Tidak salah jika saya katakan bahawa PRK Kajang adalah PRK paling kotor dan
membazir dalam sejarah kerana ia diadakan khas untuk Anwar Ibrahim.Seolah-olah
seorang artis yang sudah hampir dilupakan,Anwar menjadikan PRK Kajang sebagai
medan untuk mempromosi diri bagi memastikan hayat politiknya tidak terkubur begitu
saja.Apatah lagi dengan rayuan kes liwat yang tampak agak ‘sukar’ akibat kegagalan
mengenepikan Tan Sri Shafiee Abdullah dari barisan pendakwaan.Walaupun Anwar ingin menjadikan PRK Kajang sebagai pentas untuk ‘memasarkan’
dirinya dan kesinambungan partinya,tetapi hakikat sebenarnya ialah PRK ini turut ada
baiknya untuk rakyat kerana ia mampu membantu rakyat menilai buat kesekian kalinya,
siapa itu Anwar dan apakah jenis parti yang diwakilinya.Lebih dari itu,dengan pengumuman dari MCA untuk menyahut cabaran Anwar,maka
PRK ini juga sekali gus dapat membantu rakyat menilai kembali komitmen MCA di
dalam Barisan Nasional.
Sekiranya rakyat ingin melihat PRK Kajang sebagai pertandingan moral pemimpin,maka calon MCA iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun,bukanlah lawan Anwar.Chew
Mei Fun yang juga Naib Presiden MCA,berkeperibadian baik serta berprinsip.Untuk
itu,beliau turut dipuji oleh media pro-PR sebagai bersih dan berintegriti.Pendek kata,Chew Mei Fun adalah pilihan terbaik dan tepat sehinggakan tiada siapa pun yang dapat
berkata sesuatu yang buruk terhadap dirinya.Ini menjadikan beliau dengan Anwar
bagaikan langit dengan bumi.Justeru,adalah tidak perlu rasanya untuk kita membandingkan antara kedua personaliti
ini,tetapi melihat PRK ini sebagai kayu pengukur kematangan pengundi dalam memilih
calon dan parti.PRK Kajang adalah bukti bahawa parti PKR adalah parti yang tidak
bertanggungjawab. Sebaliknya MCA pula adalah parti yang bersungguh-sungguh
berusaha memulihkan kekuatan dan memperbaharui komitmen dengan BN.Strategi PR dalam PRK Kajang adalah jelas iaitu untuk meraih undi berdasarkan
sentimen perkauman dan agama.
Ini terbukti apabila Anwar masuk ke gereja untuk
berkempen bagi ‘memberi harapan’ kepada Kristian mengenai isu kalimah ‘Allah’ dan
kemudian berjanji akan mempertahankan kalimah ‘Allah’ di dalam ceramah lain di
hadapan orang-orang Melayu.Berbeza dengan MCA,di mana parti itu tidak menyentuh persoalan sensitif tetapi
membawa bersamanya seruan perpaduan,semangat setiakawan dan keharmonian
antara kaum.Walaubagaimanapun,kita tidak boleh menafikan yang faktor ‘kaum’ tetap menghantui
PRK ini.Memandangkan pengundi dari kaum Cina menjadi sasaran utama kedua belah pihak,
maka dirasakan adalah lebih wajar jika kita membandingkan Chew Mei Fun dengan
pemimpin Cina dari PR juga.Lawan yang paling sesuai,tentulah ‘heroin paling bijak’
dalam PR buat masa ini iaitu Teresa Kok.Teresa Kok kini menjadi antara personaliti paling penting dalam DAP hanya kerana
beliau merakamkan video ucapan Tahun Baru Cina dengan cara mengejek-ejek
Perdana Menteri dan isteri.Video tersebut dikecam hebat oleh rakyat Malaysia kerana
dianggap tidak sensitif dan tidak matang dalam memikul tugasnya sebagai pemimpin.Apa yang menarik ialah,sikap DAP dan keseluruhan Pakatan Rakyat yang tidak
melihat sebarang kesalahan dari video Teresa Kok.Malah,Teresa dibela bersungguh-
sungguh sehinggakan pemimpin tertinggi DAP iaitu Lim Kit Siang sendiri dilihat tiada
kerja lain selain menulis membela Teresa Kok sejak beberapa minggu lalu di dalam
blog beliau.
Perlu diingatkan bahawa Teresa Kok juga telah dikaitkan dengan projek RM1billion
dengan syarikat Goldsino dari China.Oleh itu,integriti beliau dan juga parti DAP serta
PR dan PKR Selangor semuanya menjadi tandatanya.Berdasarkan hakikat ini,maka tidak salahlah sepertimana yang dikatakan tadi iaitu PRK
Kajang bukan semestinya sebuah platform untuk Anwar mencari glamour.Tetapi,apa
yang lebih penting ialah ia merupakan platform untuk kita menilai pemikiran masyarakat
Cina sama ada mereka benar-benar mementingkan integriti parti dan pemimpin
sepertimana yang mereka laungkan dalam PRU-13 yang lalu.Bagi membantu masyarakat Cina memahami pendirian mereka maka mereka mungkin
boleh bertanya diri sendiri beberapa soalan ini :
Dengan sikap pemimpin PR terhadap Teresa Kok,apakah kita boleh mempercayai
bahawa PR ingin menyatupadukan rakyat Malaysia ???
Antara Teresa Kok dan Chew Mei Fun, siapakah yang lebih layak diberi kepercayaan
untuk membawa keharmonian ???
Antara DAP dan MCA,parti manakah yang layak bercakap tentang keamanan dan
patriotisme ???
Antara PKR dan MCA,parti manakah yang menggunakan ‘perkauman’ sebagai alat
kempen dengan hujah berbeza-beza mengikut hadirin ???
Jika masyarakat Cina sanggup memilih Anwar dan merasakan pemimpin seperti Teresa
Kok sebagai lebih baik dari Chew Mei Fun,maka jelaslah bahawa mereka tidak lagi
rasional dalam membuat keputusan dan sebaliknya lebih cenderung bertindak atas
dasar emosi dan perkauman.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment