Masyarakat khususnya di Selangor dan Lembah Klang pada ketika ini sedang
berdepan dengan masalah air,ekoran keputusan kerajaan negeri PKR yang mengambil
keputusan untuk mengenakan catuan air bermula semalam.Menurut laman web rasmi kerajaan negeri,pencatuan itu terpaksa dilakukan
disebabkan pengurangan yang ketara di Empangan Selangor yang turut melibatkan
Loji Sungai Rasa,Loji Sungai Selangor 1, 2 dan 3 ekoran keadaan cuaca panas yang
berlanjutan.
“Langkah ini terpaksa dilakukan bagi memastikan simpanan air empangan mampu
bertahan sehingga akhir Mac 2014,” menurut Menteri Besar Selangor,Abdul Khalid
Ibrahim.Khalid turut berkata pencatuan tersebut bertujuan untuk menambah simpanan air untuk
penggunaan dua bulan akan datang.“Mulai esok,setiap pemegang meter air akan terima air secara berjadual,iaitu dua hari
rumah itu akan dapat,lepas tu dua hari kemudian tidak dapat bekalan air dan begitulah
seterusnya secara bergilir-gilir.Penjadualan air ini akan berterusan supaya air di empangan negeri ini tidak banyak
digunakan dan bekalan air boleh disimpan untuk dua bulanan akan datang,” katanya.
Apa yang menghairankan,Khalid sebelum ini mendakwa bekalan air mentah di
Selangor masih berada di paras selamat walaupun berhadapan dengan cuaca panas
dan kering serta mampu bertahan sehingga lima bulan.“Sebab kita ada tiga,empat bulan (bekalan air mentah) untuk tunggu lagi satu bulan
(sebelum) musim tengkujuh” katanya kepada pemberita beberapa hari sebelum ini.Persoalannya mengapakah Khalid mengeluarkan kenyataan yang bercanggah ???
Sekejap dia mendakwa bekalan air Selangor mencukupi,namun selang beberapa hari
dia mengumumkan langkah pencatuan dan menyalahkan faktor cuaca.Atau mungkinkah ketika sesi penerangan diberikan,Khalid tertidur lagi sehingga
menyebabkan dia tidak tahu situasi sebenar.
Kalau tidak masakan kenyataan yang
diberikan berubah-ubah hanya dalam beberapa hari.Paling menarik,ada yang sedikit nakal menyifatkan bala yang terjadi di Selangor ini
adalah berpunca dari Anwar Ibrahim.Mereka mendakwa disebabkan Anwar begitu
rakus mengejar kuasa kerana ingin menjadi Menteri Besar,Tuhan telah menurunkan
bala untuk rakyat Selangor.Malah prestasi bola negeri juga gagal memberikan prestasi yang memberangsangkan
apabila kalah beberapa perlawanan sejurus selepas Anwar mengadakan perjumpaan
dengan kelab penyokong pasukan itu.Walaupun hujah-hujah berkenaan Anwar itu hanyalah merupakan pandangan ‘nakal’,namun apa yang pasti,semenjak pakatan rakyat memerintah Selangor,pelbagai
kepincangan dapat dilihat sehingga menyebabkan rakyat menjadi mangsa.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
rakyat selangor yg mengundi pemimpin mereka ...jadi janganlah salahkan pemimpin pusat bila ada kesusahan..konon inginkan perubahan.. kini kan dah berubah dari baik kepada lebih teruk lagi...tak tahu bersyukur itu sbbnya Allah bayar cash....
Setjuuuuuuuuuuuuu. Padan muka pd yg sokong PKR terima balasannya
Post a Comment