Husin sebagai ‘anak
dara tua’. “Tapi ada orang tua yang suka andartu” sindirnya pula.kelmarin,kawan baik azmin mengadakan demo di PKNS.lihat video di bawah
Kesimpulannya,Azmin jelas tidak berpuas hati dengan keputusan ‘suara-suara ghaib’ untuk menyingkirkannya dari PKNS.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment