Tindakan pimpinan PKR yang mempermainkan sistem demokrasi mendapat bantahan
dan kecaman ramai pihak.Ramai yang melihat,tindakan Adun Kajang yang sengaja
meletakkan jawatan bagi membolehkan Anwar bertanding sebagai satu pembaziran
dan cuba memperbodoh-bodohkan rakyat.Ahli Jawatankuasa Pas Pusat,Nasrudin Hassan Tantawi,terkejut
dengan ‘perancangan’ untuk mengadakan pilihan raya kecil yang bukan disebabkan
kematian atau keuzuran.Menurutnya keputusan meletakkan jawatan untuk
membolehkan pilihanraya kecil diadakan bagi memberi laluan pada seseorang yang
lain disifatkan sebagai main-main.
“Pilihanraya ni sebahagian dari perjuangan.Bukan untuk melampias agenda peribadi
atau kelompok tertentu.Bukan juga tempat untuk test power atau test market dan
bukan juga untuk test drive.Jauh sekali menjadi papan catur untuk kick out rakan
seperjuangan.Pilihanraya adalah medan rakyat memilih pemimpin dan pemimpin telah dipilih dengan
penuh pengorbanan dan kepercayaan.Perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelah
mendapat mandat rakyat adalah satu langkah khianat pada amanah. Sungguhpun tidak
lompat parti ia adalah tidak wajar .Kalau lompat parti, maka itu adalah dosa berganda,”
katanya menerusi laman Facebook.
Nasrudin turut mengatakan tindakan bekas Adun Kajang yang meletakkan jawatan itu
telah mengabaikan amanah dan mensia-siakan kepercayaan rakyat.
“Lebih malang kerana game ini dilihat cuba untuk mengkangkungkan rakyat.Sudahlah
rakyat berhempas pulas mengharungi musim buka sekolah dengan kos sara hidup
yang tinggi dan kenaikan harga barang yang melambung,kini wang,masa dan tenaga
mereka mahu dihabiskan pula untuk pilihanraya kecil yang malang di Kajang.Roadshow GST,mobilisasi TURUN seperti tiada makna bagi mereka.Saat rakyat
marah isu kos hidup dan derita dengan isu barang naik, mereka alih tumpuan yang
menambah perit dan jerih rakyat. Momentum hilang. Akhirnya rakyat berkata, kami
bertarung untuk hidup. Kamu bertarung sesama sendiri untuk merebut jawatan".
Bekas Ketua Pemuda Pas itu turut mempertikaikan tindakan tersebut kerana
mengetepikan prinsip muafakat yang kononnya wujud di dalam pakatan pembangkang.Tambah parah apabila PKR langsung tidak berunding dan berbincang dengan Pas dan
Dap.“Ia satu tindakan memudaratkan rakyat dan mengkhianati amanah rakyat.Hukumnya
haram bertindak begini.Di dalam perkembangan yang sama,Pemuda Pas Selangor juga mengambil pendirian
yang sama dengan mengecam tindakan PKR yang sengaja meletakan jawatan untuk
memberi laluan kepada satu pilihan raya kecil.Ketua Pemuda PAS Selangor,Syarhan Humaizi Abdul Halim menegaskan jika
PKR gagal memberikan penjelasan yang munasabah secara bertulis, mereka akan
memboikot PRK DUN Kajang.
"Pemuda PAS Selangor sebulat suara bersetuju sekiranya PKR gagal berbuat demikian
maka arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk
tidak memberikan kerjasama dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kajang jika calon
yang dikemukakan adalah daripada PKR," katanya dalam satu kenyataan media.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
9 comments:
Alaaaa... sekejap je tu PAS buat bising... seperti biasa... pas akan akur juga demi perjuangan anti umno yg kesumat. Pas sanggup di buli pkr dan dap dari melihat umno menang.
sapa PAS nak bagi amaran kat PKR..??? walaupun PAS ramai pengikut berbanding PKR,, jentera pun lebih bagus drp PKR tapi PAS tetap bertaraf macai je bagi PKR... tak caya, tengoklah PRK Kajang kelak...
alai hai! PAS hanya anjing surohan dap dan pkr, pandai menyalak aje. kasihan...
Bila dah ANJING .. AKHIRNYA ...ANJING..
BUKAN BEGITU ..AHLI PAS ..Oii ..
anjing manjing. kalau x kaya kgn jdi tukang karot la depa kaya2 hang hanya tukang lakun je bodoh. Hidup Pas
Mp temerloh tu menang psal Dap dan Pkr kalau x mana mungkin jadi MP tu la golongan Kopiah Puteh kena belajar Politik ngan Mat Sabu kalau x faham
Pas ni perasan lebeh Biar la Anwar nk tanding mana2 sibuk je. kdg2 aku nak muntah bila Pemuda Pas Kopia Puteh komen. Dok diam2 boleh x. bahlull betul x faham bila dalam Pakatan. deiii diam boleh x biar Anwar ckp je kalau x faham
Tu Dun Kajang kan PKR pegang dulu sibuk nak letak Pas dan lain2 mcm la bagus. Mu letak la kalau Anwar dan Dap x dtg ceramah jgn harap boleh menang Kangkong betul la puak2 ni
senarai kan Pemuda Pas yg bantah Anwar tdg kat Kajang dia x stg pun x jdi apa. Mat Sabu sorang cukup bantu PKR. baru jdi Mp merapu puak2 tu
Post a Comment