Social Icons

Pages

Thursday, February 27, 2014

KANTOI !!! #SYABAS DI KAMBINGHITAMKAN OLEH #PEMBANGKANG ???


Masalah air di Selangor telah pun dijangka seawal sekurang-kurangnya 4 tahun dahulu.Kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar telah pun memberi amaran bahawa masalah air akan meruncing menjelang 2014 sekiranya tiada langkah awal dilakukan untuk menanganinya.Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab,kerajaan pusat telah pun merangka projek bagi menyalurkan air dari Pahang ke Selangor melalui Projek Loji Langat 2 yang kemudiannya ditentang hebat oleh kerajaan PR Selangor.Kerajaan PR menafikan yang Selangor bakal menghadapi masalah air dan turut mendabik dada kononnya mampu membawa masuk teknologi yang jauh lebih baik untuk merawat air berbanding cara konvensional oleh Loji Langat 2.Di sebalik penafian PR, masalah air terus berlaku sejak beberapa tahun lepas dan semakin kronik pada tahun ini selaras dengan jangkaan pakar.Apa yang dikesalkan ialah kerajaan Selangor enggan bertanggungjawab dan mengakui kesalahan.  

Mereka sebaliknya menuding jari ke serata arah bagi mengelak kebodohan mereka dikesan oleh rakyat.Justeru,setiap kali krisis air berlaku,akan adalah pihak yang menuduhnya sebagai sabotaj oleh UMNO.Selain UMNO,PR juga menyalahkan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) sebagai tidak cekap menjalankan tugas.Mereka juga turut menuduh Syabas sebagai kroni UMNO bagi menjustifikasi tuduhan sabotaj tadi.saya dapat mengesan bahawa strategi menyalahkan UMNO dan Syabas ini telah dimulakan seawal tahun lepas iaitu kemungkinan besar apabila kerajaan negeri mula menyedari yang kedegilan mereka telah memakan diri.Kenyataan Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor,Ronnie Liu Tian Khiew pada 8 Januari 2013 ketika melawat ke kawasan terjejas memperlihatkan bagaimana liciknya kerajaan negeri cuba menyalahkan Syabas.    

Menurut Ronnie Liu,"Bekalan air di Selangor dijangka mencukupi sehingga 2016 sekiranya rumah pam tidak mengalami masalah kerosakan sekiranya 23 loji atau rumah pam yang ada di seluruh negara dalam berkeadaan baik.”  

Ronnie Liu kemudiannya menyalahkan Syabas kerana gagal menyelenggara loji dengan baik.    Kenyataan Ronnie Liu sebenarnya membuktikan yang kerajaan negeri telah gagal membuat persediaan ke atas kemungkinan yang tidak dijangka, tetapi menyalahkan pihak Syabas yang telah berkali-kali mengingatkan tentang keadaan loji yang lama dan perlu menampung penambahan drastik pengguna setiap tahun.  Hari ini, strategi meletakkan kesalahan ke atas bahu Syabas ini giat dijalankan oleh Malaysiakini dan beberapa media pro-PR.Pihak PR sedaya upaya cuba menggambarkan bahawa Syabas telah gagal mengemukakan perancangan kecemasan dan gagal bertindak dengan cekap dalam menguruskan pengedaran bekalan air.Pendek kata,semuanya salah Syabas.Komen-komen para pembaca setia Malaysiakini pula menuduh Syabas sebagai kroni UMNO dan sengaja mengsabotaj penghantaran air kepada rakyat sepertimana ‘skrip’ asal tadi.Namun,majoriti rakyat tidaklah sebodoh penyokong PR. 

Dari kesungguhan Meloyakini memainkan isu menyalahkan Syabas secara konsisten,ramai yang mampu melihat bahawa kerajaan PR Selangor kini berada dalam keadaan buntu dan mungkin juga panik.Mereka jelas telah ketandusan alasan untuk membela diri apabila krisis air benar-benar berlaku.Apatah lagi dalam keadaan di mana PRK Kajang pula akan diadakan dalam masa terdekat, tentulah lebih sukar lagi bagi PR untuk berhadapan dengan rakyat.Justeru,strategi yang tinggal hanyalah untuk menuding jari kepada orang lain secara agresif.adalah difahamkan bahawa Syabas langsung tidak dijemput oleh kerajaan negeri ke mesyuarat berkenaan masalah air di Selangor.  Tetapi, sebaik sahaja selesai mesyuarat, PR membuat kenyataan media dengan menyalahkan Syabas sepenuhnya.Jika ini benar,maka ia merupakan satu taktik kotor dan amat tidak bertanggungjawab oleh pihak kerajaan negeri.Setakat ini,Syabas telah membuat kenyataan media bagi membela diri dari terus difitnah oleh kerajaan negeri.   

Kenyataan Syabas pada 25 Februari 2014 adalah seperti berikut :    

“Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin merujuk kepada kenyataan Pengarah Strategi PKR dan Ahli Parlimen Pandan Y.B Rafizi Ramli baru-baru ini berkaitan dengan penutupan loji rawatan air Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi semenjak 28 Januari 2014 akibat pencemaran ammonia di sumber air mentah Sungai Langat. Pihak SYABAS ingin menegaskan bahawa kenyataan Y.B. Rafizi Ramli adalah tidak tepat dan tidak berasas.Tugas memastikan tiada pencemaran pada sungai dan empangan berlaku adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri Selangor.Justeru itu,pihak SYABAS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Y.B. Rafizi Ramli kerana telah menfitnah SYABAS dengan kenyataan yang tidak benar sama sekali”. 

Dari kenyataan media Syabas,tidak hairanlah kenapa krisis air begitu meruncing.Rupa-rupanya kerajaan negeri langsung tidak tahu bidang tanggungjawab mereka dalam urusan bekalan air.Inilah akibatnya jika bersikap bodoh-sombong tetapi teringin menjadi kerajaan.Malang sekali bagi rakyat Selangor kerana memilih parti yang tidak tahu bidang tugas kerajaan negeri,enggan memikul apa-apa tanggungjawab dan penipu pula.Mungkinkah krisis ini akan membuat rakyat Selangor merasa serik dengan PR ???  Atau apakah mereka lebih rela berhadapan dengan masalah air yang kronik asalkan tidak ‘mengkayakan kroni UMNO’ - kononnya ???

INI SEMUA SALAH UMNO !!!

STATEMENT PALING BODOH DI DUNIA !!!

ITU YANG BOLEH SAYA SIMPULKAN !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates