Social Icons

Pages

Friday, February 07, 2014

BONGKAR !!! RUPA NYA #HERALD MALAYSIA ONLINE GUNA ISU POLITIK PANCING UMAT ISLAM ???


terjemahan dari blog hardtalkmalaysia.blogspot.com

Penulis mengambil sedikit masa untuk membaca The Herald di dalam talian hari ini atas rasa ingin tahu.Rasanya penulis tidak perlu mengulangi bahawa penulis bukanlah seorang yang ‘alim’.Penulis membaca The Herald hari ini semata-mata kerana ternampak akan pautan alamatnya di sebuah blog lain.Perlu ditekankan bahawa jika bukan kerana alamat laman The Herald itu atau tajuknya, penulis tentu menyangka yang penulis sedang membaca Malaysiakini atau Malaysian Insider.Jika penulis mencari hidayah dari The Herald,maka penulis telah dibawa ke dalam kegelapan.Jika penulis mencari kedamaian,penulis hanya bertemu dengan provokasi.Jika penulis mencari Tuhan,maka penulis kini keliru!  Mana tidaknya,jika Pope dirakamkan sebagai berkata “Tuhan adalah bapa yang tidak pernah mengabaikan anak-anaknya – tegas Pope”


Menurut Pope,Tuhan adalah seorang bapa.Menurut umat Islam,Allah tiada anak dan Padri Lawrence Andrew pula berkata Allah itu Tuhan.Hampir semua berita dan artikel di dalam The Herald adalah mengenai perjuangan Kristian untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ di Malaysia.Jika Katolik itu adalah sepertimana yang digambarkan oleh The Herald,maka ia pastinya sebuah parti politik,bukan satu agama,jauh sekali Kristian.Kita telah lama menyaksikan bagaimana agama Islam dipolitikkan oleh PAS dan hari ini,Kristian juga telah menjadi alat politik,terima kasih kepada DAP.Penulis meragui yang DAP melakukan semua ini kerana agama.Seperti juga PAS,ianya adalah tentang kuasa dan wang.Bagaimanapun,bagi DAP ia mempunyai satu lagi faktor iaitu ‘bangsa’ - yang mana membawa kita kepada perbezaan antara DAP dan PAS iaitu,DAP adalah berkenaan kuasa satu kaum (Cina),manakala PAS sanggup menggadaikan kaum (Melayu) kerana kuasa. 

 Sesetengah Kristian telah tidak bersetuju dengan penulis bahawa isu nama ‘Allah’ ini hanyalah propaganda politik pihak tertentu di barat.Ada yang menyatakan kerisauan tentang kenapa penulis tidak menyokong perjuangan menggunakan nama ‘Allah’ di dalam Injil – demi saudara-saudara di Sabah dan Sarawak.Untuk pengetahuan,penulis mempunyai seorang saudara di Sabah dan beliau enggan berdoa kepada Tuhan umat Islam, ‘Allah’ dan hanya berdoa kepada ‘The Lord’.Setelah isu ini menjadi besar,beliau merasakan lebih tidak senang lagi apabila pihak gereja di kawasannya menggunakan nama ‘Allah’.Mungkin beliau lebih suka menurut ajaran Vatican dan menyembah ‘Lord’ serta enggan menurut ajaran Father Lawrence untuk menyembah ‘Allah’.Lebih dari itu,beliau akur kepada perintah ‘Jesus’ iaitu memilih perdamaian dan bukan peperangan.  

Kita tahu bahawa satu-satunya cara untuk memastikan kedamaian adalah dengan akur kepada undang-undang dan pemerintah.Akur kepada undang-undang dan pemerintah tidak menjadikan kita pengkhianat kepada Jesus atau Lord.Ia juga tidak bermakna kita tidak boleh mengkritik pemimpin.Ia hanya bermaksud meletakkan keamanan mengatasi segala-gala yang lain bagi kebaikan kita juga.Amatlah membimbangkang apabila terdapat beberapa pihak di Sabah/Sarawak yang mula menyeru kepada peperangan menentang Islam.

Dari mana datangnya sifat permusuhan ini? Inilah sebabnya kenapa kita tidak boleh mempunyai sumber berita politik-Katolik.The Herald amat tidak bertanggungjawab apabila terus memainkan isu ini sedangkan mahkamah telah membuat keputusan.Mungkinkah,bukannya penggunaan nama ‘Allah’ oleh orang bukan Islam yang perlu diharamkan,tetapi media The Herald itu sendiri.Pastinya ada Kristian yang menyatakan bahawa penulis menyebelahi umat Islam atau kerajaan tetapi penulis percaya jauh di sudut hati mereka,mereka tahu bahawa penulis bercakap benar.Tiada berat sebelah,tiada penipuan,tiada hipokrasi – hanya kebenaran yang menyakitkan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates