Social Icons

Pages

Showing posts with label TERESA KOK.... Show all posts
Showing posts with label TERESA KOK.... Show all posts

Monday, July 25, 2016

KURANG AJAR !!! #TERESAKOK MENGHINA AGAMA ISLAM !!!


Sebelum ini Nga Kor Ming telah mempersendakan amalan sedekah yang dituntut oleh agama Islam kepada umatnya untuk menambah ibadah.Tindakan Nga Kor Ming mempersendakan amalan sedekah itu telah mendapat reaksi dari seluruh orang Islam dinegara ini kecuali penyokong DAP dan PKR berketurunan Melayu.Nga Kor Ming dalam satu post yang disiarkan dilaman media sosial beranggapan bahawa amalan sedekah ini dilabelkan sebagai rasuah yang terangan dilakukan.Beginilah pemimpin DAP yang sentiasa mencetuskan api perkauman diantara kaum dalam negara ini.Baru-baru ini pula,Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, eresa Kok memperlekehkan arahan Exco Hal Ehwal Agama,Jawatankuasa Adat Melayu,Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Kerajaan Negeri Selangor,Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang meminta agar semua masjid di seluruh negeri mengadakan solat hajat untuk memohon ke hadrat Allah SWT agar konsert Selena Gomez dibatalkan daripada dianjurkan di negeri itu. 

Dalam satu kenyataan di laman media sosial Teresa telah menghina solat hajat yang ingin dilakukan sebagai satu jenaka dan berkata bahawa exco Selangor tidak mengarahkan solat hajat untuk menyelamatkan Malaysia. 

“Jenaka apa?? Exco Selangor tidak mengarahkan solat hajat untuk menyelamatkan Malaysia daripada malu yang dibawa oleh skandal 1MDB, tetapi sebaliknya mengarahkan solat hajat untuk membatalkan konsert yang akan datang di Shah Alam ??,”kata Teresa Kok dalam Facebook. 

Difahamkan bahawa Teresa kok telah membuat ulasan tersebut berdasarkan laporan yang telah dikeluarkan oleh Malaysiakini yang bertajuk “S’gor exco member orders special prayers to cancel Selena Gomez concert“.Sejak akhir-akhir ini DAP telah amat kerap memainkan isu berkaitan dengan sensitiviti umat Islam dalam negara ini.Mereka pemimpin DAP terus menyalakan api kemarahan orang Melayu dan apabila tindakan dilakukan mereka terus dan akan melabelkan orang Islam adalah kumpulan yang ganas.Ini sebenarnya tujuan mereka saban hari terus memuat kenyataan yang berkaitan dengan Islam. Bagi DAP Islam merupakan ancaman untuk mereka menyebarkan dakyah Kristian yang mana menjadi agenda mereka untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang mana penganutnya mempunyai fahaman liberal.Dengan cara ini,tidak secara langsung agenda untuk melenyapkan fahaman Islam dalam negara ini mudah dilaksanakan tanpa ada sekatan dan tentangan lagi. 

Exco Selangor daripada PAS,Ahmad Yunus Hairi,dalam satu kenyataan,Ahmad Yunus mengarahkan semua masjid di Selangor mengadakan solat hajat bagi memohon konsert itu dibatalkan.Dalam kenyatan tersebut Ahmad Yunus menyeru umat Islam tidak merestui konsert dan hiburan melampau yang hanya akan mengundang bala daripada Allah. “Umat Islam tidak akan redha dan merestui segala bentuk hiburan yang melampau termasuklah konsert Selena Gomez yang akan mengundang kemurkaan Allah SWT.Semua masjid di Negeri Selangor diarahkan mengadakan solat hajat selepas solat jumaat atau pada bila-bila masa yang sesuai sebelum konsert itu berlangsung untuk memohon kepada Allah SWT semoga konsert tersebut dibatalkan dan negeri Selangor yang kita cintai ini tidak ditimpa bala bencana. “Juga diberikan hidayah oleh Allah SWT kepada pihak yang terlibat dalam penganjuran konsert ini,” katanya. 

Konsert Selena Gomez bakal berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam, 25 Julai ini.Walaupun menerima bantahan yang dibuat oleh Pemuda PAS Namun pendirian Menteri Besar Selangor berkata bahawa konsert tersebut akan diteruskan dan alasan yang diberikan bahawa penganjur telah mematuhi semua syarat yang ditetapkan. 

PRU14.tv

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, February 04, 2015

BREAKING NEWS !!! @PDRMSIA @KBAB51 !!! ADAKAH VIDEO #TERESAKOK YANG BARU NI BERUNSUR HASUTAN ??? VIDEO INSIDE !!!


KERANA KEBAL UNDANG-UNDANG MALAYSIA,TERESA KOK SEKALI LAGI MEMBUAT HASUTAN DAN FITNAH MENERUSI KLIP VIDEO TAHUN BARU CINANYA TERBARU !!!

DI BAWAH ADALAH BUKTI VIDEO TERSEBUT !!!

Dengan menampilkan Cynthia Gabriel,Hew Kuan Yau,Nurul Izzah,Khalid Samad dan A. Samad Said serta LO-SI-MA atau Kilat Xia,Teresa Kok sekali lagi menjadikan Datin Seri Rosmah Mansor dan Datuk Seri Najib serta apa-apa sahaja yang berkaitan dengan 1Malaysia sebagai bahan jenaka dan sindiran untuk memberikan persepsi bahawa ORANG MELAYU BODOH,ORANG MELAYU BANGANG dan ORANG MELAYU KUAT BERANGAN-ANGAN dengan semuanya hendak jadi nombor satu - 1Malaysia,Kedai Rakyat Satu Malaysia,1MDB - kononnya semuanya gagal !!! Dengan TAG 'DUIT TAK ADA',Teresa Kok menerusi penyiaran klip video yang dilancarkannya cuba menggambarkan bahawa rakyat Malaysia semakin miskin walaupun Tahun Baru Cina sudah hampir dengan tahun ini adalah Tahun Kambing yang membawa maksud kemakmuran.


Namun yang paling menarik ialah tentang kesengajaan fitnah yang dibuat oleh Teresa Kok dan kawan-kawannya menerusi isu CINCIN BERLIAN,main golf,jet peribadi dan membeli belah secara mewah di seluruh dunia.Walaupun secara jelas,klip video tersebut ditujukan kepada Datin Seri Rosmah Mansor dan Datuk Seri Najib,kali ni,Teresa Kok yang masih berhadapan dengan kes HASUTAN menerusi klip video Tahun Baru Cina tahun lepas,tidak lagi berani menggunakan nama Datin Seri Rosmah Mansor dan Datuk Seri Najib kecuali nama LO-JI-MA dan AH JIT.

Aneh juga,kenapa agaknya Teresa Kok tidak memasukkan sekali elemen kekayaan para pemimpin DAP yang menggondolkan bukit bukau di Kelantan sehingga menyebabkan banjir lumpur.Dengan keuntungan pembalakan bernilai ratusan juta ringgit tetapi hanya RM10,000 yang disumbangkan,manakala rakyat Pulau Pinang dengan dana daripada Kerajaan Persekutuan telah diserahkan kepada NGO pro-DAP Kelantan dan sekolah-sekolah Cina serta Husam Musa, kononnya itu duit DAP.Tidak juga Teresa Kok mahu memasukkan elemen kenaikan cukai pintu, cukai tanah, surcaj air dan pembaziran pentadbiran Lim Guan Eng yang berjumlah berbilion-bilion Ringgit walaupun dengan berani menyatakan, 1MDB rugi RM40 bilion.

Apa yang ditakuti tentang penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri dahulu,kini telah menjadi kenyataan.Akta Hasutan dan tindakan undang-undang ke atas orang seperti Teresa Kok,nampaknya tidak dapat dilakukan berbanding ke atas pemimpin-pemimpin dan marhein-marhein Melayu-Bumiputera.Buktinya,kes Teresa Kok dari tahun lepas, masih belum selesai-selesai.kepada IGP tolong bertindak !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, February 03, 2015

KURANG AJAR !!! DS @SHABERYC #SKMM !!! #TERESAKOK KELUAR VIDEO KUTUK KERAJAAN ??? VIDEO INSIDE !!!


tak serik dengan kecaman diterima tahun lepas,Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok kembali menghasilkan video sempena Tahun Baru Cina dalam bentuk satira.Menampilkan barisan ‘pelakon’ lebih popular,wayang tahun ini dijayakan Pak Samad,Pengarah Eksekutif Suaram Cynthia Gabriel,Nurul Izzah,Khalid Samat,Ketua Publisiti DAP Hew Kuan Yau,Teresa Kok sendiri dan pelakon pembantu yang membawa watak Kilat Xia.Walaupun intipati video mahu menjemput penyokong mereka menyertai jamuan besar sempena Tahun Baru Cina pada 12 Februari ini,pelbagai sindiran dimasukkan di sepanjang durasi 5:08 minit ia berlangsung.

Barisan pembangkang dalam video ini secara jelas berniat mahu menimbulkan rasa marah rakyat apabila setiap dialog direka khas agar menyebut ‘kata kunci’ yang dapat membuka kembali ingatan rakyat pada isu-isu kontroversi yang kebanyakannya telah pun dijawab.Antaranya adalah ‘overflow’, C4,cincin permata,main golf di Hawaii,shopping naik private jet dan 1MDB.Setelah diamati video ini dipenuhi sindiran yang sebenarnya adalah taktik untuk menyuntik sentimen benci terhadap kerajaan Malaysia.jom lihat video di bawah


Walaupun secara jelas,klip video tersebut ditujukan kepada Datin Seri Rosmah Mansor dan Datuk Seri Najib,kali ni,Teresa Kok yang masih berhadapan dengan kes HASUTAN menerusi klip video Tahun Baru Cina tahun lepas,tidak lagi berani menggunakan nama Datin Seri Rosmah Mansor dan Datuk Seri Najib kecuali nama LO-JI-MA dan AH JIT.Aneh juga,kenapa agaknya Teresa Kok tidak memasukkan sekali elemen kekayaan para pemimpin DAP yang menggondolkan bukit bukau di Kelantan sehingga menyebabkan banjir lumpur.

Dengan keuntungan pembalakan bernilai ratusan juta ringgit tetapi hanya RM10,000 yang disumbangkan,manakala rakyat Pulau Pinang dengan dana daripada Kerajaan Persekutuan telah diserahkan kepada NGO pro-DAP Kelantan dan sekolah-sekolah Cina serta Husam Musa,kononnya itu duit DAP.Tidak juga Teresa Kok mahu memasukkan elemen kenaikan cukai pintu,cukai tanah, surcaj air dan pembaziran pentadbiran Lim Guan Eng yang berjumlah berbilion-bilion Ringgit walaupun dengan berani menyatakan, 1MDB rugi RM40 bilion. 

Apa yang ditakuti tentang penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri dahulu,kini telah menjadi kenyataan.Akta Hasutan dan tindakan undang-undang ke atas orang seperti Teresa Kok,nampaknya tidak dapat dilakukan berbanding ke atas pemimpin-pemimpin dan marhein-marhein Melayu-Bumiputera.Buktinya,kes Teresa Kok dari tahun lepas,masih belum selesai-selesai !!! 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, March 11, 2014

KANTOI !!! #TERESAKOK MAKAN GAJI BUTA DALAM #PARLIMEN !!! APA CERITA NI ???


tu dia !!! kan dah kantoi main facebook dalam parlimen.patutnya teresa kok patut nya cerita kan masalah rakyat,bukan main facebook.gambar ini dinaikkan oleh tian chua sendiri dan azharassgar melihat dan terus komen.macam ni kerr ahli parlimen ??? patut nya dengar Titah Yang Di-Pertuan Agung,bukan main Facebook.dah lahh.malas nak ulas panjang-panjang,kang pedas saya bagi kang.lepas ni buat lagi yekk ??? nanti rakyat akan tengok lagi

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, March 06, 2014

EKSKLUSIF !!! VIDEO PENUH #TERESAKOK KENA SALAM #TELURBUSUK DIDEDAHKAN !!!


Lebih kurang jam 11:30 malam semalam,selepas teresa kok selesai memberikan ucapan,seorang lelaki Melayu telah mendatangi Teresa Kok dengan berpura-pura seperti hendak bersalam dengan YOWTAI itu.Tanpa diketahui oleh sesiapa pun,di dalam tangan lelaki tersebut,terdapat sebiji telur tembelang.Semasa dia bersalam dengan Teresa Kok,telur tembelang tersebut telah dipecahkan.lelaki yang bersalam dengan Teresa Kok tadi cuba melarikan diri.



Lelaki yang tidak dikenali itu telah dikepung,dipukul dan dibelasah sebelum diserahkan kepada pihak polis.Manakala Teresa Kok yang pucat lesi,menggeletar ketakutan dan hilang suara,tidak mengalami sebarang kecederaan kecuali tangan yang berbau telur tembelang.

Sebelum itu,amaran telah diberikan oleh sebuah NGO Islam yang mengancam akan mengadakan bantahan dan akan berhimpun di Padang Taman Cermai,Permatang Pauh bermula jam 9:00 malam bagi membantah ceramah Teresa Kok.Bagaimanapun,Teresa Kok yang cukup dikenali dengan kesombongan dan keangkuhan,enggan peduli dengan bantahan tersebut.Cuma malang buat lelaki yang bersalam dengan Teresa Kok dan memecahkan telur tembelang di telapak tangan Teresa Kok.Dia tidak memberikan sebarang kecederaan,sebaliknya dia pula yang telah dicederakan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, February 25, 2014

EKSKLUSIF !!! #PRKKAJANG !!! ANTARA #CHEWMEIFUN DAN #TERESAKOK !!! MANA LAGI HEBAT ???


Tidak salah jika saya katakan bahawa PRK Kajang adalah PRK paling kotor dan membazir dalam sejarah kerana ia diadakan khas untuk Anwar Ibrahim.Seolah-olah seorang artis yang sudah hampir dilupakan,Anwar menjadikan PRK Kajang sebagai medan untuk mempromosi diri bagi memastikan hayat politiknya tidak terkubur begitu saja.Apatah lagi dengan rayuan kes liwat yang tampak agak ‘sukar’ akibat kegagalan mengenepikan Tan Sri Shafiee Abdullah dari barisan pendakwaan.Walaupun Anwar ingin menjadikan PRK Kajang sebagai pentas untuk ‘memasarkan’ dirinya dan kesinambungan partinya,tetapi hakikat sebenarnya ialah PRK ini turut ada baiknya untuk rakyat kerana ia mampu membantu rakyat menilai buat kesekian kalinya, siapa itu Anwar dan apakah jenis parti yang diwakilinya.Lebih dari itu,dengan pengumuman dari MCA untuk menyahut cabaran Anwar,maka PRK ini juga sekali gus dapat membantu rakyat menilai kembali komitmen MCA di dalam Barisan Nasional.    

Sekiranya rakyat ingin melihat PRK Kajang sebagai pertandingan moral pemimpin,maka calon MCA iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun,bukanlah lawan Anwar.Chew Mei Fun yang juga Naib Presiden MCA,berkeperibadian baik serta berprinsip.Untuk itu,beliau turut dipuji oleh media pro-PR sebagai bersih dan berintegriti.Pendek kata,Chew Mei Fun adalah pilihan terbaik dan tepat sehinggakan tiada siapa pun yang dapat berkata sesuatu yang buruk terhadap dirinya.Ini menjadikan beliau dengan Anwar bagaikan langit dengan bumi.Justeru,adalah tidak perlu rasanya untuk kita membandingkan antara kedua personaliti ini,tetapi melihat PRK ini sebagai kayu pengukur kematangan pengundi dalam memilih calon dan parti.PRK Kajang adalah bukti bahawa parti PKR adalah parti yang tidak bertanggungjawab. Sebaliknya MCA pula adalah parti yang bersungguh-sungguh berusaha memulihkan kekuatan dan memperbaharui komitmen dengan BN.Strategi PR dalam PRK Kajang adalah jelas iaitu untuk meraih undi berdasarkan sentimen perkauman dan agama.   

Ini terbukti apabila Anwar masuk ke gereja untuk berkempen bagi ‘memberi harapan’ kepada Kristian mengenai isu kalimah ‘Allah’ dan kemudian berjanji akan mempertahankan kalimah ‘Allah’ di dalam ceramah lain di hadapan orang-orang Melayu.Berbeza dengan MCA,di mana parti itu tidak menyentuh persoalan sensitif tetapi membawa bersamanya seruan perpaduan,semangat setiakawan dan keharmonian antara kaum.Walaubagaimanapun,kita tidak boleh menafikan yang faktor ‘kaum’ tetap menghantui PRK ini.Memandangkan pengundi dari kaum Cina menjadi sasaran utama kedua belah pihak, maka dirasakan adalah lebih wajar jika kita membandingkan Chew Mei Fun dengan pemimpin Cina dari PR juga.Lawan yang paling sesuai,tentulah ‘heroin paling bijak’ dalam PR buat masa ini iaitu Teresa Kok.Teresa Kok kini menjadi antara personaliti paling penting dalam DAP hanya kerana beliau merakamkan video ucapan Tahun Baru Cina dengan cara mengejek-ejek Perdana Menteri dan isteri.Video tersebut dikecam hebat oleh rakyat Malaysia kerana dianggap tidak sensitif dan tidak matang dalam memikul tugasnya sebagai pemimpin.Apa yang menarik ialah,sikap DAP dan keseluruhan Pakatan Rakyat yang tidak melihat sebarang kesalahan dari video Teresa Kok.Malah,Teresa dibela bersungguh- sungguh sehinggakan pemimpin tertinggi DAP iaitu Lim Kit Siang sendiri dilihat tiada kerja lain selain menulis membela Teresa Kok sejak beberapa minggu lalu di dalam blog beliau.   

Perlu diingatkan bahawa Teresa Kok juga telah dikaitkan dengan projek RM1billion dengan syarikat Goldsino dari China.Oleh itu,integriti beliau dan juga parti DAP serta PR dan PKR Selangor semuanya menjadi tandatanya.Berdasarkan hakikat ini,maka tidak salahlah sepertimana yang dikatakan tadi iaitu PRK Kajang bukan semestinya sebuah platform untuk Anwar mencari glamour.Tetapi,apa yang lebih penting ialah ia merupakan platform untuk kita menilai pemikiran masyarakat Cina sama ada mereka benar-benar mementingkan integriti parti dan pemimpin sepertimana yang mereka laungkan dalam PRU-13 yang lalu.Bagi membantu masyarakat Cina memahami pendirian mereka maka mereka mungkin boleh bertanya diri sendiri beberapa soalan ini :    

Dengan sikap pemimpin PR terhadap Teresa Kok,apakah kita boleh mempercayai bahawa PR ingin menyatupadukan rakyat Malaysia ???  

Antara Teresa Kok dan Chew Mei Fun, siapakah yang lebih layak diberi kepercayaan untuk membawa keharmonian ???     

Antara DAP dan MCA,parti manakah yang layak bercakap tentang keamanan dan patriotisme ???

Antara PKR dan MCA,parti manakah yang menggunakan ‘perkauman’ sebagai alat kempen dengan hujah berbeza-beza mengikut hadirin ???    

Jika masyarakat Cina sanggup memilih Anwar dan merasakan pemimpin seperti Teresa Kok sebagai lebih baik dari Chew Mei Fun,maka jelaslah bahawa mereka tidak lagi rasional dalam membuat keputusan dan sebaliknya lebih cenderung bertindak atas dasar emosi dan perkauman.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, February 21, 2014

FAKTA !!! #SATIRA #TERESAKOK BERJAYA RAIH SIMPATI RAKYAT MALAYSIA MELALUI #AYAM !!!


Jawatan sebagai pemimpin atau wakil rakyat bukanlah untuk manusia yang tidak tahu adab dan  adat.Seorang  pemimpin atau wakil  rakyat  seharusnya mempunyai karisma  dan  pengetahuan  yang cukup serta pandai menyesuaikan diri mengikut tempat dan keadaan.Malangnya,hari ini kita melihat begitu ramai ‘apek jual ikan’ dan ‘nyonya jual sayur’ memegang jawatan sebagai wakil rakyat mahupun pemimpin negeri.Justeru,tidak hairanlah Malaysia kini menjadi berserabut dan riuh-rendah seperti pasar.Pada  Tahun  Baru  Cina  yang  lepas,tidak  cukup  dengan  kita  terpaksa  menahan  sabar  dengan  kebisingan  bunyi mercun  di  sana-sini,kita  juga  turut  diganggu  dengan  keriuhan  video ‘satira’  nyonya  Teresa  Kok  yang  begitu  gembira  sekali  meraikan  Tahun  Baru  Cina  dengan  mengejek  orang. 

Sebagai respon kepada ‘satira’ Teresa Kok,ia disambut dengan ‘satira penampar RM1,200 dan  menyembelih ayam’ oleh orang-orang Melayu.Malangnya,Teresa  Kok  tidak  faham  ‘satira  demonstrasi bantahan’ tersebut dan  menganggapnya sebagai ugutan 13 Mei.Dalam usaha membela diri,Teresa Kok menyatakan bahawa orang-orang Melayu telah tersalah  faham  maksudnya  kerana  orang-orang  Melayu  tidak  faham  bahasa  Mandarin.Nampaknya,Teresa  Kok  juga  tersalah  faham  satira  balas  orang-orang  Melayu  kerana  beliau  tidak  fasih  Bahasa  Melayu.Buktinya  adalah  surat  rasmi  dari  pejabat  Teresa  yang  pernah  memenuhi  internet  pada  tahun  2010  dahulu  akibat  Bahasa  Melayu  yang  lintang  pukang  seperti  bukan  rakyat Malaysia.  Walaupun  semuanya  hanya  ‘satira’,namun  Teresa  Kok  ingin  memastikan  isu  ini  diperpanjangkan.Harapan  Teresa  Kok  ialah  keriuhan  isu  satira  ini  akan  membantu  menutup  pendedahan mengenai  penglibatannya  dalam  projek  RM1  billion  oleh Goldsino Investment  di  atas tanah Yayasan Selangor.Lagipun,Teresa  suka  dengan  publisiti  yang diperolehi di  mana beliau kini seolah-olah  menjadi ‘hero’ hanya kerana pandai mengejek orang Melayu.Bagi  memastikan  watak  ‘hero’nya  menjadi  lebih  dramatik,maka  Teresa  perlu  memasukkan  unsur-unsur samseng di dalam penceritaan.Dengan akal tahap nyonya jual sayur,Teresa tidak  mampu mencari idea lain untuk menjadikan dirinya lebih ‘hero’ melainkan mengikut skrip biasa  DAP, iaitu ‘menerima ugutan’.  

Di  dalam  Malaysia  ini, parti  DAP lah  yang  paling  sering  menerima  ugutan.Apabila  saja  pemimpin  mereka  terdesak  dan  terperangkap  dalam  sesuatu  isu,maka  bersedialah  untuk  mendengar  berita  yang mereka menerima  ugutan.Selama  hayat  DAP,entah  berapa  kali  kita  mendengar  si  Karpal  Singh menerima  peluru.Hannah  Yeoh  juga  kononnya  pernah menerima  ugutan hanya kerana kes tidak sensitif terhadap ibu mengandung.Begitu juga dengan Teo Nie  Chin, walhal namanya pun hampir tidak dikenali di kalangan rakyat marhaen.Nampaknya,walaupun Anwar Ibrahim sering mewar-warkan yang nyawa beliau dalam bahaya  tetapi  Anwar  juga  tidak  menerima  ugutan  sepertimana  DAP.Hanya  DAP  sahaja  yang  sering  menjadi sasaran tukang ugut.  Di dalam Malaysia ini juga, parti yang sering dikaitkan dengan sikap suka mengugut atau lebih  tepat  ‘mengilas  tangan’,ialah  DAP.Beberapa  pemimpin  dan  ahli  DAP  yang  bertindak  keluar  parti juga mengakui perkara ini.Pendek  kata,skrip  drama  ugut-mengugut  ini  adalah  skrip  asal  DAP.  Sikap  DAP  yang  gemar  membela  penjenayah  juga  membuktikan  yang  parti  itu  telah  biasa  dengan  taktik  ugut- mengugut.Apatah  lagi  dengan ‘adegan’  simbah  cat  di  pejabat  Teresa  Kok.  Seperti  yang  kita  tahu,  menyimbah  cat  adalah  sinonim  dengan  taktik  para  ‘Along’  yang  mana  turut  dikaitkan  sebagai  rangkaian  DAP,berdasarkan  percambahan  aktiviti  gelap  sejak  PR  memerintah  Selangor.  

Justeru,apabila Teresa Kok atau Karpal Singh atau Teo Nie Ching atau Hannah Yeoh menjerit  kononnya menerima ugutan,rakyat melihatnya sebagai satu ‘satira’ sahaja.Nasihat saya kepada DAP,kalau pun terdesak sangat ingin mengulangi 13 Mei tetapi takut untuk  memulakannya,tak  perlulah  menggunakan  skrip  sitcom  ugut-mengugut  yang  sama  kerana  ia  tidak  kelakar  lagi. Sendiri  ugut,sendiri  takut,sendiri  buat,sendiri  tanggunglah.Tak  perlulah  bising-bising,menyalak macam anjing !!! 

Bagaimanapun,sekiranya benar pemimpin DAP itu semua telah diugut,maka mungkin mereka  perlu melihat kembali rangkaian penjenayah yang  telah dibela oleh peguam-peguam DAP dan  PKR selama ini.Mana tahu,kalau-kalau ada yang ‘tersinggung’ dengan mereka.Selain  itu,tidak  semestinya  ugutan  itu  bermotif  politik.Mana  tahu  kalau-kalau  projek  RM1  billion  Teresa  mempunyai  masalah  sehingga  menaikkan  kemarahan  orang-orang  tertentu.betul tak pembaca Badut Rakyat ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, February 20, 2014

KANTOI !!! #CATMERAH DAN #AYAM !!! PENIPUAN #TERESAKOK DIDEDAHKAN !!!


1 lagi penipuan telah dikesan.betul kerr ini perbuatan dari luar ??? kalau betul perbuatan ini dari luar.saya nak bertanya pada teresa kok.setiap malam pintu grill akan di kunci betul tak ??? sekiranya kita baling cat mesti ada tompokan dari simbahan cat di pintu grill tu betul tak ??? mana ada office selalunya pintu grill di buka waktu malam.kalau ada pun staff itu sendiri yang buka.itu yang pertama,yang kedua ialah macam mana ayam tu boleh masuk ikut pintu grill sedangkan ayam itu besar.lubang pun tak mampu muat kan ayam tu.penduduk yang lalu di kawasan sekitar tu takkan tak nampak apa yang berlaku ??? apa cerita ni ??? kalau nak menipu pun agak-agak laahh !!! bukan kerr kawasan tu sibuk dengan restoran dan macam-macam lagi.


ini semua nak simpati dari rakyat betul tak teresa kok ??? yang terakhir,kenapa CCTV ditutup ??? selalu nya CCTV akan beroperasi 24 jam.Jawapannya mudah,orang tak dapat melihat siapa punya angkara dalam video tu.mana lah tau orang dalam sendiri yang buat.kan malu,muahahah.jawapan paling tepat adalah orang dalam yang buat perkara ini.mana lah tau.ini hanya ramalan saya,kalau tak betul,saya tau nak cakap apa sebab bukti yang paling ketara ialah grill tu.tak ada kesan cat pun.cuba anda baling cat rumah anda melalui grill.anda pasti dapat jawapannya.lubang grill pun muat nak masukkan tong cat tu

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, February 17, 2014

EKSKLUSIF !!! VIDEO PENUH BUKTI #TERESAKOK PUTAR BELIT FAKTA DIDEDAHKAN !!!


video di bawah akan memberitahu segalanya bukti video yang diterbitkan oleh teresa kok sempena tahun baru cina sebenarnya telah memutar belitkan fakta sebenar.jom kita lihat video di bawah


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, February 11, 2014

KANTOI !!! PENYELEWENGAN @TERESAKOK DIDEDAHKAN !!! TOLONG JAWAB SOALAN BLOGGER #DAPINSIDER !!! ADA BERANI KAAA ???


Baru-baru ini,Teresa Kok diangkat lagi menjadi ‘hero’ DAP hanya kerana berjaya menjadikan Tahun Baru Cina sebagai platform untuk mengejek kepimpinan negara.Video Tahun Baru Cina Teresa membuatkan rakyat lupa tentang hakikat bahawa kedudukan CEC DAP masih belum sah dan bahawa kepimpinan DAP telah memanipulasi ahli-ahli dan perwakilan mereka sendiri.  Hari ini, kepemimpinan tertinggi DAP sibuk membela Teresa dan gembira apabila isu mengejek pemimpin berjaya menutup isu CEC.Hujah pembelaan DAP ialah video Teresa tidak rasis dan ungkapan ‘Malay-sie’ telah disalah-terjemahkan dan tidak bermaksud untuk menghina Melayu.Jika DAP ingin bermain dengan hujah ini,maka saya juga boleh berhujah bahawa memandangkan Perdana Menteri adalah Melayu,maka ejekan Teresa Kok tetap dianggap sebagai penghinaan terhadap semua orang-orang Melayu.Dengan itu isu ini pun akan berterusan tanpa ada penyelesaian.Manakala,sejumlah kecil wang yang ditawarkan untuk menampar Teresa Kok hanya akan menjadikan beliau sebagai hero yang lebih besar bagi Chauvinis DAP dan tidak akan menyelesaikan ‘pertengkaran’ ini. 

Justeru adalah lebih penting bagi kita untuk memahami perkara pokok tentang Teresa Kok,jika kita benar-benar ingin menyelesaikan isu ini.Penghinaan Teresa terhadap Perdana Menteri atau orang-orang Melayu bukanlah akar- pokoknya,tetapi bunga yang sedang berbuah.Jika kita ingin menentang Teresa Kok bukan dengan melayan karenah kebudak-budakkannya yang sengaja mengajak kita bertengkar, tetapi dengan menangani agendanya.Baru-baru ini blog DAP Insider mendedahkan tentang siapa itu Teresa Kok.Nampaknya,di sebalik kontroversi video Tahun Baru Cina yang mempersoalkan integriti kepimpinan sehinggalah ke beg tangan Datin Seri Rosmah,Teresa sebenarnya menyembunyikan sampah yang lebih busuk lagi di dalam beg tangannya sendiri.Menurut blog tersebut, Teresa mempunyai proksi perniagaan dan melakukan korupsi yang besar di Selangor.  


UNTUK SELANJUTNYA 



Projek yang berkenaan adalah berjumlah RM1 billion di dua bidang tanah milik Yayasan Selangor di Dengkil PT39693 yang disewakan pada kadar RM25,000 sebulan kepada sekolah agama swasta dan di Kuala Kubu Bahru PT521 yang disewakan kepada PLKN dengan kelengkapan 2 kem,pada kadar RM700,000.Kedua-duanya dianggarkan seluas 40 – 50 ekar.Pada 14 Disember 2011 Yayasan Selangor secara tiba-tiba menerima surat dari Goldsino Investment Development Limited dari Zhuhai China untuk membina Solar Photovaltaic Power Plant di atas kedua-dua tanah tersebut.Dari surat itu yang  turut dilampirkan oleh DAPInsider,jelas dinyatakan bahawa syarikat itu telah terlebih dahulu berbincang dengan Teresa Kok mengenai projek tersebut.Pada 19 Disember 2011,Yayasan Selangor mengeluarkan memo untuk melakukan ‘company search’ ke atas syarikat Goldsino.Pada 22 Disember 2011, Yayasan Selangor mengeluarkan ‘Letter of Intent’ (LOI) kepada Goldsino.  Pada 27 Disember 2011 Memorandum Persefahaman (MOU) mengenai urusan dengan TNB ditandatangani  oleh pihak Yayasan dan Goldsino.Apa yang berlaku membuktikan ada sesuatu yang tidak kita dalam projek ini.  Antara yang paling jelas ialah ia diberikan secara ‘runding terus’ iaitu tanpa tender terbuka.  

Bayangkan,dengan jumlah projek yang menjangkau RM1 billion,keputusan untuk menandatangani MOU hanya dibuat selepas beberapa hari menerima LOI.Malah,difahamkan ketika upacara menandatangani MOU tersebut,hanya seorang dari pihak Goldsino yang hadir.Lazimnya,bagi sesebuah projek sebesar ini,apatah lagi yang melibatkan pelaburan dari negara luar, proses perundingan sahaja memakan masa bertahun-tahun.Ia juga seringkali melibatkan berbagai pihak termasuk dari kerajaan kedua negara, selain dari pakar-pakar yang berkaitan dengan projek terbabit.Namuh,projek Goldsino nampaknya begitu ‘istimewa’ di mana keputusan boleh dibuat dalam masa yang singkat tanpa membabitkan begitu banyak pihak.Perkara inilah yang dibangkitkan oleh DAPInsider yang percaya bahawa Teresa Kok mempunyai proksi di dalam Goldsino.Blog itu juga berjanji akan menyambung pendedahan ini secara lebih ekslusif.  

persoalannya,apakah Teresa Kok akan menjadikan dirinya sebagai ‘hero’ dalam isu ini pula ??? Apakah DAP akan terus membela Teresa Kok dari pendedahan ini ??? Bagaimanakah DAP boleh menjelaskan soal ‘rundingan terus’ dalam projek ini sedangkan DAP yang sering melalak melolong kononnya mengamalkan tender terbuka bagi semua projek untuk ‘mengurangkan kos’ dan menepati slogan ‘ketelusan’?  

Kesimpulannya,video Tahun Baru Cina Teresa Kok hanya dibuat untuk melalaikan kita terhadap perkara remeh sementara DAP menyamun dan merampas apa saja selama PR berkuasa dan tanpa disedari oleh rakyat.Sudah sampai masanya rakyat diasuh agar lebih peka dan tidak mudah terpengaruh dengan emosi kerana DAP sememangnya hanya bermain dengan emosi kita.Ada baiknya,jika kita melebihkan penggunaan akal dan tidak terbawa-bawa dengan sesuatu isu remeh sehingga mengabaikan isu yang lebih besar.Hakikatnya,kita menentang Teresa Kok bukan sahaja kerana beliau rasis,tetapi kerana beliau menggunakan isu rasis bagi mengaburi isu korupsi dirinya dan partinya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Sunday, February 09, 2014

KANTOI !!! ADUN KOK LANAS MEMBELASAH #TERESAKOK KAW-KAW !!! VIDEO INSIDE !!!


Ketua Penerangan Umno Kelantan,Datuk Md Alwi Che Ahmad menyifatkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai pembohong kerana cuba menipu polis dan masyarakat kononnya dia telah diugut dan ancam.Sedangkan menurutnya tujuan dia menghubungi Teresa adalah untuk mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.

"Macam mana saya nak ugut beliau sedangkan bukan beliau yang menjawab panggilan tersebut dan saya hubungi beliau untuk mendapatkan penjelasan mengenai video yang dibuat sebelum ini,kerana ia telah menimbulkan kemarahan orang Melayu dan Islam” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis.


Menurut Alwi,bagi mengelakkan salah faham dan mempertahankan haknya, satu laporan polis balas telah dibuat bagi menjelaskan perkara yang sebenar. “Sebenarnya itu fitnah besar,dia telah berbohong kepada polis, berbohong kepada masyarakat dan berbohong kepada semua orang," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.Alwi turut menjelaskan ketika menghubungi Teresa,panggilan tersebut telah dijawab oleh seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai pembantu kepada ahli parlimen itu.

“Saya nak tanya betulkah,YB Teresa mengatakan Melayu boleh mati.Dia (pembantu Teresa) mengatakan tidak.Kalau tidak bagaimana boleh ada video yang mengatakan,dia menyebut Melayu boleh mati.Kalau YB Teresa kata Melayu boleh mati (Malay Si),saya nak katakan YB Teresa ini cina babi,makan babi dan dia memang sah babi.kalau dia tak kata,suruh dia menghubungi saya semula.Saya ini Alwi kawan dia. (Kita) sama-sama (merupakan) ahli parlimen dulu. Dia kenal saya dan saya pun kenal dia. Minta dia telefon saya semula dan terangkan kepada saya, mengapa dia berbuat macam itu” jelas beliau lagi.

Ahli parlimen DAP itu,sebelum ini menerima kecaman pelbagai pihak dan lapisan masyarakat ekoran penerbitan sebuah video klip pendek bertajuk ‘Onederful Malaysia’ yang telah menaikkan kemarahan rakyat dan menyentuh sensitiviti kaum di negara ini.Menyedari akan kesilapannya itu,dia kemudiannya meletakkan kesalahan tersebut di bahu UMNO yang jelas tiada kena-mengena dengan isu tersebut.Selain menyebut perkataan Malay si,klip video yang berdurasi selama 11 minit 39 saat itu turut memuatkan sindiran kepada pemimpin negara serta fitnah berhubung krisis keselamatan di Sabah dan mengaitkannya dengan isu diplomatik yang berlaku antara Malaysia dan Filipina. 

Teresa Kok bagaimanapun mempertahankan klip video tersebut dan menyifatkannya sebagai satira politik.Mengulas lanjut,Md. Alwi berkata,fitnah dilemparkan Teresa Kok boleh disifatkan sebagai tindakan terdesak bagi mengalih perhatian masyarakat daripada terus mempertikaikan klip video yang disiarkan di laman YouTube."Kita di Malaysia ini,walau dari parti mana sekali pun, jangan lakukan sesuatu yang boleh membuatkan bangsa lain marah kalau nak hidup aman.Pandai buat,pandailah tanggung. Lagipun dia kata nak buat satira politik, masalahnya sejak bila pula dia masuk Maharaja Lawak," katanya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Saturday, February 08, 2014

#TERESAKOK KENCING DUIT RAKYAT MALAYSIA ???


Bekas Penolong Kanan Teresa Kok,Tan Chee Chong menunjukkan 'Kung Fu' figurin Teresa Kok yang didakwa berjumlah RM40,000 tetapi sebenarnya ia ditaja oleh seseorang.Sekitar Febuari hingga Mac 2013 patung tersebut dikatakan akan dijual kepada orang ramai dalam kempen PRU13 bagi meraih undi.Kos untuk pembelian bagi setiap patung adalah sebanyak RM6 manakala RM16 pula harga jualan sekaligus mengaut keuntungan kasar RM14 bagi setiap unit dan RM112,000 nilai keseluruhan.

"Satu sen pun (keuntungan) tidak masuk akaun parti sedangkan ia merupakan aset," katanya.

DAP memang pandai berpura pura....baik didepan.... belakang...tiada siapa yang tahu 

APA KATA ANDA ???

Thursday, February 06, 2014

KANTOI !!! PENIPUAN #TERESAKOK DIDEDAHKAN !!! VIDEO INSIDE !!!


tu diaaa !!! 1 per 1 penipuan teresa kok didedahkan.sebelum ini teresa kok kata dia tak pernah hina melayu dan dia pusing kata dalam bahasa mandarin 'malay sey lah' maksud nya bukan 'melayu pergi mati'.ok dia tak hina melayu.takperr pusing lah selagi nak pusing pun.gambar dan video di bawah akan mebongkar perangai teresa kok.are you readyy ???



ITU YANG MENGHINA ISLAM !!!

YANG DI BAWAH PULAK KENA BOGEL OLEH BEKAS PEMBANTU SENDIRI !!!







KALAU BETUL-BETUL TELUS APA KATA SAMAN BEKAS PEMBANTU PERIBADI !!!

TAKKAN TAKUT KOTTT !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, February 05, 2014

KANTOI !!! PENIPUAN #TERESAKOK DIDEDAHKAN !!!


Ahli parlimen DAP,Teresa Kok cuba mempertahankan tindakan biadap dan kurang ajar yang dilakukan melalui video sindiran sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini.Menurutnya Umno sengaja ingin memutarbelitkan isu kandungan klip video yang bertajuk ‘Onederful Malaysia’ itu kerana telah bankrap idea.Wakil rakyat dari Seputeh itu mengatakan,rakaman video tersebut hanyalah merupakan ‘satira politik’ (lawak politik) semata-mata kerana ia tidak merujuk kepada mana-mana pihak dan tidak menyebut sebarang nama serta bukan bersifat hasutan.Paling menarik dia turut mengatakan sekiranya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap dirinya ia adalah merupakan “penindasan politik”.Video berdurasi hampir 12 minit yang disiarkan di YouTube itu antara lain memperlihatkan barisan tetamu undangan berkenaan mengeluarkan kenyataan menyindir beberapa perkara,Termasuk sistem pendidikan negara dan isu keganasan di Sabah.Malah,seorang tetamu dikenali Master Yan Yan yang ditanya mengenai Tahun Melawat Malaysia 2014 mengutuk Sabah dengan kenyataan berikut : But then,you can travel to Sabah,where you get to see pirates,with a bonus show of kidnapping and scenes of open fire" (anda boleh melancong ke Sabah, di mana anda boleh melihat lanun, dengan pertunjukan bonus penculikan dan babak tembakan). 

Sindiran-sindiran lain didakwa turut ditujukan kepada Perdana Menteri,Datuk Seri Najib dan isteri,Datin Seri Rosmah Mansor.Yang menariknya isu yang hampir sama ini,pernah terjadi pada beberapa tahun yang lalu. Pada 9 Oktober 2008,dia telah mengemukakan saman berjumlah RM30 Juta terhadap Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan,Datuk Mohd. Zaini Hassan dan Utusan Melayu (M) Bhd yang kononnya telah menerbitkan sebuah artikel fitnah.Artikel yang bertajuk 'Azan, Jawi, Jais,UiTM dan 'ba-alif-ba-ya' itu dikatakan bertujuanmemperkecilkan dirinya secara peribadi dan rasmi termasuk sebagai Ahli Parlimen,ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota Exco kerajaan negeri Selangor.Ketika perbicaraan kes tersebut,dia yang ditanya oleh peguam mengakui artikel tersebut langsung tidak menyebut namanya.Tidak lama selepas itu,Teresa telah mengarahkan peguamnya untuk menarik semula kes tersebut tanpa memberikan sebarang alasan. 

Selain daripada itu dia juga pernah mengemukakan saman terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Chamil Wariya kerana menulis sebuah cerpen bertajuk “Politik Baru YBJ” yang kemudiannya diterbitkan dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 12 Oktober 2008.Merasakan cerpen tersebut merujuk kepada dirinya, anggota Exco kerajaan negeri Selangor itu segera memfailkan saman pada 12 Disember 2008 yang berjumlah RM30 juta juga.Dia mendakwa cerpen tersebut telah merujuk kepada dirinya dan bukan hanya sekadar kebetulan. Kes tersebut juga akhirnya diselesaikan di luar mahkamah.

Kesimpulannya,apabila terkena batang hidung sendiri dia bukan main marah lagi,sehingga bertindak mengemukakan saman yang bernilai jutaan ringgit.Pada ketika itu,tidak timbul pula soal satira politik atau hanya sekadar lawak jenaka.Diharapkan siasatan terhadap kes ini dapat dijalankan dengan segera agar hukuman dapat dijalankan sekiranya terbukti dia bersalah.Semoga dengan tindakan itu,tidak ada lagi kes-kes yang menyentuh sensitiviti dan bersifat perkauman dilakukan oleh mana- mana pihak yang tidak bertanggungjawab

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! SIAPA KAH SEBENAR NYA #TERESAKOK ??? SIAPA YANG RASIS ??? WAJIB LIHAT !!!


saya nak tahu apa jawapan anda wahai pembaca dari puak pembangkang,adakah benar UMNO rasis ??? mana bukti UMNO rasis ??? adakah anda tahu pemimpin pembangkang yang sebenar nya rasis ??? contoh nya Lim Kit Siang.apa yang dia kata masa 13 mei.adakah itu tak rasis ??? lihat dulu gambar di bawah


adakah teresa kok tidak rasis ??? malas nak cerita panjang-panjang nanti ada yang kata Badut Rakyat rasis.lihat gambar dan video di bawah



APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, February 04, 2014

FAKTA !!! TAHUN BARU CINA DIPOLITIKKAN !!! SEKARANG SIAPA YANG #RASIS ???


Seperti yang diketahui umum,strategi utama pembangkang kebelakangan ini adalah untuk mencipta persepsi bahawa UMNO adalah sebuah parti rasis.Bagi mengukuhkan persepsi ini,pembangkang perlu mengerahkan seluruh jentera media mereka untuk melakukan provokasi.Maka dari situ,anda lihat perkara yang tidak pernah menjadi masalah sebelum ini seperti kalimah ‘Allah’ tidak boleh digunakan oleh bukan Islam di semenanjung,tiba-tiba menjadi masalah besar apabila Kristian menuntut untuk menggunakannya di dalam Injil berbahasa Melayu di Selangor.Pembangkang juga berusaha membina momentum perkauman dengan membangkitkan soal Hak Istimewa Bumiputera dan juga kedudukan agama Islam dalam perlembagaan negara secara konsisten.Setiap hari,dua perkara ini dijadikan bahan provokasi dan propaganda bagi menimbulkan keresahan, prejudis dan seterusnya kebencian terhadap kerajaan Melayu-Islam.Hakikat bahawa kaum minoriti yang memegang kuasa ekonomi sekali gus menafikan bahawa mereka dipinggir oleh kerajaan,telah sengaja ditutup oleh pembangkang.  

Di masa yang sama,segala NGO seperti Dong Zong mahupun yang berkaitan hak asasi digunakan untuk mendesak kepada perkara-perkara yang berkaitan kaum dan agama dalam dasar kerajaan dan undang-undang negara.Hari ini,sekolah vernakular dikatakan tidak cukup lagi, tetapi orang Cina mesti dibenarkan terpisah terus dari arus pendidikan negara dan mengiktiraf UEC,barulah kerajaan dianggap sebagai tidak rasis.Undang-undang yang menghalang aktiviti dakwah agama lain ke atas umat Islam dikatakan tidak menepati hak kebebasan beragama, dan kerajaan harus membiarkan agama lain menggunakan cara muslihat untuk berdakwah melalui nama ‘Allah’,barulah kerajaan dianggap sebagai benar-benar terbuka.Malah,undang-undang yang menghalang puak songsang LGBT yang diharamkan oleh agama Islam dan Kristian juga perlu dihapuskan, barulah kerajaan akan dianggap sebagai menepati konsep kesederhanaan (moderate) yang dilaungkan.   

Lalu,kerajaan dihentam kiri kanan belakang dan hadapan serta atas dan bawah sebagai rasis,korup,tidak terbuka,kolot dan ekstrem.Saban hari pemimpin pembangkang terutamanya, si-pencetus 13 Mei iaitu Lim Kit Siang,mengingatkan rakyat tentang ancaman berulangnya tragedi itu berdasarkan sikap kerajaan UMNO/Melayu.UMNO dipersalahkan sebagai berpotensi menyebabkan rusuhan dan pertumpahan darah akibat bertindak balas atas provokasi mereka dan enggan membenarkan Kristian menggunakan nama Allah dalam Injil berbahasa Melayu di semenanjung.UMNO juga dipersalahkan sebagai sengaja menimbulkan ketegangan kerana memaksa orang-orang Cina bersatu padu dengan kaum lain dengan menghayati aspirasi negara dan pendidikan nasional.Kononnya keengganan UMNO untuk tunduk pada desakan serta reaksi orang-orang Melayu dalam menghadapi provokasi mereka merupakan punca perpecahan dan ketegangan kaum.Nampaknya,bagi pembangkang UMNO wajib akur sahaja atas segala desakan dan tuntutan pihak lain dan tidak punya hak untuk bertindak balas.Apabila keadaan menjadi semakin parah,pembangkang cuba membentuk persepsi bahawa merekalah pejuang perpaduan.  Sehubungan dengan itu,Lim Kit Siang dan juga Anwar Ibrahim telah beberapa kali mengajak kerajaan duduk berbincang dan bekerjasama bagi mencari jalan untuk mengatasi masalah polarisasi kaum yang mereka cetuskan sendiri.Harapan mereka adalah supaya rakyat tidak melihat bahawa merekalah punca perpecahan dan ketegangan tetapi sebagai penyelamat keadaan.


Malang bagi pembangkang apabila segala kepura-puraan mereka itu ‘dikantoikan’ oleh Teresa Kok dalam video ucapan Tahun Baru Cinanya.Video Teresa Kok tersebut secara jelas cuba mempersendakan Perdana Menteri dan isteri,serta dasar-dasar kerajaan.Teresa menggunakan isu-isu semasa seperti harga barang dan juga perihal peribadi anak tiri Datuk Seri Najib sebagai subjek sindiran dalam ucapannya.Malah,Teresa juga secara terbuka mengejek usaha murni Perdana Menteri untuk mengambil hati orang-orang Cina dengan menyentuh persembahan Gangnam dan pemberian gula- gula.Video Teresa Kok ini mungkin tidak salah jika dibuat sempena kempen pilihanraya umum atas dasar keterbukaan dan kebebasan bersuara.Namun,bagi seorang pemimpin pembangkang untuk menyampaikan ucapan rasmi tahun baru dengan cara menyindir dan mengejek musuhnya,menyerlahkan mentalitinya yang rendah.cuba anda lihat video di atas.adakah teresa ko sebut Malaysia atau Malay Sei Lahh,Maksud nya Melayu pergi Mati..saya terdengar sesuatu.maafkan saya kalau saya silap.kenapa nak tutup komen ??? takut kerr ??? sebelum ini ada pulak komen

apa pun teresa seharusnya lebih professional dan menggunakan kesempatan Tahun Baru Cina ini untuk mengajak kepada perpaduan dan bersangka baik.Tahun Baru Cina bukanlah satu acara politik dan Teresa nampaknya enggan memahaminya serta sengaja ingin memanjangkan perpecahan walaupun di hari sambutan perayaan.tindakan Teresa membuktikan bahawa pembangkang tidak pernah berniat ke arah kebaikan mahupun perpaduan.Apapun,terima kasih kepada Teresa kerana rakyat kini dapat melihat sendiri hipokrasi Kit Siang dan Anwar Ibrahim serta pembangkan keseluruhannya,dalam bercakap mengenai perpaduan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
 
 
Blogger Templates