Ramai di kalangan penyokong dan ahli Pas,jelas terkejut dengan keputusan
Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang memerintahkan Presiden Pas,Abdul Hadi
Awang agar membayar saman RM2 juta yang dikemukakan oleh bekas calon PKR,Dun Bukit Besi,Mohd Shamsul Mat Amin.Namun apa yang paling memeranjatkan apabila,Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim
langsung tidak memberikan apa-apa kenyataan berhubung isu tersebut.Mungkin
kerana takut kehilangan sokongan khususnya dari kalangan ahli dan pengundi Pas,Anwar cuba mengambil pendekatan lepas tangan.Persoalannya apakah ini yang dinamakan sebagai permuafakatan di dalam pakatan
rakyat (PR) ???
Abdul Hadi dalam ceramahnya di Kampung Tebakang,Alor Limbat di Marang,Terengganu ketika kempen pilihanraya umum yang lalu berkata dengan lantang,kononnya dia MEMPUNYAI MAKLUMAT ada calon daripada pakatan
pembangkang yang membuat kerja haram iaitu menjual pil kuda dan mempunyai
fahaman bertentangan apabila meletakkan gambar pejuang revolusi komunis di markas
parti mereka.Dia dipetik berkata,parti Pas tidak boleh menerima perkara sebegitu dan tindakan parti
tersebut meletakkan tiga calonnya di kawasan ditandingi PKR diambil agar syaitan-syaitan tidak boleh masuk dalam pakatan pembangkang.Ekoran kenyataan tersebut Shamsul yang juga merupakan Ketua Angkatan Muda
PKR Dungun selaku plaintif memfailkan saman terhadap Hadi yang di dakwa telah
memfitnahnya.Dia yang masih merupakan ahli PKR mendakwa tindakan saman itu
diambil bagi membersihkan namanya yang sebelum ini dikaitkan dengan penjualan pil
kuda.
Apa yang menghairankan ialah,Anwar selaku Ketua Umum,PKR merangkap Ketua
Pembangkang yang mewakili semua parti gabungan di dalam PR,langsung tidak
memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.Memandangkan dia akan bertanding di kerusi Dun Kajang,Anwar mungkin cuba
bermain ‘politik selamat’ untuk tidak campur tangan di dalam kemelut yang sedang
melanda itu bagi mengelakkan perpecahan undi di kalangan ahli dan penyokong Pas.Ini kerana sekiranya dia mengambil pendekatan menyokong Hadi,sudah pasti ia
akan mendatangkan kemarahan di kalangan penyokong dan ahli PKR yang tidak
berpuas hati dengan penghinaan yang dilemparkan oleh Presiden Pas itu.Tambahan
pula sokongan Anwar (sekiranya ada),secara tidak langsung akan dilihat sebagai
mengiakan semua tuduhan Hadi itu.Dari sudut Pas pula,keengganan Anwar menyokong Hadi jelas membuktikan sikap
sebenar Ketua Pembangkang itu yang hanya mementingkan diri sendiri. Jadi benarlah
tanggapan yang mengatakan Hadi dan Pas hanya dijadikan sebagai kuda tunggangan
demi memastikan kelangsungan politik peribadi Anwar.
Kesimpulannya,ahli dan penyokong Pas seharusnya sedar dan jujur membuat
penilaian sendiri.Apakah perjuangan Pas di dalam pakatan rakyat untuk kepentingan
rakyat atau perjuangan untuk Anwar ???
Sokongan berterusan yang diberikan kepada Anwar di Kajang,hanya akan
membuktikan bahawa Pas sememangnya parti picisan yang hanya dijadikan alat untuk
kepentingan Anwar dan DAP.Walaupun Hadi dan parti itu dihina dan di perlekehkan,Pas TETAP menyokong PKR,DAP dan makhluk anugerah tuhan bernama Anwar Ibrahim.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
3 comments:
dua dua MAGKUK JAMBAN!
Asal pkr dari puak apa??? Sebab tu akal sama mcm puak asalnya.....sendiri makan pengat sendiri mau ingat la......pas pulak terlalu mengikut sebab nakkan populariti dari rakyat.......biar kalah asalkan parti bersih.....tak guna kalau menang tapi hakikatnya parti bergolak sesama sendiri......
Aljuburi bijak...lepas ni dia panggil mamat pkr tu dan buang kes.hadi terhutang budi pd anwar dan all out bantu pkr d prk kajang...yg bodo.....puak pas.
Post a Comment