Baru-baru ini,Teresa Kok diangkat lagi menjadi ‘hero’ DAP hanya kerana berjaya
menjadikan Tahun Baru Cina sebagai platform untuk mengejek kepimpinan
negara.Video Tahun Baru Cina Teresa membuatkan rakyat lupa tentang hakikat
bahawa kedudukan CEC DAP masih belum sah dan bahawa kepimpinan DAP telah
memanipulasi ahli-ahli dan perwakilan mereka sendiri.
Hari ini, kepemimpinan tertinggi DAP sibuk membela Teresa dan gembira apabila isu
mengejek pemimpin berjaya menutup isu CEC.Hujah pembelaan DAP ialah video
Teresa tidak rasis dan ungkapan ‘Malay-sie’ telah disalah-terjemahkan dan tidak
bermaksud untuk menghina Melayu.Jika DAP ingin bermain dengan hujah ini,maka saya juga boleh berhujah bahawa
memandangkan Perdana Menteri adalah Melayu,maka ejekan Teresa Kok tetap
dianggap sebagai penghinaan terhadap semua orang-orang Melayu.Dengan itu isu
ini pun akan berterusan tanpa ada penyelesaian.Manakala,sejumlah kecil wang yang
ditawarkan untuk menampar Teresa Kok hanya akan menjadikan beliau sebagai hero
yang lebih besar bagi Chauvinis DAP dan tidak akan menyelesaikan ‘pertengkaran’ ini.
Justeru adalah lebih penting bagi kita untuk memahami perkara pokok tentang Teresa
Kok,jika kita benar-benar ingin menyelesaikan isu ini.Penghinaan Teresa terhadap Perdana Menteri atau orang-orang Melayu bukanlah akar-
pokoknya,tetapi bunga yang sedang berbuah.Jika kita ingin menentang Teresa Kok
bukan dengan melayan karenah kebudak-budakkannya yang sengaja mengajak kita
bertengkar, tetapi dengan menangani agendanya.Baru-baru ini blog DAP Insider mendedahkan tentang siapa itu Teresa
Kok.Nampaknya,di sebalik kontroversi video Tahun Baru Cina yang mempersoalkan
integriti kepimpinan sehinggalah ke beg tangan Datin Seri Rosmah,Teresa sebenarnya
menyembunyikan sampah yang lebih busuk lagi di dalam beg tangannya sendiri.Menurut blog tersebut, Teresa mempunyai proksi perniagaan dan melakukan korupsi
yang besar di Selangor.
UNTUK SELANJUTNYA
Projek yang berkenaan adalah berjumlah RM1 billion di
dua bidang tanah milik Yayasan Selangor di Dengkil PT39693 yang disewakan pada
kadar RM25,000 sebulan kepada sekolah agama swasta dan di Kuala Kubu Bahru
PT521 yang disewakan kepada PLKN dengan kelengkapan 2 kem,pada kadar
RM700,000.Kedua-duanya dianggarkan seluas 40 – 50 ekar.Pada 14 Disember 2011 Yayasan Selangor secara tiba-tiba menerima surat dari
Goldsino Investment Development Limited dari Zhuhai China untuk membina Solar
Photovaltaic Power Plant di atas kedua-dua tanah tersebut.Dari surat itu yang turut
dilampirkan oleh DAPInsider,jelas dinyatakan bahawa syarikat itu telah terlebih dahulu
berbincang dengan Teresa Kok mengenai projek tersebut.Pada 19 Disember 2011,Yayasan Selangor mengeluarkan memo untuk
melakukan ‘company search’ ke atas syarikat Goldsino.Pada 22 Disember 2011, Yayasan Selangor mengeluarkan ‘Letter of Intent’ (LOI)
kepada Goldsino.
Pada 27 Disember 2011 Memorandum Persefahaman (MOU) mengenai urusan dengan
TNB ditandatangani oleh pihak Yayasan dan Goldsino.Apa yang berlaku membuktikan ada sesuatu yang tidak kita dalam projek ini. Antara
yang paling jelas ialah ia diberikan secara ‘runding terus’ iaitu tanpa tender
terbuka.
Bayangkan,dengan jumlah projek yang menjangkau RM1 billion,keputusan
untuk menandatangani MOU hanya dibuat selepas beberapa hari menerima
LOI.Malah,difahamkan ketika upacara menandatangani MOU tersebut,hanya
seorang dari pihak Goldsino yang hadir.Lazimnya,bagi sesebuah projek sebesar ini,apatah lagi yang melibatkan pelaburan
dari negara luar, proses perundingan sahaja memakan masa bertahun-tahun.Ia juga
seringkali melibatkan berbagai pihak termasuk dari kerajaan kedua negara, selain dari
pakar-pakar yang berkaitan dengan projek terbabit.Namuh,projek Goldsino nampaknya begitu ‘istimewa’ di mana keputusan boleh dibuat
dalam masa yang singkat tanpa membabitkan begitu banyak pihak.Perkara inilah yang dibangkitkan oleh DAPInsider yang percaya bahawa Teresa
Kok mempunyai proksi di dalam Goldsino.Blog itu juga berjanji akan menyambung
pendedahan ini secara lebih ekslusif.
persoalannya,apakah Teresa Kok akan menjadikan dirinya sebagai ‘hero’ dalam
isu ini pula ??? Apakah DAP akan terus membela Teresa Kok dari pendedahan
ini ??? Bagaimanakah DAP boleh menjelaskan soal ‘rundingan terus’ dalam projek ini
sedangkan DAP yang sering melalak melolong kononnya mengamalkan tender terbuka
bagi semua projek untuk ‘mengurangkan kos’ dan menepati slogan ‘ketelusan’?
Kesimpulannya,video Tahun Baru Cina Teresa Kok hanya dibuat untuk melalaikan kita
terhadap perkara remeh sementara DAP menyamun dan merampas apa saja selama
PR berkuasa dan tanpa disedari oleh rakyat.Sudah sampai masanya rakyat diasuh agar lebih peka dan tidak mudah terpengaruh
dengan emosi kerana DAP sememangnya hanya bermain dengan emosi kita.Ada
baiknya,jika kita melebihkan penggunaan akal dan tidak terbawa-bawa dengan sesuatu
isu remeh sehingga mengabaikan isu yang lebih besar.Hakikatnya,kita menentang Teresa Kok bukan sahaja kerana beliau rasis,tetapi kerana
beliau menggunakan isu rasis bagi mengaburi isu korupsi dirinya dan partinya.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
6 comments:
Isu hutang Negara RM650 billion bila nak jawap. Yang terkemudian, kemudian lah jawab.
hutang tetap hutang. ape yang nak dijawab. dah tentu segala dukomen ade. yang ni tuduhan menyeleweng kene la jawab betol ke tak.
yg lama koreklah bagi bukti..yg terang2 xnk dedah pasal pe plak..tolol bin bongok
650b tu hutang dlm negara ke luar negara... jgn bodo sgt...belajo sikit ekonomi..jgn duk kena cucuk idung je
RM650 billion ka 650billion Ripiah, oi anon 10:24 hang ni sapaa hingga dpt maklumat nilai sebanyak itu. Tak baik tau menuduh secara dusta membuat dosa yang amat nyata, jadi bertaubat dan kembalilah kepangkal jalan agar hidup lebih tenang dan bermamunafaat.
Yang penting malaysia aman woi..
Post a Comment