‘Ibarat Cacing Naik Ke Mata’.Mungkin itu antara perumpamaan yang sesuai diberikan
kepada tindakan dan kenyataan berbaur perkauman yang ditimbulkan oleh sesetengah
pihak kerana ingin mengeruhkan keharmonian dan perpaduan yang wujud di negara ini.Hari demi hari,pasti ada sahaja laporan mengenai isu yang menyentuh sensitiviti kaum
yang mana sekiranya tidak dibendung atau langkah pencegahan dilakukan dikhuatiri
bakal mewujudkan suasana tegang antara kaum.Terbaru kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang peguam,Edmund Bon yang
mengatakan orang bukan Melayu tidak perlu patuh dengan titah Yang Dipertuan Agong
kerana ia melanggar hak perundangan dan beragama mereka.“Bukan Islam tidak boleh didakwa di Mahkamah Syariah.Jadi mana-mana fatwa
daripada Majlis Fatwa Kebangsaan tidak terpakai kepada bukan Islam,” katanya.
Tidak cukup dengan itu,portal pro pembangkang turut melaporkan kenyataan seorang
yang kononnya pakar perlembagaan yang mengatakan Malaysia merupakan sebuah
negara sekular dan bukan Islam.Oleh itu,negara ini tidak perlu mematuhi mana-mana
titah dikeluarkan pemerintah negeri atau fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan.Pengasas Lawyers for Liberty Eric Paulsen juga mengatakan tidak ada apa yang
boleh dilakukan oleh penguatkuasa agama terhadap bukan Islam.“Apa-apa titah dikeluarkan,sama ada daripada Sultan atau Yang di-Pertuan Agong,tidak terpakai kepada bukan Islam,” kata Paulsen. “Walaupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Jabatan Agama Islam
Selangor (Jais) mengeluarkan perintah,ia tidak memberi kesan kepada bukan
Islam."
Yang di-Pertuan Agong,Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dalam titah baginda
sempena istiadat menyembah tahniah dan pengurniaan darjah serta bintang
kebesaran pada Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-86 di Istana Anak Bukit sebelum
ini menegaskan, kalimah Allah adalah merupakan hak eksklusif umat Islam dan
penggunaannya dilarang dalam kalangan penganut agama lain.Seri Paduka Baginda turut menitahkan,ketetapan tersebut sudah jelas dibuat oleh
Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1986 dan ia perlu dihormati.Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika mengulas
mengenainya berkata titah tersebut perlu dipatuhi oleh rakyat bagi menjamin
keharmonian serta sensitiviti masyarakat berbilang kaum di negara ini."Sudah berulang kali dijelaskan bahawa kalimah Allah dan takrifan 'God' atau tuhan
bagi Kristian adalah berbeza.Paling ketara adalah konsep ketauhidan dan keesaan
tuhan yang kita baca dalam surah al-Ikhlas iaitu pengakuan kita terhadap tuhan yang
satu."Kalau sudah ada konsep 'God' yang bersifat triniti,maka sudah tentu akan berlaku
kecelaruan. Pada saya semua kita sudah faham tetap masih ada segelintir yang
ekstrem menyebabkan kelompok masyarakat jadi keliru," katanya.
Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat),Ismail Mina
Ahmad ketika mengulas mnegenainya berkata,setiap rakyat negara ini tanpa mengira
kaum dan agama mesti menjunjung titah Seri Paduka.Mana-mana pihak yang mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong,yang melarang
penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain boleh dianggap sebagai
penderhaka. Menurut beliau, sesiapa sahaja yang mengingkari titah Yang di-Pertuan
Agong tidak layak untuk menjadi warganegara Malaysia.Dalam pada itu,Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina),Ibrahim Mohd.
Hassan berkata, tindakan tegas hendaklah diambil ke atas mana-mana pihak yang
mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong.Jika masih tidak mahu tunduk dan meminta maaf, mereka boleh dianggap sebagai
ingkar serta derhaka," jelasnya.Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula ketika diminta mengulas
mengenainya enggan memberikan sebarang komen.“Saya tak naklah bagi komen apa-apa, takut nanti disalah tafsir.Biarlah mereka yang
dalam bidang guaman dan undang-undang yang berikan pendapat.Walaupun saya ada
maklumat mengenainya” katanya.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
Kalau la rakyat biasa yng cakap macam tu...sah malam tiga pagi SB nanti mai angkat. tetapi cina kiasu ni peguam..sooo gunalah undang-undang yang sama . bertindaklah sebelum nasi menjadi bubur...
Post a Comment