PR sebelum ini melantik Datin Seri Wan Azizah sebagai Ketua
Pembangkang di Parlimen ‘sementara’ menunggu Anwar Ibrahim layak
bertanding.Perkara ini dipersetujui secara nyata oleh kesemua pemimpin tertinggi
ketiga-tiga parti PKR,PAS dan DAP.Strategi ini telah berjaya dan Anwar kini menjadi Ketua Pembangkang Malaysia iaitu
lawan yang ‘setara’ bagi jawatan Perdana Menteri.Bagaimanapun,pengumuman perletakan jawatan ADUN Kajang secara tiba-tiba
dan tanpa sebab pada Isnin lalu telah mengubah segala-galanya.Tindakan tersebut
memaksa PRK diadakan dalam masa terdekat.Apa yang mengejutkan ialah,Anwar dikatakan bakal bertanding di situ bagi memberi
laluan kepada beliau untuk duduk di kerusi Menteri Besar Selangor yang kini sedang
panas akibat pertelagahan antara Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali.Sekiranya
ini benar,ia mungkin bermakna yang Anwar akan melepaskan jawatan Ketua
Pembangkang.
Walaupun ia dikira tindakan ‘turun pangkat’ bagi Anwar,namun pada hakikatnya,jawatan Menteri Besar Selangor adalah lebih ‘berkuasa’ lagi dari jawatan Ketua
Pembangkang berdasarkan kedudukan Selangor sebagai negeri paling kaya di
Malaysia.Adalah dikatakan bahawa sesiapa sahaja yang berkuasa di Selangor akan
sekali gus mempunyai akses kepada jumlah wang yang banyak dan mampu memberi
tekanan hebat kepada kerajaan pusat.Antara teori lain untuk menjelaskan keputusan Anwar bertanding di PRK Kajang
ialah bahawa sekiranya Anwar menang,maka cadangan melantik Anwar sebagai
Menteri Besar bakal meletakkan pihak istana dalam keadaan yang sukar.Dari situ,PR
dikhuatiri akan mengambil kesempatan mencipta isu yang lebih besar terhadap Institusi
Raja-raja.Teori-teori ini bagaimanapun tidak dapat dipastikan sehingga keputusan PRK
diumumkan.
Antara persoalan lain dalam memperkatakan PRK Kajang ini ialah,jika Anwar
melepaskan jawatan Ketua Pembangkang,siapakah yang akan menggantikannya ??? Calon yang dikatakan ‘logik’ adalah Lim Kit Siang,Hadi Awang dan juga Azmin
Ali.Malangnya,mengikut pandangan umum,tiada seorang pun dari mereka ini dilihat
mampu mewakili keseluruhan PR,jauh sekali keseluruhan rakyat.Lim Kit Siang yang terkenal dengan sifat rasis lagi angkuh hanya mampu mewakili
kaum Cina.Ucapan-ucapan beliau yang konon mengajak kepada perpaduan
dan di waktu yang sama menuduh UMNO rasis adalah tidak konsisten dengan
tindakan partinya yang secara terang-terangan menindas orang-orang Melayu dan
India.Pendirian DAP yang pro-Kristian juga tidak memberi apa-apa kelebihan kepada
Kit Siang.Kesungguhan Kit Siang membangkitkan isu 13 Mei akhir-akhir ini juga telah
meningkatkan rasa curiga rakyat terhadapnya.Ini,ditambah lagi dengan hakikat beliau
adalah pencetus kepada peristiwa berdarah itu.Atas dasar ini,Kit Siang tidak mungkin
boleh dipertimbangkan bagi jawatan Ketua Pembangkang.Di masa yang sama, kita juga tidak mampu membayangkan Hadi Awang sebagai
Ketua Pembangkang.
Hadi Awang tidak berkarisma serta terlalu lemah sehingga tidak
mampu mempertahankan pendirian PAS yang sering bertentangan dengan sekutu-
sekutunya.saya difahamkan bahawa Hadi tidak mampu menerajui mesyuarat
dalaman PAS sekali pun dan hanya mengharapkan Setiausaha Agung menjalankan
tugas bagi pihaknya.Orang-orang PAS sendiri khuatir sekiranya Hadi Awang menjadi Ketua Pembangkang,maka beliau hanya akan bersuara mengikut rentak Kit Siang yang lebih agresif dan
dominan.Justeru,walaupun PAS ingin melantik Ketua Pembangkang dari parti itu,tetapi Hadi Awang bukanlah calon yang terbaik.Tanpa kepercayaan dari ahli parti
sendiri,terbuktilah bahawa Hadi tidak layak untuk memimpin apatah lagi menjadi Ketua
Pembangkang Malaysia.Azmin Ali pula mempunyai terlalu banyak skandal. Beliau yang terkenal sebagai
suami dayus hanya akan menyambung gambaran kotor yang terpahat di dahi Ketua
Pembangkang terdahulu.Secara dasarnya,Azmin mungkin boleh bergerak sebagai
bayang-bayang Anwar, namun, ini juga akan bermakna beliau tidak akan mampu
menjadi Ketua Pembangkang yang berkesan.Walaupun Azmin membawa pendekatan terbuka dan liberal,tetapi itu tidak bermakna
DAP menyokongnya seratus peratus.Apa yang saya tahu,Azmin sering dicurigai oleh
DAP atas dasar beliau seorang Melayu dan merupakan anak didik manusia yang
sanggup melakukan apa saja untuk berkuasa.
Kesimpulannya,ketiga-tiga calon yang disebut sebagai bakal Ketua Pembangkang
yang baru ini tidak dapat mewakili ketiga-tiga parti dalam PR.Masing-masing
membawa haluan dan agenda masing-masing dan berkemungkinan besar tidak
mampu menghadapi dilemma antara pendirian parti sendiri dengan pendirian PR.Kesemuanya tidak mungkin akan mendapat penghormatan yang sewajarnya
dari rakan sekutu masing-masing walaupun berjawatan Ketua Pembangkang.Hakikatnya,biarpun Anwar juga tidak dihormati oleh parti-parti sekutu, tetapi
Anwar tetap merupakan tali pengikat ketiga-tiga parti.Tanpa Anwar sebagai Ketua
Pembangkang,PR akan mendapati amat sukar untuk bersatu.Berdasarkan hakikat ini,saya semakin meragui niat sebenar PKR untuk mengadakan
PRK Kajang dan apakah benar Anwar akan bertanding.Mungkinkah Anwar akan
melakukan kejutan di saat-saat akhir ??? Apapun,yang pasti, politik Anwar adalah politik pentingkan diri dan apa saja
keputusannya nanti adalah untuk dirinya,bukan untuk rakyat,bukan untuk parti dan
tentu sekali bukan untuk negara ini.Anwar adalah seorang yang gila kuasa.Beliau
sanggup memegang seberapa banyak jawatan yang boleh kerana beliau tahu bahawa
beliau tidak perlu bekerja.Permatang Pauh,Kajang,Selangor,PKR,PR dan Malaysia,kalau boleh semua ingin diterajuinya. Bukannya susah,hanya perlu menabur janji
sahaja
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
Bang Non sudah tidak mampu berfungsi sebagai ketua pembangkang di parlimen, janji sebelum pilihanraya tak dapat dikotakan. puak-puak china dan kristian bengang sikap Bang Non neutral saja, takut PAS tarik diri sebab isu kalimah allah tu. isu peribadinya yg terkutuk pun masih belum selesai, nak jadi MB pula. setakat jadi Mat Bontot bolehlah! tapi hairan, ramai manusia di kajang tu masih nak ADUN macam ni!
umno kena letak calon heavyweight lwn anwar.kak rosmah mmg sesuai.bnyk jasa dia pd negara.
Post a Comment